Jumaat, 31 Disember 2010

harapan di tahun baru..






Alhamdulillah sampai juga ke penghujung 2010..sepanjang tahun 2010 terlalu banyak perkara yang dilalui...baik atau buruk semuanya ditelan..dijadikan bekalan untuk meneruskan hidup..dijadikan peringatan agar tidak melakukan kembali kesilapan lalu. di tahun 2010 juga menyimpan pelbagai memori bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan pensyarah2, orang-orang disekeliling serta sahabat-sahabat di maya... sepanjang tahun 2010 juga pelbagai pengalaman yang dilalui... join buat kerja sukarela di kampung-kampung orang asli, menjadi MPP KDH/2010, join sebagai urusetia MTQ antarabangsa di PWTC, join senior2 PKPIM buat program menara gading UKM, jadi pembantu penyelidik kat MAHA di Mardi, join Sirah muzikal di JAKIM anjuran ISMA... huhu banyak benda... nak cerita sampai esok tak habis..


semua yang dilalui dijadikan kenangan yang terindah dalam hidup walaupun ada yang pahit dan manis.. semuanya di simpan di dalam kotak memori yang sangat besar kapasitinya iaitu [otak]...inilah hidup... yang pahit tidak kurang juga. ada 2 perkara yang tidak akan luput dari ingatan antaranya ialah terlibat dalam kemalangan sewaktu bulan ramadhan dan di kejar oleh sekumpulan mat rempit di highway putrajaya.. waktu tue, hanya Allah saja yang tahu perasaan ini.... dah lah yang duduk kat dalam kereta mejoriti perempuan...

dalam tahun ini juga rasanya 5 kali balik sabah.. Alhamdulillah rezeki dari Allah..

tapi.............

ana berharap... walaupun tahun ini banyak kebaikan semoga tahun depan lebih baik... semoga ...

amal ibadah +
sedekah +
tidur -
mengata -
akhlak baik +
belajar +

dan berharap semoga tahun depan

= dapat menyelesaikan diploma
=bayar yuran darul hikmah
=dapat ambil sijil bahasa arab MARSAH
=dapat cari tahfiz
=dapat kerja sambilan
=dapat buat kerja dakwah
=dapat menjaga diri
=dapat jadi mukminah bertakwa
=dapat meninggalkan sifat2 buruk
= dapat...apa2 je yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat serta baik untuk ISLAM..


Target:
1) menulis sebuah buku
2) berazam menambah bilangan bacaan buku target 300 buah buku [ direkodkan]
3) ingin cari kerja sambilan
4) bayar broadband sehingga bulan 5..

amboi........banyaknya...... boleh ke nie??

insyaAllah semog dipermudahkan:)

wasalam

Rabu, 29 Disember 2010

hari ini hari jadi adik payang

Assalamualaikum... alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas berada di muka bumi Allah untuk meneruskan menjadi seorang hamba kepadaNya... semingguan ini sibuk...bukan kerana terlalu banyak kerja sebaliknnya sibuk kerana menonton senetron ketika cinta bertasbih di you tube terlalu banyak episode sehinggakan tidak habis2 di tonton. bila waktu tidak menonton ada saja aktiviti luar. Alhamdulillah baru2 ini baru saja menjelajah ke pulau2 sekitar semporna. rasa gembira sangat berpeluang ke sana.. dapat melihat terumbu karang, dapat melihat penternakan rumpai laut.. melihat dengan lebih dekat pulau boheydulang... cantik sangat, pulau boheydulang ini mempunyai misteri dan lagenda sendiri..insyAllah ada kesempatan ana akan menulis berkenaan lagenda boheydulang.. bagi sapa2 yang teringin ingin ke boheydulang datanglah ke semporna.

eh lupa plak..tajuknya lain benda yang dibualkan pula lain... hari ini hari jadi adik kesayangan ana namanya payang @nurhidayat darman.. pernah ana tanya napa nama dia payang dia kata asal nama timangannya sayang tapi ntah macam mana boleh tertukar menjadi payang.. apapun whatever huhu.. saya mula rapat dengan payang sewaktu form4..kami duduk kelas yang sama mengambil aliran sains tulen. payang sangat baik..perkara yang tidak boleh dilupakan setiap kali pertandingan debat,kami akan duduk dalam kumpulan yang sama. seorang lagi sahabat baik kami iaitu ain..ain anak kepada cikgu kesayangan kami cikgu hjh inda salbiah.. beliau sudah seperti mak kandung kami sendiri, keakraban membuatkan kami selalu bersama ketika waktu cuti.. kami akan bermalam dirumah beliau, mandi kolam, masak memasak dan kami suka makan bersama ditepi laut pada waktu malam..

eh! sambung cerita tentang payang...payang merupakan seorang sahabat yang sangat rajin dan tekun... dia seorang yang sukra untuk berputus asa, bila rasa "down" dia selalu menaikkan semangat ana, menjadi penghibur dikala duka peneman dan pendengar yang setia.. rasa diri ini begitu untung memiliki sahabat seperti dia..sama seperti aisyah,ijan,tiqo,usu,nad,zack,fray,ateng,wan dan rakan2 lama....

rindu sangat ingin berjumpa mereka....terlalu banyak kenangan bersama mereka...dan terlalu banyak benda yang ana belajar dari mereka semua...ukhwah fillah:)

semoga kejayaan milik kita semua sahabat2ku... moga dipermudahkan segalanya diberi kejayaan dunia dan akhirat dan semoga Allah menjadikan kita semua wanita solehah...membantu memberi kemaslahatan di dunia dan akhirat insyaAllah..

Rabu, 22 Disember 2010

Indahnya nikmat Islam

Di dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan pelbagai peristiwa..pelbagai pengalaman pelbagai perkara2 yang baru. dan kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk merasai semua itu. nikmat berjaya..nikmat gagal nikmat gembira nikmat kecewa semua itu mesti kita syukuri. namun ada sesuatu yng sering kita lupa ianya sangat hampir kepada kita iaitu nikmat Islam...



Nikmat Islam sering kita lupakan.. maklumlah kita seringkali sibuk dengan nikmat2 dunia bersifat material namun kita terlupa nikmat Islam. nikmat Islam membawa banyak kebaikan kepada kita dengan Islam kita terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik dengan Islam kita menjadi orang berjaya dunia akhirat..cuba kita lihat ramai juga yang telah berjaya di dunia seperti pemenang di pentas dunia tapi malangnya tanpa Islam...kejayaan yang dimiliki olehnya tidak sempurna.. kerana dunia dia berjaya akhirat dia terlupa...rugilah jikalau kita seperti golongan ini..



Tetapi sekiranya kita seorang yang kurang berjaya tapi menikmati sepenuhnya nikmat Islam.. melaksanakan seperti yang diajarkan di dalam Islam.... kita sebenarnya berjaya.. kejayaan kita diredhai Allah dengan Usaha dan Tawakkal.. insyaAllah... tetapi, sekiranya kita berjaya di dunia... ditambah dengan kekuatan iman dan kepatuhan kita melaksanakan apa yang diajarkan di dalam Islam.. sudah pasti kita akan merangkul kedua2nya pemenang di dunia dan akhirat...

Itu hanya gambaran kecil tentang nikmatnya Islam itu... Islam itu lengkap dan syumul, semua telah diajarkan di dalam Islam jika kita patuh baiklah natijahnya jika kita ingkar buruklah padahnya.. ada orang kata nak buat baik susah nak buat jahat senang ja tapi hakikatnya nak buat baik senang sebab selepas tue tak perlu susah tapi kalau buat jahat susah sebab selepas tue tak kan senang.. Islam ingin memudahkan kita terpulanglah pada kita ..oleh yang demikian penulis mengingatkan kepada diri sendiri dan kepada rakan2 semua syukurilah nikmat Islam.. kerana nikmat Islamlah yang akan menyelamatkan kita..Islam itu mudah tidak menyukarkan..terpulanglah pada kita untuk menilainya...

Sabtu, 18 Disember 2010

laporan 11 dis - 18 dis 2010

Alhamdulillah hari ini genaplah seminggu ana berada di kampung halaman. pelbagai aktiviti yang ana lakukan. tiba di kampung pada hari sabtu lepas. letih kerana tiba di rumah dah tengah malam. pada hari ahad seharian stay kat rumah nak hilangkan penat dan nak balas dendam...selama exam kurang tidur.. seterusnya hari isnin juga, stay je kat rumah tak tau nak jalan ke mana. pada hari selasa pula, pergi ke kota kinabalu nagi menguruskan hal2 dunia yang tidak selesai. pada hari rabu masih lagi berada di kota kinabalu, berjalan-jalan bersama dengan bapa. pad hari khamis bergerak pulang semula ke semporna. dalam perjalanan banyak sangat mengelamun..berfikir apalah yang jadi pad diri ini...semoga akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga,masyarakat dan negara heheehe.. dalam perjalanan sempt lagi berjalan-jalan di kinabalu park merasai kedinginan kabus yang begitu tebal...sejuk sangat cuaca di sana. seterusnya meneruskan perjalanan untuk balik semula ke kampung halaman.pada hari jumaat pula pergi ke pekan bersama anak saudar.dan hari ini sabtu... hanya duduk di rumah..memasak...

seronok sangat terima kasih ya Allah atas kesempatan itu:)

Jumaat, 17 Disember 2010

dipermudahkan apabila bersabar

dalam kehidupan seharian, manusia tidak terlepas dari terus diuji baik berbentuk nikmat mahupun musibah. kesemua itu merupakan ujian menilai sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah s.w.t. di dalam ujian sehari-hari kita seringkali mengeluh. merasakan bahawa segala ujian yang datang tidak mampu di hadapi.terasa terlalu berat sangat.. apabila minda telah memberi tafsiran bhawa ujian membawa kesukaran, secara langsung kekuatan akan beransur lemah..semangat akan mula hilang.. kesan dari semua ini menyebabkan seseorang berputus asa.

berundur sebelum berperang..sebaliknya bagi mereka yang berfikiran positif walaupun sukar namun tetap ditempuhi dengan sabar dan tabah..insyaAllah segala yang sukar akan menjadi mudah. dengan pemikiran yang bebas dari anasir negatif ditambah dengan sifat sabar yang dipupuk dalam diri insyaAllah, Allah akan memudahkan segala kesulitan kita.
Justify Full
apabila kita bersabar.. benda yang sukar jadi mudah, yang kecoh berubah menjadi tenang..dengan kesabaran kita akan memperolehi kedamaian..

"sabar itu separuh daripada iman"

untungnya bagi merek yang bersabr..iman menempat didalam diri. teori sabar diajarkan didalam Islam, ini kerana dengan kesabaran ia membawa banyak kebaikan kepada diri,keluarga dan masyarakat. dengan adanya sifat sabar, tidak berlaku penindasan tidak berlaku pergaduhan tidak berlaku perdebatan tidak berlaku pertengkaran. bayangkan sekiranya seseorang tidak memiliki sifat sabar sudah tentu segala yang dirancang kadangkala mampu diselesaikan tetapi hasilnya tidak sempurna sebaliknya jika kita ingin menyelesaikan sesuatu permasalahan ditambah dengan kesabaran...insyaAllah apa yang dirancang akan dapat diselesaikan dengan kemas dan teratur.

indahnya Islam, mengajarkan kepada hambanya agar bersabar... teori-teori yang diajarkan di dalam Islam jauh lebih baik dari teori yang dibawa oleh ilmuan-ilmuan seperti Sigmund Freud, Frank Parson, Jesse B.Daris dan ramai lagi. teori yang diterapkan oleh Islam jauh lebih baik.

ingatlah jika kita bersabar Allah akan mempermudahkan segala kesulitan...

Isnin, 13 Disember 2010

hari yang indah

Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan oleh Allah s.w.t masih lagi diberi kesempatan walaupun broadband nie dah 1 bulan 11 hari belum bayar tapi msih boleh guna lagi Alhamdulillah.. hari ini indah sekali... bangun pagi.. tolong mak buat kerja rumah 2/3 hari muhasabah diri...di hari ini nekad mulakan azam baru berpegang dengan apa yang diimpikan... ingin menjadi manusia berguna...moto..

"Amal makruf nahi mungkar"

ingin merubah setiap kelemahan yang ada pada diri...ingin bertukar menjadi yang baik dari sebelum ini..banyak kelemahan yang ada pada diri...kepada sahabat2ku..jika ada salah silapku samada sedar mahupun tidak dengan rendah hati ampun dan maaf dipinta-alam ukhwah untuk semua

p/s penyakit terbaru...virus "malip" atau nama saintifiknya "malas taip" telah menyerang pemilik blog ini... doakan semoga virus ini dapat dihapuskan dan ditambah dengan anti virus "rajipbeniah" atau nama saintifiknya "rajin taip benda berilmiah"... Wallahu ta'ala alam..

Ahad, 12 Disember 2010

Alhamdulillah telh tiba ke destinasi

Assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya ana sampai ke destinasi yang dituju...kampung halaman...semporna sabah...dengan rezeki yang Allah berikan dalam kesuntukan masa dan kesempitan wang...Alhamdulillah ada rezeki lain yang menghantar diri ana sampai ke kampung halaman. flight pukul6.30 petang tadi dari Klcc tiba di airport Twu pukul 9.30 malam..

semoga percutian kali ini memberi banyak manfaat kepada diri ini dan kepada ahli keluarga yang lain insyaAllah..

Khamis, 9 Disember 2010

hari ke-4

Assalamualaikum...alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan sehingga ke hari ini terus bernafas di muka bumi Allah ini... hari ini merupakan hari ke-4 menduduki peperiksaan...dh 3 kertas yang diambil....firaq islamiyyah, metodologi penyelidikan dan pengantar pengurusn.. ada 2 lagi kertas...esok pemikiran islam dan lusa english level3..doakan semoga semuanya dipermudahkan... kenapa menulis hari ini?? entahlah mungkin mencari sesuatu yang boleh kurangkan tension.... dengan menulis...dah 3 hari berturut3 tido pukul 3.30 pagi ... padah study last minutes...hehehe apapun bersyukur kehadrat Allah kerana masih lagi boleh bertahan sehingga ke hari ini....

dalam 4 hari menjalani exam...pelbagai cabaran dan ujian2 yang menjadi mutualisme... dh lah pening ngan exam ditambah lagi dengan mutual2 nie..hehehe mcm2... Alhamdulillah walaupun begitu..akal yang diberikan oleh Allah ini masih boleh digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah..

betulkah pelajar nie tidk terleps dari masalah kewangan?

betul la...

sebab apa??

buat2 tak tau pula...kan masih belajar tak kerja lagi tue yang susah...nak perlukan duit mak ayahlah tempat mengadu jadi sedar2lah yer...banyak2 berjimat...nasihat ini fokus untuk dia ni
dia nie kena dimarah...yelah suka membazir..apapun.. nasihat tuk kita semua jangan membazir..






Isnin, 6 Disember 2010

selamat tahun baru Hijrah...1432

assalamualikum..berkat kasih sayang dari sang Pencipta yang agung sehingga ke hari ini masih lagi diberi kehidupan diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berada di muka bumi Allah yang luas ini...1431H telah berlalu pergi meninggalkan pelbagai kenangan dan peristiwa samada manis ataupun pahit...Alhamdulillah baik atau buruk dikaut saja. dikesmpatan ini ana mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432H..SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.semoga hidup kita diberkati dan dipermudahkan segalanya..indahnya nikmat Allah ini...Syukur alhamdulillah