Rabu, 30 Jun 2010

MENGAPA AKU???

alhamdulillah dengan limpah kurnia daripada Allah masih lagi hambanya yang hina ini diberikan kesempatan untuk bernafas, diberi kekuatan untuk bergerak dan diberi kemudahan untuk menguruskan segala benda2 dunia nie... hari ini bertarikh 30 jun 2010...



satu peristiwa besar telah berlaku sekaligus sejarah lama berulang kembali tetapi berbeza dari segi lokasi saja...iaitu pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. dan "aku" tersenarai menduduki tempat yang ke-3 daripada pelajar yang terpilih..




"aku" terpilih???


ya Allah kenapa "aku"???


takut tidak berdaya untukku menangung..."aku" takut tugas dan amanah2 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna..


apapun... insyaAllah dengan taklif yang diberikan ini... "aku" akan cuba dengan sebaik mungkin...
dan Ikhlas.....mengapa "aku"


INI KERANA ITU SEMUA SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T


p/s untuk sahabat2 yang berada diluar sana..... lapangkanlah dada anda jika satu hari nanti ditaklifkan oleh ALLAH S.W.T seperti ini...terimalah tugasan itu...moga Allah.. mempermudahkan segalanya...

Isnin, 28 Jun 2010

banyak benda yang ku belajar..


di kesempatan ini ku panjatkan syukur ke hadrat khalik yang maha pemurah dan penyayang,... akhirnya PMGK2010 yang berangsung di UKM akhirnya selesai... alhamdulillah hati ini sangat gembira terima kasih ya Allah...




sepanjang program itu banyak yang ana belajar... tambah2 lagi 1st time jadi comittee memang seram sejuk gak...

alhamdulillah segala amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya... baru kini ku menyedari... kerja dakwah akan menjadi mudah apabila kita duduk dalam 1 jemaah... dengan kerjasama, sifat suka tolong menolong menjadi salah satu penguat kepada 1 jemaah..

matlamat dakwah juga akan mudah disampaikan dengan penerapan nilai-nilai seperti ini...

banyak benda yang ku belajar...

1) kerja berpasukan itu perlu
2) sabar dengan setiap ujian kerana semua masalah ada penyelesaiannya kecuali..... mati..
3) tingkatkan fikir iringi dengan zikir
4) jika kamu mahir dalam ilmu serta mengaplikasikan dengan semaksimum mungkin insyaAllah kamu akan menjadi manusia yang paling beruntung...
5) kena banyak memberi dari menerima
6) volenteer dalam banyak perkara
7) berkawanlah dengan banyak orang agar dapat mengenal pelbagai ragam
8) jangan berkira dalam bekerja
9) sentiasa bersiap sedia
10) bertindak mengikut arahan!!!

10 perkara yang ku pelajari selama 3 hari .....

semoga ini semua dapat diamalkan dengan istiqamah... penuh redha...

marilah kita sama2 meneruskan perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w

Isnin, 21 Jun 2010

ujian adalah tarbiah daripada Allah









ramai menyangka setiap ujian yang menimpa mereka adalah sangat berat berbanding dengan yang lain.. selalu mengeluh... dengan apa yang diberikan oleh Allah. ada yang merasakan tidak berpuas hati dengan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah... itu lumrah sifat manusia selalu tidak berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi.. menginginkan sesuatu yang lebih..



Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


nikmat tidak disyukuri..ujian pula sering dipandu dengan keluhan.. seperti tidak dapat menerima hakikat sebenar.. sebenarnya di setiap ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t semuanya mempunyai imbalan... saguhati bagi mereka yang bersabar.. sebaliknya bagi mereka yang sering mengeluh.. mempersalahkan pencipta...maka dia adalah orang yang rugi..







ujian yang menimpa sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah pada hambanya... mengapa di uji? kerana Allah ingin hambanya ingat kembali kepada penciptaNya... dan yang paling penting agar manusia dapat merasai ingin mendekatkan diri semula kepada Allah... al-maklumlah manusia akan kembali semula mengingati Tuhannya apabila sudah ditimpah sesuatu yang membuatkan dia menyedari akan segala tindakannya adalah salah..




seringkali di dalam doa... memohon untuk dirahmati hidup...seringkali memohon agar diampunkan dosa... tetapi tanpa disedari masih terus-terusan melakukan dosa... kemudian Allah memberi ujian...tujuannya untuk mentarbiah namun..ramai yang mengeluh... ibarat seorang pekebun, diberi tanah yang percuma untuk bercucuk tanam, dia teringin sangat untuk memakan jagung tapi langsung tidak tahu menanam jagung...



tapi bayangkan jika seorang pekebun yang ingin memakan jagung kemudian menanam jangung...insyaALLAH apabila berbuah ia akan merasai sendiri kemanisan dan kepuasan menanam jangung.. walaupun sewaktu menanam jangung pelbagai perkara yang menyusahkan dia contohnya kena menyiram pokok setiap hari..kena mencari sumber benih jangung... tarbiah juga begitu... dengan ujian...pastinya selepas itu ada kemanisan yang akan dirasai...



kehidupan ini diibaratkan sebagai roda, kadangkala berada di atas dan kadangkala berada di bawah.. jadi janganlah kesal atau bimbang.. jika engkau diuji... tidak bermakna engkau akan tersiksa selama-lamanya tetapi ianya hanya training untukmu sebelum tibanya cahaya hikmah itu..dengan rasa redha dan sabar menghadapi ujian..insyaALLAH dirimu akan bahagia..dan ujian ini adalah tarbiah yang paling berkesan untuk memantapkan seseorang.

Rabu, 16 Jun 2010

sunyinya hari ini...

hari ini...
berjalan sendiri menuju ke arah kanan dan kiri..
memandang jejak nun jauh yang telah ditinggalkan..
aku berfikir...
dengan kenyamanan udara ...
mengapa aku berasa sunyi...
di hari ini




apakah maksud disebalik kesunyian ini...
adakah kerana aku sendiri yang ingin mengasingkan diri...
adakah kerana aku sibuk kerana diri sendiri..


di atas bumi..
ku melabuhkan diri...
mencari...
kenapah sebenarnya aku berasa sunyi..

rupa-rupanya...

aku adalah dikalangan orang yang rugi..
tidak merasai akan kehadirannya..
aku mengabaikannya..
Dia bisa membuatku bahagia..

tapi...
aku lupa...
aku leka kerana seringkali melihat apa yang ada di hadapan mata..
ruginya aku...

sebenarnya...
jika aku menghayati..
aku tidak akan berasa sepi sebegini..
kerana sebenarnya tanpa ku sedari Dia sentiasa menemani..
namun..aku sengaja melelapkan mata..
sehingga tak mampu melihat akan kehadiranNya..

maafkan aku..
kerana kehadiranMu.....
keperihatinanMu..
kasih sayangMu..
ku lupakan ..

hingga aku tidak menyedari..
akan kehadiranMu..
dikala aku tertawa..
atau berduka..

sunyinya hari ini...
kerana...
ku sendiri yang tidak menghargai keberadaanMu..

Selasa, 15 Jun 2010

bolehkah?







runsing sangat... adakah peluang adakah kesempatan nak ke sana...nun jauh di sana... telahku pasang niat untuk kesana tetapi sebelum tue kena bersedia dengan beberapa perkara




1) kena hafal al-Quran sekurang-kurangnya 15 juzuk..

2) kena menguasai bahasa arab? boleh ke?

3) kena sedia fizikal dan mental

4) cari2 sponser nak study...tp cmne kalo xstudy kuat kat cnie...

5) kena baca buku banyak, ye la nak study kat tempat orang kena banyak benda yang kita tahu

6) sape nak tanggung study? sape nak jaga mak ayah? huh!!!!!

7) duk kat sana kena 2 tahun sekali balik...sanggupkah?

8) boleh x belajar full arabic language??

apapun the impossible is become possible...

kalo nak?..................

1) berdoa..

2) serahkan pada ALLAH

3) study rajin2 manada orang nak ssponser budak yang malas belajar..

4) usaha agar peluang itu milik kita..

insyaALLAH bi'iznillah..... pergilah kita

Selasa, 8 Jun 2010

banyak yang seronok...

lamanya dah tinggal blog nie, bukan tak nak edit tapi tak tau nak tulis apa... pelik kan cakap punya banyak tapi bila duk depan laptop nie kepala jadi hang plak hehehe... apa pun sahabat2 sekalian hari nie nak bawa 1 cerita, tajuknya banyak yang seronok... tapi sebelum tue, ana bukanlah penglipur lara.. yang ketika bercerita mampu memukau semua orang semuanya dilakukan hanya bersahaja hehee...


banyak yang seronok?

apa yang seronok?

nak tau?

yang seronok.... setiap apa yang kita lakukan dalam hidup kita tak kisahlah samada suka ataupun duka... semua itu sangat seronok tau!!!

baru2 nie join ngan ABIM p slim river masuk kg orang asli.... penjelajahan kali ini merupakan kali yang ke -5

tapi ana masih merasakan banyak lagi benda yang harus ana ketahui ....

5 pengalaman masuk kg orang asli, kali nie yang paling best..

1) sebab x ramai sangat yang join, so tak kalut sangat

2) diberii kepercayaan untuk masak... huhu terharu tau... hehehe dorang sebenarnya tak tau yang ana memang suka masak... BESTTTT..

3) ble terun sungai anytime... hehehe paling best sekali la 2
pada hari pertama, selepas tido dengan nyenyak di dalam khemah esoknya bangun dan membantu sahabt2 lain membuat sarapan pagi...

yang kelakar 2..

pagi nie resepi pelik sangat, mee goreng merah hehehe yela cili yang kami guna 2 bukannya warna cili tapi warna pewarna hehehe..

tengahari macam biasa masak ayam masak kurma...

ni lagi kelakar.., teringat kat sabah, kalo makcik2 masak kurma ana lari... padan muka, bila dah tiba giliran ana kena masak kurma... terpinga2 hehehe nak kol mak waktu tue nak tanya cmne nak masak kurma tapi... hehehehe malu nanti kantoi plak..

petangnya apa lagi....

siaplah kau tepung!!

hehehe..

alamak! jadi guru buat keripap pula, ala mcm rancangan chef wan tue... hah! jadi cm2 la

malam...cm biasa merasai kedinginan kg dipertengahan hutan

esoknya..... sedih bab dah nak balik kan....

hehehehe...
hari nie masak sayur je...ayam goreng ada sahabat lain yang masak..

petang nie balik... balik n sampai kat kolej dalam pukul 11 gitu... lewat+penat tapi best..

terima kasih semua... moga banyak lagi yang seronok selepas nie..salam ukhwah wasalam...

Jumaat, 4 Jun 2010

ulum quran tuk kuiz nanti...

nota yang telahku baca semalam berkenaan dengan ulum quran

ulum jamak kepada kata dasar al ilm yang bermaksud kefahaman atau pengetahuan yang muktamad

dari sudut bahasa al-quran terah ditakrifkan dengan pelbagai anataranya ialah

menurut al zarqani ulum quran membawa maksud mempelajari berkenaan dengan al-Quran itu sendiri. selain itu ia juga meliputi berkenaan dengan penurunan, penulisan, pembukuan dan sebagainya

menurut imam as-suyuti pula ulum Quran ditakrifkan sebagai bidang luas yang membincangkan tentang al-quran samada dari segi penurunan, sanadnya dan makna serta lafaz

dirumuskan al-Quran merupakan kefahaman sebenar berkenaan dengan al-Quran meliputi aspek sabab nuzul, makki dan madani dan sebagainya

tahap perkembangan ulum quran:

1) sebelum dituliskan dalam bntuk buku

-zaman rasulullah
-arif berkenaan dengan isi kandungan al-Quran
-segala masalah dirujuk kepada rasulullah
-sewaktu ini tegahan menulis daripada rasulullah kerana takut bercampur dengan lain
-tiada alat tulis
-tidak pandai menulis

2) zaman persediaan kearah penulisan
-saidina uthman mengarahkan penulisan rasm uthmani
-saidina ali mengarahkan abu aswad al-dua'li untuk mencipta 1 kaedah nahu bahasa arab bagi -menjaga keselamatan bahasa arab
-mula berkembang ilmu berkaitan dengan al-Quran

3) tahap penulisan buku
-muncul pelbagai ilmu
-penulis terkenal ibn jarir al-tabari

Khamis, 3 Jun 2010

aku masih ada...

dengan kesempatan yang diberi ini rasanya... aku kena manfaatkan dengan kerja2 yang berfaedah seperti editing blog yang dah nak mula usang nie....

sejak kebelakangan nie blog nie dah menjadi senyap...bukan apa semakin lama semakin buzy hari2ku... maklumlah banyak benda yang perlu dibuat hehehe kawan kata mengalahkan menteri tapi xpe la itu mngkin pandangan mereka kan2..

ok2 xde apa nak kongsi kat cnie just nak ingatkan untuk semua saudara-saudara semuslimku LIFE4GAZA!!!! huh! merisaukan hampir seluruh umat islam yang perihatin dengan masalah ini...

apa agaknya yang dapat kita lakukan ya...

bagi nak membantu penduduk di gaza...

sukarelawan yang berani untuk mara, membantu pasukan menghantar bantuan ke GAZA???

kita ada senjata yang lebih advance!!! lebih power....

DOA...

DOA....

DOA...

banyakkan berdoa, jika ada masa atau kelapangan mari kita sama2 menunaikan solat hajat untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka "saudara2 kita disana"...


sedih sungguh... sakit mereka, sengsara mereka,sedih mereka.... adakah kita merasainya....

adakah kita tau sejauh mana keperitan hidup mereka??


sama2 la kita bangun wahai saudara2ku semuslim...


dengan kalimah ALLAH ..... dengan laungan takbir "ALLAHU AKHBAR!!!"

kita bangun...bangun memberi sokongan semangat untuk saudara2 kita disana...

"tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sendiri seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

ilalliqa'