Isnin, 25 April 2011

jati diri muslim bersama muallaf

Assalamualaikum w.m.b alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berada di muka bumi Allah yang bertuah ini.. insyaAllah :) Alhamdulillah baru menghadiri program kem jati diri muslima yang dianjurkan oleh pejabat agama islam daerah hulu langat. berkat dari Allah dan izinya saya sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan praktikum di PAIDHL berpeluang untuk menyertai program ini sebagai Fasilitator. program yang berbentuk santai ini diadakan selama 3 hari 2 malam bermula jumaat 22 april sehingga 24 april ahad. pelbagai program yang diadakan bermula dengan taklimat, icebreaking dan beberapa halaqah yang diadakan

keramahan peserta kem membuatkan hubungan kami semua menjadi rapat walaupun ada diantara kami yang belum pernah bersua sebelum ini..pada hari ke-2 kami urusetia, peserta dan fasilitator "jungle traking" bersama2 dan pada malamnya pula kami mengikuti aktiviti " night walk"

program ini sangat menyeronokkan sebelum ini hanya berpeluang mendekati orang asli dan membuat program bersama muallaf orang asli tetapi kali ini Allah memberi peluang untuk saya mendekati golongan muallaf yang terdiri dari pelbagai bangsa seperti cinta,india, kemboja tailahd, vietnam, iban,sungai dan banyak lagi.. kenangan ini tidak akan dapat saya lupakan... peluang yang diberikan oleh Allah kepada saya merupakan satu anugerah yang tidak dapat dinilai.. semoga ukhwah yang terjalin dalam program ini akan berkekalan..

the best moment...

semoga Allah mempermudahkan segalanya.. terima kasih atas kenangan ini syukran kepada ustaz azlan selaku pegawai bahagian pembangunan insan PAIDHL kerana memberi peluang kepada saya menjadi fasilitator proghram kem jati diri muslim 2011


Khamis, 14 April 2011

cemerlangkan diri dalam peperiksaan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-

1. Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

2. Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah. Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)

3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk


p/s especially for primary and secondary school

Ahad, 10 April 2011

kesempatan..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah berkat kasih sayang dariNya masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret di tarbiahku@blogspot.com. minggu ingi genaplah sebulan saya praktikal di pejabat agama islam daerah hulu langat Alhamdulillah.. selama berada di PAIDHL pelbagai pengalaman yang saya perolehi dan ianya menjadi kenanagan yang termanis bagi saya. keramahan pekerja-pekerja di PAIDHL membuatkan saya tidak kekok untuk berurusan bersama mereka...

unit perundangan keluarga merupakan unit yang begitu mencabar bagi saya... berdepan dengan pelbagai jenis orang yang mempunyai pelbagai ragam dan tahap emosi..mendidik saya untuk lebih bersabar dan lebih pprofesional dalam berurusan dengan pelangggan. di unit ini juga, saya dapat dapat mengetahui serba serbi prosedur yang berkaitan dengan masalah undang-undang keluarga bermula dari urusan pejabat agama sehingga urusan mahkamah Alhamdulillah.

tinggal 3 minggu lagi berada di PAIDHL rasa sedih pula nak tinggalkan..selepas ini akan berdepan dengan pengalaman baru berjumpa dengan individu yang baru.. mengutip kenangan yang baru... semoga Allah mempermudahkan segalanya dan membantu agar terus mampu menjalani hidup sehari-hari insyaAllah

Selasa, 5 April 2011

semkin menyepi..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus mencoret di layar ini... walaupun sekian lama menyepi...





semakin hari... tarbiahku semakin menyepi.. disandari dengan pelbagai pekerjaan dihimpit dengan kepadatan program memendekkan ruangan masa yang begitu panjang... maafkan atas kekhilafan diri.. lemah dalam mengendali masa dengan sebaiknya.. ada manusia yang boleh bekerja boleh menulis boleh membahagikan masa dengan sebaiknya.. tetapi orang seperi saya hanya mampu membuat 1 kerja dalam satu masa..itu kelemahan yang jelas yang ada pada diri saya..

ruangan ini semakin sepi.. mana perginya semangat yang dulu?? mana perginya kekuatan dulu?? mana perginya azam yang dulu?? HILANG??

hilang dibawa arus??

the best way!!! let's we try to muhasabah diri .. maybe something wrong dalam diri... bukan secara drastik berubah from black to white tetapi biarlah slow dan istiqamah... semoga azam nagkit semula..semangat datang kembali.. dan yang paling penting moga setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah kerana Allah

semoga kita semua beroleh rahmat amin.............