Jumaat, 31 Disember 2010

harapan di tahun baru..






Alhamdulillah sampai juga ke penghujung 2010..sepanjang tahun 2010 terlalu banyak perkara yang dilalui...baik atau buruk semuanya ditelan..dijadikan bekalan untuk meneruskan hidup..dijadikan peringatan agar tidak melakukan kembali kesilapan lalu. di tahun 2010 juga menyimpan pelbagai memori bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan pensyarah2, orang-orang disekeliling serta sahabat-sahabat di maya... sepanjang tahun 2010 juga pelbagai pengalaman yang dilalui... join buat kerja sukarela di kampung-kampung orang asli, menjadi MPP KDH/2010, join sebagai urusetia MTQ antarabangsa di PWTC, join senior2 PKPIM buat program menara gading UKM, jadi pembantu penyelidik kat MAHA di Mardi, join Sirah muzikal di JAKIM anjuran ISMA... huhu banyak benda... nak cerita sampai esok tak habis..


semua yang dilalui dijadikan kenangan yang terindah dalam hidup walaupun ada yang pahit dan manis.. semuanya di simpan di dalam kotak memori yang sangat besar kapasitinya iaitu [otak]...inilah hidup... yang pahit tidak kurang juga. ada 2 perkara yang tidak akan luput dari ingatan antaranya ialah terlibat dalam kemalangan sewaktu bulan ramadhan dan di kejar oleh sekumpulan mat rempit di highway putrajaya.. waktu tue, hanya Allah saja yang tahu perasaan ini.... dah lah yang duduk kat dalam kereta mejoriti perempuan...

dalam tahun ini juga rasanya 5 kali balik sabah.. Alhamdulillah rezeki dari Allah..

tapi.............

ana berharap... walaupun tahun ini banyak kebaikan semoga tahun depan lebih baik... semoga ...

amal ibadah +
sedekah +
tidur -
mengata -
akhlak baik +
belajar +

dan berharap semoga tahun depan

= dapat menyelesaikan diploma
=bayar yuran darul hikmah
=dapat ambil sijil bahasa arab MARSAH
=dapat cari tahfiz
=dapat kerja sambilan
=dapat buat kerja dakwah
=dapat menjaga diri
=dapat jadi mukminah bertakwa
=dapat meninggalkan sifat2 buruk
= dapat...apa2 je yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat serta baik untuk ISLAM..


Target:
1) menulis sebuah buku
2) berazam menambah bilangan bacaan buku target 300 buah buku [ direkodkan]
3) ingin cari kerja sambilan
4) bayar broadband sehingga bulan 5..

amboi........banyaknya...... boleh ke nie??

insyaAllah semog dipermudahkan:)

wasalam

Rabu, 29 Disember 2010

hari ini hari jadi adik payang

Assalamualaikum... alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas berada di muka bumi Allah untuk meneruskan menjadi seorang hamba kepadaNya... semingguan ini sibuk...bukan kerana terlalu banyak kerja sebaliknnya sibuk kerana menonton senetron ketika cinta bertasbih di you tube terlalu banyak episode sehinggakan tidak habis2 di tonton. bila waktu tidak menonton ada saja aktiviti luar. Alhamdulillah baru2 ini baru saja menjelajah ke pulau2 sekitar semporna. rasa gembira sangat berpeluang ke sana.. dapat melihat terumbu karang, dapat melihat penternakan rumpai laut.. melihat dengan lebih dekat pulau boheydulang... cantik sangat, pulau boheydulang ini mempunyai misteri dan lagenda sendiri..insyAllah ada kesempatan ana akan menulis berkenaan lagenda boheydulang.. bagi sapa2 yang teringin ingin ke boheydulang datanglah ke semporna.

eh lupa plak..tajuknya lain benda yang dibualkan pula lain... hari ini hari jadi adik kesayangan ana namanya payang @nurhidayat darman.. pernah ana tanya napa nama dia payang dia kata asal nama timangannya sayang tapi ntah macam mana boleh tertukar menjadi payang.. apapun whatever huhu.. saya mula rapat dengan payang sewaktu form4..kami duduk kelas yang sama mengambil aliran sains tulen. payang sangat baik..perkara yang tidak boleh dilupakan setiap kali pertandingan debat,kami akan duduk dalam kumpulan yang sama. seorang lagi sahabat baik kami iaitu ain..ain anak kepada cikgu kesayangan kami cikgu hjh inda salbiah.. beliau sudah seperti mak kandung kami sendiri, keakraban membuatkan kami selalu bersama ketika waktu cuti.. kami akan bermalam dirumah beliau, mandi kolam, masak memasak dan kami suka makan bersama ditepi laut pada waktu malam..

eh! sambung cerita tentang payang...payang merupakan seorang sahabat yang sangat rajin dan tekun... dia seorang yang sukra untuk berputus asa, bila rasa "down" dia selalu menaikkan semangat ana, menjadi penghibur dikala duka peneman dan pendengar yang setia.. rasa diri ini begitu untung memiliki sahabat seperti dia..sama seperti aisyah,ijan,tiqo,usu,nad,zack,fray,ateng,wan dan rakan2 lama....

rindu sangat ingin berjumpa mereka....terlalu banyak kenangan bersama mereka...dan terlalu banyak benda yang ana belajar dari mereka semua...ukhwah fillah:)

semoga kejayaan milik kita semua sahabat2ku... moga dipermudahkan segalanya diberi kejayaan dunia dan akhirat dan semoga Allah menjadikan kita semua wanita solehah...membantu memberi kemaslahatan di dunia dan akhirat insyaAllah..

Rabu, 22 Disember 2010

Indahnya nikmat Islam

Di dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan pelbagai peristiwa..pelbagai pengalaman pelbagai perkara2 yang baru. dan kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk merasai semua itu. nikmat berjaya..nikmat gagal nikmat gembira nikmat kecewa semua itu mesti kita syukuri. namun ada sesuatu yng sering kita lupa ianya sangat hampir kepada kita iaitu nikmat Islam...



Nikmat Islam sering kita lupakan.. maklumlah kita seringkali sibuk dengan nikmat2 dunia bersifat material namun kita terlupa nikmat Islam. nikmat Islam membawa banyak kebaikan kepada kita dengan Islam kita terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik dengan Islam kita menjadi orang berjaya dunia akhirat..cuba kita lihat ramai juga yang telah berjaya di dunia seperti pemenang di pentas dunia tapi malangnya tanpa Islam...kejayaan yang dimiliki olehnya tidak sempurna.. kerana dunia dia berjaya akhirat dia terlupa...rugilah jikalau kita seperti golongan ini..



Tetapi sekiranya kita seorang yang kurang berjaya tapi menikmati sepenuhnya nikmat Islam.. melaksanakan seperti yang diajarkan di dalam Islam.... kita sebenarnya berjaya.. kejayaan kita diredhai Allah dengan Usaha dan Tawakkal.. insyaAllah... tetapi, sekiranya kita berjaya di dunia... ditambah dengan kekuatan iman dan kepatuhan kita melaksanakan apa yang diajarkan di dalam Islam.. sudah pasti kita akan merangkul kedua2nya pemenang di dunia dan akhirat...

Itu hanya gambaran kecil tentang nikmatnya Islam itu... Islam itu lengkap dan syumul, semua telah diajarkan di dalam Islam jika kita patuh baiklah natijahnya jika kita ingkar buruklah padahnya.. ada orang kata nak buat baik susah nak buat jahat senang ja tapi hakikatnya nak buat baik senang sebab selepas tue tak perlu susah tapi kalau buat jahat susah sebab selepas tue tak kan senang.. Islam ingin memudahkan kita terpulanglah pada kita ..oleh yang demikian penulis mengingatkan kepada diri sendiri dan kepada rakan2 semua syukurilah nikmat Islam.. kerana nikmat Islamlah yang akan menyelamatkan kita..Islam itu mudah tidak menyukarkan..terpulanglah pada kita untuk menilainya...

Sabtu, 18 Disember 2010

laporan 11 dis - 18 dis 2010

Alhamdulillah hari ini genaplah seminggu ana berada di kampung halaman. pelbagai aktiviti yang ana lakukan. tiba di kampung pada hari sabtu lepas. letih kerana tiba di rumah dah tengah malam. pada hari ahad seharian stay kat rumah nak hilangkan penat dan nak balas dendam...selama exam kurang tidur.. seterusnya hari isnin juga, stay je kat rumah tak tau nak jalan ke mana. pada hari selasa pula, pergi ke kota kinabalu nagi menguruskan hal2 dunia yang tidak selesai. pada hari rabu masih lagi berada di kota kinabalu, berjalan-jalan bersama dengan bapa. pad hari khamis bergerak pulang semula ke semporna. dalam perjalanan banyak sangat mengelamun..berfikir apalah yang jadi pad diri ini...semoga akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga,masyarakat dan negara heheehe.. dalam perjalanan sempt lagi berjalan-jalan di kinabalu park merasai kedinginan kabus yang begitu tebal...sejuk sangat cuaca di sana. seterusnya meneruskan perjalanan untuk balik semula ke kampung halaman.pada hari jumaat pula pergi ke pekan bersama anak saudar.dan hari ini sabtu... hanya duduk di rumah..memasak...

seronok sangat terima kasih ya Allah atas kesempatan itu:)

Jumaat, 17 Disember 2010

dipermudahkan apabila bersabar

dalam kehidupan seharian, manusia tidak terlepas dari terus diuji baik berbentuk nikmat mahupun musibah. kesemua itu merupakan ujian menilai sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah s.w.t. di dalam ujian sehari-hari kita seringkali mengeluh. merasakan bahawa segala ujian yang datang tidak mampu di hadapi.terasa terlalu berat sangat.. apabila minda telah memberi tafsiran bhawa ujian membawa kesukaran, secara langsung kekuatan akan beransur lemah..semangat akan mula hilang.. kesan dari semua ini menyebabkan seseorang berputus asa.

berundur sebelum berperang..sebaliknya bagi mereka yang berfikiran positif walaupun sukar namun tetap ditempuhi dengan sabar dan tabah..insyaAllah segala yang sukar akan menjadi mudah. dengan pemikiran yang bebas dari anasir negatif ditambah dengan sifat sabar yang dipupuk dalam diri insyaAllah, Allah akan memudahkan segala kesulitan kita.
Justify Full
apabila kita bersabar.. benda yang sukar jadi mudah, yang kecoh berubah menjadi tenang..dengan kesabaran kita akan memperolehi kedamaian..

"sabar itu separuh daripada iman"

untungnya bagi merek yang bersabr..iman menempat didalam diri. teori sabar diajarkan didalam Islam, ini kerana dengan kesabaran ia membawa banyak kebaikan kepada diri,keluarga dan masyarakat. dengan adanya sifat sabar, tidak berlaku penindasan tidak berlaku pergaduhan tidak berlaku perdebatan tidak berlaku pertengkaran. bayangkan sekiranya seseorang tidak memiliki sifat sabar sudah tentu segala yang dirancang kadangkala mampu diselesaikan tetapi hasilnya tidak sempurna sebaliknya jika kita ingin menyelesaikan sesuatu permasalahan ditambah dengan kesabaran...insyaAllah apa yang dirancang akan dapat diselesaikan dengan kemas dan teratur.

indahnya Islam, mengajarkan kepada hambanya agar bersabar... teori-teori yang diajarkan di dalam Islam jauh lebih baik dari teori yang dibawa oleh ilmuan-ilmuan seperti Sigmund Freud, Frank Parson, Jesse B.Daris dan ramai lagi. teori yang diterapkan oleh Islam jauh lebih baik.

ingatlah jika kita bersabar Allah akan mempermudahkan segala kesulitan...

Isnin, 13 Disember 2010

hari yang indah

Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan oleh Allah s.w.t masih lagi diberi kesempatan walaupun broadband nie dah 1 bulan 11 hari belum bayar tapi msih boleh guna lagi Alhamdulillah.. hari ini indah sekali... bangun pagi.. tolong mak buat kerja rumah 2/3 hari muhasabah diri...di hari ini nekad mulakan azam baru berpegang dengan apa yang diimpikan... ingin menjadi manusia berguna...moto..

"Amal makruf nahi mungkar"

ingin merubah setiap kelemahan yang ada pada diri...ingin bertukar menjadi yang baik dari sebelum ini..banyak kelemahan yang ada pada diri...kepada sahabat2ku..jika ada salah silapku samada sedar mahupun tidak dengan rendah hati ampun dan maaf dipinta-alam ukhwah untuk semua

p/s penyakit terbaru...virus "malip" atau nama saintifiknya "malas taip" telah menyerang pemilik blog ini... doakan semoga virus ini dapat dihapuskan dan ditambah dengan anti virus "rajipbeniah" atau nama saintifiknya "rajin taip benda berilmiah"... Wallahu ta'ala alam..

Ahad, 12 Disember 2010

Alhamdulillah telh tiba ke destinasi

Assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya ana sampai ke destinasi yang dituju...kampung halaman...semporna sabah...dengan rezeki yang Allah berikan dalam kesuntukan masa dan kesempitan wang...Alhamdulillah ada rezeki lain yang menghantar diri ana sampai ke kampung halaman. flight pukul6.30 petang tadi dari Klcc tiba di airport Twu pukul 9.30 malam..

semoga percutian kali ini memberi banyak manfaat kepada diri ini dan kepada ahli keluarga yang lain insyaAllah..

Khamis, 9 Disember 2010

hari ke-4

Assalamualaikum...alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan sehingga ke hari ini terus bernafas di muka bumi Allah ini... hari ini merupakan hari ke-4 menduduki peperiksaan...dh 3 kertas yang diambil....firaq islamiyyah, metodologi penyelidikan dan pengantar pengurusn.. ada 2 lagi kertas...esok pemikiran islam dan lusa english level3..doakan semoga semuanya dipermudahkan... kenapa menulis hari ini?? entahlah mungkin mencari sesuatu yang boleh kurangkan tension.... dengan menulis...dah 3 hari berturut3 tido pukul 3.30 pagi ... padah study last minutes...hehehe apapun bersyukur kehadrat Allah kerana masih lagi boleh bertahan sehingga ke hari ini....

dalam 4 hari menjalani exam...pelbagai cabaran dan ujian2 yang menjadi mutualisme... dh lah pening ngan exam ditambah lagi dengan mutual2 nie..hehehe mcm2... Alhamdulillah walaupun begitu..akal yang diberikan oleh Allah ini masih boleh digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah..

betulkah pelajar nie tidk terleps dari masalah kewangan?

betul la...

sebab apa??

buat2 tak tau pula...kan masih belajar tak kerja lagi tue yang susah...nak perlukan duit mak ayahlah tempat mengadu jadi sedar2lah yer...banyak2 berjimat...nasihat ini fokus untuk dia ni
dia nie kena dimarah...yelah suka membazir..apapun.. nasihat tuk kita semua jangan membazir..






Isnin, 6 Disember 2010

selamat tahun baru Hijrah...1432

assalamualikum..berkat kasih sayang dari sang Pencipta yang agung sehingga ke hari ini masih lagi diberi kehidupan diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berada di muka bumi Allah yang luas ini...1431H telah berlalu pergi meninggalkan pelbagai kenangan dan peristiwa samada manis ataupun pahit...Alhamdulillah baik atau buruk dikaut saja. dikesmpatan ini ana mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432H..SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.semoga hidup kita diberkati dan dipermudahkan segalanya..indahnya nikmat Allah ini...Syukur alhamdulillah

Selasa, 30 November 2010

dunia pencabar dewasa

Assalamualaikum.. alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan...diberi kesihatan sehingga ke hari ini untuk meneruskan perjuangan di Kolej Dar al-Hikmah yang sememangnya membawa terlalu banyak hikmah kepada diriku yang bergelar seorang pelajar ini... hari demi hari silih berganti.. tanpa disedari dan tanpa hirauan dariku...hari meninggalkanku tanpa sedih masa membiarkanku sibuk dengan pelbagai urusan sehingga tidak disedari kini diriku semakin mendekati hari-hari terakhirku di 1431H. InsyaAllah pada minggu hadapan bertarikh 7hb Dis 2010...1 Muharram 1432..

semakin berlalu dan semakin jauh peristiwa Hijrah Rasulullah dariku...dari Semua umat baginda yang berada di muka bumi ini... Terlalu banyak perkara dan peristiwa yang berlaku pada tahun 1431H. ada yang suka namun tidak kurangnya juga ada yang duka.. pada 1431H terlalu banyak benda yanng diriku pelajari dari setiap peristiwa yang berlaku kepada diriku... Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t masih lagi diri yang hina dan lemah ini bertahan sehingga ke hari ini insyaAllah.





dunia pencabar dewasa????

agak-agaknya apa yang ingin aku kongsikan?? dewasa kini tanpa disedari terlalu banyak peristiwa yang berlaku kepada diriku... adakah kerana aku telah dewasa atau dunia sudah wujud lama?? hehehe berfalsafah sebentar...

mengapa aku katakan dunia pencabar dewasa... ini kerana diusia dewasa kini ...di dunia pelbagai cabaran dan pengalaman yang aku tempuhi.. dunia kini mencabar kedewasaan... mencabar dari segi pemikiran...fahaman... idea... buah minda..

DUNIA PENCABAR DEWASA


dunia kini pencabar dewasa,
dunia kini dunia baharu...
menagih kesetiaan..
membelot tanpa bermadah mendusta tanpa berkata-kata..
dunia kini pencabar dewasa...
dewasaku diselubungi masalah dunia...


dunia berani mencabar manusia..
manusia tercabar di dunia...
dunia...dunia...

rentetan sejarah...
rentetan peristiwa...semuanya..
mencabar minda...

mencabar dewasa...

mencabar dewasaku...

Khamis, 25 November 2010

seribu bayangan-damasutra

http://http://www.youtube.com/watch?v=2cI5lJasM3w

semoga semuanya baik2 saja....

alhamdulillah hari ini dijalani dengan baik...walaupun terdapat "mistake" tetapi boleh "cover" dengan cara tidur...bagun pagi dengan senyuman tengahari mendung seketika hingga tak sedar terlelap... apapun Alhamdulillah.. huhu xlama lagi exam tinggal 1o hari lagi berjumpa dengan exam... 5 subjek:-




1) Firaq Islamiyyah wa harrakah

2) pemikiran islam masa kini

3) pengantar pengurusan

4) bahasa inggeris

5) metodologi penyelidikan..





ya Allah hampir 80% subjek di atas masih xboleh score... apapun dalam masa 10 hari ini cuba untuk backup apa yang kurang... berdepan dengan pelbagai masalah yang remeh yang temeh... kena kuatlah...

hari2 yang dilalui mengajar diri ini banyak benda, dulu sewaktu kanak2 semuanya ok2 saja...semoga di alam remaja ini semuanya baik2 saja... untuk semua sahabat2 marilah kita berdoa padaNya semoga kejayaan milik kita semua...

malam ini, dalam jadual sepatutnya study metodologi penyelidikan dan pemikiran islam.. oleh kerana tiada "mood" jadi blogginglah jawabnya...

rindunya...waktu kanak2... semoga kini semuanya baik2 saja..insyaAllah

Selasa, 23 November 2010

mumtaz fi imtihan STPM tuk sahabat2ku...

assalamualaikum... tahun ini...minggu ini sahabat2 seperjuangan yang masih berada di Sekolah menengah mengambil form 6 akan mengambil STPM .. semoga kalian semua diberikan kemudahan untuk menjawab... Ya Allah berikan kejayaan kepada kami semua...


kenangan yang kamu dapat dah banyak...PMR...SPM...STPM menjawab di dewan yang sama...apalah perasaannya?? apapun buat yang terbaik ini adalah peperiksaan yang terakhir ambil di sekolah...buatlah yang terbaik sebagai kenang-kenanngan dari SMU... jangan jadi macam SPM dulu...

p/s nak study nanti jangan lupa baca doa...

Jumaat, 19 November 2010

miss excuse me???

assalamualaikum..alhamdulillah hari ini sangat2lah letih... maklumlah berpindah rumah lah katakan...hari nie pagi2 lagi bertolak dari rawang... ke setia jaya.. nak katakan hampir 14 station yang ana lalui...ditemani kedinginan pagi...kedinginan train membuatkan ana hampir terlena... setibanya di kl sentral dengan mata yang layu mengantuk sangat ana terus mengambil tiket ke setia jaya... station demi station akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju alhamdulillah...

setibanya diperkarangan apartment akak sepupu..sesat lagi... terlupa kat mana rumah akak sepupu... mujurlah waktu tue akak sepupu terus membuka pintu... yang mana dengan slambernya ana lalui...

setibanya dirumah rehat seketika,ana mengajak akak sepupu ngan anak buah pergi ke bandaraya KL.... ketika di sana letih sangat... namun ana tiba2 rindu dengan insan nie..moga Allah memberkati hidupnya... letih2 jalan2 di bandaraya,makan di BB plaza...kemudian balik semula ke setia jaya...menaiki monorail dari BB plaza menuju ke KL sentral...di KL sentral terjumpa dengan seorang lelaki:

chinease: excuse me?? where's bus station to LCCT

dengan selamba dan terketar2 [ maklumlh xpro english ]

ana: owh! emm...you follow me..

chinease: ok.. i sory, i dont know where bus station

ana: never mind, im sory are you malaysian?

chinease: malaysian??

ana: ya malaysian?? malaysia people [sambil tergelak, dan bermonolog: alamak abang nie tak faham plak ,mungkin aku salah cakap kot" ]

chinease: owh! im from china

ana: o ic..., ok! are you see red bus right? the bus go to LCCT

chinease: owh, so where i can get ticket??

ana: wait... encik nak beli tiket pegi LCCT katne??

pemandu: beli je kt dalam bas

ana: ok, terima kasih ya.., ok.. you can buy ticket in bus

chinease: ok thank you...sory [sambil senyum]

na :never mind, see you next time

chinease:[tersenyum]

begitulah yang berlaku dalam hidup ana, berjumpa dengan seorang yang tak dikenali tetapi rasa gembira sebab memberanikan diri berkomunikasi dlam bahasa english yang cincai2 apapun "whatever" hehehe..

kat dalam KL sentral

ana: ok zahid masuk kat dalam nie [ berkata kepada anak buah]

ar-rijal: alamak! knapa plak kad nie tak nak masuk isssshhh!!! [marah]

ana: [tersengih] encik nie tempat tuk naik KTM,encik kat atas bahagian LRT..

ar-rijal: [sambil ketawa] ops!! salah ok thank ye..

dengan rasa malu pemuda tue lari ke atas...huhuhu

"semuanya berpunca dengan miss excuse me??"

"whatever"....

p/s nak diam tapi tak boleh sebab kena bantu...

Rabu, 17 November 2010

bila berjauhan baru ku terasa ukhwah itu...

baru saja membaca entry sahabat sejatiku.. bila berjauhan begini barulah terasa begitu indahnya Ukhwah itu... ya Allah terima kasih atas kemanisan ukhwah ini... ana sangat merindui mereka.. semoga kebahagian mengiringi mereka..kekuatan dan ketabahan pabila diuji sebagai seorang yang bergelar wanita...dipermudahkan segala urusan..mereka sangat baik... ukhwah itu ibarat hujan yang menitis kebumi...hadirnya kadangkala sejuk menenangkan adakalanya ditemani poetir dan gurh yang menakutkan namun...pabila hujan mula berhenti...peneman petir dan guruh senyap seketika..munculnya pelangi..bila melihat pelangi dikala berada didalam kedinginan pasti kita akan merasai kenikmatan dan kenyamanannya..ya Allah peliharalah kami semua..semoga kami menjadi wanita solehah penengak kepada yang batil pemangkin kepada yang "toyyib"...







sahabat sejatiku walaupun engku jauh...dimataku namun kamu dekat dihatiku... terima kasih atas indahnya Ukhwah itu... moga kejayaan milik kita dunia akhirat menjadi hamba yang berjaya...

bila ada badai yang melanda beranikan diri berdepan dengannya..bila kesenangan menempat di dalam hidup kita ingatlah padaNya yang sentiasa tidak lupa pada kita walaupun seringkali kita melupakanNya...terima Kasih untuk semua...




kenangan dulu mengingatkanku..
banyak silapku padaNya,

hadirmu mengingatkanku..namun seringkali ku marah..
mengambil hati kepadamu..
ku tahu nasihatmu tanda sayangmu padaku..
tapi ku butakan mata pekakkan telinga,
tidak mahu menerima apa yang kau perkata2kan

kini....
baru ku sedar semua itu sangat ku perlukan..
apa yang kau perkatakan semuanya benar..
terima kasih wahai sahabatku...
kerana hadirnya dirimu..
telah membawa diriku semula..
kembali...

kembali ke destinasi sebenar yang ingin ku tuju...

takbir Allahu Akhbar...!!!!

selamat hri raya Aidil adha...


berjalan.... bermusafirlah...

assalmualaikum...dikeheningan pagi ini...sejuk...sayu sepi rasanya.. malam tadi bermalam di rumah akak sepupu Alhamdulillah seronok dan semuanya berjalan lancar seperti biasa.. nak suaikan diri tidur di tempat orang adalah benda yang paling susah untuk dilakukan...tapi yang peliknya...kalau ada masa "travel" ke kampung "OA" tak pula susah tidur, malahan walaupun tidur tak selesa dalam khemah lelap terus... apapun "whatever".. rasanya lama juga tak buka blog nie rasa rindu pun ada.... tapi apakan daya... minggu2 yang dilalui dipenuhi dengan pelbagai tugasan dan aktiviti... bila berada dalam situasi itu...baru teringat lagu yang dinyanyikn oleh kumpulan raihan...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...........
lapang...sebelum sempit...

kehidupan yang dilalui kini makin mencabar....ianya ibarat 1 pengembaraan...Allah bagi kita lapang... Allah bagi kita sempit...seharusnya kita bersyukur...tanpa lapang kita tidak merasakan ketenangan...tanpa kita sempit.. kita langsung tidak akan faham akan berharganya masa...

semua yang ada dimuka bumi ini...diwujudkan di dalam alam semesta ini...diwujudkan oleh
"khalik" yang agung..semuanya memiliki hikmah tersendiri...

jadi...mari kita kembara hikmah... macam lagu mirwana

berjalan...bermusafirlah...mengingat kebesaran tuhan...

Jumaat, 12 November 2010

minggu mencabar..

alhamdulillah hari ini hari jumaat, walau dipenuhi dengan pelbagai kesibukan akhirnya dapat juga dilakukan walaupun terdapat banyak kekurangan.. minggu ini bermula dengan hari isnin dimana kelas pagi dimulakan dengan gembira.. hari selasa, sibuk menguruskan hal-hal yang menyibukkan.. ditambah dengan kelas malam kemudian bermalam di luar...di tadika nur ilham tadika kepunyaan kak asmawati. bermalam disana bagi menghadiri latihan menjadi MC bagi majlis konvo tadika yang bakal diadakan ahad ini.......

dalam minggu ini...Allah mentarbiyah hati ini...diuji dengan perkara2 yang menimbulkan hasad dengki...menimbulkan rasa su'uzaan....ya Allah ampunkanlah hambaMu yang hina ini.. macam-macam perkara yang berlaku. diuji ketenangan yang dirasai... tapi hambaMu ini redha dengan segla ujian ini...

pada hari khamis...hari yang betul-betul mendebarkan..berdepan dengan midterm membuatkan hati ini resah dan gelisa...midterm metodologi penyelidikan dan pemikiran Islam...ya Allah... hambaMu ini memohon moga semuanya boleh dilakukan dengan sebaiknya...ujian...ujian...

jangan mengeluh kerana ujian itu penguat jiwa..ujian itu tarbiyah dariNya...ujian itu mengajar kita untuk lebih dewasa...pesanan untuk diri sendiri dan peringatan juga untuk sahabat2 lain.Syukurilah segala yang berlaku... pahit dan manis ambillh dengan tenang dan redha..kerana semu itu mempunyai hikmahnya tersendiri


" bersangka baik kepada Allah kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya"

Wallahu taala 'alam..



Sabtu, 6 November 2010

Alhamdulillah rindunya dengan ukhwah fillah...sahabat-sahabatku..terima kasih kerana terus bersamaku..kita berjuang sama-sama...fi sabilillah.. Alhamdulillah.. rasa sayu seketika hari ini baru saja membaca sebuah blog...sedih bila melihat entry yang bertarikh 3 Nov 2010.di dalam entry beliau ada menulis beberapa perkara berkaitan dengan tujuan sebenarnya menulis blog...di dalam blognya juga ada dituliskan beberapa link blog yang mana pemiliknya telah selamat kembali bertemu kekasih abadi..ya Allah..ya Robbi...

sebak rasanya di hati... mereka akhirnya sudah bertemu Kekasih abadi..bagaimana pula
dengan diriku...ditinggalkan blog yang diisi dengan nasihat dan pengajaran..ditinggalkan dengan secerbis kenangan.. ku lihat blog itu dengan teliti...2 daripada blog itu dimiliki oleh mereka yang bergelar ayah...sudah berkeluarga di usia muda... manakala 1 blog dimiliki oleh seorang perempuan yang telah pergi bertemuNya sebelum mencapai cita-cita dan impiannya...walaupun begitu...dia kini sudah berjaya... berjaya bertemuNya..bagaimana pula dengan diri ku...

http://muzakkirakaza.blogspot.com/

sahabat-sahabatku..sebelum apa2 yang berlaku...ku ingin kamu tahu...blog ini ku dedikasikan sebagai perkongsian dariku yang lemah lagi hina ini..apa yang baik ambil lah dan amalkanlah..apa yang kurang...maafkanlah dan perbetulkanlah...andai satu hari nanti giliranku pula untuk bertemuNya...mafkanlah salah silapku..moga Ukhwah kita dipelihara dan diterima...

syukurlah kita dilahirkan dalam Islam...nikmat terbesar yang harus kita syukuri...di dalam Islam ada rahmat..ada berkat...dan ada kasih sayang driNya...

wallahu taala alam...

ampunkan aku atas amarah ini ya Allah..


sekarang 2.20 pagi waktu Malaysia.. entah kenapa malam nie mata langsung xmengantuk.. tak tenang rasanya serabut...sakit hati...marah...sedih...pening semua bercampur aduk... aku benci..aku tak suka... AKU TAK SUKA... jangan buat begitu...AKU TAK SUKA... ntahlah apa nak jadi...moga xkisas...ya Allah sedarkan mereka yang lupa apa yang halal apa yang haram..peringatan untuk diriku juga...aku tak suka..



1) gayut sampai tengah malam...AKU TAK SUKA BENDA TUE...AKU BENCI... tolonglah sedar...jangan buat lagi ...

2) sedih2...AKU TAK SUKA SERABUT DENGAN BENDA2 YANG TAK BERMANFAAT..

Xtau nak luah kat sapa...yang penting aku tak suka... ya Allah jangan sampai aku yang tak suka melakukan seperti mana yang aku tak suka... Ya Allah tarbiyah diri ini ya Allah...

malam ini aku tak dapat tidur... aku nak tegur...aku nak marah tapi aku tak mau hubunganku dengan mereka goyah tapi aku tak mampu menanggungnya ya Allah bantulah hambaMu ini...aku sayangkan mereka...semoga Engkau melindungi kami semua..
jagalah hati ini ya Allah..jangan lagi tertipu dengan keindahan dunia yang hanya menipu ini..jangan Ya Allah..kuatkan hati hamba..kukuhkan azam ana...ya Allah bantulah hambaMu ini...

sakit rasanya...sakit melihat orang2 yang ku sayangi melakukan kesilapan yang sama... peringatan untuk diriku juga yang lemah lagi daif ini,... hamba yang hina lagi sering alpa ini...ya Allah berkatilah hidup ini...mohon ampun kepadaMu...atas rasa amarah ini...atas kesakitan hati ini.. ya Allah ampunkan diriku ya Allah...

silap biar sekali dan jangan di ulang lagi...

Jumaat, 5 November 2010

insaflah...

assalamualaikum..alhamdulillah hari nie msih lagi diberi pinjaman nyawa untuk terus bernafas di bumi Allah s.w.t yang luas ini... indahnya hari ini syukur ya Allah.. pagi2 lagi dah bangun seperti biasa menunaikan solat subuh..



hari ini..bila duduk2 sendiri..mengenang kembali setiap bait kenangan yang pernah dilalui merasakan diri ini semakin jauh dariNya...takunya diri ini..ini petanda kasihNya mula jauh nauzubillahi min zaliq... diri ini memerlukanNya untuk terus menemani.. untuk terus berada disisi merahmati dan meredhai... takut... terasa Dia meninggalkan diri ini...

ya Allah moga hambaMu ini Istiqamah dan bukannya hnya bermain kata dibibir saja.. indahnya Islam... Redhai hamba ya Allah..

improve.........

1) solat yang kusyuk [ waktu solat,jangan lewt2 ]
2) Al-Quran di dada bukan di kitab..
3) akhlak dn muamalat sesama manusia
4) tangungjawab sebagai anak,pelajar,MPP.............
5) sikap..sikap...sikap..
6) study+ tawakkal=berjaya study+main=gagal main+tawakkal=hampa..

wallahutaala alam

Khamis, 4 November 2010

amnah...nak guna "meja"?

Alhamdulillah dengan semangat dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t sehingga kesaat ini masih lagi diberi kudrat oleh Allah s.w.t untuk terus mencari apa yang masih belum ditemui di dalam hidup ini.... 2 hari yang lalu ada cerita yang bagi ana menarik sangat..berlaku dalam kehidupan seharian...

kisahnya bermula...
amnah: eh biela guna benda tue buat "meja"
hahaha...tergelak ana ngan sahabat ana biela..

satu hari ketika ana sedang sibuk menyiapkan tugasan yang kena dihantar hari i ni.....

biela: jom amnah kita kemas bilik....

amnah: kejaplah nak siapkan dulu kerja nie...

biela: amnah.... nak guna "meja"??





hahaha.... ana ngan biela tergelak terbahak-bahak selepas tue saju sekejap...

biela:amnah sedihnya hidup kita nie kan... terpaksa guna kotak untuk buat meja..

amnah: ala biela takpe la..nie la namanya belajar dan pengalaman...tak selama2nya kita akan duduk dalam keadaan senang dan selesa kadangkala kita kan diuji..

biela:betul tue amnah..huhu..

amnah: kreatif jugak kita nie kan... guna kotak untuk buat meja.. letak laptop hehehe...

p/s kita kenalah menerima apa saja yang berlaku dengan kita dan menerima seadaanya kerana tidak selama-lamanya kita akan berada dalam keadaan selesa... wallahu taalaalam...

Isnin, 1 November 2010

paste dari orang ....

Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Khamis, 28 Oktober 2010

walaupun sibuk jangan lupa Allah

Alhamdulillah masih lagi diberi kehidupan sehingga ke saat ini... masih terus diberi kekuatan untuk berada fi sabilillah... insyaAllah... nampaknya 2 minggu keelakangan ini sangat-sangat la sibuk... minggu lepas minggu sukan.... minggu nie sambung Usbu' lughawi. ana sebagai salah seorang P.I.C untuk Usbu' Lughawi. banyak benda yang perlu diselesaikan... bertambah lagi dengan masalah lain2 kadangkala boleh buat kepala nie pening... tapi terlupa sesuatu... ada yang boleh membantu... yang boleh memudahkan segala urusan... Allahumma yassir wa latu assir...

walaupun sibuk, jangan lupa Allah... itu sangat2lah disuruh.. segala kerja berjalan dengan lancar, dengan kemas da rapi semuanya kerana perkenan dariNya.. jadi janganlah kita lupa Dia telah membantu kita...memudahkan segala urusan kita..

namun seringkali...apabila sibuk bekerja... sibuk dengan urusan dunia sehinggakan kita melupakanNya...lalai dengan kerja dunia..wahnu.... Nauzubillahi min zaliq


kesibukan di dunia dengan perkara2 dunia hanya melalaikan jika kita tidak tahu menguruskannya dengan sebaiknya...sebaliknya jika pandai mengurusnya, ia akan menjadi cantik dan sudah pasti Dia tidak akan kita lupakan... walaupun sibuk...jangan...jangan...jangan lupa akan Allah s.w.t

Mari kita lihat...Maksud surah Al-Asr:

1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.
(SodakaLLahul 'azim..)


jadi..ingat walau kita sibuk jangan lupa padaNya...

wallahutaalaalam...




Khamis, 21 Oktober 2010

sahabatku..

keriangan dikongsi bersama dengan ahli bilik..namun terlupa seorang sahabat tersayang yang jauh dimata... rindu sangat dengannya...

rinduku....
berlalu pergi membawa dedaun kering...
gelak tawamu...
menjadi penghiburku... menjadi peneman dikalaku sunyi..

sahabatku...
rindunya gelak tawamu..
rindunya akan dirimu..
engkau semakin jauh........
jauh pergi dialam sedarmu tanpa dirasai olehku...

temanku... pergimu..
menjadikan diriku lemah...
kaku tidak berdaya...
datanglah sahabatku..
ku sangat merinduimu..

Khamis, 14 Oktober 2010

cocktail buah...

assalamualaikum...hari nie ana nak berkongsi 1 resepi yang sangat sesuai dihidangkan diwaktu petang atau selepas makan... resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang bergelar pelajar kerana ianya mudah dan senang untuk dihidangkan:

bahan-bahannya

2 tin susu sejat (susu cair)
1 tin buah campuran
1 botol 1.5 liter air mineral
1 cawan gula ( dibancuh dengan air suam)
1 kotak kismis

cara membuatnya:

1) buka penutup tin susu sejat dan tin buah

2) tuangkan susu sejat bercampur air mineral

3) cairkan segelas gula di dalam air suam

4) campurkan susu sejat + air mineral + air gula

5) masukkan buah campuran

6) masukkan kismis

7) hidangkan di dalam bowl...

selamat mencuba.... :-)

jadilah hamba bersyukur dengan apa yang dimiliki...

Alhamdulillah masih lagi diberi kesihatan...kekuatan.... untuk terus berada di muka bumi ini mencari bekalan untuk ke sana... Alhamdulillah hari berlalu tanpa disedari... berarak seperti awan dipagi hari...membawa pelbagai peristiwa dan kenangan...

dalam coretan kali ini, ingin diri ini berkongsi sesuatu... entah mengapa ada sesuatu yang diingini di dalam hidup ini... tapi tidak tahu apakah bendanya... "mengapa agaknya ramai manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki ?"

adakah sememangnya begitu sifat manusia?? sering mendamba apa yang tidak dimiliki dalam masa yang sama membiarkan apa yang telah dikecapi...adakah itu tanda seseorang itu tidak bersyukur??? ya itu tandanya seseorang itu tidak bersyukur Nauzubillahi min Zaliq... janganlah kita menjadi orang yang tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki...

bila melihat orang memiliki kereta.." wah! bagusnya orang tue ada kereta......" itu kata2 si pemandu motorsikal...."wah! bestnya ada motorsikal" itu yang dikatakan oleh pembawa basikal... ini contoh tidak mensyukuri apa yang dimiliki..

Surah Ibrahim : 7

لَئِنْ شّكَرْتُمْ َلأَزِيْدَنَكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيْدٌ

Seandainya kamu bersyukur pasti Aku (Allah) akan menambah nikmat kepadamu dan seandainya kamu kufur nikmatku sesungguhnya siksa-Ku amatlah pedih

Dalil ini seringkali kita dengar...maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada...

Isnin, 11 Oktober 2010

minggu memeningkan....

Alhamdulillah tak sedar2 dah seminggu balik ke tanah semenanjung ini... sewaktu kat sabah dulu seringkali terfikir apakah yang apa agaknya dugaan dan nikmat yang akan diperlohi di tanah semenanjung ini... Alhamdulillah tarbiah dari Allah...sampai ja di sini semua ok pada asalnya tapi...........selepas itu...Allah telah mula menguji syukur atas nikmat ujian ini...ana tahu ini tanda Allah sayang pada hambanya

minggu nie memeningkan?? betul ke?? huhu tidak memeningkan cuma sedikit terkejar-kejar sudah sebulan tidak masuk ke dalam bilik kuliah...banyak benda yang telah tertinggal tapi tidak bermakna kena berputus asa... masih boleh kejar lagi insyaAllah...begitulah pesanan salah seorang pensyarahku Puan Saleha...terima kasih puan..




Alhamdulillah dalam masa seminggu juga, Allah membantu hampir 2 Tugasan telahku sempurnakan Alhamdulillah... dalam minggu nie ada banyak event... Alhamdulillah sabtu baru2 ini ana berpeluang menghadiri "SIRAH MUZIKAL" ajuran ISMA dengan kerjasama beberapa badan yang lain... program yang dianjuran oleh ISMA perfect... tahniah tuk semua jemaah ISMA dan badan-badan yang turut menjayakan...




di dalam SIRAH MUZIKAL telah diadakan pementasan lakonan yang baik dan memberi sedikit kesan di dalam jiwa penonton... walaupun terdapat sedikit kecacatan tetapi ianya tidak mempengaruhi pementasan... bermula dari fenomena kejahiliyahan sehingga kepada pemerintahan khalifah sultan Hamid II. Berakhir dengan kematian belian disebalik susunan besi yang kukuh (penjar)...melihat teater ini membuatkan hati ini sebak seketika... perjuangan yang telah mereka lakukan mempertahankan agama Islam...mempertahankan Baitulmaqdis... sebagai tempat suci dan arah kiblat yang pertama... sungguh murni perjuangan mereka... semoga mereka tergolong dalam golongan yang dimuliakan InsyaAllah...

rasanya itu saja perkara yang ingin dikongsikan...semoga ianya memberi manfaat kepada kita...0.5% pun jadilah...maassalamah...

Sabtu, 2 Oktober 2010

malam nie ana xdapat tidur...entah kenapa banyak sangat yang difikirkan di kepala ini... benda yang remeh temeh memenuhi 60% otak ini...ya Allah sungguh melalaikan perkara2 dunia ini...ianya kurang penting tapi sangat memberi impak yang besar kepada diri... hari ini Alhamdulillah kehidupan berjalan seperti biasa...menikmati udara segar di desa tercinta sambil merasai kedinginan hari mendung sesekali ditemani gerimis hujan yang membasahi bumi tercinta.... syukur ya Allah...

pagi tadi sempat menonton sebuah drama...tajuknya "kian pudarnya cintanya...." alamak terlupa plak tajuknya...cerita tue mengisahkan tentang seorang perempuan yang terpaksa tinggal bersama kakaknya dan abang iparnya di kota. atas arahan mak dan kakaknya...pada asalnya dia tidak mahu untuk tinggal di sana, dia berasa rimas dan tidak selesa namun diturutkan juga kemahuan emaknya...tinggallah dia di sana...

pada awalnya dia berasa seronok kerana kakaknya sangat mengambil berat tentangnya lama kelamaan....baru dia kenal siapa kakaknya sebenar...seorang yang sangat sibuk dengan kerjayanya hingga melupakan tangungjawabnya sebagai isteri di rumah... abang iparnya pula pada awalnya tidak menyukai akan kehadirannya...namun dia cuba untuk berbaik2 kerana dia merasakan dia sebang menumpang di rumah orang walaupun pada hakikatnya ada sesuatu yang disembunyikan olehnya ....

setiap hari, dia cuba mengambil alih tugas kakaknya..... dia akan masak, membersihkan rumah dan sebagainya.... manakala dalam masa yang sama kakaknya terus-terusan sibuk memanjang melayan kerjayanya... sebelum ini setiap kali balik ke rumah suaminya akan membeli makanan di luar tetapi kini tidak lagi...kerana adik iparnya telah menyediakan makanan....layanan yang diberikan membuatkan suami kakaknya mula tertarik dengannya... rasa kasih sayang seperti ini tidak pernah dirasai olehnya... memandangkan kakaknya hanya mementingkan kerjayanya..

akhirnya pada 1 hari si abang ipar ini tidak sanggup menahan rasa cintanya dia kemudian meluahkan isi hatinya kepada adik iparnya...si adik ipar itu pun menangis dan menolak segala yang diperkatakan oleh abang iparnya...sebenarnya ada bebanan yang besar sedang dipikul olehnya namun dengan sedikit kekuatan yang ada masih lagi disimpan jauh di sudut hatinya...apa yang dipendamkan olehnya tidak diluahkan......

apabila balik ke rumah dia melihat kakaknya menangis bersama dengan ibunya yang baru datang dari kampung... ibunya memukulnya dan mengatakan bahawa dia adalah pemusnah rumah tangga kakaknya... mereka telah salah faham....seberat mana pun yang ditanggungnya dipendamnya demi menjaga hati semua orang...dipukul ...diherdik oleh emaknya namun tidak sedikit pun dia membantah...dia nekad untuk pergi namun sebelum tue dia ingin mengatakan sesuatu kepada kakaknya... dia mengatakan bahawa sewaktu kakaknya belum berkahwin dengan abang iparnya...ketika kakaknya membawa pulang abang iparnya ke rumah dia telah mula jatuh hati dan melihat kesempurnaan yang ada pada abang iparnya...tanpa disedari abang iparnya telah lama berada dibelakang kakaknya.... bercucuran airmatanya...

akhirnya dia membawa diri... kakaknya pula merayu agar dimaafkan kekhilafannya namun semuanya telah terlambat... ... abang iparnya sudah tidak boleh menerima kakaknya lagi....

p/s cinta anugerah tuhan tapi sejauh mana kita dapat mengawalnya... fikir-fikirkanlah...

Khamis, 30 September 2010

bersyukur

syukur...syukur Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa hambaNya yang lemah ini...syukur Alhamdulillah Allah telah mendengar keluhan hati hambaNya yang hina ini...alhamdulillah

hari khamis 30 sep 2010

khamis...khamis... tinggal 3 hari lagi balik semula ke medan perang [ darul hikmah ].. sedih + gembira... sedih sebab kena tinggalkan mak ayah kena tinggalkan anak2 saudara yang nakal2 kena tinggalkan rumah....waa... tapi gembira kerana balik nak study....jumpa kawan2..... survive zone ....
tue yang gembira tue.. dinamakan Darul Hikmah bukan kolej Dar al-Hikmah kerana ana merasakan ianya bukannya seperti sekolah tetapi ianya medan mengenal diri...mencari sesuatu yang berguna untuk diri... mengenal manusia dengan manusia...banyak yang ada di sana...

hari ini hari khamis ada 1 benda yang ingin ana kongsikan bersama rakan2 semua

1) sama2lah kita berubah kearah kebaikan
ini kerana jika kita memasang niat untuk berubah kearah kebaikan kemudian kita berubah...MasyaAllah besar pahalanya.... baru berniat pun dah dapat pahala inikan pula ingin melaksanakannya...

2) redha diatas apa yang berlaku
tidak kira baik atau buruk redhalah kerana setiap apa yang berlaku di dunia ini ada hikmahnya...ramai yang mengeluh [ termasuk ana ] bila ditimpa masalah.... Allah perwatakan asal terus berubah sekelip mata... lupa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

3) tanamkan perasaan sabar dalam diri
sabar penawar kedukaan...namun seringkali orang yang berada dalam kedukaan melupakan sabar... sakit sabar tue tetapi bila di adun bersama keikhlasan...disitulah baru terasa nikmatnya..

4) jaga solat.... solat itu tiang agama
nasihat ini untuk diri ana sendiri...kadang malas nak solat awal2la macam2lah....SubhanaAllah...tak sedar diri nie hamba... percayalah jika kita menjaga solat kita amal ibadah kita...perkara mungkar akan menghidar sendiri dari diri kita...semuanya ada di tangan kita...

5) jika melakukan kesilapan mohonlah kemaafan
jika kita melakukan kesilapan mohonlah maaf... silap pada manusia... silap pada Allah...mohonlah kemaafan...

semua ini [peringatan untuk kita semua....walaupun perkara2 ini sebenarnya telah kita ketahui...tapi rasanya tidak salah untuk diperingatkan semula...update.... semoga kita semua berada di jalan bahagia.... diredhai Allah aslam taslim....

wasalam...



Isnin, 27 September 2010

1 bulan xpegi kuliah apa nak jadi....

alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus berada d muka bumi ini hehehe... alamak...sedihnya tinggal beberapa hari lagi genaplah 1 bulan ana xpegi kuliah apalah nak jadi nie amnah hj albani.....

duduk kat rumah rehat2 xbuat ape...boring juga...target nak siapkan asgment firaq islami... tapi macam xsiap2 juga sebab laptop pula buat hal anak saydara kesayanganku baru je hempas laptop nie kak lantai...tetikusnya hang2x... hehehe jam je... tapi xpe la sabar...Allah nak ganti yang baru kot..hehehe hari ini sepanjang hari buat kerja2 rumah...masak.... resepi hari nie ikan masak merah dengan sayur terung masak belacan hehehe....

buat2 kerja...baca2 buku rindu pula kat kolej...duk kat kolej senang sikit nak study kalo duk kat rumah alamat habislah buku kena coret oleh anak2 saudara kesayanganku nie... baru pagi tagi habis buku kena coret nak nangis juga tapi apa boleh buat dah kena coret pun...waa.aaa..

malam nie nak siapkanlah...walaupun laptop nie hang2 kena paksa juga "dia" buat kerja kalo tidak alamat tidak siaplah kerja2 ana nie....

apapun maaflah meluah pula kat sini sekadar perkongsian biasa...

p/s jangan letak laptop di tempat rendah yang boleh dicapai oleh kanak2 nanti nasib anda sama mcm ana dan isilah masa dengan benda2 yang berfaedah selamat menjalani hidup2 seharian ibtasim daiman...

Jumaat, 24 September 2010

alamak terlepas pulak!!

hari jumaat yang penuh barokah ini... menempat 1 ujian dalam di dalam lipatan hidup ini..buat pertama kali aku ditinggalkan oleh kapal terbang...sedih + gembira +bersyukur + pening semua perasaan bercampur2 entah kenapa... penerbangan sepatutnya 11.55 pagi tadi tapi aku bersama keluarga tiba di airport Tawau terlewat. kami tiba pada pukul 11.30...apa boleh buat check in barang baru saja tutup.... kapal masih belum berlepas waktu itu tetapi aku sudah tidak sempat untuk menaikinya...

sedihnya bersulam gembira ditambah dengan sedikit rasa berasalah...namun aku tetap bersyukur kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... banyak hikmah yang aku lihat dari peristiwa nie:-

1) tepati masa!!! kalahnya kita sebagai umat islam kerana kurangnya kesedaran dalam menepati masa
2) bila senang lupa pada Allah bila susuah....emmm.. barulah ingat denganNya
3) ianya menguji kesabaran, jika kita bersabar pasti Allah akan membantu...
4) redha dengan apa yang berlaku, tidak kiralah baik atau tidak kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....
5) yang paling penting...bila di landa masalah jangan kalut...tenang and relaks... semuanya bisa di atur :-) ibtasim daiman....

kadang kita kehilangan sesuatu tidak bermakna kita rugi, kerana sebenarnya Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita....mcm aku nie.... jawabnya tambah lagi 1 minggu cuti di KDH....adoi....eh lupa2x kena S.A.B.A.R hehehehe wasalam

Ahad, 19 September 2010

peringatan untuk kita... pengaruh express kafir laknatullah

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti BIRAWATI KRISTIAN Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.....


Jauhilah Wanita-wanita dari memakai tudung sebegini...Kebanyakan tudung yg dilihat ini,semakin banyak dipakai oleh wanita-wanita zaman sekarang...Jadi,secara pandangan peribadi,semoleknya pakai lh tudung yg mengikut ciri-ciri keislaman...itu yg lebih diredhai Allah...

"Jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya." (an-Nuur:31)

"Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur: 59).

Hadis nabi :"Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud...

Renung2kan dan selamat beramal....

Jumaat, 17 September 2010

bersama sahabatku...azrina..

alhamdulillah atas kesempatan itu.... selama 3 hari bermula rabu tadi seorang sahabat ana bermalam di rumah ana untuk menziarahi rakan2 yang berada di semporna.. sepanjang 3 hari pelbagai aktiviti yang kami lakukan...

pada..

rabu 15 september 2010

kami ana, payang,ain azrina dan emon [adik ain] telah pergi ke pulau bum-bum kerana ingin menziarahi sahabat kami emie manja.. alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan kami walaupun sedikit takut kerana ini merupakan perjalanan pertama kami ke sana bersama2.. sewaktu di sana kami beramah mesra bersama keluarga emie manja..seronok rasanya di sana.. seperti tak mahu ingin pulang.. selepas dari pulau bum2 kami pulang semula ke rumah ain untuk menunaikan solat maghrib selepas itu kami keluar semula makan di restoran seafeast... makan sotong bakal, telur dadar sup seafood, ice cream, Abc special...sate... hehehe makan sakan nie maklumlah kami semua sekolah di tempat yang berbeza ain di IPG bangi, ana Darul Hikmah, rina Masterskill kk, payang Uitm rasanya susah lagi nak berjumpa...

khamis 16 september

hari ini, tengahari ana ngan azrina tueun ke pekai... apa lagi teringin sangat nak makan ikan bakar segar ngan makanan2 bajau.... kami makan di pekan makan kima....hehehe [ kerang gergasi], ikan bakar, kilau [ikan mentah yang di masak dengan cuka dan dicampurkan pelam]... wah memeang jaguh2 makan nie... belanja jimat ja .... rm10 untuk semua makanan2 nie...kalo nak makan jimat berkunjunglah ke semporna sabah... selepas itu kami meneruskan perjalanan ke floating salah sebuah kawasan resort di atas air... seronok duduk2 sambil menghadap laut yang cantik dan tenang.. terkenang memori lama...moga Allah membantu... ketika pulang, terserempak dengan kawan sama2 belajar di sekolah lama kini menuntut di mesir [ medic ]...

jumaat 17 september

hari ini sedih sikit...sebab sahabat rina balik semula ke tawau kerana esok dia kena balik semula ke kota kinabalu tapi tak mengapa... Allah kan ada... sedih juga mengahntar dia tadi ke station bus... selamat kembali sahabatku... ukhwah fillah :-) selepas itu ana meneruskan perjalananke Smka Tun Sakaran sekolah lama ana.... di sinilah yang banyak mendidikku semoga tarbiyahnya menjadi pegangan diri ini selamanya...amin... moga Allah membantu...banyak silap yang dilakukan moga dengan tarbiyah ini akan membantu... i love smkats... abadan abada..

Ahad, 12 September 2010

"kak, saya suka akak datang ke sini"

alhamdulillah terus bernafas di muka bumi ini...syukur alhamdulillah.. masih lagi ada di sini menikmati keindahan hari2 di bulan syawal ini... hari ini seperti biasa kehidupan akan melalui beberapa perkara sama dan yang berbeza di dalam hidup... petang tadi selepas solat maghrib teratakku dikunjungi seorang wanita bersama dua orang anaknnya., menurut orang-orang kampungku wanita ini kurang siuman .. kelakuannya sedikit pelik, aku merasakan sesuatu yang ganjil... setiap apa yang dilihat di rumah nie dia akan kata " eh! nie ada kat rumah saya sama sangat"..aku hanya tersenyum... lepas tue setiap kali bercerita mesti dia gelak sendiri, aku juga ikut tergelak melihat telatahnya... semakin lama semakin pelik rasanya melihat perlakuannya... semua ahli keluarga stay kat atas aku saja yang duduk di ruangan bawah nie...


ku melihat, dia membukakan balang kuih untuk anaknya membuatkan aku berfikir seketika... sedangkan dia seorang yang kurang siuman tetapi masih punya rasa kasih dan sayang ngan anaknya... jauh beza dengan mereka yang siuman... membuang anak merata2..bila ditanya mengaku islam tapi... bertindak seperti orang tidak beragama dosa pahala tiada di depan mata...nauzubillah..

lalu aku berkata " akak dah dapat banyak duit raya, dia tersengih... katanya " kaki aku sudah mau patah nie, tapi tiada orang pun bagi aku duit raya kedekut betul..." aku tergelak dengan telatahnya... walaupun sebenarnya dia bermasalah, tapi aku gembira melihat telatahnya...seringkali dia senyum..aku tahu jauh disudut hatinya dia juga ingin dihargai seperti insan lain...

"dik sedaplah kuih nie, bolehkah akak mau bawa balik rumah?"..katanya aku menjawab "booolehh akak... bawa ja"...dia pun berkata" akak nak kek nie ya? nak semua"...aku tersenyum sambil mengangguk...selepas tue akak tue naik ke ruangan atas... yang peliknya, dia asyik memangdang pedang yang dibeli oleh abang dari sarawak...aku bermonolog" aduih!!!! habislah kalau dia ambil pedang tue bahaya nie..." apa lagi aku pun berbuat helah " akak marilah turun di bawah kita minum-minum" alhamdulillah nasib baik dia turun... anak-anaknya pula sibuk bermain basikal kepunyaan anak saudaraku...

"dik, akak mau balik dulu la... mau sambung beraya kerumah orang lain lagi"...sebelum pergi aku bersalaman dengannya. sambil memandang wajahnya aku berkata " kak, saya suka akak datang ke sini" sambil tersenyum

aslam taslim...jalan bahagia..

Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya

p/s tuhan tahu kita semua mampu kerana itu kita di uji, dibebani dengan bermacam perkara agar kita ingat semula padaNya, agar kita tahu di dunia ini kita tidak bersendirian, Dia ada menemani...moga kita dapat memperbetulkan kehidupan kita, memperbaiki ksilapan yang pernah kita lakukan serta moga Tuhan merahmati kita... Dia maha mengasihi hambanya, saat kita gembira itu limpah kurniaan darinya, saat kita berduka itu tanda dia hadirkan ujian untuk memberikan peringatan kepada kita agar kita dekat dengannya... siapa yang bijak berfikir dengan kelebihan akal sebaliknya bagi mereka yang rugi hanya mengenang kesilapan yang lalu tanpa berfikir bagaimana untuk memperbetulkannya semula....

resepi : pizza meggie

assalamualaikum Alhamdulillah sehingga ke saat ini masih lagi di beri kekuatan kesihatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini... hari ini chef amnah ingin berkongsi satu resepi yang rasanya ramai yang telah tahu dan ana pasti ramai lagi yang tidak tahu hehehe... iaitu pizza meggie... sluppp.... sedap resepi ini kebiasaannya ianya menjadi menu di asrama dan rumah2 bujang [ especially rumah student ]

ok tanpa membuang masa terlebih dahulu kita kenalah menyediakan bahan2 yang diperlukan

bahan-bahan:

mee segera [ xkisah jenama apa sebungkus ]

telur ayam 2 biji tak boleh guna telur itik

minyak masak 2 sudu [guna butter pun boleh ]

penyediaan:

1) rembus mee segera di dalam air yang telah mendidih

2) tos kan mee segera, buangkan air rebusan

3) pukul 2 biji telur hingga sebati kemudian masukkan mee yang telah di toskan

4) masukkan perencah mee ke dalam mee + telur

5) panaskan minyak atau butter di dalam kuali

6) masukkan adunan tadi apabila minyak telah panas kemudian ratakan bahagian atas adunan sehingga menjadi bentuk bulat seperti pizza

7) hidangkan dengan menabur sedikit daun sup di atas pizza meggie

selamat mencuba simple dan sedap....



Sabtu, 11 September 2010

peristiwa di raya ke-2

hari ini terlalu banyak peristiwa yang berlaku di dalam hidup ini bermula dari pagi hingga ketengahari disusuli ke petang hingga ke malam saat ini... kadangkala memikirkan kehidupan membuatkan diri ini letih memerlukan rehat untuk seketika lari dari masalah namun...semuanya akan terus berkunjung selagi diri ini bernama insan iaitu manusia... terlalu letih diri ini apakan daya tarbiyah inilah yang sering diminta hingga akhirnya Allah memakbulkan segala doa syukur alhamdulillah...

pagi tadi sempat menziarahi tanah perkuburan nenek, datuk ,.........., makcik2 dan pakcik serta kaum kerabat yang lain alhamdulillah...sayu rasanya melihat batu nisan berdiri kaku ditemani haruman kemboja yang melenakan diri seketika...berfikir?? agaknya bilakah giliranku pula kesana... aku masih belum bersedia tapi jika itu kehendakNya aku rela kerana diri ini sememangnya adalah milikNya...

selepas itu aku pergi ke jeti untuk menunggu seorang sahabatku yang ketika it baru berangkat dari pulau untuk turun ke pekan menaiki bot... ketika di jeti, aku melihat keindahan ciptaan laut yang dihiasi di hujungnya bukit bukau yang hijau melenyapkan diriku seketika... Allahu Akhbar....cantiknya ciptaan Allah ini.... tiba2 mindaku seperti terusik oleh kenangan lama "POWER" semoga Allah menjaga hatiku ini....

seharian menghabiskan masa bersama sahabatku "kak hamnah" membuatkan hatiku terhibur seketika..... Alhamdulillah walaupun sebenarnya ada konflik antara kami namun aku sudah memaafkannya dan semoga Aku juga tidak berbuat salah lagi..

di waktu petang pula.... sebelum balik ke rumah aku terserempak dengan seorang lagi sahabatku..sempat berbual2 untuk seketika Alhamdulillah... kata2nya ku ambil sebagai iktibar dan tazkirah bagi diriku yang sedang berada di dalam kebuntuan.... Alhamdulillah Allah takdirkan diriku berjumpa dengannya sekurang2nya dapat lah dia memberikan nasihat kepadaku...

pada malamnya pula "amnah esok si adik mau kawen"..."apa mak! si dadik mau kawen?" huhu Alhamdulillah temanku seumur...sepermainan sewaktu kecil.... dulu selalu study dan suka tido kat rumahku esok dah nak kahwin...macam xpercaya tetapi itulah hakikatnya... apapun aku tumpang gembira...bestfriend kat kampung ada 3 orang tapi 2 orang dah kahwin tinggal sendiri ja...tp xmengapa moga Allah sentiasa melindungiku...

malam nie pula...terlihat blog sahabat yang berkata "inna lillah wa ina ilaihi rajiunn" aku tertanya2 siapa yang meninggal rupa2nya sahabat mereka... tahun terakhir di salah sebuah ipta... meninggal dalam keadaan tidur...Allahu Akhbar... mudah saja ajalnya menempah dalam keadaan senyap dan tenang seorang yang ku dengar seringkali dipuji dengan kewibawaannya dalam pimpinan keghairahannya dalam aktiviti dakwah kecerdikan...kesopanan.. kesantunan dan kebijaksanaannya menjadi pujian semua orang membuatkan aku berfikir usia bukan penentu menghalang atau memanggil ajal itu tetapi ianya sudah ditentukan oleh Allah s.w.t bersedialah mungkin selepas ini giliran kita....

sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku pada hari ini seperti memberi jawapan diatas segala kekusutan yang aku alami semoga Allah merancang dan memberikan kebaikan kepada hidup ini insyaALLAH..

ma'assalamah....

Isnin, 6 September 2010

dah 6 hari...

alhamdulillah tak sangka2 dah 6 hari ana balik kampung rindu ngan kampung halaman dah mula terubat hehehe.... cuti2 mcm nie xtau nak buat apa...banyak kerja sebenarnya tapi xtau dari mana nak mula apapun semoga percutian kali ini menyeronokkan... tak sangka2 tinggal 4 hari lagi menyambut hari raya... sedih rasanya meninggalkan ramadhan...takut tidak berkesempatan lagi untuk menemuinya.... ramadhan kali ini terlalu banyak hikmahnya kepada diri ana...

Jumaat, 27 Ogos 2010

ramadhan :-)

assalamualaikum...syukur ke hadrat Allah s.w.t masih lagi diberikan kehidupan sehingga ke saat ini... minggu ini adalah minggu yang paling "buzy" yang pernah ana lalui bermula dengan jumaat lepas selepas bekerja mengajar di sekolah agama selayang selepas itu balik semula ke kolej terpaksa menguruskan orentasi pelajar2 baru sehingga ke hari rabu...letih tapi alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan... selepas itu merangka dan merancang progam iftar jama'ie untuk warga KDH... alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

tetapi selepas itu...Allah nak uji lagi...sakit pula.... alhamdulillah syukur...mungkin ini kafarah dosa... Syukur ya Allah...di ramadhan pada kali ini pelbagai peristiwa yang berlaku yang sudah pasti membawa pelbagai hikmah buat diri ana yang lemah ini...

jumaat minggu lepas.... sesuatu yang tak diingini berlaku... ana terlibat dalam kemalangan jalan raya... Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita Dia masih memberi kehidupan untuk terus mencari seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke sana 1 hari nanti... banyak benda yang di uji...

yang paling kelakar sekali...dah la pada hari kemalangan itu... kena musibah... malamnya pula selepas berurusan dengan kakak kawan ana "pemilik kepada kereta itu"di UIA nasib kami malang lagi apabila dikejar oleh sekumpulan mat rempit...cemas dihati.... takut tak terkata...teringat " angah" laju membawa kereta... sehinggakan mereka tak dapat mengejar kami..

syukur ya Allah...Allah banyak membantu kami....banyaknya hikmah di ramadhan ini...




Ahad, 15 Ogos 2010

masjid wilayah persekutuan kuala lumpur...




syukur ke hadrat tuhan atas limpah kurnianya masih lagi diberi kesempatan berada di bulan ramadhan menjalani kehidupan...masih terus di beri kesempatan bagi menyempurnakan ibadah puasa... alhamdulillah malam ini bertarawih di masjid wilayah persekutuan kuala lumpur jalan duta bersama dengan kak syafiah dan kak farrah alhamdulillah....


indah sungguh pemandangan masjid itu...dengan suasana yang tenang dan sejuk.......


ditambah dengan kemerduan suara imam mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran...seperti merasai diri ini berada sangat hampir disampingNya...terima kasih ya Allah atas kesempatan itu.... kehidupan ini tidak dapat dijangka.... langsung xterfikir akan solat di sana...terima kasih ya Allah...

dari selayang kami bertolak bersama kak farah dan kak syafiah lebih kurang pada pukul 7.39 malam.... merentasi kesibukan lebuhraya tidak mematahkan hasrat kami untuk menunaikan solat tarawih di sana.... dengan kedinginan hujan membuatkan diri ini berfikir seketika.... "aku tidak pernah memikirkan aku akan merasai pengalaman ini.... " melihat kak syafiah dan kak farah aku berfikir lagi...ingin sekali diri ini seperti mereka...mula matang dalam kehidupan...cuba untuk berdiri sendiri...adakah ku mampu??


semua itu...jawapannya ada pada diri ini...


kembali pada cerita tadi ... sebelum pulang sempat bergambar di hadapan masjid...






bergambar bersama kak farah dan kak syafiah......




kejap...nak gambar kat depan nie....


jelajah ramadhan ini memang hebat.... sebagai aktiviti tambahan selama berada di sini [selayang] terima kasih kak syafiah...

15 Ogos 2010------02.06 am




Alhamdulillah dengan rasminya pada hari ini 15 Ogos 2010 ana menutup akaun facebook dan friendster ana... mulanya rasa sangat berat hati tapi sebenarnya inilah yang terbaik... mungkin kebaikan ini dapat dirasai oleh diri ini sendiri..





Dalam entry kali ini ana nak berkongsi sesuatu...peringatan untuk kita semua temasuk diri ana yang lemah dan hina ini... "janganlah kita terlalu mengharap kepada benda2 dunia kerana ianya hanyalah fatamorgana hadirnya hanya sebentar sahaja.."





Di dunia ini banyak perkara yang menarik perhatian kita...membawa kita untuk merasa cinta kepadanya...tetap bila mata hati kita berfungsi kita akan dapat melihat ianya sebenarnya hanyalah hiasan semata2...penambah nilai estetika kepada dunia...

berharap pada dunia...pada manusia...sesuatu yang sia2... dunia ini tidak kekal...wujudnya hanya sementara...manusia tidak hidup selama-lamanya 1 hari nanti ia akan pergi juga...

apa yang perlu kita lakukan ...yang perlu kita buat...sandarkan pengharapan kita kepada Allah kerana DIA tidak pernah mengecewakan kita....Syukur ya Allah kerana dilahirkan aku ke dunia ini...dengan bertuhan.... tidak seperti mereka yang lain...

dikala di uji seperti ini...Engkau ada bersamaku....

indahnya hidup ini....

perkara2 dunia hanyalah sementara...

di ramadhan ini...terlalu banyak hikmah yang ku lihat...terima kasih ya Allah atas kesempatan ini... ampunkanlah segala dosa2 ini...kerana diriku ini hamba lemah lagi hina..

aku terlupa...leka memandang dunia di hadapan mata sebaliknya akhirat berada di bawah dagu...

"CUKUP ALLAH BAGIKU"...

"CUKUP ALLAH BAGIKU"

"CUKUP ALLAH BAGIKU"


Jumaat, 13 Ogos 2010

fadhilat solat tarawih


maha pemurahnya Allah s.w.t...dengan hanya mengerjakan beberapa rakaat solat tarawih diberikan begitu banyak nikmat dan keistimewaan.... jika berkemampuan ini saja ana merangkul semuanya...tamakkan akan keredhaan daripada Allah s.w.t...mari kita lihat apakah fadhilat2 solat tarawih bermula dari malam yang pertama hingga ke-30...




1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesepuluhAllah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelimabelasSemua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.










16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

p/s semoga selepas ini kita lebih bersemangat lagi untuk beribadah kepada Allah s.w.t...jom kita sama2 pg tarawih kwn2...