menulis dan terus menulis....
Assalamualaikum..dikesempatan ini terbisik di dalam hati kecil untuk terus menulis dan menulis... andai karya yang dihasilkan tidak seagung karya mereka di luar sana... namun dengan usaha menulis dan terus menulis semoga iya membawa hikmah dan kebaikan kepada diri...
tiada apa yang menarik untuk dikongsian.. hanya suara hati yang ingin melafazkan kata-kata nasihat untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat...
saya ingin bertanya kepada anda dan diri saya sendiri...
pernah tak kita mengalami situasi ini...
hari ini saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapan ini lagi???? dan kemudian.. atas dorangan keinginan yang tinggi... pujuk rayu nafsu yang sememangnya penipu yang nyata... maka akurlah si "insan" ini.... siapakah insan itu??? insan itu adalah kita..... manusia yang mempunyai suis on-off..
adakah itu sememangnya sifat manusia??? pelupa???? suka mengulangi kesalahan yang lampau??? itukah manusia???? manusia sebenarnya cukup sempurna dikurniakan akal untuk memilih samada inginkan kebaikan atau sebaliknya... kita telah dikurniakan "pemudah cara"..itu bermaksud manusia bukanlah bersifat seperti demikian... tetapi ada segelintir manusia yang memikirkan mereka begitu hebat berbanding Penciptanya... sombong..tidak mahu menggunakan kelebihan akal yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya... sayang dan rugi sangatlah bagi golongan-golongan seperti ini...mereka mengikut kehendak nafsu... bukannya akal fikiran... ibarat seorang tukang rumah yang ingin membina rumah..mengambil penukul untuk menukul paku-paku...namun kerana tidak mengikut akal fikiran...diambilnya gunting untuk membenamkan paku pada permukaan papan atau kayu... analogi yang sedikit kelakar namun sesuatu untuk semua lapisan usia...
kejahatan sentiasa datang...menghasut dan cuba mempengaruhi especially manusia... namun jangan risau... Allah telah mengkurniakan kita "anti virus" yang sangat baik... jika betul cara penggunaannya namun akan merosak andai tersilap guna... maka dengan itu berhati-hatilah..
pesanan untuk semua bila kita ingin berbuat suatu kejahatan fikirkanlah padahnya.. andai kejahatan yang pernah kita lakukan dahulu... bertaubatlah dan andai hasutan kembali semula mengajak kita maka banyakkanlah Istighfar dan elakkanlah seelak-elaknya... cukup sekali jangan berulang 2,3 dan seterusnya....