Isnin, 31 Januari 2011

trip to putrajaya...







assalamualaikum... Alhamdulillah masih lagi diberi kehidupan sehingga ke hari ini ke saat ini merasai segala nikmat dariNya... hari ini merupakan hari pertama kelas pada minggu pertama... hari ini sempat menghadiri 1 kelas "fiqh ibadah"...Alhamdulillah mid-term ditunda...Allah nak beri peluang buat yang terbaik ...mid-term akan diadakan pada hari rabu bersamaan dengan 2hb Feb 2011 insyaAllah... mid-term english level 4 jugak akan berlangsung pada hari yang sama semoga dipermudahkan insyaAllah ...



pagi tadi... sesuatu yang tidk disangka2 berlaku... rezeki diri ini pergi bersiar-siar di Putrajaya... dah lah hari kuliah..kebetulan ada sedikit masalah menyebabkan diri ini kena melangkahkan kaki bersama sahabat-sahabat.. release tension lah katakan... dengan budi baik dari seorang lecture... Puan Azizah... beliau meminjamkan keretanya Proton Saga 1.3 [WSM 4057] yang dipandu oleh Nabiilah.



melihat pemandangan Putrajaya yang begitu cantik terutamanya diwaktu gerimis hujan turun membasahi bumi... tiap titisan membasahi cermin tingkap kereta..kedinginan yang dirasai membawa minda terbangg ke angan-angan... berangan menjadi salah seorang penjawat di Putrajaya...

ops!!! [ tersedar].. jauh sungguh lamunan...angan-angan setinggi bintang... semoga Allah memberikan apa yang terbaik untuk diri ini..

kembali ke ceritera asal... setibanya ke Putrajaya...destinasi pertama yang kami kujungi ialah Jambatan mewah tersergam indah... Ku lihat senyum tawanya membuatkan hatiku gembira... diri ini sangat menyayanginya kerana dia adalah sahabatku dunia akhirat...walaupun kini dia sudah mula berubah..semoga Allah melindunginya insyaAllah...



kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke persisiran tasik Putrajaya.. cruise mewah melintasi kawasan tasik... kami hanya melihat dari jauh sambil berangan untuk menaikinya...mungkin insyaAllah jika ada rezeki..

nampaknya waktu zohor telah hampir..

amnah: jom kita ke masjid besi..



sahabat2: kat mana tue

amnah: ok! biar saya tunjukkan..

nabiilah memandu kereta sambil mengikut arahan yang diberikan olehku..

akhirnya tibalah kami di Masjib besi sultan Mizan..

solat + membaca al-Quran

tiba-tiba... terlintas sesuatu di kepala...namun di diamkan saja..semoga jihad ini membawa barokah di dalam hidup insyaAllah..



selesai menunaikan solat zohor.. kami bergegas ke tempat melihat burung dan ular.. sempat mengambil gambar bersama rakan-rakan... kemudian sebelum balik sempat bergamb

ar dihadapan pejabat perdana menteri berhampiran dengan masjid Putra Putrajaya..dalam perjalanan balik sesat.. 4 kali round depan JAKIM... terlupa jalan keluar... Alhamduulillah sebelum sempat minyak habis... akhirnya kami berjaya memboloskan diri... dan tiba di kolej pada pukul 3.30 petang...

semua kenangan ini akan disimpan untuk jadi kenang kenangan hidup...


Sabtu, 29 Januari 2011

sendiri-sendiri

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ini mood baik...rezeki baik...terima kasih ya Allah.. dah lama blog ini sunyi... semakin senior semakin tidak tahu bagaimana untuk menngatur masa..kenapa ya?? bagaimanalah selepas ini..

Alhamdulillah minggu ini dilalui dengan izinNya...banyak perkara yang dirasai pahit manis semua menghiasi hari-hari yang berlalu pergi...hari-hari yang di lalui banyak mengajar diri ini tentang kehidupan...

pada hari isnin yang lalu ditimpa satu masalah yang sangat besar iaitu kemalasan untuk menghadiri kuliah...kenapa agaknya...menyibukkan diri dengan memikirkan latihan praktikal yang akan dijalankan pada wal bulan 3.. ya Allah kusut sangat kepala ini kemanalah agaknya "aku" mencampakkan diri ini...

harii selasa..memulakan hari dengan kelas ilmu kalam... berdepan dengan ustaz kesayangan kami sekelas.. selama di dalam kelas hanya senyap sambil mendengar.. petangnya pula berangkat ke tadika nur ilham seperti malam2 selasa sebelum ini...ditugaskan mengajar budak2 mengaji al-Quran..

hari rabu?? buat apa ye?? aha... rabu menghadiri kels seperti biasa..pada waktu malam latihan drama english level 4... lakonan drama... "aku" sebagai madam...lecture lah katakan hehehe..

hari khamis?? hari paling best sangat malam tue ada Talaqi kitab turath Fiqhiyyah bersama ustaz Fawwaz Fadhil Noor..seorang ustaz yang sangat mhir berbahasa arab..sempoi...walaupun pengajarannya sedikit cepat dan pantas tetapi masih mampu ditangkap oleh kedua biji telinga yang Allah kurniakan ini...

hari jumaat...special task... jadi makcik kioks... apa lagi masak-masaklah kat kioks sambil menjual makanan...nak tolong puan zulaihan [ lecture accounting ].. kerja best...sebab pakat-pakat ngan kawan-kawan...kak ina, kak azzah, bela, kak nana dan beberapa orang lagi.. arahan berniaga sehingga pukul 4 tapi kami berniaga sampai pukul 6.30 petang..agaknya sebab terlalu semangat sangat berniaga tue yang macam itu...hehehe...

hari ini ari sabtu... jaga kios sekejap lepas tue jaga library...dan sebentar tadi ada kelas fiqh ibadah... dan saat ini...berusaha menggerakkan jari menaip tiap baik sinopsis kenangan hidup yang dilalui dalam minggu ini..

semoga kehidupan ini diredhai Allah...InsyaAllah..

Jumaat, 21 Januari 2011

hari jumaat yang indah

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk meng"update" blog ini...walaupun semakin hari semakin suram tapi kena usaha untuk dicerahkan semula.. maaflah untuk semua sahabat-sahabat rasanya blog ini terlalu kurang memberi input yang berbentuk ilmiah. hanya pengalaman dan cerita kosong saja yang memenuhi blog ini... apapun yang baik ambil jadi pengajaran yang tak baik tinggalkan dan tegurlah...

hari ini hari jumaat yang indah??? macam pelik je tajuk nie tapi itulah tajuknya " hari jumaat yang indah"..

pagi-pagi lagi bertemu dengan buku "ilmu kalam" faham-faham sajalah subjek ini ada mid-term hari nie...Alhamdulillah petang ini Allah mempermudahkan hampir 50% soalan boleh dijawab..tapi entahlah jawapan betul atau salah...tawakkal saja..

hari ini... ana ingin berkongsi berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu kalam...

ilmu kalam ialah suatu ilmu yang mana membincangkan tentang Keesaan Allah s.w.t.. ilmu kalam sangat menarik. ilmu kalam berbeza dengan ilmu falsafah.... ini kerana ilmu kalam merupakan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah dan dibuktikan dengan hasil akal fikiran... manakala ilmu falsafah pula ialah ilmu logik yang dicari untuk membuktikan dalil yang terdapat di dalam al-Quran...

di dalam ilmu kalam kebanyakannya membicarakan berkenaan dengan keesaan Allah dan juga fahaman berkenaan dengan perkara-perkara sam'iyat..seperti hari kiamat, syurga dan neraka, alam barzakh dan alam akhirat...

di dalam ilmu kalam juga kita akan melihat beberapa pandangan yang dikemukakan oleh beberapa aliran seperti aliran Muktazilah, al-Asy'ariyah, Maturidiyah, salafiyyah dan banyak lagi... firaq-firaq aliran ini akan mengupas pelbagai hal mengikut fahaman dan prinsip-prinsip setiap aliran...

aik?? nie nak cerita pasal ilmu kalam ke atau nak cerita tentang hari jumaat...???

kembali kepada tajuk asal...hari ini menanamkan azam baru di dalam diri...

1) banyakkan baca buku

2) kurangkan pengambilan makanan berkabohidrat tinggi

huhu... itulah kerana tajuk kali ini :hari jumaat yang indah"..ini kerana telah melakar azam baru...(azam tambahan)

Khamis, 20 Januari 2011

kini kembali...






Assalamualaikum... Alhamdulillah atas kurnia daripada Allah s.w.t masih lagi diberi kehidupan..diberikan ruang untuk terus menjalankan kehidupan di muka bumi ini insyaAllah.. nampaknya pemilik blog ini lama menyepi... akibat pelbagai masalah yang dihadapi menjadikan diri ini tidak memiliki kesempatan untuk update blog ini..




tidak banyak perkara yang ingin dikongsikan...semenjak balik hinggalah ke hari ini... ada beberapa peristiwa yang berlaku di dalam hidup ini antaranya ialah:-


1) Menerima keputusan cemerlang ...Alhamdulillah

2) join rombongan ziarah orang asli di gua musang...

inilah program yang seringkali ditunggu-tunggu.. ziarah kali ini memberikan seribu hikmah kepada diri ini...banyak benda yang telah dipelajari..bergaul dengan orang yang pelbagai, kerjasama dalam pasukan... saling bantu-membantu serta saling bertolak ansur...pelajaran ini jauh lebih berguna dari pelajaran lain Alhamdulillah..beberapa gambar yang sempat di ambil...




Jumaat, 14 Januari 2011

ajarkan aku..

sahabatku...
ingin aku belajar 1 perkara darimu..
sudah lama ingin ku pelajari..
sudah lama ku nanti-nanti waktu ini..
sahabatku..
ajarkan aku..
1 perkara..
semoga sehingga nafasku terhenti..
ilmu yang engkau berikan ini ..
tidak akan ku lupakan..
dan ianya terus subur di mindaku..

sahabatku..
ajrkan aku 1 perkara..
tentang kesabaran dan keikhlasan..
aku perlukannya sahabatku..
sangat diperlukan...

kesabaran mampu memadamkan segala kemarahan..
keikhlasan boleh melunturkan segala keriakkan dan kesombongan..
ajarkan aku sahabat..
ajarkan aku...

Selasa, 4 Januari 2011

uNdeR cOnStRuCtIoN

hari ini merupakan hari keEmpat dalm tahun 2011. Alhamdulillah dengan berkat darinya masih diberi kesempatan untuk terus berada di muka bumi ini.. di tahun ini banyak sangat azam...banyak sangat target..semoga terlaksana semua target yang dibuat.. ada lagi 361 hari untuk merialisasikan apa yang diimpikan .....

terlalu banyak yang diimpikan namun tanpa usaha semua impian hanya sia-sia

ibarat menanam pokok.. apabila mennam pokok kenalah dijaga dengan baik, disiram air, berikan pendedahan kepada cahaya matahari, menggunakan tanah yang baik dan subur semua itu menjadi benda yang penting bagi memperolehi pokok yang sihat dan baik begitu juga dengan usaha, jika mengimpikan sesuatu kenalah berusaha untuk memperolehinya..bukan dengan hanya berdiam.. bergoyang kaki.. jika begitu... lihatlah impaknya nanti..

pengalaman banyak mengajar erti hidup... di dalam hidup..kita sudah pasti menginginkan pelbagai benda pelbagai perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita dan mejoritinya kesemua yang kita impikan dan harapkan adalah sesuatu yang bakal memberi keuntungan kepada diri kita..jadi untuk memperolehinya kita kena????

usaha
......

Dan sekarang ini ditahun baru ini:

29 Muharram 1432 Hijrah


selasa 4 Januari 2011



tanamkan azam untuk mencapai apa yang dihajatkan.. dengan redha dan perkenan dariNya..






"memperbaiki dari..semoga saat ini lebih baik dari saat yang telah berlalu..dan semoga saat seterusnya akan lebih baik dari saat ini..insyaAllah..

bertambah ahli keluarga

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t hari ini diberikan hujan yang begitu lebat ditambah dengan kedinginan cuaca memberi kenyamanan dan kesejukan kepada masyarakt di tanah borneo ini.. hari ini rasa bersyukur sangat kerana selama ini hanya menanti dan akhirnya semalam pukul 10.23 lahirlah seorang insan baru di muka bumi ini..semoga kelahirannya dan membantu meneruskan perjuangan jujungan yang kita kasihi nabi Muhammad s.a.w insyaAllah..

aisyah humairah..

lembut namanya.. putih kemerah-merahan kulitnya..tangisannya menghiburkan..kehadirannya mengembirakan.. terima kasih ya Allah atas kelahirannya.. ianya anugerah besar bagi kami sekeluarga. kini genaplah mereka berlima...

Rabiatul Adawiyyah
Ibnu Luqman
Fatimah Zahra
Abdul Basiet

dan......... Aisyah humairah

rezeki dari Allah..

semoga kehadiran mereka akan membantu untuk terus menyebarkan syiar agama Islam dan menjadi Mujahid dan Mujahidah penegak agama insyaAllah..


acik sayang anak-anak saudara acik :)