Jumaat, 18 November 2016

Terosir versiku

Assalamualaikum salam kerinduan buat sahabat-sahabat pena di laman ini, terlalu lama rasanya hilang khabar berita. Dahulu, seringkali ada coretan suka dan duka, melafazkan apa yang terbuku di hati dan minda. kerana kesibukan, menyekat rasa untuk berbicara dengan jemari. syukur masih punya kesempatan, untuk berkongsi rasa. 

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?, begitu juga dengan kehidupan. matahari tidak menjanjikan cerah selamanya, kadangkala menitik juga hujan kala panas melanda. seringkali ujian datang menyapa, hingga menuntut airmata. coretan dinukilkan bersama airmata yang tidak terhenti, bukan kerana bebanan yang menghimpit diri, cuma takdir yang tidak diingini singgah menyapa hari-hari. 


Yang pergi tidak sama dengan yang masih di sini, yang melepaskan tidak sama dengan yang masih menanti. hanya Allah menjadi penguat diri, sakit rasanya bertahan seorang diri, namun apakan daya, masa telah merubahnya. dan akhirnya hati akur bahawa, pengharapan dengan manusia itu seringkali mengecewakan. 



Insan yang terusir bila memilih jalan untuk berputus asa, bisa menjadi mayat yang masih bernyawa, tetapi bila dia memilih untuk kuat dan bangkit, sang badang juga mampu ditempuhnya. rasa hati, semangat itu perolehi tenaga dari minda. minda yang mengarahkan sama ada memilih sedih atau bahagia. sudah-sudahlah insan terusir, pergilah kau berkelana, kau tinggalkan segala gundah, andai kau terkenang kisah semalam, dayunglah sampan dan kau hanyutkanlah rasa itu. semoga ia tidak lagi mengikuti bayangmu, tenggelamlah dia dalam lautan, Allah tahu bagimana cara menghitungnya, tanpa kau perlu berkira-kira.  

Semoga kesakitan yang menyinggah di hati, menjadi penawar dosa yang telah dilakukan. Andai telah terbayar, moga kurniaan Allah berupa hikmah menempat di hati. DIA menguatkan dan DIA juga yang menyembuhkan... terima kasih ya Allah.

11.02am
18 Nov 2016

Rabu, 18 Mei 2016

Teratak

Assalamualaikum w.m.b.. Alhamdulillah punya ksempatan lagi menurun tinta di halaman yang sudah lama sunyi ini.. selawat dan salam buat junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w atas kasihnya pada umat yang berjanji akan menanti kita dan memberi syafaat ketika berhadapan dengan Rabbul Jalil. Alhamdulillah segala puji dan puja hanya milik al-Haq yang menjadikan kita dengan kasih, diturunkan ke bumi menjadi makhluk agung dan terpuji, khalifah pembawa panji kebenaran insha Allah..

sudah lama ruangan ini sepi, tatkala musibah menimpa diri dan keluarga.. kehilangan teratak yang indah bukan pada rupa, tapi kenangan sewaktu berteduh di dalamnya.. apapun itu semua pinjaman dariNya, sampai masa ditarik semula.. syukur Alhamdulillah

usai pulang ke kampung, melihat keadaan mak dan bapa, abang,kakak serta anak-anak saudara. runtun hati sudah tiada punya apa, hanya belas ihsan dari insan memberi tanpa jemu, menghulurkan bantuan tanpa silu.. hanya lafaz terima kasih mampu diungkapkan ketika itu.. kelihatan mak begitu trauma dengan apa yang berlaku, abang pula menunjuk gagah memujuk hati yang gundah memikirkan nasib anak isteri dan keluarga..sedang bapa terus tenang memujuk kami dengan mengatakan ini semua hanya pinjaman semata.. sedang aku yang datang dari tanah seberang, dijadikan ayam tambatan oleh abang untuk menenangkan seisi kerabat juga jatuh tersungkur kesakitan melihat perit yang dilalui mereka yang tercinta.. 

namun, semua pasti ada hikmahnya..

Dan kini, episod duka sudah berlalu, tiada masa lagi untuk bermuram durjana dengan apa yang telah menduga kami sekeluarga.. rumah yang baru harus di buat secepatnya, tidak betah terus menumpang di rumah saudara, teringat satu kisah benar, menyelit di siri-siri cerita duka kami sekeluarga, seorang kakak yang baru bersalin (duduk di wad yang sama dengan kakak ipar), kakak tersebut kehilangan suami tercinta dan rumah hangus terbakar saat melahirkan anaknya.. apa yang dirasai olehnya? tangisannya masih belum cukup meredahkan kesakitan di jiwanya.. sedang kami baru diuji sedikit, yang hilang hanya harta benda yang masih boleh dicari ganti, apa itu semua berat? jika dibandingkan dengan insan lain yang jauh lebih tersiksa.. 

rupanya, disebalik ini, baru ku mengerti..Allah mengajarkan sesuatu buat kami sekeluarga, bahawa dunia ini hanya mainan semata-mata, tidak kekal seperti yang disangka. Allah membuka mata hati setiap kami, yang hidup ini.. ada pasang surutnya, seperti air dilautan. terima kasih Allah atas ujian mu ini, kau menarik semula hati-hati kami dari hanyut dilautan wahn..

terima kasih ya Allah atas pinjamanMu, tempat kami berteduh, dibina dari kasih sayang bapa, diserikan dari tangan mak yang xjemu menjaga keindahannya, diceriakan dengan gelak tawa anak-anak saudara dan dipelihara oleh kakak-kakak dan dibangunkan terus menerus oleh abang tanpa jemu, agar kami hidup lebih selesa.. 

19 March 2016/sabtu
1.30 tengahari

Rabu, 2 Mac 2016

Teman Terulung

Assalamualaikum w.m.b.. Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi diberi kesempatan untuk berjalan, menghirup udara segar dan memaknai saki baki kehidupan yang sememangnya penuh dengan pancaroba. 

Alhamdulillah, minggu kedua bergelar pelajar sarjana, bukanlah mudah sebenarnya.. tidak seperti rutin undergraduated dulu, minggu kedua masih lagi waktu bersantai-santai. tetapi minggu kedua ini sangat sarat dan padat dengan kerja yang banyak. apapun, jalan ini yang telah ku pilih, jadi aku perlu bertahan untuk sebuah kejayaan dan pengharapan dari orang-orang yang aku kasihi.

ok, STOP bercerita tentang cerekarama sarjana. hari ini nak fokus satu topik sahaja, iaitu S.A.H.A.B.A.T. sejak dua menjak nie aku berasa sangat sunyi sekali, kenapa agaknya?

aku bertanya, aku menjawab.. sebabnya.. sahabat baikku dah balik ke kampung halamannya. aku xtahu kenapa, banyak-banyak sahabat yang aku ada, dia pelik sedikit... dia bukan sekadar sahabat, dialah kakak, dialah buddies travel, dialah tukang masak, dialah tukang urut.. dialah itu dan ini, yang paling pelik sekali, bila bergurau.. dia boleh gelak2 sampai berair mata, terguling2.. padahal aku xbuat lawak pon.. (betul! aku xbuat ape2 pon)

nak tahu siapa orangnya? 

kejap ye... 



nah inilah orangnya, Afifah@ kakarock namanya.. 

buruk ku, baik ku dilayankan saja olehnya. ada satu peristiwa yang aku xboleh lupa, waktu aku sakit di kampung orang asli... keracunan makanan.. 4-5 kali juga aku turun naik dari pondok2 kami ke tandas, dalam keadaan gelap gelita dan dingin..pasti orang memilih untuk meneruskan tidur daripada berjaga, tetapi tidak dia, dengan pantas dia bangun dan menemani aku, lepas tue, xtidur lagi..habis satu badan dilumur minyak panas..mungkin dia kasihan melihat aku yang terbujur menahan kesakitan.. 


ok... kejap ye... mata nie tiba2 masuk habuk pula..


sambung semula, 

aku berharap biarlah Allah jaga ukhwah ini, semoga Allah limpahkan kebaikan buat sahabatku ini, aku rasa keikhlasan hatinya bersahabat dengan aku.. xpernah pon dia berkira. ok.. kejap ye..mata terkena habuk lagi..


cukuplah sampai sini, nak ku simpan di dalam hati, xtertanggung rindu, nak ku luah, pada siapa?? hanya sahabat mayaku ini saja, semoga Allah rahmati dirinya dan kita semua.. Amin

Ahad, 28 Februari 2016

Intro dan antro

assalamualaikum w.m.b, Alhamdulillah atas kurniaan Allah, masih punya peluang untuk bernafas, bertinta di ruangan ini walaupun agak lama menyepi dek kekangan masa yang dicuri oleh berbagai perkara.. tapi kali ini harus lapangkan waktu, sebabnya blog ini akan menjadi sebahagian dari diri..

Alhamdulillah, rezeki daripada Allah, 18 Feb lepas aku sekali lagi mendaftarkan diri di dalam dunia ilmiah, menjadi pelajar sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun terpaksa memakan belanja, namun hasil usaha dan wang gaji yang aku simpan sedikit demi sedikit akhirnya mampu untuk aku menapak di sini sekali lagi.. 

Syukur Alhamdulillah, ianya bukan daripada diriku sahaja, turut dibantu mereka-mereka yang berada di sekelilingku,, tanpa mereka, pasti aku tidak mampu bergerak sendiri. semoga segala bantuan yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan lebih lagi.. 

cerita 4 tahun lepas, sewaktu memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, aku memohon 2 kos yang menjadi keminatanku, Usuluddin dan Antropologi. namun, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran sebagai pelajar ijazah sarjana muda usuluddin dan falsafah. usuluddin tue dah ok, tapi falsafah?? Allah.. itu bukanlah sesuatu yang mudah. namun, semangat yang diberikan oleh bapa sentiasa terngiang-ngiang di telingaku, sjangan mengaku kalah selagi belum menempuhnya.. Alhamdulillah semuanya selesai dengan jaya walaupun aku tidak berjaya mendapat first class, tetapi tidak mengapa, yang penting subjek PENGALAMAN aku dapat "A" bak kata geng JMTku..

dan untuk tahun ini, 2016.. Allah memakbulkan doakan agar mendalami bidang antropologi, ada yang berkata coursework sepertiku mudah sahaja, tetapi sebenarnya ia lebih sukar daripada research kerana aku perlu melengkapkan 40 jam kredit kelas disamping perlu menghasilkan 1 penulisan ilmiah bagi melengkapkan pengajianku. itu sudah cukup mencabar bagi diriku yang tidak sebijak mereka lain tapi punya semangat yang kuat mahu meningkatkan keupayaan diri.


semoga semuanya kan baik-baik saja, dan aku harap kalian turut sama doakan diriku ini, salam sayang buat semua..di doakan moga kita semua diberkati dan dirahmati.. wassalam