Khamis, 6 Ogos 2009
bahagianya aku di nisfu Sya'aban ini
hari yang mentarinya sangat lembut memanaskan tubuh yang lemah tidak berdaya kerana sakit namun tetap di gagahi kerana keindahan nisfu sya'aban ini.tuhan di hening ini hamba bermunajat kerana tanpa di duga rezeki sentiasa mengiringi. dengan kasih darimu ya Robb... diri ini merasa bahagia dan lapang,tapi terdetik di dalam hati takutkan hari mendatang dan saat selepas nie nyawa hamba ini akan ditarik semula..sering sakit tapi hamba ini yakin semua ini pasti ada hikmahnya..di dalam tarbiah ini hamba memanjatkan syukur kerana tanpa disedari kasih dan sayang Allah sentiasa melimpah jahilnya hamba. masih ramai yang sayangkan hamba, janganlah rasa terpinggir sesungguhnya kita adalah manusia yang bertuah.syukur ya Robbi.. izinkan hamba ini terus bernafas di bumi ini,izinkan hamba untuk terus menambah amalan kerana hamba ini masih insan yang hina dan tidak punya apa2..izinkan hamba ini duduk bersama dengan orang2 yang Engkau kasihi ya Robbi..semoga suatu hari nanti bila kepemergian hambamu ini pergi dengan tenang dan aman.kepada sahabat-sahabatku maafkan salah silapku,pada guru-guruku terima kasih atas didikan kalian sehingga keakhir hayat tak kan dapat di balas.... untuk mak dan bapak,maafkan anakmu ini yang pernah melukakan hati kalian doakan agar berjaya dunia dan akhirat amin....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan