Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk meng"update" blog ini...walaupun semakin hari semakin suram tapi kena usaha untuk dicerahkan semula.. maaflah untuk semua sahabat-sahabat rasanya blog ini terlalu kurang memberi input yang berbentuk ilmiah. hanya pengalaman dan cerita kosong saja yang memenuhi blog ini... apapun yang baik ambil jadi pengajaran yang tak baik tinggalkan dan tegurlah...
hari ini hari jumaat yang indah??? macam pelik je tajuk nie tapi itulah tajuknya " hari jumaat yang indah"..
pagi-pagi lagi bertemu dengan buku "ilmu kalam" faham-faham sajalah subjek ini ada mid-term hari nie...Alhamdulillah petang ini Allah mempermudahkan hampir 50% soalan boleh dijawab..tapi entahlah jawapan betul atau salah...tawakkal saja..
hari ini... ana ingin berkongsi berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu kalam...
ilmu kalam ialah suatu ilmu yang mana membincangkan tentang Keesaan Allah s.w.t.. ilmu kalam sangat menarik. ilmu kalam berbeza dengan ilmu falsafah.... ini kerana ilmu kalam merupakan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah dan dibuktikan dengan hasil akal fikiran... manakala ilmu falsafah pula ialah ilmu logik yang dicari untuk membuktikan dalil yang terdapat di dalam al-Quran...
di dalam ilmu kalam kebanyakannya membicarakan berkenaan dengan keesaan Allah dan juga fahaman berkenaan dengan perkara-perkara sam'iyat..seperti hari kiamat, syurga dan neraka, alam barzakh dan alam akhirat...
di dalam ilmu kalam juga kita akan melihat beberapa pandangan yang dikemukakan oleh beberapa aliran seperti aliran Muktazilah, al-Asy'ariyah, Maturidiyah, salafiyyah dan banyak lagi... firaq-firaq aliran ini akan mengupas pelbagai hal mengikut fahaman dan prinsip-prinsip setiap aliran...
aik?? nie nak cerita pasal ilmu kalam ke atau nak cerita tentang hari jumaat...???
kembali kepada tajuk asal...hari ini menanamkan azam baru di dalam diri...
1) banyakkan baca buku
2) kurangkan pengambilan makanan berkabohidrat tinggi
huhu... itulah kerana tajuk kali ini :hari jumaat yang indah"..ini kerana telah melakar azam baru...(azam tambahan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan