Isnin, 31 Disember 2012

kalam terakhir di 2012

Assalamualaikum wmb Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya, pinjaman nyawa dan jiwa antara nikmat yang seharusnya disyukuri... Alhamdulillah pejam celik hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2012. ya Allah..terlalu cepat masa berlalu, pahit manis, hitam putih semuanya menjadi hiasan dalam kehidupan.. pada tahun ini peristiwa terbesar yang berlaku dalam hidup ini, dan ini merupakan nikmat dunia yang semestinya ku syukuri.. ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang yang sangat aku minati Usuluddin dan falsafah..syukur Alhamdulillah ya Allah luahan hati hambaMu ini Engkau dengar meskipun hambaMu ini sering khilaf..

semakin hari semakin dewasa diri ini, hari dan bulan beredar pergi tahun yang silih berganti.. satu demi satu pengalaman yang dilalui...zaman kanak-kanak yang menyeronokkan telah pergi, zaman remaja yang mula meinggalkan diri ini...owh!! sangat cepat masa berlalu. semoga diri ini terus dilindungi.. semoga kedatangan tahun baru ini segala salah silap, dosa diampunkan dan biarlah kehidupan di tahun hadapan lebih baik dari sebelumnya...

di dalam perjalanan ini aku yang memegang watak sebagai seorang anak, pelajar,sahabat di pentas dunia mungkin banyak kesilapan yang diriku lakukan semoga pada tahun hadapan semuanya dapat ku lakukan dengan sebaiknya..terima kasih buat semua yang membuat hari-hariku menjadi indah..keluarga yang dicintai, guru2 yang dikasihi dan sahabat2 yang disayangi... terlalu banyak yang manis dan tidak kurang juga yang pahit terpaksa ditelan..walau tidak dapat diceritakan tetapi semuanya masih tersimpan rapi di kotak minda, insyaAllah hingga ke akhir hayat... semoga tahun hadapan lebih baik dari sebelumnya...Kullu am wa antum bi khair insyaAllah... wassalam. :)


Rabu, 19 Disember 2012

untuk konvo nanti :) insyaAllah

Beliau diberi nama Aminah binti haji Albani, merupakan anak jati semporna sabah. Dilahirkan pada hari jumaat 7 jun 1991. Merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di taski ABIM semporna, kemudian bersekolah di sekolah kebangsaan Bubul semporna. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMKA Tun Sakaran Semporna dalam aliran sains tulen. Semasa berada di sekolah menengah beliau pernah menjadi tokoh Nilam (merupakan salah satu anugerah kepada pelajar yang telah membaca melebihi 500 buah buku  dan pernah  menjadi olaragawati di peringkat sekolah dan beliau juga merupakan seorang pendebat.
Untuk mengejar cita-cita menjadi seorang  penulis dan pemikir Islam, beliau menukar haluan dari belajar aliran sains kepada aliran sastera (pengajian Islam), memilih Kolej Dar al-Hikmah sebagai gerbang menimba ilmu untuk peringkat diploma dalam bidang Usuluddin . Beliau sangat meminati ilmu perbandingan agama dan Falsafah. Semasa berada di Kolej Dar al-Hikmah, beliau telah menyandang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Exco Dakwah dan Tarbiyyah dan  menjadi ketua Naqibah untuk Usrah pelajar Kolej Dar al-Hikmah dan merupakan salah seorang ahli rakan akademi kajian ketamadunan (AKK). Beliau bergiat aktif dalam program yang dianjurkan oleh kolej dan program-program yang dianjurkan oleh pihak luar. Beliau pernah mewakili kolej dar al-hikmah ke program Daie muda anjuran Majlis Agama Islam Selangor, selain itu juga, beliau juga pernah menyertai tamrin inisiasi wirawan wirawati skuad prihatin ABIM, seminar dunia islam kontemporari cabaran dan halatuju masa depan anjuran persatuan ulama’ Malaysia dan banyak lagi.  Di dalam lapangan masyarakat, beliau sangat meminati aktiviti kesukarelawanan dan bergiat aktif  dalam program dakwah orang asli bersama Yayasan al-Khalifah dan Islamic Outreach Abim (IOA). Beliau seringkali menyertai ekspedisi-ekspedisi dakwah ke kampong-kampung orang asli di pendalaman. Walaupun sibuk dengan program luar dan dalam, namun beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.  Ibu bapa dan para guru-guru menjadi idola beliau. Kini, beliau sedang menuntut  di Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah.

Isnin, 17 Disember 2012

hati

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberi kehidupan untuk mencari seberapa banyak bekalan untuk di bawah kembali ke sana kelak...syukur walaupun dihimpit oleh masa yang sanngat pantas beredar, kadangkala ada juga masa lapang, namun akal terkunci dari menyusun bait-bait kata untuk dimuatkan di dalam blog yang semakin usang ini... entah kenapa hari ini rasa seperti ingin menangis dan terus menangis. ada sesuatu yang terbuku di dalam hati yang tidak dapat diluahkan oleh kata-kata. ada banyak perkara yang tidak dapat difahami andai dikisahkan kepada mereka yang berada di sekeliling.. bila diterjemah dalam bentuk tulisan seperti ini, risau dek hati maksud yang dihajati tidak dapat difahami apatah lagi dimengerti..

rasa sungguh bersalah kepada diri sendiri, akhirnya gagal lagi untuk menjaga hati..membiarkan ianya luka kembali, tanpa dirawat atau dibaluti, menyerap kembali darah yang mengalir, walaupun punca luka berbeza namun kesan luka pada tempat yang sama..iaitu hati...

silapnya diri ini...
kerana hati..
zahir menjadi longlai..
dalaman menjadi kosong..
sebab..
memberi pada tempat yang salah..
seharusnya pengharapan sepenuhnya padaNya..
namun sekali lagi berbuat noda,
memukul diri sendiri..
ibarat merobek hati sendiri..
kerana hati rasa luka disakiti..

alangkah nikmatnya jika hati sepenuhnya pada Ilahi..
Dia tidak pernah merosakkan apatah lagi melukai..
bila saat begini...
Dialah yang paling dirindui...
Bila saat nikmat memenuhi ruang hidup..
Lupa yang Dia sentiasa memerhati..
adakah beringat dikala nikmat?
adakah lupa dikala alpa??

tepuklah dada tanyalah iman kita, rapuhnya hati.. bagaimana untuk mencintaiNya dengan sepenuhnya, tiada penawar yang lebih mujarab selain kembali kepadanya... dengan ini aku bertaubat kepadaMu ya Allah atas khilaf yang dilakukan...kerana hatiku ini sepenuhNya milikMu, engkau pinjamkan tetapi aku tidak menjaganya..aku khilaf... bimbinglah aku ya Allah... kerana aku tahu engkau begitu dekat denganku... 


Isnin, 3 Disember 2012

kampung limau, Kuala Betis GM

Assalamualaikum Alhamdulillah atas nikmat kesihatan dan kehidupan yang masih lagi dipinjamkan oleh Allah s.w.t masih lagi berkesempatan untuk "update" blog ini. hari berganti hari bulan dan tahun silih beralih, peredaran hari yang begitu cepat hingga tidak terasa kini telah masuk bulan terakhir dalam perkiraan kalendar masihi, beberapa hari lagi 2012 akan melabuhkan tirai.. sangat cepat masa berlalu...

Alhamdulillah untuk kali ini,saya ingin berkongsikan satu pengalaman yang sangat menarik... program DOA (dakwah orang asli) telah dianjurkan oleh persatuan mahasiswa jabatan pengajian usuluddin dan falsafah yang bertempat di kampung limau, kuala betis gua musang kelantan.. pengalaman yang cukup menarik, dimana sewaktu hari pertama pihak abim outrech telah membahagikan setiap keluarga menerima 4 orang anak angkat dan saya salah seorang peserta yang terlibat sama.

specialnya dalam keluarga saya hanya ada 3 orang pelajar ukm saja, kami ditempatkan di keluarga yang mempunyai 6 orang anak perempuan yang kecil dan comel. beruntungnya kami kerana mama dan abah kami sangat baik. selama berada di program itu, sayalah yang berperanan sebagai menjaga dapur mereka. menjadi tukang masak yang suka campak2.. best sangat...

sepanjang berada di sana juga, ayah dan mama sentiasa menghidangkan kami buah2an dan yang paling special lagi ialah durian..... yang sangat...sangat sedap.. Alhamdulillah, bila waktu petang mama akan sediakan minum petang...rindunya waktu itu.. hari ke dua, pihak ukm telah membuat aktiviti sukaneka, best!!

dan hari terakhir, adalah hari perpisahan..sedih dan sebab tetapi kena kuatkan hati sebab disebalik pertemuan jangan janggal dengan perpisahan semoga kita bertemu lagi

saya sayang abah, mama dan adik2 :)


Sabtu, 17 November 2012

pos simpor punya cerita

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah dan kurnia daripada Allah s.w.t masih lagi diberi kehidupan, kesempatan untuk mengutip sebanyak-banyak bekalan ke akhirat kelak. Alhamdulillah setelah hampir seminggu bercuti (mid sem break) pelbagai pengalaman menarik yang dilalui. ada yang suka ada yang duka tetapi semuanya menjadi penyeri kepada kehidupan.. 

betapa indahnya hidup bersama Islam..

ya Allah tidak mampu untuk diluah dengan kata-kata, betullah jika kita mengikut apa yang diajarkan di dalam agama, tidak pernah membebankan kita sebaliknya membawa nikmat dalam kehidupan kita, sama-sama kita syukuri..

Alhamdulillah jumaat yang lepas, saya telah menyertai satu trip ke kampung orang asli pos simpor gua musang, kelantan. Alhamdulillah ada ramai volunteer yang turut sama, lebih 10 buat 4 wheel yang turut serta.. perjalanan yang begitu menyeronokkan ditambah dengan kehijauan hutan, keindahan lembah2 yang kelihatan menyentuh hati ini, betapa bertuahnya kita.. Allah memberikan kita nikmat yang begitu banyak hingga tidak dapat dibalas dengan rasa syukur kita berikan sepanjang hayat. kawasan perkampungan berhampiran kawasan gunung agak mencabar perjalanan kami ditambah dengan cuaca yang tidak berapa baik, paginya panas petangnya awan gelap datang, membawa hujan menyebabkan tanah jalan menjadi lembut, namun tetap diterima dengan rasa besyukur.. Alhamdulillah perjalanan dapat diteruskan. ketika berada di kampung orang asli seperti biasa, beramah mesra dengan penduduk, masak memasak sudah menjadi kewajipan kepada kami... hari berganti hari, setelah tamat misi, kami beransur pulang meninggalkan kampung. di dalam perjalanan sempat juga mengedarkan bahan2 makanan kepada para penduduk di beberapa buah kampung yang terpiih. 

malang tidak berbau, dalam perjalanan keluar, kereta yang kami naiki tiba2 hilang kawalan, mungkin kerana keadaan jalan yang begitu licin kerana hujan, apa yang terfikir saat itu bukan diri sendiri tetapi keluarga di kampung halaman, sahabat2 yang ada di dalam kereta tue..ya Allah, namun Allah masih lagi memberi peluang, walaupun terjatuh ke dalam gaung, Alhamdulillah semua selamat walaupun ada kecederaan sedikit. itu petanda masih ada lagi kesempatan buat kami... terlalu banyak nikmat yang Allah berikan ini... terima kasih ya Allah

pesanan saya untuk diri saya dan sahabat2 semua, marilah kita syukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.. kerana jika kita mensyukuri nikmat ini pasti Allah akan menambahnya, tetapi jika kufur sesungguhnya azab Allah amatlah pedih...Astaghfirullah hal azim...

Selasa, 6 November 2012

dambakan cintaNya

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah kurnia dari Allah, akhirnya dapat juga meng"update" blog ini.. saya dah jadi rindu.. dengan siapa? dengan blog ini lah hehehe.. Alhamdulillah atas limpahan rezeki dari Allah, terlalu banyak rasanya, sehinggakan tidak dapat diitung, namun sayang sekali, saya sebagai manusia selalu terlupa, disebalik nikmat yang banyak saya masih lagi menjadi orang yang kurang bersyukur... Astaghfirullah semoga Allah sentiasa memberi peringatan kepada saya..

Alhamdulillah dah hampir masuk 2 bulan berada di UKM, tempat yang selama ini di idam2kan akhirnya dimakbulkan oleh Allah s.w.t.. ya Allah semoga hambaMu ini menebalkan dengan setebal2nya rasa syukur di dalam diri.. nikmat Mu ini terlalu banyak ya Allah, semoga tidak menjadi hamba yang lupa dan leka..

selama berada di UKM, banyak benda yang saya pelajari, bukan saja di kelas.. belajar dari persekitaran dan sekeliling.. walaupun kadangkala hidup yang dilalui tertumpah warna-warna yang pelbagai, tetapi ianya bukan mengotorkan sebaliknya memberi keunikan sekaligus membawa keindahan bagi yang menilai dengan mata seni, dengan mata hati. jika dilihat dari zahirnya, timbul rasa tidak senang, bimbang mendapat kritikan, dicemuh oleh mereka yang bermatakan minda dan akal kewarasan tetapi membelakangkan pertimbangan.. itulah kehidupan




hidup di sini juga, saya belajar untuk meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t saya belajar untuk redha, dengan apa yang berlaku.. saya belajar untuk mengatakan kepada diri saya, dalam melakukan apa2 pekerjaan kenalah sentiasa besederhana... kecuali beribadah kepadaNya.. di sini juga saya belajar untuk hidup lebih menghargai masa, walaupun keadaan di sini, bukanlah seperti yang saya bayangkan, tetapi saya cuba menerima kerana tidak semua yang kita impikan akan kita perolehi, kerana Allah maha mengetahui apa yang perlu dan apa yang tak perlu dan tindak membawa kebaikan kepada diri kita..

semoga tarbiyyah ini dapat mendidik diri dan jiwa, agar terus berada di jalan yang benar, menjadi insan yang kuat untuk berdepan dengan kehidupan akan datang.. tidak mendambakan sesuatu yang tidak pasti tetapi berharap semoga yang tidak pasti akan menjadi kenyataan... semoga diri ini menjadi orang yang dicintai olehNya bersama dengan orang2 sekeliling saya dan semoga syurga yang di damba menjadi destinasi terakhir kelak.. didiklah diri ini supaya tidak alpa, kadangkala dunia terlihat jelas di depan mata akhirat disorokkan di bawah dagu, dunia bukan matlamat, pesanan untuk diri saya dan sahabat2 semua :)

Wasalam...

Khamis, 18 Oktober 2012

minggu ini??

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia daripada Allah masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan di dunia ini, nikmat yang sepatutnya di syukuri..

Alhamdulillah setelah beberapa hari terlantar dan berehat di asrama, kerana tidak sihat. 3 hari juga saya tak dapat menghadirkan diri ke kuliah.. sudah tentu saya sudah banyak ketinggalan daripada sahabat-sahabat yang lain. apapun saya kena terima sebab semua ini dah diaturkan oleh Allah s.w.t dan Dia amat mengetahui apa yang terbaik untuk saya, semoga hati lapang dada dalam menerima nikmat ataupun ujian InsyaAllah..

minggu ini?? minggu yang sangat mencabar bagi saya, banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan saya, banyak yang saya rancang tetapi tidak berjaya, kenapa agaknya? adakah salah saya? adakah sebab saya tak pandai merancang??bukan..bukan.. nie semua dah ketentuan..sehebat mana perancangan kita, sekuat mana usaha kita, tidak akan berjaya tanpa perkenan dariNya dan tidak akan gagal tanpa izinNya.. 

dalam sedar atau tidak, apabila kita cuba mendekatkan diri kepadaNya, ujian akan datang.. bukan kerana ingin menyusahkan kita tetapi menguji sejauh mana kesabaran kita, sebesar mana keikhlasan kita untuk kembali padaNya.. bibir yang berbicara xsemestinya hati turut berkata perkara yang sama.. semoga tabah dan terus optimis dalam setiap yang berlaku..

hidup di dunia belajar bukanlah mudah tetapi tidaklah sesukar yang kita sangat, apapun kembali padaNya letakkan sepenuh pengharapan pada Allah s.w.t mudah2an semua akan dipermudahkan dan beroleh kejayaan.. Amin..




Khamis, 4 Oktober 2012

manusia

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah selawat serta salam buat junjungan besar Baginda Rasulullah s.a.w Allahumma solli ala muhammad.. Alhamdulillah diberi sedikit kelapangan walaupun sebenarnya dihimpit dengan pelbagai tugasan. hari ini Alhamdulillah sepertinya lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini insyaAllah..

Alhamdulillah sedar xsedar dah 2 minggu masuk ke kuliah.. walaupun masih agak "mabuk2" tetapi diteruskan juga.. mudah2an Allah permudahkan segalanya amin. manusia yang seringkali lupa,leka dan alpa tapi boleh terjaga andai dikejutkan.. itulah manusia.. keberuntungan manusia ini sentiasa ada, hanya perlu memilih mahu atau tidak. salah satu cara yang mudah untuk mencapai kebahagian itu ialah apabila seseorang itu "mengikat" hubungan dirinya dengan Allah s.w.t. mudah andai difikirkan mudah dan menjadi remeh dan susah andai di apit dengan alasan2 yang hanya memberatkan lagi keadaan.. 

manusia..manusia 

harus beringat wahai insan 
nasihat ini bukan untuk kalian saja..
lebih2nya lagi diriku ini yang seringkali alpa dan leka..


Isnin, 1 Oktober 2012

nikmat + ujian = hikmah

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah segala puji bagi Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga.. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk terus update blog ini..syukur..syukur Allah berikan terlalu banyak nikmat kepada diri ini.. terlalu banyak.. Alhamdulillah

sebagai manusia... Allah sentiasa memberi kita nikmat dan ujian..semua itu membawa hikmah2 tersendiri.. hikmah yang semuanya sudah pasti membawa kebaikkan kepada kita tidak kiralah dipandu oleh keberuntungan nikmat mahupun  keberatan ujian yang bertandang.. hikmah itu bijaksana dan kebijaksanaan akan diperolehi dan dibawa oleh nikmat dan ujian..untungkan kita? bila mendapat nikmat...kita juga memperolehi hikmah bila ditimpa ujian hikmah juga kita akan dapat.. 

begitu sayangnya Allah kepada kita, kala terleka kita dikejutkan..kala terlena kita dibangunkan..walaupun sebesar mana kesalahan yang kita lakukan Dia tidak pernah meninggalkan kita.. Ya Allah syukur atas hikmahMu ini.. terlalu besar anugerah ini Kau berikan kepada diriku yang sering alpa dan leka ini..


andai diri ini terlupa atau terleka..
peringatilah diriku..
bimbinglah daku..
jangan biarkan aku menentukan sendiri apa yang ku ingini..
biarlah segalanya atas pilihanMu 
kerana aku tahu Engkau sentiasa inginkan yang terbaik untuk hambaMu...

pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2 semua.. dengan nikmat adanya hikmah dengan ujian adanya hikmah..kebijaksanaan sentiasa mengalir bersama kitaran masa kita.. andai kita rasa kehadirannya manfaatkan kewujudannya insyaAllah hidup kita tidak akan sia-sia..lihatlah!! Allah sangat menyayangi kita semua.....Wasalam





Khamis, 27 September 2012

bicara hatiku

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah dan kurnia DariNya dapat jugalah menulis sedikit coretan tentang diri di dalam blog ini. Alhamdulillah beberapa jam lagi genaplah 1 minggu saya bersama rakan2 tiket rayuan di ukm "berkuliah".. sungguh disebalik nikmat itu pasti ada terselit ujian-ujian yang mendatang begitu jugalah dengan kami.. tetapi xemngapa sebab mereka tidak tahu siapa kami dan rasanya xperlu kot untuk kenalkan.. apapun semoga semua ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya insyaAllah..

dalam seminggu nie banyak sangat benda yang baru dipelajari, bermula dari pengurusan pergaulan pelajaran and etc.. tuelah namanya pengalaman kan? hehehe teruskan berusaha semaksimum mungkin.. tapi ada sesuatu yang menjadi ujian saat ini.. berdepan dengan sabjek bahasa arab dan kena menghafal hadith bersama syarahnya menjadi kesukaran buat diri saya. dipaksa dan ditekan kadangkala tertekan juga jadinya tapi itulah ragam berjuang, kadang kita menang di medan perang kadangkala kita terluka tapi bukan bermaksud kita terus mengundur dir.. selepas kita sembuh teruslah bangkit semula.. itu yang perlu ada pada diri kita..

dan saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, peluang yang Allah beri ini tidak akan saya sia-siakan teringat kata-kata kakak saya.. di dunia ini jika hubungan kita dengan Allah sangat kuat,walaupun 1 dunia ingin membinasakan kita,kita tidak akan tewas....

dan kini saya kena tanamkan kata2 semangat itu dalam minda saya.. ramai yang ingin menjatuhkan tanpa mereka tahu siapa kita sebenarnya... tidak perlu kita bertikam lidah membangga2kan diri kita tuk menunjukkan siapa kita cukuplah sekadar membuktikan yang kita juga boleh berjaya seperti mereka... ingat tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan semua

akhir kalam wassalam

Ahad, 23 September 2012

Akhirnya inilah kisahnya...

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dan rahmat dariNya dapat juga menulis di dalam ini setelah beberapa minggu senyap. ada perkhabaran baik yang ingin dikongsikan untuk semua apapun sebelum tue mari kita panjatkan setinggi2 pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya serta selawat dan salam buat junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah setelah beberapa penulisan yang dimasukkan ke dalam blog ini kebanyakannya berkisar tentang pengalaman...impian.. Alhamdulillah Allah mendengar rintihan hambaNya.. andai berserah 100% kepadaNya nescaya Dia tidak akan mengecewakan kita dan saya mengakui dengan sebenar-benarnya ia adalah BENAR!!!

setelah berusaha dan berdoa... disamping bertawakkal sepenuhnya akhirnya semua itu berhasil..."berniaga" dengan Allah jauh lebih menguntungkan berbanding dengan manusia..  tanpa sebarang modal berbentuk material yang dikeluarkan akan beroleh keuntungan yang berbentuk material kelapangan hidup dan ketenangan hati.. untung kan??

dan saya salah seorang yang memperolehi keuntungan itu... itu sebabnya saya menyarankan kepada semua sahabat ayuh!! kita sama-sama untuk mengadakan hubungan "perniagaan" denganNya...

Alhamdulillah setelah 2 tahun ditunggu2 peluang ini..kerana kekangan dan halangan yang tidak dapat dielak..Alhamdulillah pada 19 September 2012 semua kekangan itu hilang... Alhamdulillah saya berjaya mendaftarkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia... kegembiraan yang dirasai bukan kerana ingin berbangga dengan kejayaan yang dikecapi tetapi kegembiraan itu terserlah dek titisan airmata dari mak dan bapa yang sangat gembira kerana berjaya menghantar saya untuk masuk ke menara gading mengikuti jejak abang saya... mak dan bapa sangat gembira kerana kedua-dua anaknya berjaya menempatkan diri ke Universiti... 

teringat lagi sewaktu menerima perkhabaran gembira ini kelihatan wajah bapa sentiasa ceria dan tersenyum.. entah apa yang difikirkan namun hanya dapat didefinisikan bahawa dia sedang gembira.. mak pula sering menangis bukan kerana bersedih sebaliknya kerana rasa terharu... mak sendiri yang berkata begitu.. syukurlah...

dan disini... setelah berada disini saya berjanji kepada diri saya sendiri akan belajar bersungguh2 sebagai tanda syukurnya kepada nikmat Allah ini.. memperkenankan doa dan harapan yang selama ini disimpan di dalam hati.. ada 1 lagi... menambah kecerian dan kegembiraan apabila dapat tahu saya akan belajar disini bersama2 sahabat baik saya sejak sekolah rendah lagi Shakilah atiqah.. doakan semoga kami berjaya dan kita semua akan berjaya


Selasa, 11 September 2012

hari ini...

Assalamualaikum Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi kehidupan kepada diri ini...memberi nikmat hidup dan hari2 yang indah bersama saudara mara yang disayangi semoga dilimpahi rahmat dariNya insyaAllah...

tanpa disedari masa semakin pantas berputar kadagkala sehingga tidak disedari silih berganti... cepatnya hari berlalu betullah peribahasa arab ada mengatakan "masa itu ibarat pedang, andai kita tidak memotongnya sudah pasti dia akan memotong kita"..

apapun cepat atau lambat masa itu bergerak harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. agak lama menyepi tetapi hari ini rasa ingin menulis.. seharian mengeladah Laman sosial facebook macam2 cerita yang dibaca, dari status kawan2 artikel2 yang dikongsi dan gambar2 yang dilihat mata terlihat sesuatu yang menarik.. apakah?? bukan yang menarik itu tajuknya tetapi yang menarik itu kerana ada nilai atau mesej yang besar dalam gambar itu..

saya terbaca seorang pelajar jordan yang telah meninggal dunia dalam usia yang masih muda remaja 22 tahun umurnya kalau tak silap saya. pergi menyaut seruan Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan di Jordan.. saya langsung tidak mengenali insan itu.. tetapi entah kenapa saya sangat terkesan dengan berita itu...

saya cuba mencari link facebook yang dimiliki oleh Arwah.. Alhamdulillah beberapa petunjuk akhirnya saya berjumpa dengan wall arwah.. alangkah beruntungnya arwah kerana status2 terakhir di dalam facebooknya lebih kepada perkongsian dan saya terlihat ada beberapa rangkap kata-kata sepertinya puisi yang dinukilkan oleh Arwah sebelum dia pergi untuk selama-lamanya...

walaupun saya tidak mengenali kamu.. tapi saya tahu kamu insan yang baik kerana itmu Allah menjemputmu awal tuk bersamaNya... semoga tenang dan aman engkau disana

Al-Fatihah untukmu...

sekadar renungan...
pesanan untuk kita semua terutamanya penggemar laman sosial facebook... marilah kita berkongsi benda2 yang baik yang boleh dijadikan nasihat dan pengajaran..bukannya benda yang melaghakan dan melalaikan peringatan untuk diri saya sendiri..

wasalam 11 sep 2012/5.59pm

Sabtu, 25 Ogos 2012

selamat hari raya 1433H

Assamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih juga diberi kesihatan kelapangan waktu serta kehidupan yang indah semoga dapat dilalui dngan penuh rasa kehambaan dan kesyukuran InsyaAllah. jika diimbas kembali rasanya blog ini terlalu lama sudah tidak diselenggara. kesibukan dengan kerja serta akal yang semakin lama menjadi tumpul tidak mampu melahirkan idea-idea yang menarik untuk dikongsikan.

walaupun hari ini genaplah seminggu kita berhari raya rasanya masih tidak trlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITI MAAF ZAHIR AN BATIN kepada semua sahabat2... tak kiralah di alam nyata atau di alam maya.. walaubagaimanapun dalam kegembiraan menyambut hari raya, Ramadan yang dilalui jangan dilupa, apa yang pernah diamalkan semoga dapat teruskan atau ditingkatkan lagi.. pesanan untuk diri sendiri.

hari raya kali ini sangat berbeza dari yang sebelumnya, mungkin kerana faktor usia yang semakin meningkat, keseronokannya tidak sama seperti waktu kanak-kanak dulu. tapi itulah kehidupan dari satu fasa ke satu fasa yang dilalui dan sudah pasti pengalaman yang diperolehi juga berbeza-beza..apapun tetapi gembira kena dapat berkumpul dengan saudara mara jauh dan dekat semua datang berhimpun..

syukur kepada Allah atas nikmat kebahagian dan kegembiraan yang diberikan, semoga kita semua di nRahmai olehNya InsyaAllah..

wassalam..


Khamis, 23 Ogos 2012

MARI KITA SAMA-SAMA BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK DAN PERUBAHAN YANG AKAN MENJADIKAN KITA ORANG YANG BERJAYA BUKAN SAJA DI DUNIA TETAPI DI AKHIRAT KELAK

Sabtu, 21 Julai 2012

Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum atas limpah kurniaNya dapat juga kita terus berada bernafas dan aliran darah terus berlegar2 di setiap saluran yang tertanam di dalam urat nadi kita.. masih dipanjangkan usia dan ini seharusnya kita syukuri ...

hari ini 1 Ramadhan 1433.. lupa nak habaq...

"selamat menyambut bulan ramadhan sahabat2 semua"

jangan lupa di dalam bulan ramdahan nie semua amalan dibayar dengan berlipat ganda...siapa yang menjalankan bisnesnya di bulan ini banyakkan keuntungannya. lihat betapa penyayangnya Allah pada kita dalam 12 bulan islam, ada 1 bulan yang Allah sediakan sebagai bonus kepada hamba-hambaNya... Allah maha pengasih.. Dia tidak mahu hamba-hambaNya menjadi rugi atau muflis.. tapi lumrah dunia.. ada yang menganggap mereka sudah kaya dan tidak perlu lagi berjual beli.." berniaga". sedangkan betapa pengasihnya Allah pada kita... modal yang langsung tidak merugikan.. cumanya kita kenalah berniaga dengan cara yang betul bukannya dengan cara menipu...

islam itu mudah dan indah.. apa yang diajarkan semuanya membawa kebaikan kepada kita. mari menjadi hamba yang taat pada perintahNya.. dan yang paling penting mensyukuri nikmat hidup yang dipinjamkan kepada kita.. di dalam bulan Ramadhan.. antara amalan yang seharusnya diperbanyyak ialah.. solat sunat..membaca al-Quran [tadarus].. sedekah dan zikir.. insyaAllah semoga kita menjadi antara "orang-orang yang kaya"

di bulan Ramadhan juga dan bulan-bulan yang lain kita kenalah selalu mengunci diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.. bicara kunci dari umpatan kaki kunci dari mengunjungi ke tempat2 maksiat.. telinga kunci dari suara-suara yang banyak melalaikan..mata kunci dari melihat benda-benda yang xxxx..semua benda-benda ini mempergaruhi perjalanan bisnes kita.. makanya kenalah dikawal-kawal..

di dalam bulan Ramadhan juga.. amalkan Qiamullail.. sebelum waktu sahur.. yela bulan-bulan lain berat sungguh nak bangun.. jadi di dalam bulan Ramadhan nie kebetulan nak sahur tue teruslah tunai solat2 sunat.. Bonus tue... bacaan al-Quran juga kena ditinfkatkan baca dan fahami insyaAllah boleh tue... awal bulan Ramadhan jangan lupa niat puasa untuk setahun dan hari-hari takut-takut sakan bersahur tetapi xperasan niatnya pula lupa...

semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumNya..

rasa bersyukur kerana akhirnya bertemu juga dengan Ramadhan yangm dirindui...

semoga kita sentiasa istiqamah dengan setiap apa yang kita kerjakan insyaAllah

Wasalam ^_^

Ahad, 15 Julai 2012

oh di mana universiti ku??

Assalamualaikum. w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurniaNya dapat juga saya update blog ini. Alhamdulillah setelah berapa bulan menanti tahun juga silih berganti akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu telah diumumkan.. keputusan kemasukan ke Universiti bagi lepasan STPM/setaraf. saya bukanlah lepasan STPM tetapi sayalah yang "setaraf" tue hehehe..

Dengan berbekalkan no kad pengenalan saya menyemak keputusan penempatan ke universiti akhirnya...

oh di mana universiti ku??

Dukacita dimaklumkan......... bla..bla..bla

sedihnya rasa hati namun xpula menitis airmata.. hanya rasa kecewa sebab xdapat melayakkan diri. tapi sebenarnya semuanya saya telah bersedia lebih awal. kerana tawaran saya ditolak bukanlah kerana tidak berkelayakan [ bukan nak belagak..sebagai motivasi diri ] tetapi hanya tidak memenuhi syarat. disebabkan tidak sempat mengirimkan keputusan muet ke setiap universiti yang saya pohon. namun apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya tetap bersyukur.. kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Dengan rasa nak rebah juga tapi kerana tiupan semangat sana sini dari sahabat2 akhirnya masih terus berdiri dan akan terus berlari [maksudnya xputus asa lah tue] permohonan dilanjutkan ke e-rayuan.. Alhamdulillah nasiblah UPU buat juga e-rayuan kalau x? alamat setahun lagi la saya "berkebun anggur" walapun hakikatnya saya telah bekerja [sebagai sukarela]. dan kali ini saya akan terus berlari dan menunggu dengan penuh setia.. jika ada rezeki Alhamdulillah jika tak ada saya redha insyaALLAH..

Sekadar ingin berkongsi dengan rakan pembaca apa yang saya alami dan saya rasai.. sangat menarik tarbiyyah ini.. terima kasih ya Allah semoga dengan ujian ini saya menjadi lebih kuat dan memdidik saya untuk menjadi hamba yang solehah amin2 sama-sama kita doa

^_^ wassalam

Jumaat, 29 Jun 2012

dialog minda dan hati

Assalamualaikum w.m.b.. Alhamdulillah atas limpah kurnia Allah s.w.t kerana masih lagi diberi kesempatan menikmati kehidupan dan kudrat untuk melalui hari2 yang berlalu. disulami dengan kenangan-kenangan hasil tuaian pengalaman yang dilalui menjadikan hari-hari semakin indah walaupun disulami dengan benang hitam dan putih..namun tetap bersyukur dengan apa yang diperolehi Alhamdulillah..

melayan lagu "permata yang dicari" fikiran melayang-layang entah ke mana. terbang ke sana ke mari...

saya nak yang soleh boleh kah?

hehehe tiba-tiba pula keluar statement macam tue.. agak lucu juga sebab jarang rasanya dalam blog nie cerita tetang hal-hal " heart2 nie <3" tetapi hari ini memberanikan diri

saya nak yang soleh boleh??

aik? tanya lagi...dah2 cukup tanya sekali jangan tanya banyak kali xpasal2 kena sepok nanti..

ya boleh!! boleh ja nak dapat yang soleh... tapi...

aik? ada tapi lagi ker?

yela kenalah ada tapi.... tapi kena solehah dulu...

owh... tapi susahlah nak jadi solehah tue... saya nie orang biasa je tahu tentang agama pun seciput ja....

xpa janji ada usaha dan doa untuk jadi solehah..

owh macam tue ka?

yela habis tue macam mana lagi..

:) [senyum macam kerang busuk]


saya tetap nak yang soleh...

berdoalah dan berusahalah menjadi solehah.. tapi nak tanya sikit lah?

nak tanya apa?

kenapa nak soleh?

sebab... senyum [malu-malu kucing]

1) sebab saya nak dia bimbing saya nie

2) sebab saya kuat bertanya jadi kena ada sorang yang suka menjawab

3) saya nak dia bimbing anak-anak saya

4) saya nak dia bawa saya ke syurga

5) saya nak berbakti dengan dia

6) saya tahu jika dia soleh...sudah pasti dia juga akan taat kepada mak ayah saya

wah.... banyaknya sebab... kemungkinan besar boleh dapat nie.. tapi awak dah ready ker?

hehehehe belum lagi..

owh tak bolehlah kalau begitu

tapi kalau saya berdoa dan berharap dari sekarang boleh x?

boleh sangat2... dan sangat digalakkan

:) jom kita doa sama2 semoga dapat yang soleh dan kita menjadi solehah...

huhu berdialog antara minda dan hati

Rabu, 20 Jun 2012

Berlari

Assalamualaikum atas limpah kurnia rahmat dariNya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas di muka bumi insyaAllah... hari ini setelah membelek facebook yang seharian tidak dilihat..terpandanglah beberapa status yang menyatakan bahawa hari ini adalah 1 Syaaban.. owh semakin dekat bulan yang ku nanti2 dan dibulan ini seharusnya sudah berlatih berlari untuk persiapan di kejohanan pecut Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi



salam Sya'aban semua :)

jom kita berlatih dari sekarang untuk memenangi kejohanan Raadhan yang akan datang :)

Rabu, 13 Jun 2012

kena tahu!!

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya dapat juga update blog ini... kelapangan dalam kesibukan begitulah yang dilalui saat ini.. apapun kena sentiasa bersyukur dan terus bersyukur..

ucaplah Alhamdulillah..
Syukur kita kepada Allah..

Alamak!! ternyanyi pulak lagu raihan tue..

ok... be serious!!!

kena tahu... apa yang kena tahu??? kena tahu especially untuk orang yang tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu...tetap kena tahu!!! kena tahu


yang pintar? kena tahu di dunia ini ada lagi yang lebih pintar

yang cantik? kena tahu di dunia ini ada lagi yang lebih cantik

yang kaya? kena tahu di dunia ini ada lagi yang lebih kaya

yang jahat? kena tahu di dunia ini ada lagi yang lebih jahat [ bukan nak galakkan untuk jadi semakin jahat..tetapi fenomena sekarang nie bila dah jahat...rasa dirilah yang paling jahat..hinggakan beranggapan bahawa tiada lagi gunanya untuk bertaubat!! itu salah tue]

kena tahu tue... di dunia ini bukan kita saja yang kaya...yang pintar... yang cantik ... ada lagi yang lebih daripada kita.... di dunia nie bukan kita saja yang jahat... yang miskin... jadi kita kenalah bersyukur... tapi yang jahat tue pula kenalah bertaubat dan berusaha untuk menjadi baik agar tidak tergolong dalam golongan "jahat2" dan yang xbaik2....

tue semua kita kena tahu..bukan nak downkan motivasi diri... tetapi jika dilambung diri terlalu tinggi takut nanti jatuh rebah ke bumi.. jadi besederhanalah... wasatiyyah itu indah... dan kerana itu sangat dianjurkan dalam agama kita.. bersederhana dalam segala perkara.. kecuali menzahirkan rasa cinta... kepada yang Esa dan para rasulNya..

Muhasabah diri menjernihkan hati dari sifat2 keji

wasalam^_^

Sabtu, 9 Jun 2012

ketika cintaku bertasbih...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah atas kesempatan dan kelapangan yang diberikan oleh Allah s.w.t akhirnya dapat juga update blog ini..sekadar ingin berkongsi puisi yang dibacakan oleh Ayatul Husna dalam movie Ketika Cinta Bertasbih... untuk pengetahun para rakan pembaca.. ketika cinta bertasbih merupakan cerita yang saya sangat minati... selain daripada pengajaran yang bermakna, penjagaan ikhtilat serta bahasa sopan yang digunakan menjadikan cerita ini sangat menarik hati..

berangan seketika " tentu best jika dapat sesorang yang bekeperibadian seperti Abdullah khairul Azzam" sangat lembut..gigih dan amat taat pada agama.. digandingkan pula dengan ana attafunnisa watak wanita yang kadangukala sedikit emosi namun kesolehahan tetap terserlah ^_^


seperti bumi...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menanggung beban derita...
tak pernah lelah menghisap luka...

kau mencintaiku...
seperti matahari...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membagi cerah cahaya...
tak pernah lelah...
menghangatkan jiwa...

kau mencintaiku...
seperti air...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membersihkan lara...
tak pernah lelah...
menyejukkan dahaga...

kau mencintaiku...
seperti bunga...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah...
meneduhkan gelisah nyala...

Jumaat, 8 Jun 2012

memori bersama~





Assalamualaikum...Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Alla
h s.w.t untuk terus bernafas meneruskan kehidupan di dunia ini... aik? kenapa pula ada gambar kek nie??? kan hari nie 7 jun... maka genaplah umur saya 21 tahun... kemungkinan kecil akan hidup tinggal 49 tahun lagi.. ya Allah semakin meningkat dewasa... tetapi adakah segala impian telah terlaksana? sangat jauh lagi...impian dahulu masih belum dikecapi.. namun selagi hayat dikandung tubuh insyaAllah akan diteruskan usaha-usaha itu sehingga memperolehi apa yang dihajati...


Alhamdulillah syukur yang teraamt sangat ke hadrat Allah s.w.t kerana di hari ulang tahun pada tahun ini diberikan kesempatan menyambutnya bersama sahabat-sahabt tersayang sejak sekolah menengah sehinggalah kini.... dan yang paling istimewa sekali di ambang hari lahir... sahabat baik bersama disisi Aisyah Nordin... sahabat sejak tingkatan satu... yang menariknya antara kami.. sejak form 1 hingga form 5 kami duduk di kelas yang sama.. bermula dari kelas 1 ibnu rusyd 2 ibnu sina 3 sehingga 5 ibnu khaldun [ kelas pertama]... nie lah sahabat saya yang selalu lepak melakar angan-angan dibalik awan yang putih di atas langit... bila pelajar lelaki [aspura] sibuk bersiap ke masjid..kami pula sibuk mencari port yang sesuai tuk melakar impian yang dizahirkan dengan perkataan lukiskan engikut lirik bentuk awan... dan port itu adalah dihadapan surau sekolah...jangan salah faham..pelajar lelaki tak solat kat surau tue..pelajar solat kat masjid kampung berhampiran dengan sekolah kami.


"ya Allah... aku sungguh bersyukur memperolehi sahabat seperti dia... dia sangat baik padaku.. terima kasih ya Allah atas kurniaMu ini..."


begitu juga dengan sahabat2 yang lain... fokus nak cerita tentang Aisyah Nordin sebab cuti di minggu ke dua nie saya banyak menghabiskan waktu bersama dia...
bermula dari Ahad hinggalah jumaat... teringat lagi... dengan menggalas beg putih berisi pakaian... memakai selendang bewarna merun...ingatkan Yuna rupanya Aisyah... semangat sangat hari nie yela sahabat kan nak datang... sempat juga masak ayam masak lemak cili api untuk dia.
..





esoknya... janji dengan payang nak g jalan2.... Alhamdulillah dapat jugalah jalan g minum2 dan makan

hari selasa pula deal dengan shakilah g panjat "bukit tertinggi di........................ semporna jew" hehehe naiklah kami ke bukit tengkorak... waktu dah sampai puncak rasa macam taknak turun...hinggalah ke petang lepak di atas.... pastue rasa sunyi sepi jew.. rupanya pelawat yang lain semua dah turun..apa lagi kami pun berlumbalah...ada seperti kura-kura ada juga seperti kancil 2-3 tangga di lompatnya..yela takut duk kat belakang hehehe.......








hari rabu pula... setelah naik ke atas nak mencapai awan yangtinggi kami menukar hala.. ingin turun ke bawah.. kami mengambil keputusan untuk terjun bersama labu2nya... baju yang diguna untuk ke pekan dibawa terjun bersama ke dasar laut...sebelum balik..dengan pakaian yang telah basah dek air laut... tiba-tiba perut rasa lapar pula...singgahlah sebentar makan kat mayuki resort.... sedap dan berpatutan harganya....





dan hari ini khamis..... sedih sangat sebab Aisyah dan nak balik..... sebagai tanda terima kasih sebab Aisyah datang ke sini... kami menghantar dia ke bus station.. sedih sangat :[... tapi tangkap gambar muka kenalah happy...


tapi kan........... hehehe [ketawa jahat] Akhirnya Aisyah tak jadi balik hari nie...sebab bus lambat nak jalan.. takut kemalaman pula sampai di Lahad Datu... dan kami buat plan baru pegi minum2 dan celebrate birthday saya... terima kasih sahabat2 semua :).. planing yang agak gila2 apapun semuanya telah diatur olehNya... terima kasih ya Allah atas kesempatan ini...



indahnya ukhwah ini... walaupun kita telah terpisah dek gerbang gedung ilmu yang berbeza..namun kerana tali ukhwah ini kita masih bisa bersua..bergurau senda..dan terus beramah mesra... semoga Allah melindungi kita...dan menjadikan kita wanita solehah berjaya dunia dan akhirat Ameen.. Ukhwah Fillah Abadan Abada....

Sabtu, 2 Jun 2012

semua tentang sendiri

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih lagi diberi kesempatan dipinjamkan waktu kelapangan untuk mengisi sesuatu di dalam blog yang semakin usang ini...

sudah lama rasanya tidak bersua..rindu membuak2 di dada.. banyak benda yang ingin diceritakan namun hanya tersimpan dalam kotak minda.. walaupun begitu, masih boleh diimbas semula

MEI... banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Mei antaranya ialah hari pekerja...hari ibu... hari guru... and yang paling best sekali cuti sekolah..bukan saja murid yang meraikan bahkan guru2 sekolah juga turut serta... begitu juga dengan diri saya tidak terlepas meraikannya...walaubagaimanapun cuti nie tersangatlah sibuknya..banyak event..banyak aktiviti dan banyak komitmen yang kena diselesaikan... teruskan berjuang..

dalam bulan Mei juga ada ramai dikalangan kenalan2 dan sahabat2 yang mendirikan baitul muslim... tapi semuanya senior lah [ tua dari saya].. tahniah semua...dalam bulan Mei juga, buat julung-julung kalinya ke kota kinabalu... menemankan abang yang mempunyai urusan disana menyambil-nyambil jalan dan shopping bersama kakak ipar... kebetulan pula clash dengan "pesta kaamatan"... berpuluh2 diskaun barang diberi..huhu tak dapat nafikan fitrah wanita nie..

pastue bulan Mei juga, buat part time tanda kertas peperiksaan... sekali key-in data di SAPS [ xtahu apa kepanjangannya].. dapatlah juga upah... Alhamdulillah... 

hari nie menulis semua tentang diri sendiri... tak pa lepas nie insyaAllah saya akan menulis semua tentang diri semua...

semua tentang semua...

p/s jangan tinggal solat....[ iklan2]
wasalam..

Isnin, 23 April 2012

Baginda pembawa hidayah..

Assalamualaikum w.m.b Alhadmulillah atas limpah kurniaNya dapat juga update blog ini.. sykur-syukur atas kesempatan ini... hari ini saya ingin berkongsi sebuah lirik lagu yang menjadi lagu kegemaran dalam "carta hati" saya... lagu ini membawa maksud yang besar...lagu selawat untuk jujungan besar kita nabi Muhamamd s.a.w... kerinduan ke atas Baginda tidak dapat digambarkan...ya Allah semoga diakhir kelak aku akan terus menjadi umatnya...Ameen... sollu ala nabi... mari kita hayati bersama-sama sambil nanyi bersama-sama

BINNABIL HUDA

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

p/s cintai Rasul wasalam :)

Jumaat, 13 April 2012

kotak akal

Assalamualaikum...Alhamdulillah atas limpah kurnia dari Allah masih lagi diberi kesempatan untuk meng "update" blog yang semakin senyap ini... Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk mencoret lakaran2 di rentang kain kehidupan... walaupun kadangkala ianya bukanlah bersifat ilmiah tetapi hanya perkongsian biasa dari insan yang lemah...

Alhamdulillah bulan mac telah berlalu... sekarang bulan april..cepatnya masa berlalu sedar tak sedar dah nak dekat setahun menanam anggur... walaupun hasilnya tak banyak Alhamdulillah masih boleh dinikmati hasil tuaiannya... huhu...

Alhamdulillah pada bulan April ini... Allah memberi peluang...memberi satu ilmu baru kepada diri ini... Tiba-tiba terbit di kotak akal untuk buat bisnes kecil-kecilan... berniaga secara online dan faceline hehehe pandai2 je buat perkataan sendiri... Allah bagi ilham tuk buat keychain...dan brooch menggunakan kain... dan bolehlah dijual untuk menambahkan hasil pendapatan... Alhamdulillah usaha ke arah itu sedang giat dijalankan sekarang ini...

dalam masa yang sama.. pada bulan ini juga sibuk menyiapkan novel yang sedang dalam percubaan untuk dihantar ke dewan bahasa dan pustaka..mohon doa kawan2 semua ya :)...

banyak perkara yang ingin dikongsikan namun sepertinya masa tidak mengizinkan... insyaAllah ada umur panjang kita berjumpa lagi...

p/s jaga iman kita...

wasalam... :)

Isnin, 2 April 2012

awal dan akhir

Assalamualaikum Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk update blog nie... Alhamdulillah syukur atas nikmat yang masih dipinjamkan oleh Allah kepada kita... bulan nie banyak sangat peristiwa2 yang berlaku dalam lipatan sejarah hidup saya... bermula dari akhir bulan februari hinggalah awal bulan april nie...

Alhamdulillah bulan nie banyak peristiwa...

1) saya belajar bawa kereta

2) ke tanah semenanjung selesaikan urusan dan bercuti bersama kawan2

3) kerja sekolah settle

4) muet dah ambil

5) dokumen UPU dah submit

6) jemputan kahwin bela dah siap

7) kawan-kawan buat majlis perkahwinan

8) dah dapat surat pengakuan diploma

Alhamdulillah... Allah mempermudahkan....

tetapi...disebalik nikmat itu pasti akan diuji... diri ini juga tidak terlepas dari diuji... apapun syukur kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya pastikan sentiasa redha dengan apa saja yang menimpa dan serahkan segalanya kepada Allah...Dia sebaik2 perancang...semoga ada rezeki selepas ini... semoga diperkenankan doa ini amin yan Robb

Isnin, 5 Mac 2012

Yallah Syabab!!

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis sesuatu di ruangan nie... dengan ditemani bunyi hujan yang melimpah ke bumi dan didendangkan dengan lagu sami yusuf~al-muallim menaikkan semangat untuk menulis ....syukur Alhamdulillah apa yang dirancang 2 bulan lepas esok akan dilaksanakan..bermulanya perjalanan untuk mengurus hal dunia yang masih tidak selesai insyaAllah.. semoga dipermudahkan..

sebenarnya dalam penulisan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu kepada rakan pembaca [tue pun kalau ada yang sudi baca] berkenaan perihal perjalanan hidup sebagai remaja..
bagi pendapat saya, di usia remaja adalah satu usia yang sangat sesuai untuk melakukan pelbagai perkara [ yang positif je ] sebab di usia ini kita masih memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat... minda kita juga masih segar, jika diasah dengan sebaiknya akan melahirkan buah fikiran yang "ngettop" gtue..mengapa dikatakan..maju jatuhnya sesuatu bangsa itu lihat pada muda-mudinya...sebab golongan reamja merupakan kayu aras untuk mengukur sejauh mana "power" tamadun bangsa itu...golongan ini sebenarnya antara golongan yang dapat menyumbang pelbagai kemajuan untuk negara...

di usia muda ini juga godaan dari "syaitan" sangat2lah kuat...sehinggakan menggugat iman dan mengelorakan nafsu diri... andai kita tidak kuat memampannya... hanyutlah kita bersama labu-labunya huhu.. tetapi andai kita kuat dengan cara mendekatkan diri dengan sang Pencipta Allah s.w.t dan ikut apa yang diajarkan dalam agama sudah pasti kita akan menjadi kuat...indahnya usia remaja nie...

saya mengajak kepada diri saya sendiri dan sahabat2 semula... terutamanya golongan reamja2 dan belia... ayuh kita bersama-sama bangun...untuk memanfaatkan diri kita bukan hanya untuk kita sendiri...ibu bapa...keluarga dan ummah...

ada berkata :" ele...kita nie masih budak lagi, xdapat nak buat apa2 lg"

pandangan org nie silap....

ada juga yang berkata : " kita kena bangun sebagai remaja dan belia kita kena mempunyai kekuatan dan keupayaan yang lebih, jangan sia-siakan peluang usia ini"

hah!! nie betul....

ayuh para remaja kita bangkit...manfaatkan diri kita semaksimum mungkin....kita boleh

Yallah Syabab...

Khamis, 1 Mac 2012

sebab akulah!!



Assalamualaikum...Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih lagi diberi kekuatan... selepas beberapa minggu menanggung kesakitan..namun kesakitan itu sebenarnya adalah tanda kasih sayang dariNya berharap agar hambaNya ini tidak lalai dan tidak lupa untuk terus mengingatinya... salah satu tarbiyyah yang diidam2kan....

blog ini semakin lama semakin menyepi... bukan sebab masalah internet..bukan sebab masalah ketiadaan masa.. tapi kerana roh penulisan mula lari dari diri ini... entah kenapa mungkin kerana sebab...kurang dipraktikkan menyebabkan roh itu menjauhkan diri..

ditemani dengan dendangan lagu Optick~cahaya hati..memukau lamunan pergi mengimbas semula...apa yang pernah terjadi dan sedang terjadi dan memikirkan apa yang bakal terjadi... ada yang manis tidak kurangnya juga ada yang pahit...

seriously...saat ini sangat merinduiNya... terasa semakin hari semakin jauh dariNya...banyak perkara berbentuk amalan yang mula ditinggalkan... sepertinya cahaya itu mula berarak pergi... ya Allah takutnya andai hati ini menjadi gelap gelita... kerana kehilangan cahaya dariMu...

ya Allah aku bertaubat atas semua salah silapku
Andai aku khilaf....peringatilah aku...

kesempurnaan tidak ku miliki...terlalu banyak kelemahan yang ada padaku...kelemahan yang berpunca dari aku sendiri... aku kena kuat bangkit semula dan meneruskan apa yang telah aku usahakan sebelum ini... untuk emncapai redhaNya...

dan reflect dari yang keruh kepada yang jernih...
dari yang kotor kepada bersih
dari yang hitam kepada putih

sebab akulah.... aku jadi xbaik dan sebab akulah aku jadi baik...