Selasa, 20 Mei 2014

hilang yang dicari...

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas belas kasih dariNya masih dipanjangkan usia, meneruskan langkah mencari barokah di senja-senja usia. selawat dan salam buat junjungan besar, baginda Rasulullah s.a.w, para sahabat dan kaum kerabat..

Alhamdulillah sudah lama tidak menulis, dek kesibukan masa yang menghimpit, namun Allah hadirkan buah fikiran untuk dihamparkan di dalam blog yang sudah usang lama ditinggalkan tanpa tinta. Alhamdulillah kehidupan dilalui dengan merasai nikmat hidup dari tuhan, pinjaman sementara ini harus disyukuri.. insha Allah pada hari ini, rasa ingin berkongsi satu isu yang menarik.. 

hilang yang dicari...

bila dengar tajuk tue, mesti minda tertanya-tanya apa yang hilang? dan apa yang dicari? dua benda yang terus diusahakan selagi tidak diperolehi, inkuiri manusia sering mengetuk minda, pernahkah kita merasa kita kehilangan diri kita yang dulu? maksudnya di sini, jika dulu kita sering solat 5 waktu berjemaah, setiap hari mentelaah al-Furqan dengan tekun, kita enjoy dengan usrah yang join, kita sukakan aktiviti keagamaan tetapi kini.................

ianya berubah 180 darjah, yang menjadi amalan dulu, sudah asing dan luar biasa bagi kita, kalam tuhan yang diamati dulu, kini hanya ditutup rapi dan sepi, usrah yang osem dulu tinggal bualan kenangan, semuanya hilang..

dan kini, si darah merah bernama hati mencari-cari, seperti ada yang kurang di dalam diri, satu persatu ia hilang, sehingga hati semakin lama semakin berasa pedih... kini, ia hilang dan terus dicari..

kita rasa down,putus asa, kecewa dengan diri, masakan tidak..tarbiyyah lama sudah pudar dari diri..

tapi.......

pengharapan sebenarnya masih ada, Allah tidak pernah jauh apatah lagi meninggalkan hambaNya yang sering berdosa ini, Dia dekat dan sentiasa memerhati...

bila kita rasa lemah dan tidak bermaya, bukan bermakna peluang untuk kembali semula ke trek yang sebenar sudah tidak ada, selagi kita sedar kita berdosa, itu bermakna kita masih mengakui Dia sentiasa ada, masih ada pengharapan untuk kita berubah.. al-Quran yang ditinggal boleh diambil semula, usrah yang osem boleh diboleh ubah caranya agar lebih menarik dan menjebak kita semula..

masih ada pengharapan..hilangnya masih boleh dicari, moga Allah tiupkan kasih sayangNya buat kita semua.. kembali kepada Islam yang sebenar..

menjadi hamba yang mencari tuhannya,
lebih baik dari menjadi pendurkaha pada penciptanya,
menjadi hamba yang berjalan anak ke arah khaliqnya,
lebih baik dari pelari pecut menjauh dari Allah s.w.t

banyak-banyak memperingati diri, tanda hati masih bercahaya, berbanding mereka yang merasa mengah sedangkan cahaya hati sudah malap dan tidak menyala

sekadar coretan untuk diri hamba dan sahabat semua, yang baik milikNya yang lemah berusul dari kelemahan hamba...