Isnin, 31 Disember 2012

kalam terakhir di 2012

Assalamualaikum wmb Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya, pinjaman nyawa dan jiwa antara nikmat yang seharusnya disyukuri... Alhamdulillah pejam celik hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2012. ya Allah..terlalu cepat masa berlalu, pahit manis, hitam putih semuanya menjadi hiasan dalam kehidupan.. pada tahun ini peristiwa terbesar yang berlaku dalam hidup ini, dan ini merupakan nikmat dunia yang semestinya ku syukuri.. ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang yang sangat aku minati Usuluddin dan falsafah..syukur Alhamdulillah ya Allah luahan hati hambaMu ini Engkau dengar meskipun hambaMu ini sering khilaf..

semakin hari semakin dewasa diri ini, hari dan bulan beredar pergi tahun yang silih berganti.. satu demi satu pengalaman yang dilalui...zaman kanak-kanak yang menyeronokkan telah pergi, zaman remaja yang mula meinggalkan diri ini...owh!! sangat cepat masa berlalu. semoga diri ini terus dilindungi.. semoga kedatangan tahun baru ini segala salah silap, dosa diampunkan dan biarlah kehidupan di tahun hadapan lebih baik dari sebelumnya...

di dalam perjalanan ini aku yang memegang watak sebagai seorang anak, pelajar,sahabat di pentas dunia mungkin banyak kesilapan yang diriku lakukan semoga pada tahun hadapan semuanya dapat ku lakukan dengan sebaiknya..terima kasih buat semua yang membuat hari-hariku menjadi indah..keluarga yang dicintai, guru2 yang dikasihi dan sahabat2 yang disayangi... terlalu banyak yang manis dan tidak kurang juga yang pahit terpaksa ditelan..walau tidak dapat diceritakan tetapi semuanya masih tersimpan rapi di kotak minda, insyaAllah hingga ke akhir hayat... semoga tahun hadapan lebih baik dari sebelumnya...Kullu am wa antum bi khair insyaAllah... wassalam. :)


Rabu, 19 Disember 2012

untuk konvo nanti :) insyaAllah

Beliau diberi nama Aminah binti haji Albani, merupakan anak jati semporna sabah. Dilahirkan pada hari jumaat 7 jun 1991. Merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di taski ABIM semporna, kemudian bersekolah di sekolah kebangsaan Bubul semporna. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMKA Tun Sakaran Semporna dalam aliran sains tulen. Semasa berada di sekolah menengah beliau pernah menjadi tokoh Nilam (merupakan salah satu anugerah kepada pelajar yang telah membaca melebihi 500 buah buku  dan pernah  menjadi olaragawati di peringkat sekolah dan beliau juga merupakan seorang pendebat.
Untuk mengejar cita-cita menjadi seorang  penulis dan pemikir Islam, beliau menukar haluan dari belajar aliran sains kepada aliran sastera (pengajian Islam), memilih Kolej Dar al-Hikmah sebagai gerbang menimba ilmu untuk peringkat diploma dalam bidang Usuluddin . Beliau sangat meminati ilmu perbandingan agama dan Falsafah. Semasa berada di Kolej Dar al-Hikmah, beliau telah menyandang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Exco Dakwah dan Tarbiyyah dan  menjadi ketua Naqibah untuk Usrah pelajar Kolej Dar al-Hikmah dan merupakan salah seorang ahli rakan akademi kajian ketamadunan (AKK). Beliau bergiat aktif dalam program yang dianjurkan oleh kolej dan program-program yang dianjurkan oleh pihak luar. Beliau pernah mewakili kolej dar al-hikmah ke program Daie muda anjuran Majlis Agama Islam Selangor, selain itu juga, beliau juga pernah menyertai tamrin inisiasi wirawan wirawati skuad prihatin ABIM, seminar dunia islam kontemporari cabaran dan halatuju masa depan anjuran persatuan ulama’ Malaysia dan banyak lagi.  Di dalam lapangan masyarakat, beliau sangat meminati aktiviti kesukarelawanan dan bergiat aktif  dalam program dakwah orang asli bersama Yayasan al-Khalifah dan Islamic Outreach Abim (IOA). Beliau seringkali menyertai ekspedisi-ekspedisi dakwah ke kampong-kampung orang asli di pendalaman. Walaupun sibuk dengan program luar dan dalam, namun beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.  Ibu bapa dan para guru-guru menjadi idola beliau. Kini, beliau sedang menuntut  di Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah.

Isnin, 17 Disember 2012

hati

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberi kehidupan untuk mencari seberapa banyak bekalan untuk di bawah kembali ke sana kelak...syukur walaupun dihimpit oleh masa yang sanngat pantas beredar, kadangkala ada juga masa lapang, namun akal terkunci dari menyusun bait-bait kata untuk dimuatkan di dalam blog yang semakin usang ini... entah kenapa hari ini rasa seperti ingin menangis dan terus menangis. ada sesuatu yang terbuku di dalam hati yang tidak dapat diluahkan oleh kata-kata. ada banyak perkara yang tidak dapat difahami andai dikisahkan kepada mereka yang berada di sekeliling.. bila diterjemah dalam bentuk tulisan seperti ini, risau dek hati maksud yang dihajati tidak dapat difahami apatah lagi dimengerti..

rasa sungguh bersalah kepada diri sendiri, akhirnya gagal lagi untuk menjaga hati..membiarkan ianya luka kembali, tanpa dirawat atau dibaluti, menyerap kembali darah yang mengalir, walaupun punca luka berbeza namun kesan luka pada tempat yang sama..iaitu hati...

silapnya diri ini...
kerana hati..
zahir menjadi longlai..
dalaman menjadi kosong..
sebab..
memberi pada tempat yang salah..
seharusnya pengharapan sepenuhnya padaNya..
namun sekali lagi berbuat noda,
memukul diri sendiri..
ibarat merobek hati sendiri..
kerana hati rasa luka disakiti..

alangkah nikmatnya jika hati sepenuhnya pada Ilahi..
Dia tidak pernah merosakkan apatah lagi melukai..
bila saat begini...
Dialah yang paling dirindui...
Bila saat nikmat memenuhi ruang hidup..
Lupa yang Dia sentiasa memerhati..
adakah beringat dikala nikmat?
adakah lupa dikala alpa??

tepuklah dada tanyalah iman kita, rapuhnya hati.. bagaimana untuk mencintaiNya dengan sepenuhnya, tiada penawar yang lebih mujarab selain kembali kepadanya... dengan ini aku bertaubat kepadaMu ya Allah atas khilaf yang dilakukan...kerana hatiku ini sepenuhNya milikMu, engkau pinjamkan tetapi aku tidak menjaganya..aku khilaf... bimbinglah aku ya Allah... kerana aku tahu engkau begitu dekat denganku... 


Isnin, 3 Disember 2012

kampung limau, Kuala Betis GM

Assalamualaikum Alhamdulillah atas nikmat kesihatan dan kehidupan yang masih lagi dipinjamkan oleh Allah s.w.t masih lagi berkesempatan untuk "update" blog ini. hari berganti hari bulan dan tahun silih beralih, peredaran hari yang begitu cepat hingga tidak terasa kini telah masuk bulan terakhir dalam perkiraan kalendar masihi, beberapa hari lagi 2012 akan melabuhkan tirai.. sangat cepat masa berlalu...

Alhamdulillah untuk kali ini,saya ingin berkongsikan satu pengalaman yang sangat menarik... program DOA (dakwah orang asli) telah dianjurkan oleh persatuan mahasiswa jabatan pengajian usuluddin dan falsafah yang bertempat di kampung limau, kuala betis gua musang kelantan.. pengalaman yang cukup menarik, dimana sewaktu hari pertama pihak abim outrech telah membahagikan setiap keluarga menerima 4 orang anak angkat dan saya salah seorang peserta yang terlibat sama.

specialnya dalam keluarga saya hanya ada 3 orang pelajar ukm saja, kami ditempatkan di keluarga yang mempunyai 6 orang anak perempuan yang kecil dan comel. beruntungnya kami kerana mama dan abah kami sangat baik. selama berada di program itu, sayalah yang berperanan sebagai menjaga dapur mereka. menjadi tukang masak yang suka campak2.. best sangat...

sepanjang berada di sana juga, ayah dan mama sentiasa menghidangkan kami buah2an dan yang paling special lagi ialah durian..... yang sangat...sangat sedap.. Alhamdulillah, bila waktu petang mama akan sediakan minum petang...rindunya waktu itu.. hari ke dua, pihak ukm telah membuat aktiviti sukaneka, best!!

dan hari terakhir, adalah hari perpisahan..sedih dan sebab tetapi kena kuatkan hati sebab disebalik pertemuan jangan janggal dengan perpisahan semoga kita bertemu lagi

saya sayang abah, mama dan adik2 :)