Rabu, 27 Ogos 2014

1.2.3.4.5....

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipnjamkan nyawa untuk terus mengumpul bekalan sebanyak-banyaknya sebelum pulang ke daerah sana kelak. selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, kaum kerabat serta buat muslimin dan muslimat yang dirahmaiti Allah.. 

Alhamdulillah, pejam celik sudah hampir dua bulan berada di persatuan intelektual Muslim Malaysia. memegang title sebagai pelajar praktikal, bukanlah mudah tetapi tidaklah payah. Alhamdulillah selama berada di sini banyak ilmu yang telah dipelajari. tidak kurang juga pengalaman yang menempel di hari-hari yang dilalui. apapun semua nikmat ini harus disyukuri keran ianya bakal menjadi bekalan dalam mendepani hari-hari yang lebih "menggila" selepas ini...

1.2.3.4.5 dan seterusnya, begitulah kehidupan, pejam celik, cerah gelap hari berganti, tanpa berhenti, kita tidak punya kuasa untuk memberhentikan ketagihan masa yang terus bergerak, walaupun kita berakal-akal untuk tidur agar tidak merasa yang masa beralih, namun bila terjaga, sebenarnya masa sebelum tidur tadi sudah tidak sama dengan waktu kita telah terjaga..

apapun, sebagai manusia pasti kita mendambakan kejayaan buat hidup kita, gunakan masa dengan baik, manfaatkan setiap detik pemberian tuhan kepada kita dengan kerja berfaedah, kreatif dan terus positif, jangan berhenti dari terus bergerak ke hadapan, jangan menungkan belakang yang belum menjanjikan kejayaan, memandang seketika untuk menguatkan itu tidak apa.. kemudian teruslah menoleh ke hadapan, tolak diri dengan angin semangat agar lebih laju dan pantas meraih kejayaan di hadapan...

dan yang paling penting, sentiasa letakkan Allah sebagai matlamat dalam hidup kita insha Allah berjaya.. 1.2.3.4.5 dan seterusnya akan terus bergerak tidak berhenti, selagi penamat belum tiba yang ditandai olehNya, terus berlari, kita masih ada peluang untuk jadi juara... 

salam perjuangan, selawat buat nabi (Allahumma Solli ala Muhammad), agar kita menjadi umat yang menerima syafaat darinya... amin 

Jumaat, 8 Ogos 2014

menulis kala menangis

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya, nikmat nyawa masih dipinjamkan buat hambaNya yang selalu leka dan lupa.. selawat serta salam buat junjungan Rasulullah, para sahabat dan ahli keluarga..
.
malam makin pekat, sedangkan mata masih segar, jemari masih gagah untuk terus menurut perintah akal dan hati. manusia..manusia.. nikmat akal kurniaanNya terus bekerja, selagi jiwa dikandung badan, seperti bidalan sang pujangga madah. malam dipinjamkan untuk berehat,setelah seharian memerah tenaga mencari "kehidupan" yang menghidupkan.. namun, ada dikala insan yang culas pada umurnya, mencuri malam untuk bercanda dengan tuhanNya, berbicara,mengaduh seolah-olah bertentang mata, berpadu suara kala melontar bicara, culasan itu adalah kejujuran, tanda amanah pada tuhanNya..

namun..

di malam hari juga, ada insan yang memilih, untuk berbicara dengan diri, mencongak kekurangan diri, kadangkala akal yang berakal tidak mampu memujuk diri untuk kembali ke fitrah diri, digerakkan jemari agar dapat menukilkan bait-bait kata penguat diri,saat itu tangisan mendahului kearifan jemari, tangisan itu sesalan pada kekhilafan diri, manakala jemari dan bait kata penguat agar noda itu mampu diperbaiki.. 

apapun caranya, bagaimanapun keadaannya.. sebenarnya tujuannya sama, mencari fitrah, menanam semula sumpah janji pada rob yang menghidupkan dan mematikan..selagi mampu menangis, selagi mampu menulis..teruskan,semoga iyanya mampu menghidupkan hati hati yang mati. nukilan ini bukan bara meriakkan jasad yang hina, tetapi peringatan bersama.. kita manusia yang selalu leka, nasihat itu penawar bagi hati..