Jumaat, 18 Februari 2011

ingin memberi sesuatu...

assalamualaikum...Alhamdulillah atas kurnian rahmat driNya masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar di bumi Malaysia ini... hari ini saya ingin berkongsi sesuatu berkenaan dengan..



ingin memberi sesuatu




mengapa agaknya tajuk ini dipilih untuk pengisian kali ini.. kerana tajuk ini membawa banyak maksud terutamanya kepada diri ini... ingin memberi sesuatu... seringkali melintasi pemikiran seseorang...sering timbul dikala ditiup dengan mood-mood kebaikkan..

"aku ingin memberikan kamu sesuatu"..

aku nak hadiahkan sesuatu..

kamu mahukah coklat itu??

seringkali kedengaran kata-kata seperti ini..tapi yang dimaksudkan dengan memberikan sesuatu ialah ingin memberikan sesuatu yang bermanfaat..
seperti seorang guru..ingin memberikan ilmu kepada murid-muridnya dengan mengajar..

seperti seorang ibu.. menyiapkan sarapan untuk keluarganya sebagai tanda dia ingin memberikan kasih sayang kepada keluarganya....

jika dilihat dalam konteks yang lebih luas... ingin memberi sesuatu membawa maksud yang sangat besar.. dengan adanya sifat ingin memberi sesuatu... ianya akan membela golongan yang susah..ianya mengembirakan orang yang sedih..ia men"celik"kan orang yang"buta".. kerana sifat ingin memberi sesuatu ianya dapat merubah hidup seseorang..dari yang kelam kepada terang dari yang suram kepada cerah...

dengan niat "ingin memberi sesuatu" semuanya akan berubah...

maka... memberilah sesuatu" tidak kira samada dihargai atau tidak... teuskan "memberi sesuatu" moga satu hari nanti... ianya akan membawa kegembiraan kepada orang lain dan diri sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan