Jumaat, 18 November 2016

Terosir versiku

Assalamualaikum salam kerinduan buat sahabat-sahabat pena di laman ini, terlalu lama rasanya hilang khabar berita. Dahulu, seringkali ada coretan suka dan duka, melafazkan apa yang terbuku di hati dan minda. kerana kesibukan, menyekat rasa untuk berbicara dengan jemari. syukur masih punya kesempatan, untuk berkongsi rasa. 

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?, begitu juga dengan kehidupan. matahari tidak menjanjikan cerah selamanya, kadangkala menitik juga hujan kala panas melanda. seringkali ujian datang menyapa, hingga menuntut airmata. coretan dinukilkan bersama airmata yang tidak terhenti, bukan kerana bebanan yang menghimpit diri, cuma takdir yang tidak diingini singgah menyapa hari-hari. 


Yang pergi tidak sama dengan yang masih di sini, yang melepaskan tidak sama dengan yang masih menanti. hanya Allah menjadi penguat diri, sakit rasanya bertahan seorang diri, namun apakan daya, masa telah merubahnya. dan akhirnya hati akur bahawa, pengharapan dengan manusia itu seringkali mengecewakan. 



Insan yang terusir bila memilih jalan untuk berputus asa, bisa menjadi mayat yang masih bernyawa, tetapi bila dia memilih untuk kuat dan bangkit, sang badang juga mampu ditempuhnya. rasa hati, semangat itu perolehi tenaga dari minda. minda yang mengarahkan sama ada memilih sedih atau bahagia. sudah-sudahlah insan terusir, pergilah kau berkelana, kau tinggalkan segala gundah, andai kau terkenang kisah semalam, dayunglah sampan dan kau hanyutkanlah rasa itu. semoga ia tidak lagi mengikuti bayangmu, tenggelamlah dia dalam lautan, Allah tahu bagimana cara menghitungnya, tanpa kau perlu berkira-kira.  

Semoga kesakitan yang menyinggah di hati, menjadi penawar dosa yang telah dilakukan. Andai telah terbayar, moga kurniaan Allah berupa hikmah menempat di hati. DIA menguatkan dan DIA juga yang menyembuhkan... terima kasih ya Allah.

11.02am
18 Nov 2016