Selasa, 10 Mei 2011

akhirnya.........

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah berkat kasih sayangNya memberi ruang masa kepada saya untuk mencoret di dalam blog ini.. Alahamdulillah akhirnya... berjaya juga menyelesaikan latihan praktikum selama 2 bulan di pejabat agama islam daerah hulu langat.. terlalu banyak kenangan manis yang di rasai dan diperolehi walaupun kadangkala ditimpa pelbagai masalah2 kecil namun Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik.. pada asalanya saya sebenarnya tidak terfikir untuk menjalankan latihan praktikum, saya memilih untuk membuat projek akhir kerana projek akhir sangat bersesuaian dengan kursus yang saya ambil. namun plan pertama ditukar kepada menjalani latihan praktikum kerana beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan..

sepanjang menjalani latihan praktikum banyak benda baru yang saya belajar.. suasana alam pekerjaan yang tidak pernah saya lalui sebelum ini ditambah dengan kesibukan masalah "kedewasaan" adakalanya menghimpit kepala ini... namun dengan sekuat daya semuanya ditelan dan cuba untuk dicerna agar dapat dijadikan penguat untuk terus menjalani kehidupan seperti mereka yang lain..

bahagaian "unit undang-undang keluarga" merupakan satu unit yang sangat tersibuk di pejabat agama islam daerah hulu langat.. kesibukkan berdepan dengan pelbagai masalah ragam masyarakat, namun walaupun dihujani pelbagai masalah yang membawa kepada pelbagai persoalan... bagaimana untuk menyelesaikannya??bagaimana untuk menjawabnya, namun ianya memberi banyak input berguna kepada diri ini Alhamdulillah :) mendengar pelbagai masalah daripada orang yang datang... satu benda yang saya belajar dan yang harus diasah dengan tajam adalah sabar..kerana dengan adanya sabar.. semuanya akan baik...

akhirnya........ walaupun laporan latihan belum saya siapkan namun saya berasa lega dan bersyukur ke hadrat Akhirnya saya berjaya untuk menjalani latihan praktikum... "sujud syukurku panjatkan kepada Allah atas nikmat dariNya dan kesempatan yang diberikan ini "

p/s untuk sahabat2 yang hampir menghabiskan diploma, untuk last nanti ambillah latihan praktikum sebagai projek akhir.. monolog "nie nak promote nie jom :)"

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan