Memaparkan catatan dengan label perihalku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perihalku. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

jalan cerita berbeza..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus berada di dunia ciptaan Allah yang dipenuhi berbagai rasa dan warna warni watak dan ragam.. 

sambil membuat ringkasan bible untuk dibentangkan beberapa minggu lagi, hati tergerak mencoret sesuatu di dalam blog ini. sahabat yang tidak bersuara, menerima apa sahaja yang diluah tanpa bertanya.. 

jalan cerita berbeza??

jalan mana?
cerita apa?
berbeza? apa?

di dunia ini, sudah lumrah, hidup ibarat air lautan, yang tidak selamanya tenang. adakala, berkocak juga, kadangkala mengila hingga boleh meragut nyawa.. begitu juga dengan manusia, macam-macam onak duri mengonarkan diri...

sedih melihat nasib diri, kelemahan, kekurangan lebih banyak pada diri, mereka lebih beruntung sedangkan aku??

stop!! berhenti dari berfikir seperti itu..

sila beringat, ALLAH telah memberikan banyak nikmat..dan nikmat-nikmat ini perlu disyukuri..
walaupun jalan cerita berbeza, mungkin ceritaku lebih pedih, sedangkan ceritamu juga pahit..namun, itu sekadar cerita (pujuk hati).. 

pesanan buat diri.. yang menyakitkan, yang pedih.. lupakan saja, kerana nikmat yang Allah berikan jauh melebihi sedikit kesakitan yang dirasa...

akhir kalam.. segala yang baik datang dari Allah, kekurangan dan kekhilafan datang dari diri..







Jumaat, 26 September 2014

gathering together

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya yang meminjamkan nyawa untuk kita terus bernafas di bumi ini, mencari seberapa banyak bekalan untuk di bawa ke daerah sana kelak. selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga..

Alhamdulillah akhirnya punya kesempatan untuk mencoret monolog hati di dalam blog ini, walaupun sudah lama sunyi sepi tanpa entry baru, namun kali ini ku gagahkan diri menulis lagi insha Allah.



Johnny's restaurant alamanda,Putrajaya

Alhamdulillah hari ini Allah pinjamkan nikmat bahagia buat diri ini, syukur dipanjatkan pada Allah atas kesempatan bersama "mereka" yang Allah hadiahkan dalam hidup ini. sejak pertama kali bertemu dengan mereka, terasa sudah kenal lama, layanan bukan seperti seorang teman, tetapi terasa diri ini seperti saudara mereka sendiri.. terima kasih buat kak wa dan amie sebab sudi bawa jalan-jalan, pergi makan, berbual-bual, semoga ukhwah terjalin hingga akhir hayat..

"Ya Allah, hambaMu ini memohon padaMu, agar dilindungi, dirahmati dan dimurahkan rezeki mereka yang ku kasihi ini, sungguh ukhwah yang engkau pinjamkan ini adalah nikmat yang harus ku syukuri..ameen"


#ku bersyukur atas segalanya Alhamdulillah...                                                      


Jumaat, 8 Ogos 2014

menulis kala menangis

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya, nikmat nyawa masih dipinjamkan buat hambaNya yang selalu leka dan lupa.. selawat serta salam buat junjungan Rasulullah, para sahabat dan ahli keluarga..
.
malam makin pekat, sedangkan mata masih segar, jemari masih gagah untuk terus menurut perintah akal dan hati. manusia..manusia.. nikmat akal kurniaanNya terus bekerja, selagi jiwa dikandung badan, seperti bidalan sang pujangga madah. malam dipinjamkan untuk berehat,setelah seharian memerah tenaga mencari "kehidupan" yang menghidupkan.. namun, ada dikala insan yang culas pada umurnya, mencuri malam untuk bercanda dengan tuhanNya, berbicara,mengaduh seolah-olah bertentang mata, berpadu suara kala melontar bicara, culasan itu adalah kejujuran, tanda amanah pada tuhanNya..

namun..

di malam hari juga, ada insan yang memilih, untuk berbicara dengan diri, mencongak kekurangan diri, kadangkala akal yang berakal tidak mampu memujuk diri untuk kembali ke fitrah diri, digerakkan jemari agar dapat menukilkan bait-bait kata penguat diri,saat itu tangisan mendahului kearifan jemari, tangisan itu sesalan pada kekhilafan diri, manakala jemari dan bait kata penguat agar noda itu mampu diperbaiki.. 

apapun caranya, bagaimanapun keadaannya.. sebenarnya tujuannya sama, mencari fitrah, menanam semula sumpah janji pada rob yang menghidupkan dan mematikan..selagi mampu menangis, selagi mampu menulis..teruskan,semoga iyanya mampu menghidupkan hati hati yang mati. nukilan ini bukan bara meriakkan jasad yang hina, tetapi peringatan bersama.. kita manusia yang selalu leka, nasihat itu penawar bagi hati..

Selasa, 8 Julai 2014

AKU INGIN MENULIS LAGI

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dari Allah, masih lagi dipinjamkan usia untuk terus mencari seberapa banyak bekalan dibawa ke daerah sana kelak. selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat.

aku ingin menulis lagi...




aku meminati bidang penulisan sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. walaupun tulisanku belum pasti jumlah pembacanya, namun hasil karyaku bila diakhiri dengan titik noktah mampu untuk  memuaskan sukmaku.aku cenderung ke arah itu. namun ada suatu penyakit yang telah menyerangku, mematikan akal dayaku, memberhentikan usaha penaku, tatkala hiburan di angkasa memperdaya dengan mensialkan segala masa yang ada. seharusnya aku lebih menghargai masa yang ada, dengan membaca seberapa banyak fakta agar memintarkan daya akalku..


semoga kesempatan itu ada lagi buatku, Alhamdulillah praktikal kali ini, duduk di bahagian penulisan, semoga Allah berikan kesempatan kepadaku lagi untuk terus berada di bidang ini...

Jumaat, 8 November 2013

hujan yang dingin, guruh tidak berhenti

Alhamdulillah nikmat hidup yang dipinjamkan ini, peluang untuk terus memaknai hidup yang kadangkala sukar ini.. syukur Alhamdulillah, tiada lafaz yang dapat mengambarkan rasa kesyukuran..

melihat ke luar jendela, hujan yang sungguh lebat, dingin namun guruh tidak berhenti, menenangkan namun mrisaukan diri.. tatkala sendiri..

seringkali,terpengaruh dengan persekitaran..jangan menolak hukum alam, setiap manusia perlukan manusia lain.. kegembiraan selalunya dirasai dan dikongsi, antara banyak akal dan hati.. namun tidak semua hati akan berpuas hati..kadangkala diuji, sedih menyapa diri.. ada yang tersisih tatkala yang lain bersorak riang.. itulah hukum alam, kadangkala kita dapat menceriakan ramai wajah, namun jangan lupa, kita juga selalu membuat mereka terkesan dan terluka. itu sudah biasa, diluar minda sedar, kita berjenaka tetapi mereka bukan gembira  namun ramai yang terluka.. kita manusia yang tidak sempurna, tidak terlepas dari silap dan salah.. banyak-banyak bermuhasabah.. bila ditolak, rasa tersisih, mungkin ada cacat celanya kelakuan kita..andai sehabis mungkin memerah akal dan minda, khilaf dan onar apa yang telah kita buat, mohonlah maaf, jangan disimpan di dalam hati, kerana dunia ini hanya pinjaman dari yang haq..sementara saja sifatnya..

andai maaf dipinta, masih tidak disambut..tidak mengapa, jangan kecewa, berikan ruang buat mereka dengan seluas-luasnya..yang penting kita ikhlas, buat segalanya kerana Allah..insha Allah semuanya kan baik-baik saja. tidak dinafikan,persoalan kenapa?? mengapa?? seringkali bermain di minda, persoalan yang buntuhkan jawapan masih diharapkan, tatkala ini rasa sakit, dan sedih akan menghimpit diri.. namun, tidak ada yang dapat dilakukan setelah berusaha dengan sehabisnya kemudian berdoa pada yang Esa, yang tidak pernah meninggalkan hambaNya walaupun seketika. 

terimalah ini sebagai ujian dan tarbiyah dariNya, Dia begitu sayangkan kita, menangislah sepuasnya, lepaskan segalanya.. Dia ada untuk mendengar rintihan hambaNya, Dia sentiasa bersedia mendengar luahan hati hambaNya.. 

ketika ini hujan masih lagi turun ke bumi, namun guruh sudah mula berhenti... ya Allah terima kasih atas tarbiyahMu ini.. aku terlupa ketika aku gembira, ketika aku rasa terbeban kerana ujian ini barulah ku sedar Engkau sentiasa ada disisi menemani..guruh yang kuat berbunyi akhirnya berhenti sendiri, begitu jugalah dengan kehidupan..ujian yang datang akan berlalu pergi, bersabarlah dalam menanti..

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)"

peringatan bersama, salam muhasabah wassalam..


Jumaat, 14 Jun 2013

22 tahun sangat istimewa

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah dan kurnia dariNya, masih dipinjamkan usia untuk berjalan, melihat dan merasai nikmat Allah s.w.t di dunia ini.. 

peristiwa semalam masih lagi segar diminda, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku. dan xterlintas dek minda yang berfikir..ya Allah terima kasih kerana mengurniakan mereka-mereka yang sangat baik, teman yang sentiasa bersama jatuh dan bangunku.. tahun lepas sehingga tahun ini sejujurnya banyak benda yang kami kongsi bersama-sama.. terasa ukhuwah itu.

tidak pernah terbayang akan berlaku seperti semalam..

begini ceritanya...

semalam salah seorang akak saya nie nama dia kak irah, dia nie cute orangnya, tapi agak nakal.. kalau berprogram tanpanya, tak meriahkah suasana, katanya nak ajak saya keluar makan dan tidur di kolej kediaman saya. saya mengiyakan dan berniat untuk menolongnya untuk prepare barang-barang makanan ringan untuk dibawa ke program orang asli minggu ini. tunggu punya khirnya dia membuat satu panggilan kepada saya mengatakan dia telah tersesat, nasib kak syafiah telah membantunya. 

hah kak syafiah pula nie, akak saya yang sangat baik hati..teringat waktu belajar dulu, xletih dia membantu saya, bila saya sakit dialah sentiasa bersama saya.. dia sangat baik hati. bila saya silap dia selalu menegur saya, walaupun saya terasa tetapi bila fikir semula betul apa yang dikatakannya pada saya. kak syafiah sepanjang perjalanan mencari helah, kejap-kejap kereta berhenti, dia keluar dan menyambut panggilan..confuse saya, kenapa perlu menyambut call diluar kereta. tetapi saya beranggapan mungkin ada diantara kawan-kawan kak syafiah yang nak join sekali makan bersama kami :) fine..

setibanya di restoran, mereka memandang sana sini, aku juga turut mengikut gerak mereka, memandang sana sini, seperti ada orang yang dinanti...confuse lagi. tapi akal tak cuba untuk merungkaikan persoalan tue, kerana dek perut yang meragam nak makan..lapar sangat waktu tue.. tetapi tiba-tiba mereka mengajak untuk menukar meja ke tempat yang lain.. aku mengikut saja kehendak mereka..

duduk di meja baru, sambil makan otak-otak yang dihantar oleh penghantar (ayat abi /dr.ibrahim) aku mula tenang dan xresah, perut start dah diisi, senyaplah mulut nak berbicara..hehehehe 

tiba-tiba sepertinya ada orang yang datang di arah belakang, muka kak irah dan kak syafiah seperti berubah.. emm??? baik aku menoleh ke belakang..

HAH????

kenapa Amie ada?? confuse... kak azah?? kak wa?? dan kawan kak irah..
ehem2... siapa amie? amie nie sahabat saya, kenal waktu sama-sama berpogram, pernah dengar nama dia sekali waktu tahun 2010 tapi orangnya baru dijumpai oktober 2013..ayat macam criminal je :). kindman.. semoga dia menjadi lelaki soleh baik budi pekerti :). amie adik kepada kak wa, kak wa pula seorang sangat penyayang, dia sangat baik kepada adik-adiknya. sopan santun dan sangat intelek.. nak mencontohinya dan menjadi sepertinya satu hari nanti..credit untuk kak wa.yang paling specialnya kak wa nie orang yang sentiasa senyum tetapi sangat matured dalam hal-hal yang mustahak, terserlah ketika meeting kat kl sentral haritue, semoga Allah memberkati hidupnya, dipermudahkan segala urusannya dan .................... Amin :)

kak azah pula?? hat nie yang special, dia sangat caring tapi tak nak tunjuk..tapi saya tahu INI SEMUA POYO.. hehehe dia sangat baik walaupun kadang dia cakap rasanya macam tomyam cili lebih tetapi hatinya sangat baik.. susah senang sentiasa membantu, dia antara orang yang selalu menyelamatkan dari bergelandangan.. biliknya ibarat shelter bagi diriku... terima kasih kak azah :) kerana menerima diriku menjadi roomate mu hehehe..

owh rupanya inilah plan mereka, 2 dari kajang 2 lagi dari lumut-tanjung karang-bangi (sangat jauh perjalanan mesti drang sangat letih), 2 lagi dari gombak (jauh juga nie, nak turun ke bangi dari hujung ke hujung) sanggup datang semata-mata celebrate birthday budak busuk dan senget macam aku nie... 



kelu lidah tak terkata,
xterjemah perasaan saat itu,
menempar2 pipi beberapa kali,
ingatkan mimpi rupanya realiti..

terima kasih sahabat disisi,
hidup ini sangat bererti,
hadirnya kalian menjadi penyeri,
dalam permusafiranku ini..

terima kasih juga buat keluarga-keluarga YAK yang lain, yek gembira adanya hak semua.. semoga Allah permudahkan urusan kita, semoga Allah lancarkan perjalanan kita dalam usaha dakwah dan mencapai redhaNya.. 

salam sayang untuk semua..Wassalam

Jumaat, 7 Jun 2013

22 tahun sudah..

Assalamualaikum...Alhamdulillah ats limpah kurnia dariNya Robbul Izzati yang maha pemurah lagi maha penyayang, masih lagi diberi kesempatan berada di sini, mencari dan terus mencari bekalan untuk dibawa ke daerah sana insyaAllah...



dalam entry kali nie pelik??? kenapa ada gambar kek?? birthday siapa agaknya??

birthday tuan kelana iman :")

Alhamdulillah hari nie genaplah usia 22 tahun dan hari ini juga sama dengan hari kelahiran saya (jumaat sayyidul ayyam) Alhamdulillah..terlalu cepat masa berlalu, hingga tidak sempat untuk menarik nafas..hiperbolanya begitulah..lebih-lebih lagi kita umat akhir zaman nie, masa berjalan tersangatlah pantas..

kita sebagai manusia seharusnya menjadi pekebun yang semakin rajin bekerja..menanam dengan banyak hingga dapat mengumpul hasil tanaman yang banyak..cepat..cepat masa semakin pantas bergerak..risau...risau bila saatnya tiba, terlambat akhirnya pulang dengan keadaan papa kedana..risau sungguh..

meraihkan ulangtahun hari lahir bukanlah satu kegembiraan bagi diri ini, tetapi suatu kerisauan yang menempat dalam diri..umur semakin bertambah, maksudnya sedikit demi sedikit dunia ini melangkah kaki mula  meninggalkan diri ini..sedangkan waktu kembali semakin dekat menghampiri.. Ya Allah kiranya engkau mengasihiku, jadikan aku hamba yang sedar waktu itu semakin menghampiriku, jangan dibiarkan diriku ini kembali kepadaMu dengan tidak berisi, ketuklah hatiku, isilah sisa baki hidupku ini dengan rahmatMu berbentuk ketaatan dan hiasilah sisa baki hidup ini dengan akhlak mahmudah..andainya tersasar atau terleka tegurlah diriku ini.. sepenuhnya diriku ini ku abdikan padaMu..

dunia hanya pinjaman, roh yang berada dirangka jasad, nyawa yang menjadi sumbu kehidupan ini hanya sementara semoga diriku ini sedar bahawa dunia yang ku diami, kehidupan yang ku jalani, tangis dan tawa yang ku rasai acap kali ini akan berhenti...

semoga di usia 22 tahun ini, dirimu menjadi seorang yang matang..mewakafkan diri sepenuhnya kepadaNya yang maha kuasa..menjadi hamba bertakwa dan umat yang terbaik kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi.. 

buat mak dan bapa, terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini. dari sebesar tapak tangan hingga kini tanpa jemu mengasuh dan mendidik diri ini.. dalam senang atau susah tidak pernah mereka meninggalkan diri ini sendiri... buat abang yang dikasihi..semoga Allah memelihara kita ukhwah hingga ke syurga.. kita berdua hadiah yang terbesar buat mak dan bapa, semoga kita sama-sama tidak menghampakan harapan mereka.. untuk semua keluarga, guru-guru dan sahabat tercinta terima kasih atas segala tunjuk ajar, keprihatinan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..insyaAllah..

Amin ya Rabbal a'lamin...

Khamis, 23 Mei 2013

dunia yang mencabarku

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah dan kurnianya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk hidup dan meneruskan perjalanan di dunia ini.. sungguh hari ini rasa terlalu tertekan sekali, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan, sungguh kesabaran ini sangat teruji saat ini..tapi diri ini yakin semua ini adalah nikmat dariNya, Allah s.w.t ingin memberikan kemanisan selepas ini InsyaAllah.. 

hidup di universiti, cabaran yang datang silih berganti. jika hubungan kita tidak kuat bersamanya, mudahlah kita hanyut, dibawa godaan yang lebih banyak meracuni kita. tetapi jika kita dekat dengannya, hubungan bersamaNya kita jaga dengan sebaiknya insyaAllah kita dapat menangkisnya dengan sabar..

sabar kunci untuk memperolehi ketenangan dalam mendepani karenah dunia yang meletihkan, semoga Allah ampunkan dosaku, dan memudahkan segala urusanku..

Isnin, 23 Januari 2012

aku dan impianku...

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberikan kehidupan untuk berada di muka bumi Allah ini, mengutip bekalan-bekalan untuk dibawa ke "sana" insyaAllah.. sekarang telah masuk pukul 3.22 pagi.. sejak pukul 12 tengah malam tadi terjaga dan sehingga masih tidak dapat melenakan diri. decide untuk menulis sesuatu dalam blog ini sebagai perkongsian... walaupun kebanyakkan penulisan dalam blog ini tidaklah berbentuk ilmiah... namun dari cerita-cerita dan coretan-coretan yang masih muda ini ada sedikit ilmu dan pengjaran yang boleh di ambil..

baru sebentar tadi membelek-belek kandungan dalam akaun FACEBOOK saya sambil menjamah agar-agar milo yang masih berbaki di dalam peti sejuk. saya terlihat FB seorang sahabat yang kini sedang belajar di mesir dalam jurusan perubatan.. apa lagi melayanglah sedikit kepala saya nie... emmm...

tapi sebelum tue jom kembali ke masa dahulu...

dulu sewaktu masih di bangku sekolah... waktu sekolah rendah saya sangat bersungguh-sungguh untuk belajar, saya nak setanding dengan sahabat-sahabat saya yang lain. saya meng"aktif"kan diri dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.. dalam kurikulum "no bad" la... dalam bidang ko-kurikulum saya seringkali mendahului rakan-rakan saya (bukan berlagak, sekadar perkongsian)...

akhirnya selepas menduduki keputusan UPSR dapatlah result.... ok tp sebenarnya result tue cukup makan je untuk permohonan ke sekolah menengah agama...Alhamdulillah walaupun terlambat tapi sangkut lah juga kat sekolah menengah agama.... horee.... gembira... kerana melangkah ke sekolah menengah bersama-sama dengan rakan2 yang menjadi inspirasi satu ketika dulu... masuk ke sekolah menengah... saya nekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ingin menjadi seperti abang saya yang juga pernah belajar di sekolah itu.... dia merupakan pelajar terbaik dalam kelas aliran perakaunan...menurut yang saya terbaca di dalam dairi abang tahun 1998.. dia sebenarnya antara pelajar yang dicalonkan untuk masuk ke aliran sains tetapi ditolaknya kerana apa??? dia tulis kerana dia takut "berani mati"..waktu itu saya masih dalam darjah 2... saya tak faham apa yang ditulis oleh abang berkenaan "berani mati" namun sekarang baru saya faham...sebab yang "berani mati " tue sebenarnya adalah saya (tergelak sendiri). niat dulu nak jejak langkah abang, tapi bila naik form 4 saya ambil langkah sendiri.. padan muka saya (mengejek)...walaubagaimanapun... apa yang berlaku ada hikmahnya...

~SPM~

selama nie saya boleh fokus untuk belajar, semakin dijana semakin berkobar-kobar semangat.. menjadi salah seorang pustakawan adalah kelebihan kepada saya... mana taknya... nak buku rujukan???nak study tempat selesa siap blajar kat bilik guru pusat sumber (ada aircon lagi)... itu menjadi kelebihan... bila waktu prep pula...ikut suka nak study kat kelas mana pun (maklumlah pengawas asrama) banyak sangat kelebihan yang Allah berikan....

tapi.... ada insan yang tidak bersyukur dengan semua tue..
dan insan itu adalah saya... saya sangat menyesal dengan semua yang berlaku..swaktu SPM saya tidak dapat melakukan dengan terbaik... saya banyak lalai..banyak main... banyak ponteng...nakal sangat...padahal hubungan saya dengan guru-guru sangat akrab... anytime they's can help me... tapi kesempatan tue saya biarkan saja... banyak orang disekeliling saya support saya...tapi saya buat tak tahu saja... walaubagaimanapun semua dah berlalu... bukan tidak berjaya, cuma saya rasa saya tidak dapat melakukan dengan sebaiknya.. Alhamdulillah cerita SPM telah berlalu....

Dup...Dap...Dup...Dap.... akhirnya result pun keluar keputusan yang cantik...semua dibolot kecuali 9G... Apapun...alhamdulillah lulus semua.. tapi tak semua kredit...redha...redha...redha... nie saja rezeki ku..kena redha..selepas tue fening-fening tak tahu nak sambung mana... panggilan untuk tingkatan 6 dah keluar.... tapi hati terlalu berat untuk mengambil STPM...Akhirnya decide untuk ambil diploma...IPTS pun IPTS la janji study... pada asalnya nak masuk Darul Quran dibawah kelolaan JAKIM... tapi atas masalah2 sendiri yang tidak dapat dielakkan... meneruskan langkah mengambil diploma Usuluddin dalam bidang perbandingan agama... sem bertukar sem... belajar dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru... mempelajari "raja maya"... bertemu dengan ramai sahabat-sahabat pada asalnya untuk saling berkongsi ilmu... lama kelamaan...baru disedari... ramai diantara sahabat-sahabat di "alam maya" merupakan pelajar-pelajar yang menuntut di mesir dalam pelbagai bidang... duduk dalam kelompok sahabat-sahabat yang belajar di mesir..menjadi penyala api niat di dalam hati untuk menjejaki langkah mereka...

tapi bagaimana???

mulalah pencarian jalan untuk ke sana..... dan akhirnya ...

1)nak masuk sana? untuk islamic course make sure kena spm..kena ambil bahasa arab tinggi dan kredit ye..

2) kena ada STAM.... pastue result pun kenalah ok...kalo ada yang "R" maaflah memang xboleh

3) dengar kata kena hafal al-Quran... yakin boleh tapi kena usha sekuat mungkin sebab saya bukannya orang terlatih dalam bidang "itu"

ya Allah... tak ada yang melayakkan..tapi niat tue masih ada lagi.... insyaAllah ada harapan..kan ada diploma... bermonolog sendiri dengan nada "happy"..

maaf!! diploma pun..hanya dari darul quran saja yang diterima untuk menyambung dalam bidang Qiraat... Allah memang susah lah nak lepas....

dan kini... saya masih disini..dan menjalani hidup-hidup seharian dengan segala yang saya tidak rancang...


ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ -

surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang

ada sesuatu yang Allah ingin hadiahkan...setiap yang berlaku ada hikmahnya... angan-angan dan impian memandang ke arah lautan cleopatra..melihat tanah yang dahulunya mempunyai peradaban yang unggul dan nikmat nile river yang diberikan Allah kepada penduduknya...

suatu hari nanti...InsyaAllah semoga ianya bukan sekadar angan-angan...



Ahad, 25 Disember 2011

kekasih yang dirindu~







Assalamualaikum... Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih lagi diberikan kesihatan dan nikmat hidup sehingga ke saat ini Alhamdulillah...syukur..syukur.. rasanya terlalu lama dah tidak post kat blog ini...semakin hari semakin menyepi... semoga sepinya ini tidak berpanjangan... dan tidak terus menghilang...

hari ini 25 dis 2012... petang tadi selepas solat maghrib tadi tiba-tiba hati merasa sedikit sebak... ber"mood"kan lagu-lagu Nazrey Johani yang menjadi kegemaran...

lau kana baina na....

Ya Rasulullah umatmu ini amat merinduimu....
Dengan tiadanya engkau disisi...
Kadangkala...melemahkan aku..
Namun dengan petujuk yang engkau tinggalkan..
menjadi peneman dan pembangkit semangatku..
untuk terus berada di muka bumi ini..

kata-kataku ini...
bukan sekadar kata-kata yang lahir dari mulut dan minda...
tetapi terbit dari hatiku...
aku amat merinduimu...

selawat ke atas baginda Muhammad Rasulullah s.a.w
semoga diriku yang lemah lagi hina ini akan tergolong dalam golongan yang memperolehi syafaat darimu...



Selasa, 29 November 2011

buntu

Assalamualaikum...Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk mencoret di ruangan ini... petang yang damai ini dinikmati dengan izinNya... walaubagaimanapun... pada saat ini minda sedikit terganggu ditantui dengan berbagai persoalan hidup...

seringkali saya mendengar apabila masuk ke alam dewasa..kita kena mula mahir...memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita... sekadar ingin berkongsi...

selepas menghabiskan latihan praktikal 6 bulan yang lalu Allah mengurniakan pelbagai peluang kepadaku... bekerja untuk sementara...namun ditolak kerana sewaktu itu hati sudah kembali ke sabah walaupun pada hakikatnya jasad masih berada di semenanjung malaysia...

ingatkan peluang itu terhenti begitu saja, dan kesempatan yang telah ditolak...akan terlepas jauh pergi.. namus setibanya di sabah.. offer yang datang terus bertandang... pada awalnya menerima dengan tangan terbuka menjadi seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah kebangsaan
hari demi hari..minggu bertukar minggu akhirnya selesailah tugasan menjadi guru ganti sementara... dan meneruskan rutin harian duduk di rumah... dan baru-baru ini...ada lagi offer datang dan iyanya salah satu offer yang ditunggu-tunggu..berkhidmat di jabatan agama islam
untuk sementara sebelum melanjutkan pelajaran pada penghujung tahun hadapan..namun...

terpaksa dipegunkan seketika... terlihat di wajah mak ayah seperti tidak membenarkan... apakan daya.... jauh disudut hati menyimpan 1 impian yang bakal memberi kesenangan kepada mereka...semua yang dirancang tidak dipersetujui... memberontak dalam diri...entah bila agaknya dibenarkan untuk berdikari..bukan ingin bersuka-suka bersama rakan-rakan jauh sekali ingin menjauhkan diri dari orang yang tersayang..tersangat tidak logik... semuanya dilakukan bertemakan "pengorbanan" tanpa pengorbanan tiadalah kejayaan... ntah siapa yang
tidak memahami..banyak kali bermuhasabah adakah ini kerana mengikut hawa nafsu remaja..namun hati sentiasa menjelaskan tidak... kerana segala yang dilakukan mempunyai sebab tertentu... membina benteng pengukuh untuk dikemudian waktu... sangat sedar...diri ini tidak sekuat insan lain... terlalu lemah untuk menerima ujian apatah lagi mendengar celaan...

dengan kesempatan waktu untuk berdikari sekurang-kurangnya dapat mem bina perisai dalam diri... serta mempersiapkan mental dan fizikal dalam terus merenangi arus dunia yang penuh dengan pancaroba.... kini tersangatlah buntu..buntu dan buntu...

what should I do???

ya Allah tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku dan ahli keluargaku..agar ada nikmat kesenangan dan kelapangan kini dan dimasa akan datang...Amin ya Robb






Isnin, 28 November 2011

utusan pada 1433H

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk "update" blog ini..setelah sebulan dibiarkan sunyi tanpa sebarang entry2 baru. berpunca dari beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan... walau bagaimanapun.. saya bersyukur kerana akhirnya saya berjaya untuk meng"update" blog ini... Alhamdulillah peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t di awal2 Muharram nie menaikkan semangat saya untuk menulis sedikit perkongsian2 kepada teman-teman semua..

Alhadmulillah pada bermulanya 1433 hijrah ini saya menyimpan azam baru dan "renew" azam-azam lama yang masih belum terlaksana...apa yang penting...azam yang disimpan sedaya usaha kena dilaksana da diamalkan...untuk persediaan di hari kemudian.. kelebihan di tahun baru hijrah ini... goal saya melebihi 50 peratus hanya untuk bekalan di "sana" dan selebihnya untuk penyempurna hidup di dunia yang fana dan penuh cabaraan yang kadangkala menimbulkan rasa putus asa...saya mencoretkan azam-azam ini untuk berkongsi dengan pembaca2...semoga ada kesamaan dengan teman-teman semua..

1) terus memelihara ibadah fardhu...jangan lalai

2) terus memelihara al-Quran agar di akhirat kelak menjadi syafaat bagi kita

3) teruskan usaha mencari ilmu agar tidak mudah dipijak2 oleh mereka2 yang sering mendustakan kebenaran Islam

4) menjadi anak yang solehah dan yang paling penting berusaha sehabis2nya agar tidak mengecewakan kedua ibu bapa

dan selebihnya... apa yang terbaik dan apa saja pekerjaan yang diperintahkan olehNya... semoga semuanya terlaksana...

andai di sepanjang perjalanan 1433 ada tersilap langkah atau terkhilaf... maka ampunkanlah dan berilah peringatan... semoga Allah memakbulkan segala doa dan azam-azam ini di 1433..

Amin ya Robb...








Ahad, 9 Oktober 2011

muncul lagi..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk update blog yang tidak seberapa ini... Alhamdulillah... *semalaman tidur..nikmat yang diberikan oleh Allah..

tapi.... aku diuji sekali lagi "dia" muncul dalam mimpi bersama dengan ahli keluarganya yang lain... aku tidak tahu apakah makna disebalik semua ini..di dalam mimpiku... keluarganya sangat baik padaku namun keluargaku tidak menyukai mereka..

ya Allah kenapalah seperti ini... semakin kita mahu melupakan seseorang tue semakin muncul pula dalam hidup nie..

ya Allah jauhkan lah dia dari hidupku... jangan halakan hati ini kepadanya... biarlah ia berpaling..halakanlah hati ini sepenuhnya kepadaMu... ya Allah ya Robb... sesungguhnya ia adalah 1 perkara yang sakit untuk menanggungnya.. biarlah aku lupa...dan hilangkanlah dia dari ingatanku... sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui... Amin

Rabu, 17 Ogos 2011

tak ada kot...


Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di blog ini. hari ini 17 ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan kali ini sama seperti tahun lalu..diberi peluang menjadi guru ganti.. dan sememangnya menjadi guru ganti dapat mengisi masa-masa lapang saya sementara cuti..

Alhamdulillah juga selama mengajar, semua tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan... dan yang paling penting, peluang menjadi guru ganti ini banyak mengajar saya terutamanya dalam aspek masa..Alhamdulillah..

sebenarnya... apa yang saya kongsikan di atas bukanlah motif sebenar saya menulis pada malam ini... saya cuba helah bela diri.. sebenarnya yang saya nak kongsikan... saya tak tau kenapa sekarang saya xda perasaan apa2 maksudnya saya xrasa gembira saya xrasa sedih.. mungkin saya ada merasakan sesuatu tapi saya pun tak tahu apa yang saya rasakan....


pening sungguh..kenapa dengan saya nie.. huhu..saya rasakan saya kurang memberi komitmen dengan orang2 disekeliling saya.. tapi saya pun xtahu kenapa dan apa sebenarnya masalah saya...rasa-rasanya memori otak saya cuba untuk " refresh" semula... blur2 saya xtahu nak buat apa lepas nie..saya xtahu apa yang saya mahu dalam hidup saya..ntahlah..tapi ada kawan-kawan kata memang begini keadaannya bila baru habis study...agaknya lah kot...

setakat nie apa yang saya nak buat???


tak ada kot....

jom layan sedetik lebih ~ anuar zain


Jumaat, 12 Ogos 2011

ragam insan di madrasah ramadhan...

assalamualaikum... Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih lagi diberi kekuatan sehingga ke hari ini dan diberi kelonggaran dalam kehidupan dan menulis di dalam blog ini.. Alhamdulillah hari ini hari ke 12 berada di dalam madrasah Ramadhan... madrasah semakin lama semakin menghampiri pengakhirannya..sedih rasanya, walaubagaimanapun Ramadhan kena dijalani dengan sebaiknya sehingga ke akhir bulan..

ya Allah ampunkanlah hambaMu yang hina ini.. kebelakangan ini seringkali cepat berasa marah...ada saja benda yang tidak kena... agaknya kenapa??? ketenangan yang pernah dirasai hilang... ya Allah adakah kerana hambaMu ini sering lupa padaMu...rasanya itulah reason yang paling tepat sekali untuk menjawab segala persoalan...

sejujurnya ramadhan kali ini sangat banyak memberi pelajaran dan pengajaran kepada diri ini... namun ujian juga cukup hebat hadir mencabar kewarasan akal...ada saja benda yang menyuntik... menyengat..mengusik ketenangan hati...ya Allah kuatkanlah hati ini ya Allah...

ya Allah...aku mendambakan Mahabbah.... wa Rahmah dariMu ya Allah

12 Ramadhan sekali lagi...."aku" harus bangkit... bangkit untuk terus berusaha menjadi sebaik2 hambaMu ya Allah, berusaha menjadi sebaik2 umat kekasih Allah nabi Muhammad.. semoga kekuatan itu mampu ku perolehi...amin

Rabu, 3 Ogos 2011

diari ramadhan

Assalamualaikum... Alhamdulillah atas limpah kurnianya dapat juga update blog nie... Alhamdulillah selamat arrived di destinasi yang selama 3 bulan ditunggu kampung halaman...sabah di bawah bayu... Alhamdulillah tahun ini Allah berikan kesempatan untuk berpuasa bersama-sama dengan keluarga sederhana... walaupun puasa kali ini adalah sederhana dari tahun-tahun sebelumnya... tetapi still bersyukur kerana kemanisan ramadhan yang dirasai meluputkan kesederhanaan...

puasa kali ini sama seperti tahun sebelumnya...setiap kali menjelang ramadhan...benih-benih azam akan ditanam di dalam tanah ramadhan kareem...samada subur ataupun tidak itu semuanya bergantung kepadaku sebagai seorang petani... tahun ini berazam sekali lagi untuk menghabiskan khatam al-Quran 30 Juzuk dan melakukan solat tarawih...xkiralah di rumah mahupun di masjid... di ramadhan ini juga semoga... otak ini geliga sambil berehat dapat mencari ikhtiar baru apa plan selepas nie [ mean after puasa ]... nak kerja?? study?? or.... em... ntahlah...semoga Allah mempermudahkan segalanya..

p/s tuk semua sahabat2 semoga ramadhan kali nie :"the best Ramadhan in our life" insyaAllah semoga kita semua diberkati olehNya... Amin..

Jumaat, 8 Julai 2011

aku takut ya Allah

assalamualaikum...syukur atas limpah kurniaNya masih lagi diberi kekuatan dan kesempatan untuk "update" blog yang semakin sunyi ini.. ntah kenapa malam ini rasa sunyi dan sedih... tiba-tiba teringat sesuatu... dan perasan sesuatu tentang diri ini... bila meninggalkan alam pengajian... tertinggal jugalah ilmu-ilmu... takut ya Allah... banyak yang dipelajari sudah tidak diingat... ya Allah aku takut.., aku takut menjadi seorang pelajar yang sia-sia, tidak berjaya menyimpan ilmu di dada..hanya berjaya menyimpan ilmu di minda dan terlepas begitu saja..

adakah aku tidak bertanggungjawab dengan ilmu yang aku pelajari??? atau adakah aku tidak beramal dengan ilmu yang aku perolehi?? ya Allah ampunkanlah dosaku... aku lalai ya Allah... aku lalai sehingga aku lupa apa yang sepatutnya aku ingati..... di saat-saat ini aku merasakan apa yang aku pelajari mula hilang satu demi satu... aku takut ya Allah.... bila ilmu semakin jauh... aku takut bagaimanalah aku... hanya kepadaMu aku memohon moga dikuatkan hatiku...ditajamkan akalku... dibersihkan hatiku agar percikkan ilmu dariMu masih berada di hatiku...

Rabu, 29 Jun 2011

isra' mkraj

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia daripada Allah s.w.t akhirnya diberi kerajinan dan keluangan masa untuk update blog ini... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan merasai isra' mikraj pada tahun ini... dimana baginda Rasulullah dinaikkan ke Arasy' bertemu dengan Allah s.w.t..

Alhamdulillah di hari isra mikraj ini juga Allah mengilhamkan sesuatu ke dalam hati ini... dan ilham ini susah untuk dikongsikan... restart again... apa yang saya dapat kongsikan i want to restart again.... restart again, sebab sebelum nie banyak virus yang telah membuatkan minda "corrupt".. saya mahu menanam dan membaja agar impian saya berbuah.. saya akan berusaha memperdalam ilmu islam dan bertekad untuk menyebarkan syiar islam...

dulu saya teringat sewaktu masih dibangku sekolah menengah, saya selalu berteka teki dengan kehidupan... dan banyak perkara yang saya inginkan tetapi ingin mendalami ilmu agama???[ mengambil kos pengajian islam]?? tapi Allah mengetahui apa yang terbaik untuk saya... Allah tahu disinilah tempat yang paling sesuai saya diletakkan... keluarga juga berharap benda yang sama... Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan ku dan diberi kejayaan kepadaku dan rakan2ku... moga kami semua menjadi orang berguna kepada agama bukannya perosak dan menjadi punca agama dicerca... ya Allah semoga Engkau mengampuni dosa kami dan memberikan kekuatan kepada kami dalam perjuangan ini Amin...

Khamis, 23 Jun 2011

layan lagu arab

Assalamualaikum.. syukur ke hadrat Allah s.w.t masih lagi diberi kesihatan sehingga kini... sekarang nie satu virus yang menyerang diri nie... suka sangat layan lagu arab, kenapa agaknya?? nak kata faham...tak faham pun hehehe... tapi nak kata tak faham... faham juga sikit-sikit.. mungkin agaknya sebab boring duduk saja di rumah, jadi penganggur terhormat... tapi entahlah bila dengar lagu arab semacam je.. tapi ada baiknya juga dengar lagu arab mungkin ini menjadi asas batu loncatan untuk menjadi peminat ilmu lugha arab... apapun teruskan...

Selasa, 10 Mei 2011

akhirnya.........

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah berkat kasih sayangNya memberi ruang masa kepada saya untuk mencoret di dalam blog ini.. Alahamdulillah akhirnya... berjaya juga menyelesaikan latihan praktikum selama 2 bulan di pejabat agama islam daerah hulu langat.. terlalu banyak kenangan manis yang di rasai dan diperolehi walaupun kadangkala ditimpa pelbagai masalah2 kecil namun Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik.. pada asalanya saya sebenarnya tidak terfikir untuk menjalankan latihan praktikum, saya memilih untuk membuat projek akhir kerana projek akhir sangat bersesuaian dengan kursus yang saya ambil. namun plan pertama ditukar kepada menjalani latihan praktikum kerana beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan..

sepanjang menjalani latihan praktikum banyak benda baru yang saya belajar.. suasana alam pekerjaan yang tidak pernah saya lalui sebelum ini ditambah dengan kesibukan masalah "kedewasaan" adakalanya menghimpit kepala ini... namun dengan sekuat daya semuanya ditelan dan cuba untuk dicerna agar dapat dijadikan penguat untuk terus menjalani kehidupan seperti mereka yang lain..

bahagaian "unit undang-undang keluarga" merupakan satu unit yang sangat tersibuk di pejabat agama islam daerah hulu langat.. kesibukkan berdepan dengan pelbagai masalah ragam masyarakat, namun walaupun dihujani pelbagai masalah yang membawa kepada pelbagai persoalan... bagaimana untuk menyelesaikannya??bagaimana untuk menjawabnya, namun ianya memberi banyak input berguna kepada diri ini Alhamdulillah :) mendengar pelbagai masalah daripada orang yang datang... satu benda yang saya belajar dan yang harus diasah dengan tajam adalah sabar..kerana dengan adanya sabar.. semuanya akan baik...

akhirnya........ walaupun laporan latihan belum saya siapkan namun saya berasa lega dan bersyukur ke hadrat Akhirnya saya berjaya untuk menjalani latihan praktikum... "sujud syukurku panjatkan kepada Allah atas nikmat dariNya dan kesempatan yang diberikan ini "

p/s untuk sahabat2 yang hampir menghabiskan diploma, untuk last nanti ambillah latihan praktikum sebagai projek akhir.. monolog "nie nak promote nie jom :)"

wassalam....