Jumaat, 10 Oktober 2014

jalan cerita berbeza..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus berada di dunia ciptaan Allah yang dipenuhi berbagai rasa dan warna warni watak dan ragam.. 

sambil membuat ringkasan bible untuk dibentangkan beberapa minggu lagi, hati tergerak mencoret sesuatu di dalam blog ini. sahabat yang tidak bersuara, menerima apa sahaja yang diluah tanpa bertanya.. 

jalan cerita berbeza??

jalan mana?
cerita apa?
berbeza? apa?

di dunia ini, sudah lumrah, hidup ibarat air lautan, yang tidak selamanya tenang. adakala, berkocak juga, kadangkala mengila hingga boleh meragut nyawa.. begitu juga dengan manusia, macam-macam onak duri mengonarkan diri...

sedih melihat nasib diri, kelemahan, kekurangan lebih banyak pada diri, mereka lebih beruntung sedangkan aku??

stop!! berhenti dari berfikir seperti itu..

sila beringat, ALLAH telah memberikan banyak nikmat..dan nikmat-nikmat ini perlu disyukuri..
walaupun jalan cerita berbeza, mungkin ceritaku lebih pedih, sedangkan ceritamu juga pahit..namun, itu sekadar cerita (pujuk hati).. 

pesanan buat diri.. yang menyakitkan, yang pedih.. lupakan saja, kerana nikmat yang Allah berikan jauh melebihi sedikit kesakitan yang dirasa...

akhir kalam.. segala yang baik datang dari Allah, kekurangan dan kekhilafan datang dari diri..