Isnin, 23 Januari 2012

aku dan impianku...

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberikan kehidupan untuk berada di muka bumi Allah ini, mengutip bekalan-bekalan untuk dibawa ke "sana" insyaAllah.. sekarang telah masuk pukul 3.22 pagi.. sejak pukul 12 tengah malam tadi terjaga dan sehingga masih tidak dapat melenakan diri. decide untuk menulis sesuatu dalam blog ini sebagai perkongsian... walaupun kebanyakkan penulisan dalam blog ini tidaklah berbentuk ilmiah... namun dari cerita-cerita dan coretan-coretan yang masih muda ini ada sedikit ilmu dan pengjaran yang boleh di ambil..

baru sebentar tadi membelek-belek kandungan dalam akaun FACEBOOK saya sambil menjamah agar-agar milo yang masih berbaki di dalam peti sejuk. saya terlihat FB seorang sahabat yang kini sedang belajar di mesir dalam jurusan perubatan.. apa lagi melayanglah sedikit kepala saya nie... emmm...

tapi sebelum tue jom kembali ke masa dahulu...

dulu sewaktu masih di bangku sekolah... waktu sekolah rendah saya sangat bersungguh-sungguh untuk belajar, saya nak setanding dengan sahabat-sahabat saya yang lain. saya meng"aktif"kan diri dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.. dalam kurikulum "no bad" la... dalam bidang ko-kurikulum saya seringkali mendahului rakan-rakan saya (bukan berlagak, sekadar perkongsian)...

akhirnya selepas menduduki keputusan UPSR dapatlah result.... ok tp sebenarnya result tue cukup makan je untuk permohonan ke sekolah menengah agama...Alhamdulillah walaupun terlambat tapi sangkut lah juga kat sekolah menengah agama.... horee.... gembira... kerana melangkah ke sekolah menengah bersama-sama dengan rakan2 yang menjadi inspirasi satu ketika dulu... masuk ke sekolah menengah... saya nekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ingin menjadi seperti abang saya yang juga pernah belajar di sekolah itu.... dia merupakan pelajar terbaik dalam kelas aliran perakaunan...menurut yang saya terbaca di dalam dairi abang tahun 1998.. dia sebenarnya antara pelajar yang dicalonkan untuk masuk ke aliran sains tetapi ditolaknya kerana apa??? dia tulis kerana dia takut "berani mati"..waktu itu saya masih dalam darjah 2... saya tak faham apa yang ditulis oleh abang berkenaan "berani mati" namun sekarang baru saya faham...sebab yang "berani mati " tue sebenarnya adalah saya (tergelak sendiri). niat dulu nak jejak langkah abang, tapi bila naik form 4 saya ambil langkah sendiri.. padan muka saya (mengejek)...walaubagaimanapun... apa yang berlaku ada hikmahnya...

~SPM~

selama nie saya boleh fokus untuk belajar, semakin dijana semakin berkobar-kobar semangat.. menjadi salah seorang pustakawan adalah kelebihan kepada saya... mana taknya... nak buku rujukan???nak study tempat selesa siap blajar kat bilik guru pusat sumber (ada aircon lagi)... itu menjadi kelebihan... bila waktu prep pula...ikut suka nak study kat kelas mana pun (maklumlah pengawas asrama) banyak sangat kelebihan yang Allah berikan....

tapi.... ada insan yang tidak bersyukur dengan semua tue..
dan insan itu adalah saya... saya sangat menyesal dengan semua yang berlaku..swaktu SPM saya tidak dapat melakukan dengan terbaik... saya banyak lalai..banyak main... banyak ponteng...nakal sangat...padahal hubungan saya dengan guru-guru sangat akrab... anytime they's can help me... tapi kesempatan tue saya biarkan saja... banyak orang disekeliling saya support saya...tapi saya buat tak tahu saja... walaubagaimanapun semua dah berlalu... bukan tidak berjaya, cuma saya rasa saya tidak dapat melakukan dengan sebaiknya.. Alhamdulillah cerita SPM telah berlalu....

Dup...Dap...Dup...Dap.... akhirnya result pun keluar keputusan yang cantik...semua dibolot kecuali 9G... Apapun...alhamdulillah lulus semua.. tapi tak semua kredit...redha...redha...redha... nie saja rezeki ku..kena redha..selepas tue fening-fening tak tahu nak sambung mana... panggilan untuk tingkatan 6 dah keluar.... tapi hati terlalu berat untuk mengambil STPM...Akhirnya decide untuk ambil diploma...IPTS pun IPTS la janji study... pada asalnya nak masuk Darul Quran dibawah kelolaan JAKIM... tapi atas masalah2 sendiri yang tidak dapat dielakkan... meneruskan langkah mengambil diploma Usuluddin dalam bidang perbandingan agama... sem bertukar sem... belajar dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru... mempelajari "raja maya"... bertemu dengan ramai sahabat-sahabat pada asalnya untuk saling berkongsi ilmu... lama kelamaan...baru disedari... ramai diantara sahabat-sahabat di "alam maya" merupakan pelajar-pelajar yang menuntut di mesir dalam pelbagai bidang... duduk dalam kelompok sahabat-sahabat yang belajar di mesir..menjadi penyala api niat di dalam hati untuk menjejaki langkah mereka...

tapi bagaimana???

mulalah pencarian jalan untuk ke sana..... dan akhirnya ...

1)nak masuk sana? untuk islamic course make sure kena spm..kena ambil bahasa arab tinggi dan kredit ye..

2) kena ada STAM.... pastue result pun kenalah ok...kalo ada yang "R" maaflah memang xboleh

3) dengar kata kena hafal al-Quran... yakin boleh tapi kena usha sekuat mungkin sebab saya bukannya orang terlatih dalam bidang "itu"

ya Allah... tak ada yang melayakkan..tapi niat tue masih ada lagi.... insyaAllah ada harapan..kan ada diploma... bermonolog sendiri dengan nada "happy"..

maaf!! diploma pun..hanya dari darul quran saja yang diterima untuk menyambung dalam bidang Qiraat... Allah memang susah lah nak lepas....

dan kini... saya masih disini..dan menjalani hidup-hidup seharian dengan segala yang saya tidak rancang...


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -

surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang

ada sesuatu yang Allah ingin hadiahkan...setiap yang berlaku ada hikmahnya... angan-angan dan impian memandang ke arah lautan cleopatra..melihat tanah yang dahulunya mempunyai peradaban yang unggul dan nikmat nile river yang diberikan Allah kepada penduduknya...

suatu hari nanti...InsyaAllah semoga ianya bukan sekadar angan-angan...



Ahad, 22 Januari 2012

2 cerita

assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah kurnia rahmat dari Allah s.w.t masih lagi diberi kehidupan untuk terus menelusuri liku-liku klehidupan yang akan menemui pengakhirannya seperti yang telah dijanjikan olehNya... insyaAllah.... Alhamdulillah kini... saya sudah bergelar seorang pendidik "sementara" di sekolah agama rendah negeri... dan masuk hari ini merupakan minggu ke 3 saya mengajar disana... mengajar dalam matapelajaran tauhid, akhlak, bahasa arab dan juga jawi..


Alhamdulillah Allah telah bagi petunjuk kepada diri ini dan semoga ianya menjadi penguat untuk berada terus di lapangan ini insyaAllah.. sedikit perkongsian.. hari ini merupakan hari lahir anak saudara saya yang ke 2 Ibnu Luqman bin abdul hakim...anak saudara kesayangan saya... dengan penuh kesyukuran kini dia telah berusia 4 tahun... tahun depan dah mula masuk tadika pra 1.... semoga Allah panjangan usianya dan menjadikan dia anak yang soleh insyaAllah :)....
sekadar itu saja perkongsian dari saya:-

sekarang dah jadi "guru"

dan

hari ini hari lahir anak saudara saya ....

Rabu, 18 Januari 2012

no title

Assalamualaikum w.m.b... Alhamdulillah masih lagi diberi kehidupan..diberikan kesempatan untuk berada di bumi Allah... mengaut segala hasil untuk dijadikan bekalan di hari kelak insyaAllah...
hari sehari yang dilalui semakin mencabar...kehidupan semakin hidup.. dunia semakin pantas dan saling berkejar-kejaran...dunia kini tidak sama seperti dulu..mahu atau tidak kena terima... sebab sekarang tidak seperti dulu terlalu banyak pilihan...kini nak atau tidak..jika itulah kesempatan kena terima..sebab manusia semakin ramai..yang cerdik pandai semakin ramai..andai peluang baik datang maka rebutlah dengan sepantasnya..jangan berlengah-lengah dan bertangguh lagi..itulah kehidupan di zaman ini....peluang terhad tetapi yang menginginkan terlalulah ramai....

sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat semua...