Sabtu, 17 November 2012

pos simpor punya cerita

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah dan kurnia daripada Allah s.w.t masih lagi diberi kehidupan, kesempatan untuk mengutip sebanyak-banyak bekalan ke akhirat kelak. Alhamdulillah setelah hampir seminggu bercuti (mid sem break) pelbagai pengalaman menarik yang dilalui. ada yang suka ada yang duka tetapi semuanya menjadi penyeri kepada kehidupan.. 

betapa indahnya hidup bersama Islam..

ya Allah tidak mampu untuk diluah dengan kata-kata, betullah jika kita mengikut apa yang diajarkan di dalam agama, tidak pernah membebankan kita sebaliknya membawa nikmat dalam kehidupan kita, sama-sama kita syukuri..

Alhamdulillah jumaat yang lepas, saya telah menyertai satu trip ke kampung orang asli pos simpor gua musang, kelantan. Alhamdulillah ada ramai volunteer yang turut sama, lebih 10 buat 4 wheel yang turut serta.. perjalanan yang begitu menyeronokkan ditambah dengan kehijauan hutan, keindahan lembah2 yang kelihatan menyentuh hati ini, betapa bertuahnya kita.. Allah memberikan kita nikmat yang begitu banyak hingga tidak dapat dibalas dengan rasa syukur kita berikan sepanjang hayat. kawasan perkampungan berhampiran kawasan gunung agak mencabar perjalanan kami ditambah dengan cuaca yang tidak berapa baik, paginya panas petangnya awan gelap datang, membawa hujan menyebabkan tanah jalan menjadi lembut, namun tetap diterima dengan rasa besyukur.. Alhamdulillah perjalanan dapat diteruskan. ketika berada di kampung orang asli seperti biasa, beramah mesra dengan penduduk, masak memasak sudah menjadi kewajipan kepada kami... hari berganti hari, setelah tamat misi, kami beransur pulang meninggalkan kampung. di dalam perjalanan sempat juga mengedarkan bahan2 makanan kepada para penduduk di beberapa buah kampung yang terpiih. 

malang tidak berbau, dalam perjalanan keluar, kereta yang kami naiki tiba2 hilang kawalan, mungkin kerana keadaan jalan yang begitu licin kerana hujan, apa yang terfikir saat itu bukan diri sendiri tetapi keluarga di kampung halaman, sahabat2 yang ada di dalam kereta tue..ya Allah, namun Allah masih lagi memberi peluang, walaupun terjatuh ke dalam gaung, Alhamdulillah semua selamat walaupun ada kecederaan sedikit. itu petanda masih ada lagi kesempatan buat kami... terlalu banyak nikmat yang Allah berikan ini... terima kasih ya Allah

pesanan saya untuk diri saya dan sahabat2 semua, marilah kita syukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.. kerana jika kita mensyukuri nikmat ini pasti Allah akan menambahnya, tetapi jika kufur sesungguhnya azab Allah amatlah pedih...Astaghfirullah hal azim...

Selasa, 6 November 2012

dambakan cintaNya

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah kurnia dari Allah, akhirnya dapat juga meng"update" blog ini.. saya dah jadi rindu.. dengan siapa? dengan blog ini lah hehehe.. Alhamdulillah atas limpahan rezeki dari Allah, terlalu banyak rasanya, sehinggakan tidak dapat diitung, namun sayang sekali, saya sebagai manusia selalu terlupa, disebalik nikmat yang banyak saya masih lagi menjadi orang yang kurang bersyukur... Astaghfirullah semoga Allah sentiasa memberi peringatan kepada saya..

Alhamdulillah dah hampir masuk 2 bulan berada di UKM, tempat yang selama ini di idam2kan akhirnya dimakbulkan oleh Allah s.w.t.. ya Allah semoga hambaMu ini menebalkan dengan setebal2nya rasa syukur di dalam diri.. nikmat Mu ini terlalu banyak ya Allah, semoga tidak menjadi hamba yang lupa dan leka..

selama berada di UKM, banyak benda yang saya pelajari, bukan saja di kelas.. belajar dari persekitaran dan sekeliling.. walaupun kadangkala hidup yang dilalui tertumpah warna-warna yang pelbagai, tetapi ianya bukan mengotorkan sebaliknya memberi keunikan sekaligus membawa keindahan bagi yang menilai dengan mata seni, dengan mata hati. jika dilihat dari zahirnya, timbul rasa tidak senang, bimbang mendapat kritikan, dicemuh oleh mereka yang bermatakan minda dan akal kewarasan tetapi membelakangkan pertimbangan.. itulah kehidupan




hidup di sini juga, saya belajar untuk meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t saya belajar untuk redha, dengan apa yang berlaku.. saya belajar untuk mengatakan kepada diri saya, dalam melakukan apa2 pekerjaan kenalah sentiasa besederhana... kecuali beribadah kepadaNya.. di sini juga saya belajar untuk hidup lebih menghargai masa, walaupun keadaan di sini, bukanlah seperti yang saya bayangkan, tetapi saya cuba menerima kerana tidak semua yang kita impikan akan kita perolehi, kerana Allah maha mengetahui apa yang perlu dan apa yang tak perlu dan tindak membawa kebaikan kepada diri kita..

semoga tarbiyyah ini dapat mendidik diri dan jiwa, agar terus berada di jalan yang benar, menjadi insan yang kuat untuk berdepan dengan kehidupan akan datang.. tidak mendambakan sesuatu yang tidak pasti tetapi berharap semoga yang tidak pasti akan menjadi kenyataan... semoga diri ini menjadi orang yang dicintai olehNya bersama dengan orang2 sekeliling saya dan semoga syurga yang di damba menjadi destinasi terakhir kelak.. didiklah diri ini supaya tidak alpa, kadangkala dunia terlihat jelas di depan mata akhirat disorokkan di bawah dagu, dunia bukan matlamat, pesanan untuk diri saya dan sahabat2 semua :)

Wasalam...