Selasa, 25 Ogos 2009

terimah kasih atas kesempatan itu...

kembali keruangan ini.pasti ada benda yang ingin dirungkai....oleh hamba...dengan rasa besar hati mengucapkan syukur kepada Rahmat Ilahi kerana memberi petunjuk kepada kesabaran dan ketaatan darimu ya Allah.......
dengan iltizam yang kuat akan hamba gagahkan hati ini , kentalkan jiwa ini agar menjadi seorang yang termasuk dalam golongan pendamba cintamu... hadirnya seorang insan membantu merubah hidup hamba atas kehendakmu ya Robbi.. terima kasih atas kesempatan itu.... terlalu manis rasanya saat ini mencintai mu ya Allah dan menjaga setiap rahmat dan pemberian mu ya Allah...............dengan kecintaan pada Al-Quran, Dia menjadi pembakar semangat agar hamba ini menurut jejaknya....jika di izinkan suatu hari nanti hamba ingin menjadi sepetinya...moga Allah memberi kesempatan itu kepada hamba...walaupun kasih sayang tidak terpancar darinya namun kasih itu dapatku lihat dari mu ya Allah...kerana sayangMu dan cintaMu pada hambaMu yang lemah ini.......

Isnin, 24 Ogos 2009

Ex-paper sem 1nak target ble??

usul tafsir B kot

fenomenologi keagamaan B kot

al-quran dan penemuan sains C kot

aqhlak dan keperibadian A mudah-mudahan

bahasa arab B kot

bahasa inggeris A mudah-mudahan

gred-gred nie hanya iklan semata-mata tiada kaitan samada yang hidup ataupun yang mati... doakan hamba agar mendapat result yang baik amin.....

cerita hamba


assalamualaikum... hari yang cerah nie hamba mengucap syukur kapada sang Pencipta yang agung kerana memberi kesempatan kepada hamba untuk bernafas...hamba berasa sedih namun kesedihan ini terselit ke riangan apabila di berikan banyak hikmah yang membuatkan diri hamba bahagia. hamba berasa sangat gembira kerana dapat merasai ramadahan di perantauan...masih ada insan yang menguatkan hati hamba..... dalam masa yang sama hamba rindukan kampung halaman yang telah lama hamba tinggalkan... sahabat-sahabat seperjuangan semua terima kasih kerana menemaniku walau sebenarnya hamba merasa ingin rebah... dengan hadirnya mereka?? membuatkan hati hamba girang semula... atas kasih dari Allah

Rabu, 12 Ogos 2009

INDAHNYA RAMADHAN YANGKU NANTI......

salam untuk semua syukur kehadrat Allah kerana kita masih diberi kekuatan untuk terus bertahan di muka bumi ini. hari nie dah 21 sya'aban tak lama lagi bulan ramahdan pula mengambil alih tempatnya...kehadiran bulan ramadhan amat kita tunggu-tunggu betul tak? keindahan ramadhan tidak dapat digambarkan dengan zahir.....kenikmatan dan keindahannya sangat mempersonakan...indahnya ramadhan al mubarak...walaupun terlalu awal rasanya tidak salah untuk ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK MOGA RAMADHAN YANG BAKAL DATANG INI MEMBERI TARBIYYAH PADA KITA SEMUA...

Selasa, 11 Ogos 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
UNTUKMU WANITA...

Peliharalah akhlakmu kerana ia KEHIDUPANMU..

Peliharalah agama kerana ia adalah NYAWAMU..

Peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah LUKISAN HIDUPMU..

Peliharalah amalanmu kerana ia adalah PAKAIAN UKHRAWIMU..

Peliharalah lisanmu kerana ia adalah HATIMU yang meneNtukan baik buruk DIRIMU.. ~ ~

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,

umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,

tetapi tidak melihat apa-apa" ~ ~

Ya Rahman Ya Rahiim.. Indahkanlah Akhlaq kami sepertimana Kau telah memperindahakan rupa kami ♥ ~ ~ AMEEN

Khamis, 6 Ogos 2009

bahagianya aku di nisfu Sya'aban ini

hari yang mentarinya sangat lembut memanaskan tubuh yang lemah tidak berdaya kerana sakit namun tetap di gagahi kerana keindahan nisfu sya'aban ini.tuhan di hening ini hamba bermunajat kerana tanpa di duga rezeki sentiasa mengiringi. dengan kasih darimu ya Robb... diri ini merasa bahagia dan lapang,tapi terdetik di dalam hati takutkan hari mendatang dan saat selepas nie nyawa hamba ini akan ditarik semula..sering sakit tapi hamba ini yakin semua ini pasti ada hikmahnya..di dalam tarbiah ini hamba memanjatkan syukur kerana tanpa disedari kasih dan sayang Allah sentiasa melimpah jahilnya hamba. masih ramai yang sayangkan hamba, janganlah rasa terpinggir sesungguhnya kita adalah manusia yang bertuah.syukur ya Robbi.. izinkan hamba ini terus bernafas di bumi ini,izinkan hamba untuk terus menambah amalan kerana hamba ini masih insan yang hina dan tidak punya apa2..izinkan hamba ini duduk bersama dengan orang2 yang Engkau kasihi ya Robbi..semoga suatu hari nanti bila kepemergian hambamu ini pergi dengan tenang dan aman.kepada sahabat-sahabatku maafkan salah silapku,pada guru-guruku terima kasih atas didikan kalian sehingga keakhir hayat tak kan dapat di balas.... untuk mak dan bapak,maafkan anakmu ini yang pernah melukakan hati kalian doakan agar berjaya dunia dan akhirat amin....

Rabu, 5 Ogos 2009

nisfu sya'aban

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)