Rabu, 28 April 2010

CK Bab...1

Di bawah kilauan bintang-bintang sambil memandang ke langit, si ayah yang kelihatan sudah tua sedang berehat sambil-sambil membaca senaskah majalah yang diambilnya dari pejabat tadi.................
dengan keasyikan membaca majalah yang penuh dengan topik menarik tiba-tiba si ayah terhenti kemudian membuka kaca matanya yang kelihat sudah usang, bermonolog si ayah ini sendiri...
"anak-anak aku masih kecil sendangkan aku dan isteriku sudah semakin lanjut usia, bagaimanalah agaknya aku ingin membesarkan dan meyekolahkan mereka nanti". si ayah berfikir sambil memikirkan jalan...
walaupun pada zahirnya si ayah merupakan seorang penjawat awam namun dia hanya mendapat gaji sekadar hanya mampu untuk menyara keluarganya.. dan apabila si ayah sudah mencecahh usia 60 tahu, dia terpaksa berhenti untuk bekerja. si ayah sebenarnya bernasib baik, diberi peluang berkerja sehingga usia 60 kerana bekerja atas nama kontrak bukannya pencen. tiba-tiba lamunannya terhenti apabila kedengan anaknya sedang menangis, hinggakan suara anaknya itu memecah suasana malam..
hari bertukar hari bulan dan tahun silih berganti, anak-anaknya mula membesar sama seperti kanaak-kanaak yang lain, anaknya yang sulung bernama hakim manakala anaknya yang bongsu bernama amnah. kedua-dua anaknya ini menjadi peghibur bagi si ayah tua ini bersama isterinya. sampailah saat dimana anaknya yang sulung telah menerima tawaran untuk memasuki sekolah agama berasrama penuh. dengan perasaan berat hati bercampur sedih kerana buat pertama kali si ayath dan isterinya terpaksa mengizinkan anak sulungnya untuk tinggal di asrama kerana bagi si ayah...
"aku kena bertahan, aku tidak memiliki apa-apa harta, apa yang aku mampu hanya memberi pembelajaran yang sempurna untuk anak-anakku".. si ayah melakukan ini semua untuk kebaikan anak-anaknya.
hari-hari berlalu membawa bersama perasaan berat hati dan sedih yang ditanggung oleh si ayah tua ini bersama isterinya, kerana akhirnya si ayah menerima hakikat bahawa kepemergian anaknya adalah untuk mengaut segala ilmu dan meraih kejayaan bagi mengejar cita-citanya.
hakim belajar dengan bersungguh-sungguh hinggakan hampir setiap tahun anak suluh kepada si ayah tua ini merangkul pelbagai jenis anugerah atas kecelikannya dalam akademik mahupun kokurikulum. si ayah dan ibu yang sudah mula di mamah usia ini berasa sangat bangga kepada segala pencapaian yang diperolehi oleh anak sulungnya ini.
dalam masa yang sama, si ayah dan ibu ini cuba untuk memberi pendidikan dan metod tarbiyah yang sama untuk anak bongsu mereka, lebih-lebih lagi anak bongsu mereka ini adalah seorang perempuan. ianya harus diberikan pelbagai ilmu yang bermanfaat agar dapat dijadikan benteng dan perisan dalam hidupnya.

harapan insan devotees... memberi inspirasi....

HARAPAN (Devotees feat. Bro Salleh Brothers)
Lagu/lirik/susunan muzik: Dak mie (Bro. Azmi Barongan)
Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan
Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi
Moga hiadayah kan tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan ,Hilangkan kedukaan
Demi masa yang ditunggu
kita bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan

Selasa, 27 April 2010

nak lah kalo cmtue....

hari nie ada banyak kelas tapi kelas yang pertama buat ana sangat teruja sangat minat sangat........ nak tau subjek apa?? subjek "ulum Quran".. subjek nie best sangat... terlalu banyak ilmu yang berkaitan al quran anataranya ialah majaz quran, nuzul quran,gharibul quran, nasikh dan mansukh, dan banyak lagi...........hah! banyak sangat ilmu dalam ulum quran... kalau ada kesempatan ana nak beljar semua ilmu-ilmu nie... nak jadi ulul albab?? sahabat-sahabat tak salah tau kita minat dan berkeinginan untuk belajar banyak ilmu.
nak lah kalo cmtue ....
nak apa?
nak belajar lah semua ilmu matematik+agama+seni+sains+........ etc
ya Allah berkatilah kami semua...permudahkanlah bagi kami dalam menuntut ilmu
kerana aku meyakini Engkaulah yang lebih memahami
amin..............

Isnin, 26 April 2010

nak belajar itu? boleh kah?

nak belajar itu......... belajar menulis?boleh kah?pandai kah? apapun cubalah... perkataan seperti ini seringkali kedengaran daripada segelintir insan yang sebenarnya mempunyai bakat tetapi kurang meyakini diri sendiri. agaknya kenapa ya? adakah kerana kurangnya dorongan atau bagaimana? tetapi jika ditanamkan sifat positif pada diri dengan latihan yang kuat sudah pasti seorang yang tidak pandai menulis boleh jadi pandai menulis bukan setakat pandai menulis tetapi akan menjadi seorang pakar menulis........ bila senyap sendiri sambil termenung mood nak menulis akan menjadi 100% terasa segala dimenungkan mencurah2 macam volcano.... tetapi bila dah mula duduk kat depan pc atau laptop mulalah "hanggg.." kenapa agaknya? kerana kurangnya semangat nak menulis ...keinginan hanya ingin2 ayam ja bukannya ingin2 sangat begitulah dengan ana juga.... selalu ja ingin2 ayam...
menulis sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya, bila kita sudah merasai halawahnya kita akan mula jatuh cinta padanya....kadangkala kalau orang dah asyik menulis pena yang digenggam ibarat emas, keyboard yang ditekan ibarat ketulan2 permata yang disentuh...
di setiap tulisan yang kita hasilkan juga kita kenalah meletakkan pelbagai jenis input agar isi yang terkandung di dalam hasil tulisan kita akan bersifat beraneka... ana ada seorang kawan lama sama2 kelas waktu form 5 dia sangat rajin menulis.setiap kali matapelajaran bahasa malaysia jangan hairanlah kerana dia akan menjadi top student, mana xnya.... semua hasil karangnnya memang bgus!! bila membaca hasil2 karangan yang dibuatnya dahulu... ana menanam azam tuk menjadi seperti dia... suka menulis.... teringat kalau nak tulis diari terhad semuka untuk 1 hari tetapi bagi dia.... cerita sehari di tulis sehingga ke 2-3 muka... rajin sangat dia menulis... dalam kelas dulu... cikgu selalu komen karangan kiteorang yang kelihatan sangat tidak matang... berbeza dengan dia yang sering menerima pujian bertimbun2... nak jadilah macam dia tapi boleh kah??
cikgu hajah inda salbiah kata boleh ja yang penting banyak latihan.... so mulai hari ini ana nak mengajak sahabat2 semua agar mula menulis.... tulislah apa saja yang kamu mahu yang penting biarlah input2 di dalam hasil tulisan kamu memberi manfaat kepada ummat... insyaALLAH
jika dilakukan secara istiqamah pasti anda semua akan menadi seorang penulis yang berjaya...

opick taubat..........

wahai tuhan jauh sudah lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu
wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah jiwaku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa
Ya robbi
izinkanlah aku kembali padamu meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa
berikanlah aku kesempatan waktua ku ingin kembali kembali...
dan meski aku tak layak sujud padamu

aku perlu berubah...




hari-hari sebelum ini pasti mendatangkan perkara2 yang berbeza seperti saat ini aku berasa ia turut berubah.... aku kena cuba mencari penawar bagi kecederaanku ini tapi ke pelosok mana harus aku selami??




sangat bersyukur kerana aku sudah mula sedar... sekuntum bunga yang segar itu... adalah dari akar yang sihat.... dahan yang kukuh.... serta daun yang tidak layu... masih teguh walau ditiup oleh bayu....




aku akan cuba untuk memperbetulkan semula diriku... segala niat-niatku..... dan juga diriku.....kesilapan yang lalu bukan untuk dikesali tetapi untuk dijadikan sebagai "pemintangan"... jangan jadikan diri indah pada luaran sahaja kerana yang mahal dan yang berharga itu adalah apa yang ada di dalamnya...




ibarat lautan........ jika kita terpesona pada keindahan luarannya sahaja tanpa melihat dalamannya kita akan rugi tetapi sebaliknya jika kita melihat sambil menyelam kedasarnya percayalah kita akan memperolehi yang lebih..... aku tidak mahu mereka memandang hanya di luar sahaja... dalaman lebih berharga..... kini aku cuba ingin memulihkan dalaman ini... kerana terasa kurang dan kosong....doakan agar ianya dapat ditarbiyah dengan kalimah ayat2 al-furqan yang suci serta zikir yang sentiasa bermain dibibir........aku perlu berubah...

Jumaat, 23 April 2010

aku sudah dewasa kini...

Dulu, diriku yang ku kenali adalah seorang yang sangat tidak boleh menerima kekalahan...
tapi kini.... semua nya sudah berubah aku sudah mula dapat menerima kekalahan..... aku kena kuat.... kuat untuk segala ujian yang menimpa....

aku selalu memikirkan ujian yang aku terima sedangkan aku tidak pula memikirkan segala nikmat yang aku perolehi.... aku tidak adil dengan diriku...

belajarlah untuk bersyukur..... Allah sangat menyukai hambanya yang tahu bersyukur

syukur dengan lafaz alhamdulillah...............

walaupun begitu aku berasa sangat puas hati........

walau x berjaya sekurang-kurangnya aku berusaha............

pesananku untuk diriku dan juga semua sahabat-sahabatku bersyukurlah atas segala yang kita perolehi..................

dan yang paling penting........................

senyumlah..............

Khamis, 22 April 2010

bertanamlah..

aku teringat seseorang yang telah berkata kepadaku... dia bercita-cita untuk menjadi seorang petani... aku terfikir? kenapa pula dia berkeinginan untuk menjadi seorang petani?? sedangkan masih banyak kerja yang boleh dilakukan olehnya... aku cuba untuk memikirkan tentang apa yang telah diperkatakan olehnya... rupa-rupanya, aku tersilap.. petani yang dimaksudkannya ini jauh lebih berjaya.... jauh lebih berguna dan jauh lebih berjasa.. aku sangat gembira mendengar jawapan yang apabila aku fikirkan kembali sangat bernas.....

huh! bila lah agaknya aku jadi seperti mereka???ada cita-cita......

aku boleh saja jadi seperti mereka... tapi?? aku kena berusaha lah untuk mencapai impianku seperti mereka... dalam gelap aku mesti bersuluh, tetapi jika ingin bersuluh aku perlukan lampu suluh untuk bersuluh.... bagaimana aku nak dapatkan lampu suluh?? hah! nie yang harus aku ketahui berusaha untuk mencari lampu suluh untuk bersuluh di dalam gelap.. fitrah, bermulanya terang kerana adanya gelap, tiada gelap jika tiada terang tetapi ada terang jika ada gelap...

kelakar...

aku cuba untuk berfalsafah...
tapi aku jadi pening sendiri...

ops! patutlah aku terlupa untuk mencari lampu suluh tadi...

adui!!! cmne nie tolonglah aku untuk mencari lampu suluh itu...

Ahad, 18 April 2010

nah! jumpa blogg...

salam... nampaknya ana dah semakin malas... entahla kenapa semuanya malas.. susahlah macam nie ?? cmne nak jadi orang ang berjaa kalau semua nak buat malas ... berat2 hehehe apapuk kawan2 doakan ana ya agar menjadi orang yang rajin dan tak malas2 lagi...

Rabu, 14 April 2010

kehidupan ini satu teka teki...

salam, nampaknya kalau kembali ke dalam blog ini tentu ada sesuatu yang ingin dikongsi lagi... emm entah kenapa tiba-tiba terasa kehidupan ini sebenarnya sebuah teka teki.. banyak benda yang kita tahu disebalik yang kita tidak ketahui... hehehe maaf lah nak berfalsafah sebentar.. semalam ana ke daerah tawau temankan cikgu ana cikgu hjh inda salbiah untuk mengatantar kawan2 sekelas ana yang sekarang ini masih stay lagi kat smka tun sakaran form 6... tak sangka kami semua dah besar dah hehehe... pada kesempatan semalam sebenarnya kami menghantar mereka yang ingin menyertai pertandingan forum remaja bahagian zon tenggara sabah.. ramai juga la peserta ada 12 kumpulan yang mana mewakili sekolah2 di semporna dan tawau... pada kesempatan ini juga ana berasa sangat gembira sekali tetapi ada 1 persoalan yang masih berlegar2 sehingga kini diminda ana apabila seorang dari sahabat ana mengatakan ana "telah berubah?" agaknya apa ya maksudnya......
ana tidak memahami apa yang dia perkatakan ana hanya mengangguk lalu tersenyum....

ada sangat gembira dapat berjumpa dengan mereka tetapi suatu perkara yang ana kesalali, diserbalik keriangan pada hari itu.. rupanya ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuan ana.. ana tak marah dengan "mereka" tetapi kalau boleh ana tak nak lah berlaku seperti itu.. huh!! em apapun ana berharap biarlah kesilapan yang merekla lakukan ini mereka sedari.. bukan ana tak nak tegur tapi dah banyak kali ditegur jadi beringat2 la... nak tahu dengan lebih lajut hubungai ana di no ini
+61098611476 atau di e mail ana violetsonata_am7691@yahoo.com

wasalam....