Jumaat, 18 Februari 2011

ucaplah Alhamdulillah.... :)

Assalamualaikum w.m.b. Alhamdulillah berkat kurniaan dari Allah sehingga saat ini masih lagi diberi kehidupan dan masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan usaha dalam mencari ilmu..

Alhamdulillah, di pagi jumaat ini, saya ingin berkongsi berkenaan dengan tajuk yang dipetik dari lagu Raihan " ucaplah Alhamdulillah"..


seringkali kita menerima kejayaan...tidak kurang juga kadangkala dihimpit dengan kegagalan. namun kedua-dua situasi ini menjadi fitrah dalam hidup kita sebagai manusia. bahasa yang seringkali didengar dikatakan ianya adalah asam garam dalam kehidupan...


bila ditimpa musibah..kita hanya tahu mengeluh


bila berjaya..kita lupa bersyukur kepada-Nya..


apalah nak jadi kepada kita...


maka dengan itu... UCAPLAH ALHAMDULILLAH.. sebagai tanda syukur kita kepada-Nya. perkataan ALHAMDULILLAH membawa makna yang sangat besar, ia menjadi cermin bahawa kita adalah hamba yang bersyukur...hamba yang menyedari bahawa diri kita adalah hamba... dengan adanya rasa hamba pada diri... ini menandakan sifat mahmudah mula menempat dalam diri kita...


namun! harus diingat, ucapan Alhamdulillah bukan hanya dengan lafaz sahaja, namun ianya kenalah dihayati dengan sebaiknya... InsyaAllah kita akan beroleh kebaikan...
p/s apapun terjadi ucaplah??? Alhamdulillah..(selingan dengarkan lagu ini )

ingin memberi sesuatu...

assalamualaikum...Alhamdulillah atas kurnian rahmat driNya masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar di bumi Malaysia ini... hari ini saya ingin berkongsi sesuatu berkenaan dengan..



ingin memberi sesuatu




mengapa agaknya tajuk ini dipilih untuk pengisian kali ini.. kerana tajuk ini membawa banyak maksud terutamanya kepada diri ini... ingin memberi sesuatu... seringkali melintasi pemikiran seseorang...sering timbul dikala ditiup dengan mood-mood kebaikkan..

"aku ingin memberikan kamu sesuatu"..

aku nak hadiahkan sesuatu..

kamu mahukah coklat itu??

seringkali kedengaran kata-kata seperti ini..tapi yang dimaksudkan dengan memberikan sesuatu ialah ingin memberikan sesuatu yang bermanfaat..
seperti seorang guru..ingin memberikan ilmu kepada murid-muridnya dengan mengajar..

seperti seorang ibu.. menyiapkan sarapan untuk keluarganya sebagai tanda dia ingin memberikan kasih sayang kepada keluarganya....

jika dilihat dalam konteks yang lebih luas... ingin memberi sesuatu membawa maksud yang sangat besar.. dengan adanya sifat ingin memberi sesuatu... ianya akan membela golongan yang susah..ianya mengembirakan orang yang sedih..ia men"celik"kan orang yang"buta".. kerana sifat ingin memberi sesuatu ianya dapat merubah hidup seseorang..dari yang kelam kepada terang dari yang suram kepada cerah...

dengan niat "ingin memberi sesuatu" semuanya akan berubah...

maka... memberilah sesuatu" tidak kira samada dihargai atau tidak... teuskan "memberi sesuatu" moga satu hari nanti... ianya akan membawa kegembiraan kepada orang lain dan diri sendiri...

Jumaat, 11 Februari 2011

MeNcArI KeTeNaNgAn..

Assalamualaikum... syukur ke hadrat Allah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret di blog yang tidak seberapa ini.. semuanya atas izinNya.. hari ini sy ingin berkongsi satu tajuk... dan secara umumnya ramai yang ingin memperolehinya..

ketenangan..

apa yang dimaksudkan dengan ketenangan? ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan. sudah pasti semua insan ingin berada dalam kondisi yang tenang...

ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. salah 1 kuncinya ialah " Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti menjadi tenang"..

ketenangan yang diimpikan mampu kita perolehi. kekuatan diri kita melawan nafsu dan mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merangkul rasa tenang.. tidak kira kita berada di dalam keadaan panik atau sedih.. dengan tenang, ianya mampu memberikan keselesaan kepada kita..

pujuklah minda untuk memperolehi ketenangan..

apabila minda bertindakbalas.. akibat di dorong oleh hati.. maka hancurlah jadinya... sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi... secara personalnya, sy sendiri pernah merasai situasi seperti ini. apabila berasa sedih, saya terikut pujuk rayu hati hinggakan ketenangan yang dicari hilang pergi... sebaliknya apabila akal yang dipandu oleh ke arah yang betul...ianya akan menjadi penenang hati... akan membuatkan hidup kita aman dan harmoni...


dalam surah ar-rad ayat 28 Allah berfirman: "ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"


ketenangan yang dicari berada di sebelah kita...samada mahu atau tidak itu semua terpulang pada diri kita ...

p/s carilah ketenangan agar dirimu merasa tenang dan aman :)

Khamis, 10 Februari 2011

Aduh!!!...Stressnya...

assalamualaikum... syukur ke hadrat Allah s.w.t atas perkenanMya sehingga kini masih lagi mampu melihat..mampu mendengar mampu berfikir kerana nikmat yang diberikan olehNya..

stress... stress... stress...

perkara yang sangat familiar dalm kehidupan kita tidak kiralah sebagai seorng pelajar ataupun penjawat awan atau swasta..

stress seringkali menghantui hidup kita... jika tidak dapat dibendung..iyanya boleh saja memakan diri sendiri... tetapi apabila kita berjaya untuk membendungnya ini bermakna kita adalah orang berjaya mengawal diri kita..

stress...

bagaimana mengubati masalah stress..

1) berwudhu'

2) tidur seketika

3) melakukan kerja2 yang kita gemari

4) bersiar-siar

5) membaca al-Quran

6) berzikir

banyak teknik untuk mengurangkan stress.. dan yang paling penting sekali..tenangkan diri dari banyak berfikir..


jika banyak pekerjaan yang mesti dilakukan..."listkan" perkra-perkara yang ingin kita lakukan. urus dengan sistematik..

ianya juga mampu untuk mengurangkan tekanan...

dan yang paling penting banyakkan berdoa moga diberikan hati yang tenang....

p/s sebenarnya sekarang nie sy dalam keadaan stress.. jadi saya cuba untuk memperingati diri sy dengan beberapa teknik yang mesti sy lakukan... dan dikongsikan bersama untuk semua para pembaca...

semoga ianya memberi manfaat kepad kita semua insyaAllah


Ahad, 6 Februari 2011

3.58am

Assalamualaikum... Astaghfirullah dah pukul 3.58am mata ini masih lagi tidak mampu untuk melelapkan diri... ada yang kata sebab online sokmo... tapi ym tak bukan pun facebook tak on pun..ehm...

subuh-subuh yang sunyi nie...minda melayang jauh memikirkan masa lalu... macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup..dari kecil hingga kini..tapi semua itu baru ku tahu...ada hikmah yang tersembunyi...

tak bermakna kita tidak duduk di hadapan kita sudah kalah...tidak bermakna kita berada di belakang kita sudah tidak berguna...

semua yang berlaku di dalam hidup kita ada hikmahnya...

maka dengan itu carilah hikmahnya... dipandu dengan kesabaran dalam diri...

tadi sebenarnya terfikir-fikir kenapa nasib diri ini berbeza dengan kawan-kawan yang lain??

asyik memandang orang lain..macam mana nak tahu apa yang ada pada diri..
setiap insan punya potensi diri...berbeza-beza.. jadi mengapa kita mesti risau??

jangan risau... Allah maha mendengar dan maha mengetahui...
dilangit dan di bumi..


pastue... tadi terfikir.. apalah nasib diri...
sering lupa dan gagal melakukan sesuatu dengan sebaiknya??

baru tersedar...Allah ingin diri kita lebih berusaha sebab Dia tahu kita mampu melakukan sesuatu yang kita ragu-ragu...

dimana pun kita berpijak.. dimana pun kita menjejak...

ingatlah.. tapak yang dipijak... kenapa kita berpijak di situ... kerana Allah tahu kita sesuai berada di situ.. dan tapak itu menyimpan s=beribu hikmat yang telah ditentukan olehNya...

insyaAllah..




Khamis, 3 Februari 2011

tanpa tajuk

Assalamualaikum masih lagi diberi kesempatan oleh Allah bernafas dimuka bumi ini menghirup udara kedamaian walaupun hakikatnya kedamaian itu semakin luntur namun kita kena tetap bersyukur..

hari ini " tahun baru cina"...semua agensi tidak kira kerajaan mahupun swasta semuanya cuti...ntah apa kerja yang ingin di buat.. bosan...nak buat tugasan...takda mood... nak jalan takda fulus..nak tidur takda hasil...

semuanya tkda...nak ziarah...takda program...nak apa lagi...??

ok... kalau semua takda....apa boleh buat..

ha!!!

ingin berkongsi sesuatu..semalam pergi ke melaka ke jasin...menghantar bantuan banjir untuk penduduk taman mewah jaya... berhampiran batu berendam...Alhamdulillah ada juga program.. selepas menghantar bantuan... round-round bandak melaka.. bergambar d A' Famosa... melihat tempat2 peninggalan sejara dan banyak lagi...agak letih sehingga ke petang berjalan bersama-sama kak rohana dan kak haslina

syukur ya Allah atas kesempatan itu.. terima kasih untuk kak atiqah PKPIM kerana sudi membawa kami bagi memberatkan lagi kereta hehehe...