Sabtu, 31 Disember 2011

TAHUN BARU MASIHI

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara di muka bumi ini dan menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba... Alhamdulillah..

hari ini merupakan 31 Disimber 2011. dan hari ini merupakan hari terakhir kita berada di tahun 2011 mengikut kelendar masihi.. dalam entry terakhir di penghujung tahun 2012 saya ingin "highlight" semula azam2 yang saya telah buat pada 1 hjrah 1433H


1) terus memelihara ibadah fardhu...jangan lalai

2) terus memelihara al-Quran agar di akhirat kelak menjadi syafaat bagi kita

3) teruskan usaha mencari ilmu agar tidak mudah dipijak2 oleh mereka2 yang sering mendustakan kebenaran Islam

4) menjadi anak yang solehah dan yang paling penting berusaha sehabis2nya agar tidak mengecewakan kedua ibu bapa

5)saya cuba untuk berdikari untuk berjaya dalam hidup

dahn yang terpenting sekali " The Chosen One" lagu yang saya gemari... saya akan berusaha mengikuti dan menjejaki keperibadian baginda S.A.W.. menjadi idola saya... semoga semuanya terlaksana...

amin...

berbalik kepada tahun 2011. pada tahun ini banyak menyimpan pelbagai kenangan dalam sejarah lipatan hidup saya. sega susah senang saya rasai.. Alhamdulillah atas peluang yang diberikan oleh Allagh s.a.w akhirnya pada tahun 2011 saya berjaya menamatkan pengajian saya di peringkat diploma dalam bidang Usuluddin.. pada tahun ini juga saya memperolehi pengalaman berkhidmat sebagai pelajar praktikal di Pejabat Agama Kajang sekaligus memberi pengalaman kepada saya untuk merasai alam pekerjaan.. pada tahun ini juga, misi untuk menjelajahi sluruh tanah semenanjung hampir saya capai. cuma saya tidak berkesempatan untuk berkunjung ke negeri Perlis..insyaAllah semoga ada kesempatan..

pada tahun ini juga, saya merasai duduk lama berpisah jauh dari keluarga, jika tahun2 sebelumnya boleh dikatakan hampir setiap cuti semester saya akan pulang ke kampung. pada tahun ini juga, saya merasai pengalaman duduk di rumah sewa bersama kawan-kawan setelah 6 semester menetap di asrama kolej.

pada tahun ini juga saya telah membuat keputusan yang salah, t6idak mengambil Malaysian University English Test... hingga tidak melayakkan saya untuk memohon mana-mana universiti.. pada tahun ini juga saya menghadapi kesulitan yang masih belum berjaya diselesaikan..mengeluarkan duit dari bank untuk membayar baki yuran pengajian..memandangkan di tempat saya tidak mempunyai bank berkenaan, jadi saya kena menunggu waktu konvokesyen isyaAllah tahun hadapan..

tahun ini juga buat pertama kalinya saya mendapat keputusan CGPA 4.0. Alhamdulillah

sedih rasanya berpisah dengan tahun ini..sebab terlalu banyak kenangan..banyak pengalaman yang dilalui.. namun itulah lumrah kehidupan, hukumnya kena terus mara kehadapan.. usia semakin meningkat.. semakin dekat ke hari " pengakhiran"... semoga tahun ini, segala ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah... dan semoga tahun depan menjanjikan kebaikan daripada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya...

nukilan terakhir...

SELAMAT TINGGAL 2011

Ahad, 25 Disember 2011

kekasih yang dirindu~







Assalamualaikum... Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih lagi diberikan kesihatan dan nikmat hidup sehingga ke saat ini Alhamdulillah...syukur..syukur.. rasanya terlalu lama dah tidak post kat blog ini...semakin hari semakin menyepi... semoga sepinya ini tidak berpanjangan... dan tidak terus menghilang...

hari ini 25 dis 2012... petang tadi selepas solat maghrib tadi tiba-tiba hati merasa sedikit sebak... ber"mood"kan lagu-lagu Nazrey Johani yang menjadi kegemaran...

lau kana baina na....

Ya Rasulullah umatmu ini amat merinduimu....
Dengan tiadanya engkau disisi...
Kadangkala...melemahkan aku..
Namun dengan petujuk yang engkau tinggalkan..
menjadi peneman dan pembangkit semangatku..
untuk terus berada di muka bumi ini..

kata-kataku ini...
bukan sekadar kata-kata yang lahir dari mulut dan minda...
tetapi terbit dari hatiku...
aku amat merinduimu...

selawat ke atas baginda Muhammad Rasulullah s.a.w
semoga diriku yang lemah lagi hina ini akan tergolong dalam golongan yang memperolehi syafaat darimu...



Khamis, 8 Disember 2011

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masihlagi diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di ruangan ini Alhamdulillah..hari ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan biodata seorang yang sangat terkenala..seorang ulama yang banyak berkongsi berkaitan perihal agama Islam serta telah menghasilkan perbagai judul kitab-kitab dan ada diantaranya kini dijadikan rujukan bagi sarjana-sarjana yang berada dalam kuliah pengajian Islam... beliau yang saya maksudkan ialah....


Maulana Maududi..

lahir pada 3 Rejab, 1321 AH (25 September , 1903 AD) di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) negeri, India.

Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Muhamad. Beliau seorang pemimpin spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada 1855 AD , seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik lelaki.

Masa kecil

Maulana Maududi mendapat pendidikan di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang dipanggil "Madrassah", bukan sekolah Islam tradisional . Kemudian melanjutkan pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad sekejap sahaja kerana bapanya sakit. Mahir berbahasa Arab, bahasa Farsi, bahasa Inggeris,dan bahasa ibunda Urdu .

Tahun 1918 ,ketika usia 15, mula bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara kehidupannya.Tahun 1920, menyandang jawatan editor surat khabar Taj, yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang negeri Madhya Pradesh , India.

Tahun 1921, Maulana Maududi pindah ke Delhi bekerja sebagai editor surat khabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jam’iyat (1925-1928), yang diterbitkan oleh Jam’iyat-i ‘Ulama-i Hind,sebuah pertubuhan politikDeoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor , al-Jam’iyatmenjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India, Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive). ' Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang menentang penjajahan kolonial British.

Beliau menggesa Muslim India berhijrah ke Afghanistan untuk mengelak pemerintahan British.Zaman itu ,Maulana Maududi mula menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Urdu. Beliau juga telah menulis buku bertajuk al-Jihad fi al-Islam ("Jihad dalam Islam") diterbit secara bersiri dengan nama al-Jam’iyat tahun 1927 dan dijilid sebagai buku tahun 1930. Al-Jihad fi al-Islam merupakan karya termasyhur beliau.

Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor majalah bulanan Tarjuman al-Qur'an ("Tafsiran al Qur'an"). Bidang penulisan beliau ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian Islam dan Islam ada jawapan bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.

Bersama dengan ahli filasuf dan ulama Muhammad Iqbal, Maulana Maududi mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab .Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik Islam. Maulana Maududi mengkritik habis konsep-konsep Barat seperti nationalisme, pluralisme and feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam.

Beliau mencadangkan dunia Islam berdikari , jihad ("berjuang") sehingga berjaya menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah dan mentafsir Qur'an kebahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.

Tindakan Politik

Tahun 1941, Maulana Maududi mengasaskan pertubuhan Jamaat-e-Islami untuk mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan.Beliau terpilih sebagai Presiden Jamaat dan sekali lagi terpilih sehingga 1972 dan bersara dengan alasan kesihatan.

Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India , Maulana Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. Beliau tidak senang dengan dasar sekular dan mahu pemimpin Pakistan yang komited Islamik.

Maka Maulana Maududi ditahan dan dipenjarakan berikutan ucapan dan tulisannya yang mahukan Islam tulen. Tahun 1953, risalah Maulana Maududi disebarkan yang mengkritik Ahmadiah sebagai tidak Islamik . Akhirnya menimbulkan rusuhan dan tunjuk perasaan di Pakistan.

Mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati ke atas beliau . Beliau enggan merayu dan rela menerima ketentuan daripada Allah.Sebaliknya merayu dibebaskan berucap . Namun kemudian kerajaan tentera tidak melaksanakan hukuman mati ke atas beliau.

Maulana Maududi mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang syumul, Islam sebagai cara hidup dan menolak cara hidup Barat. Islam adalah satu agama lengkap untuk umat Islam.Umat Islam mestilah menjadikan al Quran sebagai rujukan dan mengikut semua aspek kehidupan Nabi Muhamad.

Konsep ini merupakan alasan utama beliau menentang perpisahan Pakistan daripada India. Baginya Islam boleh hidup, berkembang dan berkreasi di mana sahaja.

Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat, antara orang Islam dengan bukan Islam.Beliau menentang konsep agama adalah milik peribadi , satu dasar sekular.Baginya agama adalah refleksi daripada masyarakat. Beliau mahu undang-undang Syariah dilaksanakan bagi semua rakyat , menggantikan undang-undang sivil yang tidak Islamik dan melaksanakan undang-undang jenayah hudud.

Maulana Maududi mengembara pada 1956 dan 1974 untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Ucapan inspirasi beliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di Cairo, Damascus, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan banyak negara lain. Beliau mengerjakan haji dan membuat penyelidikan di Saudi Arabia, Jordan (termasuk Jerusalem), Syria dan Mesir antara 1959-1960 dan menggesa al Quran diangkat sebagai panduan utama.

Pada 22 September, 1979, Maulana Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun di Buffalo, New York. Jenazahnya dikebumikan di Buffalo, tapi batu nesan peringatan dibina di (Ichra) di Lahore oleh pengikut setianya.

Falsafah

  • Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah.
  • Beliau menyatakan umat Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi pembangunan umat.
  • Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami benar-benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100 %.
  • Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam. Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti .

Antara judul karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah:-

  • The Meaning of the Qur'an (Arabic: Tafhim al-Qur'an)
  • Islamic Way of Life
  • Khutabat: Fundamentals of Islam
  • Caliphs and Kings (Arabic: Khilafat wa Mulukiyyat)
  • Human Rights in Islam
  • Al-Hijab
  • Economic System of Islam
  • Human Rights in Islam
  • Introduction of Islam
  • Rights of Non Muslims in Islamic State
  • Social System of Islam
  • System of Government under the Holy Prophet
  • Economic Problem of Man and its Islamic Solution
  • Islamic Law and its Introduction in Pakistan
  • Qadiani Problem
  • Towards Understanding Islam
  • Towards Understanding the Qur'an

setakat ini saja perkongsian dari saya untuk semua..semoga ianya bermanfaat untuk kita semua InsyaAllah :)



Selasa, 29 November 2011

buntu

Assalamualaikum...Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk mencoret di ruangan ini... petang yang damai ini dinikmati dengan izinNya... walaubagaimanapun... pada saat ini minda sedikit terganggu ditantui dengan berbagai persoalan hidup...

seringkali saya mendengar apabila masuk ke alam dewasa..kita kena mula mahir...memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita... sekadar ingin berkongsi...

selepas menghabiskan latihan praktikal 6 bulan yang lalu Allah mengurniakan pelbagai peluang kepadaku... bekerja untuk sementara...namun ditolak kerana sewaktu itu hati sudah kembali ke sabah walaupun pada hakikatnya jasad masih berada di semenanjung malaysia...

ingatkan peluang itu terhenti begitu saja, dan kesempatan yang telah ditolak...akan terlepas jauh pergi.. namus setibanya di sabah.. offer yang datang terus bertandang... pada awalnya menerima dengan tangan terbuka menjadi seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah kebangsaan
hari demi hari..minggu bertukar minggu akhirnya selesailah tugasan menjadi guru ganti sementara... dan meneruskan rutin harian duduk di rumah... dan baru-baru ini...ada lagi offer datang dan iyanya salah satu offer yang ditunggu-tunggu..berkhidmat di jabatan agama islam
untuk sementara sebelum melanjutkan pelajaran pada penghujung tahun hadapan..namun...

terpaksa dipegunkan seketika... terlihat di wajah mak ayah seperti tidak membenarkan... apakan daya.... jauh disudut hati menyimpan 1 impian yang bakal memberi kesenangan kepada mereka...semua yang dirancang tidak dipersetujui... memberontak dalam diri...entah bila agaknya dibenarkan untuk berdikari..bukan ingin bersuka-suka bersama rakan-rakan jauh sekali ingin menjauhkan diri dari orang yang tersayang..tersangat tidak logik... semuanya dilakukan bertemakan "pengorbanan" tanpa pengorbanan tiadalah kejayaan... ntah siapa yang
tidak memahami..banyak kali bermuhasabah adakah ini kerana mengikut hawa nafsu remaja..namun hati sentiasa menjelaskan tidak... kerana segala yang dilakukan mempunyai sebab tertentu... membina benteng pengukuh untuk dikemudian waktu... sangat sedar...diri ini tidak sekuat insan lain... terlalu lemah untuk menerima ujian apatah lagi mendengar celaan...

dengan kesempatan waktu untuk berdikari sekurang-kurangnya dapat mem bina perisai dalam diri... serta mempersiapkan mental dan fizikal dalam terus merenangi arus dunia yang penuh dengan pancaroba.... kini tersangatlah buntu..buntu dan buntu...

what should I do???

ya Allah tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku dan ahli keluargaku..agar ada nikmat kesenangan dan kelapangan kini dan dimasa akan datang...Amin ya Robb






Isnin, 28 November 2011

utusan pada 1433H

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk "update" blog ini..setelah sebulan dibiarkan sunyi tanpa sebarang entry2 baru. berpunca dari beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan... walau bagaimanapun.. saya bersyukur kerana akhirnya saya berjaya untuk meng"update" blog ini... Alhamdulillah peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t di awal2 Muharram nie menaikkan semangat saya untuk menulis sedikit perkongsian2 kepada teman-teman semua..

Alhadmulillah pada bermulanya 1433 hijrah ini saya menyimpan azam baru dan "renew" azam-azam lama yang masih belum terlaksana...apa yang penting...azam yang disimpan sedaya usaha kena dilaksana da diamalkan...untuk persediaan di hari kemudian.. kelebihan di tahun baru hijrah ini... goal saya melebihi 50 peratus hanya untuk bekalan di "sana" dan selebihnya untuk penyempurna hidup di dunia yang fana dan penuh cabaraan yang kadangkala menimbulkan rasa putus asa...saya mencoretkan azam-azam ini untuk berkongsi dengan pembaca2...semoga ada kesamaan dengan teman-teman semua..

1) terus memelihara ibadah fardhu...jangan lalai

2) terus memelihara al-Quran agar di akhirat kelak menjadi syafaat bagi kita

3) teruskan usaha mencari ilmu agar tidak mudah dipijak2 oleh mereka2 yang sering mendustakan kebenaran Islam

4) menjadi anak yang solehah dan yang paling penting berusaha sehabis2nya agar tidak mengecewakan kedua ibu bapa

dan selebihnya... apa yang terbaik dan apa saja pekerjaan yang diperintahkan olehNya... semoga semuanya terlaksana...

andai di sepanjang perjalanan 1433 ada tersilap langkah atau terkhilaf... maka ampunkanlah dan berilah peringatan... semoga Allah memakbulkan segala doa dan azam-azam ini di 1433..

Amin ya Robb...








Selasa, 25 Oktober 2011

ketukan pertama... cukup!!!

menulis dan terus menulis....

Assalamualaikum..dikesempatan ini terbisik di dalam hati kecil untuk terus menulis dan menulis... andai karya yang dihasilkan tidak seagung karya mereka di luar sana... namun dengan usaha menulis dan terus menulis semoga iya membawa hikmah dan kebaikan kepada diri...

tiada apa yang menarik untuk dikongsian.. hanya suara hati yang ingin melafazkan kata-kata nasihat untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat...

saya ingin bertanya kepada anda dan diri saya sendiri...

pernah tak kita mengalami situasi ini...

hari ini saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapan ini lagi???? dan kemudian.. atas dorangan keinginan yang tinggi... pujuk rayu nafsu yang sememangnya penipu yang nyata... maka akurlah si "insan" ini.... siapakah insan itu??? insan itu adalah kita..... manusia yang mempunyai suis on-off..

adakah itu sememangnya sifat manusia??? pelupa???? suka mengulangi kesalahan yang lampau??? itukah manusia???? manusia sebenarnya cukup sempurna dikurniakan akal untuk memilih samada inginkan kebaikan atau sebaliknya... kita telah dikurniakan "pemudah cara"..itu bermaksud manusia bukanlah bersifat seperti demikian... tetapi ada segelintir manusia yang memikirkan mereka begitu hebat berbanding Penciptanya... sombong..tidak mahu menggunakan kelebihan akal yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya... sayang dan rugi sangatlah bagi golongan-golongan seperti ini...mereka mengikut kehendak nafsu... bukannya akal fikiran... ibarat seorang tukang rumah yang ingin membina rumah..mengambil penukul untuk menukul paku-paku...namun kerana tidak mengikut akal fikiran...diambilnya gunting untuk membenamkan paku pada permukaan papan atau kayu... analogi yang sedikit kelakar namun sesuatu untuk semua lapisan usia...

kejahatan sentiasa datang...menghasut dan cuba mempengaruhi especially manusia... namun jangan risau... Allah telah mengkurniakan kita "anti virus" yang sangat baik... jika betul cara penggunaannya namun akan merosak andai tersilap guna... maka dengan itu berhati-hatilah..

pesanan untuk semua bila kita ingin berbuat suatu kejahatan fikirkanlah padahnya.. andai kejahatan yang pernah kita lakukan dahulu... bertaubatlah dan andai hasutan kembali semula mengajak kita maka banyakkanlah Istighfar dan elakkanlah seelak-elaknya... cukup sekali jangan berulang 2,3 dan seterusnya....


SAYA HAMPIR BERPUTUS ASA... BERPUTUS ASA UNTUK BERUBAH KERANA SERINGKALI DICUBA... WHAT SHOULD I DO???

Isnin, 17 Oktober 2011

bersyukur..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnianya dapat juga meng"update" blog yang semakin sunyi ini.. Alhamdulillah beberapa hari ini saya diuji dengan satu ujian dunia yang kecil... broadband saya bermasalah... cannot connect... Alhamdulillah sebab disebalik ujian nie ada hikmah yang tersembunyi...

walaubagaimanapun saya sedih sebab rutin harian saya sedikit terbatas.. maklum sajalah dengan adanya internet di rumah adalah peneman saya dikala sunyi.. apapun kena sabarlah dalam masa 3-7 hari pihak celcom akan cuba menyelesaikan masalah tue...

tidak ada apa yang ingin dikongsian hanya perkhabaran yang saya rasa tidaklah terlalu penting...
dalam tarbiyyah diriku ya Rabb saya ingin berkongsi suatu nasihat khas untuk diri saya sendiri dan juga untuk pembaca sekalian... bahawa di dalam dunia ini tidak yang semua kita inginkan kita kena perolehi kadangkala kita kena menerima yang bukan pilihan kita sebab Allah telah menentukannya dan itu adalah yang terbaik yang harus kita miliki... jadi bersyukurlah atas semua yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita

dan jangan sesekali mengeluh (pesanan untuk diri sendiri)... bersyukur..bersyukur... dan bersyukur...oleh yang demikian marilah kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi...


Ahad, 9 Oktober 2011

muncul lagi..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk update blog yang tidak seberapa ini... Alhamdulillah... *semalaman tidur..nikmat yang diberikan oleh Allah..

tapi.... aku diuji sekali lagi "dia" muncul dalam mimpi bersama dengan ahli keluarganya yang lain... aku tidak tahu apakah makna disebalik semua ini..di dalam mimpiku... keluarganya sangat baik padaku namun keluargaku tidak menyukai mereka..

ya Allah kenapalah seperti ini... semakin kita mahu melupakan seseorang tue semakin muncul pula dalam hidup nie..

ya Allah jauhkan lah dia dari hidupku... jangan halakan hati ini kepadanya... biarlah ia berpaling..halakanlah hati ini sepenuhnya kepadaMu... ya Allah ya Robb... sesungguhnya ia adalah 1 perkara yang sakit untuk menanggungnya.. biarlah aku lupa...dan hilangkanlah dia dari ingatanku... sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui... Amin

Isnin, 3 Oktober 2011

mula kerja

assalamualaikum w.m.b Alhamdulillaha masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t.. kesempatan yang diberikan ini semoga dapat digunakan dengan sebaiknya... Alhamdulillah hari ini saya start kerja di sekolah agama rendah..tue je yang nak saya kongsikan.. mood menulis tue hilang entah kemana..semoga iya akan kembali semula, saya sangat merindui mood itu..

Khamis, 15 September 2011

ku temu kenikmatan disebalik segala pemberian..


Assalamualaikum alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih dapat menulis dan mencatat sedikit kenangan dari bingkisan hidup yang dilalui... Alhamdulillah hari ini full vision benda yag dinanti2 keputusan upu yang memang conform tak dapat... sebab apa??? yela result semester akhir tak keluar lagi..muet tak ambil lagi..macam mana nak dapat... tetapi kena belajar redha sebab semua nie dah ketentuan dari Allah terimalah... niat nak habis an sambun study bersama kawan2 yang mengail stpm.. tapi nampaknya tak done.. tapi tak apa..ada hikmah disebalik apa yang berlaku...




jika di imbas kembali sudah 3 kali menanti sesuatu yang saya rasa sangat besar dalam hidup saya namun seringkali kecewa... tapi saya manusia biasa..memikirkan bertapa malangnya hidup..apa yang saya inginkan tidak saya perolehi

Astaghfirullah khilafnya saya..saya lupa bertapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada saya..


ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini sepatutnya aku bersyukur bukannya terus menerus mempersoalkan takdirku yang ditentukan olehMu...

ini Tarbiyyah yang sangat baik untuk saya..ianya menjadi pendidik kepada diri dan hati saya... semoga tarbiyyah ini menjadi penghapus titik-titik hitam di dalam hati ini.. amin

Ahad, 11 September 2011

marah..marah..marah

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret di ruangan ini...

marah..marah..marah.. sapa yang marah?? saya yang marah.. tengah marah sekarang dan sedang marah sekarang..

marah kenapa??? sebab gaduh dengan anak saudara... tak habis-habis kartun... sedangkan saya nak menonton rancangan tanyal ustaz di TV9 7.00-8.00 pagi setiap hari.. kebiasaanya pada waktu pagi kami akan menonton rancangan ini tetapi memandangkan berebut dengan anak saudara membuatkan saya menjadi "BENGANG" rasanya ada baiknya saya tidak duduk dengan mereka... ada sedikit tekanan yang saya rasa.. saya tahu saya sepatutnya yang mengalah tetapi semua orang di rumah nie hanya mengikut kemahuannya dan saya berprinsip "BOLEH MANJA TETAPI JANGAN TERLALU"

sebab dari perkara ini saya banyak dapat pengajaran, memanjakan kanak-kanak bukanlah cara terbaik dalam anak-anak.. saya tahu mungkin ada yang berpendapat bahawa saya yang patut mengalah.. tapi saya kena tetap berkeras, kerana semua kemahuannya dituruti, dia sudah biasa melawan dengan orang tua...dan perkara ini tidak boleh dibiarkan.. seperkara lagi, bila menonton indahnya iman di astro oasis ada 1 perkataan yang membingitkan telinga " makcik, kakak ndak suka tengok nie" fuhh!! memang panas telinga dengar, nak kata dia tak faham... dia dah faham dia dah besar.. saya risu minat kepada rancangan-rancangan islam kurang..tapi saya tetap bertahan dia nak tengok ker tak nak tengok ker saya still pasang...


ya Allah makbulkanlah doa saya...andai 1 hari nanti saya dikurniakan zuriat... jadikanlah dia seperti yang saya harapkan.. jadikanlah saya seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anak...Amin :(


mood~ sedih

Rabu, 7 September 2011

terimalah...seadanya

seronoknya semua kawan-kawan pergi sambung belajar lagi seronok ramai yang dapat belajar sehingga ke luar negara..seronoknya mereka sudah berjaya seronoknya mereka dapat apa yang mereka inginkan...

keluhan... kata-kata yang selalu lahir dari bibir.. manusia..manusia sememangnya tidak pernah berpuashati dengan apa yang telah dimiliki, merasa iri dengan orang lain... memandang kelebihan hanya ada pada orang lain... sedangkan Allah memberi kita semua sama... nikmat yang sama...

namun hati kita seringkali dihasut... bisikan \"azazil\" seringkali menyesatkan.. menyalakan api di dalam hati...berasa sering tidak berpuas hati menjadikan hati tidak tenang dan sentiasa menginginkan lebih dari apa yang telah diperolehi...

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi aman tenteram! (al-Rad : 28).

jika kita mengikut hati nurani... sudah pasti kita akan mensyukuri apa yang telah kita miliki

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim;ayat 14)

Isnin, 5 September 2011

ntah...

assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya berkesempatan "update" blog nie..nampaknya semakin laa semakin jauh perjalanan yang mesti ditempuhi dan semakin mencabar... tetapi walaubagaimanapun kena "berhimmah" kadangkala kita melakar kehidupan tetapi hasilnya terkadang tidak seperti yang kita impikan...

entry kali ini, saya ingin merobek kenangan-kenangan lalu...menampal luka-luka lama kekotoran kepada hati... semoga Allah mempermudahkan segalanya... Alhamdulillah beberapa kali hati telah dirotan, sehingga mengeluarkan titisan manik airmata.. menjadikan diri ini semakin kuat dan semakin bersedia menempuh masa hadapan... ku kumpul segala kekuatan dengan izin yang maha kuasa akhirnya bangkit semula..semoga himmah ini membantuku mencapai redha yang esa

mood: :[

Khamis, 18 Ogos 2011

selalu orang post

Assalamualaikum...Alhamdulillah dapat terus meng"update" blog ini walaupun kelihatan sekarang ini banyak perisian yang berkaitan dengan perihal diri..sekurang-kurangnya ia dapat dikongsi dengan rakan-rakan pembaca..kalau ada yang sudi..

Alhamdulillah seperti biasa saya menjalani hari-hari saya dengan biasa.. syukur atas nikmat Allah yang tak terhingga ini..hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan semua berkenaan dengan satu tajuk yang seringkali kita dengar dan sudah semestinya tajuk ini menjadi target bagi setiap blogger untuk dibahaskan..

Cinta..

apa itu cinta??

seronokkah bercinta??

soalan ini antara soalan cepumas dan seringkali kita dengar diajukan terutamanya dikalangan remaja..namun walaupun ianya soalan biasa dan familiar kita dengar namun jawapan yang sering diberi berbeda-beda..masing-masing mempunyai pandangan masing-masing..

dalam entry pada kali ini biar saya pula yang mengemukakan takrifan saya berkenaan "cinta"

menurut saya cinta mempunyai satu daya kuasa yang mana dapat mengatasi segalanya... apabila ia menempat di dalam diri MasyaAllah impaknya sangat besar dan kesannya boleh menjadikan orang yang waras menjadi gila... "gila" dahsyat juga ayat nie, maksud saya gila tue adalah lupa apa saja.. lupa dek ingatan..dahsyat tue...Apabila cinta mula bersemi SubahanaAllah lain macam jadinya...

walaubagaimana pun "cinta" menurut saya adalah motivasi yang sangat baik... apabila kita cinta kita akan sanggup berbuat apa saja, namun dewasa kini cinta seringkali disalah erti... disuruh "be positive" tetapi yang berlaku "always negative" tapi saya tidak salahkan mana-mana pihak...masing-masing mempunyai takrifan masing-masing..

tetapi jika cinta dipandu kelandasan yang benar..besar impaknya bukan saja pada diri sendir...keluarga dan juga masyarakat... jadi andai kita dikurniakan rasa cinta pandulah ia kejalan yang benar..andai membawa kebaikan semailah cinta dengan sebaiknya andai membawa kepada kerosakan maka jauhilah dan laraskanlah semula agar berada terus dilandasan yang benar

p/s semoga cinta kita diredhai Allah .... cinta pada Allah, nabi, agama, ummah dan diri sendiri :)

Rabu, 17 Ogos 2011

tak ada kot...


Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di blog ini. hari ini 17 ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan kali ini sama seperti tahun lalu..diberi peluang menjadi guru ganti.. dan sememangnya menjadi guru ganti dapat mengisi masa-masa lapang saya sementara cuti..

Alhamdulillah juga selama mengajar, semua tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan... dan yang paling penting, peluang menjadi guru ganti ini banyak mengajar saya terutamanya dalam aspek masa..Alhamdulillah..

sebenarnya... apa yang saya kongsikan di atas bukanlah motif sebenar saya menulis pada malam ini... saya cuba helah bela diri.. sebenarnya yang saya nak kongsikan... saya tak tau kenapa sekarang saya xda perasaan apa2 maksudnya saya xrasa gembira saya xrasa sedih.. mungkin saya ada merasakan sesuatu tapi saya pun tak tahu apa yang saya rasakan....


pening sungguh..kenapa dengan saya nie.. huhu..saya rasakan saya kurang memberi komitmen dengan orang2 disekeliling saya.. tapi saya pun xtahu kenapa dan apa sebenarnya masalah saya...rasa-rasanya memori otak saya cuba untuk " refresh" semula... blur2 saya xtahu nak buat apa lepas nie..saya xtahu apa yang saya mahu dalam hidup saya..ntahlah..tapi ada kawan-kawan kata memang begini keadaannya bila baru habis study...agaknya lah kot...

setakat nie apa yang saya nak buat???


tak ada kot....

jom layan sedetik lebih ~ anuar zain


Jumaat, 12 Ogos 2011

ragam insan di madrasah ramadhan...

assalamualaikum... Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih lagi diberi kekuatan sehingga ke hari ini dan diberi kelonggaran dalam kehidupan dan menulis di dalam blog ini.. Alhamdulillah hari ini hari ke 12 berada di dalam madrasah Ramadhan... madrasah semakin lama semakin menghampiri pengakhirannya..sedih rasanya, walaubagaimanapun Ramadhan kena dijalani dengan sebaiknya sehingga ke akhir bulan..

ya Allah ampunkanlah hambaMu yang hina ini.. kebelakangan ini seringkali cepat berasa marah...ada saja benda yang tidak kena... agaknya kenapa??? ketenangan yang pernah dirasai hilang... ya Allah adakah kerana hambaMu ini sering lupa padaMu...rasanya itulah reason yang paling tepat sekali untuk menjawab segala persoalan...

sejujurnya ramadhan kali ini sangat banyak memberi pelajaran dan pengajaran kepada diri ini... namun ujian juga cukup hebat hadir mencabar kewarasan akal...ada saja benda yang menyuntik... menyengat..mengusik ketenangan hati...ya Allah kuatkanlah hati ini ya Allah...

ya Allah...aku mendambakan Mahabbah.... wa Rahmah dariMu ya Allah

12 Ramadhan sekali lagi...."aku" harus bangkit... bangkit untuk terus berusaha menjadi sebaik2 hambaMu ya Allah, berusaha menjadi sebaik2 umat kekasih Allah nabi Muhammad.. semoga kekuatan itu mampu ku perolehi...amin

Rabu, 3 Ogos 2011

diari ramadhan

Assalamualaikum... Alhamdulillah atas limpah kurnianya dapat juga update blog nie... Alhamdulillah selamat arrived di destinasi yang selama 3 bulan ditunggu kampung halaman...sabah di bawah bayu... Alhamdulillah tahun ini Allah berikan kesempatan untuk berpuasa bersama-sama dengan keluarga sederhana... walaupun puasa kali ini adalah sederhana dari tahun-tahun sebelumnya... tetapi still bersyukur kerana kemanisan ramadhan yang dirasai meluputkan kesederhanaan...

puasa kali ini sama seperti tahun sebelumnya...setiap kali menjelang ramadhan...benih-benih azam akan ditanam di dalam tanah ramadhan kareem...samada subur ataupun tidak itu semuanya bergantung kepadaku sebagai seorang petani... tahun ini berazam sekali lagi untuk menghabiskan khatam al-Quran 30 Juzuk dan melakukan solat tarawih...xkiralah di rumah mahupun di masjid... di ramadhan ini juga semoga... otak ini geliga sambil berehat dapat mencari ikhtiar baru apa plan selepas nie [ mean after puasa ]... nak kerja?? study?? or.... em... ntahlah...semoga Allah mempermudahkan segalanya..

p/s tuk semua sahabat2 semoga ramadhan kali nie :"the best Ramadhan in our life" insyaAllah semoga kita semua diberkati olehNya... Amin..

Sabtu, 30 Julai 2011

ramadhan kareem


Assalamualaikum...masih diberi kekuatan untuk terus berada di dunia ini mencari seberapa banyak bekalan untuk hari akhirat... selama beberapa minggu ini kehidupan hanya banyak menyepi...pelbagai pengalaman yang dilalui... menghabiskan sisa-sisa terakhir berada di tanah semenanjung sebelum pulang ke pangkuan keluarga tercinta di sabah.. pengalaman yang diperolehi menjadi penguat diri dan bekalan untuk lebih matang dalam menelusuri kehidupan ini... insyaAllah..

ya Allah..ia semakin hampir baunya semakin terhidu kemanisannya semakin terasa...ramadhan kareem... hari yang dinanti-nanti bulan yang sering di tunggu-tunggu... tinggal 3 hari lagi namun kehangatannya semakin terasa...ya Allah semoga aku sempat bertemu dengan Ramadhan... madrasah yang banyak mengajar aku... bermula dengan pelajaran sabar sehinggalah pelajaran amal dan takwa...ya Allah andai aku dapat bertemu ramadhan...ingin ekali aku melakar agar aku menjadi salah seorang pelajar cemerlang di madrasah ramadhan kali ini.

ya Allah semoga ramadhan kali ini menjadi medan untuk ku menebus segala kesilapanku dan menjadikan medan tarbiyyah bagiku insyaAllah...

Selasa, 12 Julai 2011

JKSM... jabatan Kehakiman Syariah Malaysia






Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurniaNya dapat juga edit blog ini... hari ini merupakan hari YAng sangat meletihkan di dalam hidup letih minda dan fizika
l.. banyak perkara yang kena diselesaikan tetapi semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya Alhamdulillah... hari ini saya ingin berkongsi sesuatu...


Alhamdulillah isnin 11 julai 2011 saya telah mengikuti pelajar-pelajar pengajian islam KDH dalam rombongan lawatan ke Jabatan Keha
kiman Syariah Malaysia di putrajaya. ketika di sana banyak pengalaman yang kami perolehi dan curahan ilmu yang disampaikan oleh Tan Sri Ibrahim Lembut selaku Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia... ketika berada di sana, sempat juga saya melontarkan soalan kepada Yang Arif Tan Sri... walaupun kesempatan yang diberikan amat singkat namun saya sangat berasa gembira kerana merasai peluang ini...

setelah mengunjungi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Masjid Putra bagi memenuhi tentatif program kami.. di sana..... saya beserta lapan orang sahabat lain berpeluang menaiki bot dengan bayaran RM 15 seorang...nasib baik harga pelajar kalau tidak kena bayar RM20 lah jawabnya...

ketika berada di dalam bot, kami berpeluang melihat pemandangan Putrajaya dari tasik.. pemandangan masjid putra, kediaman perdana menteri, bangunan pejabat perdana menteri dan juga empangan yang mengawal aliran air di tasik putrajaya... Alhamdulillah ini pengalaman pertama saya di bersiar-siar di tasik putrajaya ... saya perasan selama berada di tanah semenanjung saya suka mencuba benda dan menjelajah ke banyak tempat mungkin kerana saya ingin mengisi hari-hari saya selama belajar di sini...TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KESEMPATAN INI

Jumaat, 8 Julai 2011

aku takut ya Allah

assalamualaikum...syukur atas limpah kurniaNya masih lagi diberi kekuatan dan kesempatan untuk "update" blog yang semakin sunyi ini.. ntah kenapa malam ini rasa sunyi dan sedih... tiba-tiba teringat sesuatu... dan perasan sesuatu tentang diri ini... bila meninggalkan alam pengajian... tertinggal jugalah ilmu-ilmu... takut ya Allah... banyak yang dipelajari sudah tidak diingat... ya Allah aku takut.., aku takut menjadi seorang pelajar yang sia-sia, tidak berjaya menyimpan ilmu di dada..hanya berjaya menyimpan ilmu di minda dan terlepas begitu saja..

adakah aku tidak bertanggungjawab dengan ilmu yang aku pelajari??? atau adakah aku tidak beramal dengan ilmu yang aku perolehi?? ya Allah ampunkanlah dosaku... aku lalai ya Allah... aku lalai sehingga aku lupa apa yang sepatutnya aku ingati..... di saat-saat ini aku merasakan apa yang aku pelajari mula hilang satu demi satu... aku takut ya Allah.... bila ilmu semakin jauh... aku takut bagaimanalah aku... hanya kepadaMu aku memohon moga dikuatkan hatiku...ditajamkan akalku... dibersihkan hatiku agar percikkan ilmu dariMu masih berada di hatiku...

Sabtu, 2 Julai 2011

semakin expert...

Assalamualaikum... w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi diberi peluang mencoret di ruangan blog ini... dulu bila broadband nak dipotong barulah sibuk2 nak update blog tapi bila broadband ok je mulalah malas menempat akt diri nie apalah nak jadi??? adakah ini tandanya saya tidak bersyukur??? Astaghfirullah... malunya hamba kepadaMu ya Allah..
hari ini saya ingin berkongsi satu entry yang rasanya sudah ketinggalan tapi entah kenapa terasa ingin sekali berkongsi entry ini dengan rakan-rakan pembaca.

semakin expert... apa yang semakin expert?? kenapa kata semakin expert??dunia sekarang semakin expert... nak tahu kenapa??? sebab masa itu semakin hampir.... dengan ke"expert"an itu manusia semakin majuu...pengurusan semakin sistematik namun satu cabang penting semakin
dilupakan...dan semakin besar jurang pemisahan cabang ini dengan dunia... kesiannya kita sebagai manusia ditepu oleh fatamorgana... kita semakin lupa tentang agama kerana apa??? sibuk dengan urusan dunia yang mana kita sedia maklum akan berakhir suatu ketika... mungkin sebentar lagi atau mungkin esok hari??? siapa yang boleh menjangkakan...

semakin expert... manusia semakin bongkak melihat sesuatu keberhasilan yang dicapai menjadikan kebanggaan kepada dirinya...kedewaan kendiri menjadikan kita semakin lena dibuai syahdu pukulan nafsu..tunduk setia kepada dunia yang hanya memukal akal dan minda...

jadi berhati2 dengan "semakin expert"

Rabu, 29 Jun 2011

isra' mkraj

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia daripada Allah s.w.t akhirnya diberi kerajinan dan keluangan masa untuk update blog ini... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan merasai isra' mikraj pada tahun ini... dimana baginda Rasulullah dinaikkan ke Arasy' bertemu dengan Allah s.w.t..

Alhamdulillah di hari isra mikraj ini juga Allah mengilhamkan sesuatu ke dalam hati ini... dan ilham ini susah untuk dikongsikan... restart again... apa yang saya dapat kongsikan i want to restart again.... restart again, sebab sebelum nie banyak virus yang telah membuatkan minda "corrupt".. saya mahu menanam dan membaja agar impian saya berbuah.. saya akan berusaha memperdalam ilmu islam dan bertekad untuk menyebarkan syiar islam...

dulu saya teringat sewaktu masih dibangku sekolah menengah, saya selalu berteka teki dengan kehidupan... dan banyak perkara yang saya inginkan tetapi ingin mendalami ilmu agama???[ mengambil kos pengajian islam]?? tapi Allah mengetahui apa yang terbaik untuk saya... Allah tahu disinilah tempat yang paling sesuai saya diletakkan... keluarga juga berharap benda yang sama... Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan ku dan diberi kejayaan kepadaku dan rakan2ku... moga kami semua menjadi orang berguna kepada agama bukannya perosak dan menjadi punca agama dicerca... ya Allah semoga Engkau mengampuni dosa kami dan memberikan kekuatan kepada kami dalam perjuangan ini Amin...

Khamis, 23 Jun 2011

hati lapar...

hati lapar?? agak-agaknya bagaimana keadaan hati yang lapar?? adakah ia memulas-mulas seperti perut yang lapar, atau menelan sebanyak mungkin air luar yang singgah di raja kalam??begitukah juga keadaan hati yang lapar??

hati yang lapar sebenarnya mempunyai makanan tersendiri, ianya sangat istimewa dan jimat.. ia tidak memerlukan wang beratus atau beribu-ribu ringgit, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk di masak dan di sediakan.. ianya mudah... dan resepi ini ada disebutkan di dalam hadith nabi yang berbunyi:-


لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله
Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah

sebenarnya makanan yang paling diperlukan dan memberi nutrisi yang secukupnya kepada hati ialah Zikrullah... Namun ramai yang masih sanggup berlapar.. hingga membiarkan sang hati kekeringan akibat dibiarkan tidak mejamah makanan ataupun air menghilangkan dahaga ... mereka lupa,lali dengan godaan dunia... sehingga leka dan melupakan bahawa hati membuntukan makanan...

Raja kalam [mulut] kenalah mengambil peranan untuk mencerna makanan hati ini... namun bukan saja dengan kudrat raja kalam tetapi kenalah di dorong dengan kekusyukkan hati... barulah ia mudah untuk dicerna...

Lapar hati juga seperti laparnya perut... bila bergurindam mulalah nak mencari makanan , tetapi bila lapar hati??? beruntung bagi mereka yang mencari tuhan... tetapi bagi mereka yang semakin tersesat, bergelumang dengan kegelapan???bagaimana nasib mereka????

oleh yang demikian,saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua... jangan biarkan hati kita lapar, kerana bila hati kita lapar tidak mustahil kita akan mati-mati dalam kegelapan bukannya kebahagiaan...

layan lagu arab

Assalamualaikum.. syukur ke hadrat Allah s.w.t masih lagi diberi kesihatan sehingga kini... sekarang nie satu virus yang menyerang diri nie... suka sangat layan lagu arab, kenapa agaknya?? nak kata faham...tak faham pun hehehe... tapi nak kata tak faham... faham juga sikit-sikit.. mungkin agaknya sebab boring duduk saja di rumah, jadi penganggur terhormat... tapi entahlah bila dengar lagu arab semacam je.. tapi ada baiknya juga dengar lagu arab mungkin ini menjadi asas batu loncatan untuk menjadi peminat ilmu lugha arab... apapun teruskan...

Isnin, 13 Jun 2011

semakin banyak semakin berat rasanya...

siapa yang ingin menjadi kaya?? memiliki berjuta-juta wang?? mampu membeli apa saja yang disukai?? tentu sekali ramai yang mahu seperti itu...bersenang-senang tanpa melakukan kerja-kerja yang berat yang hanya meletihkan... setiap yang dihajati mampu dimiliki... kita boleh saja mendapat semua itu jika kita mahu semuanya ada pada diri kita semuanya dengan usaha yang luar biasa pasti kita akan berjaya... seperti yang disyorkan oleh ramai pakar-pakar motivasi di Malaysia.

namun ada 1 benda yang harus kita ingat dan benda ini serngkali kita lupa... bila sudah senang, mendapat rezeki lebih... perkara ini seringkali kita lupa... kita merasakan segala yang diperolehi adalah mutlak milik kita dan tiada siapa yang berhak memilikinya kera ianya adalah milik kita... kita lupa... kita buta oleh kesenangan dunia yang banyak mengaburi mata kita mata hati kita... kita lupa...di setiap rezeki yang kita perolehi sebenarnya... ada sebahagiannya bukanlah milik kita ianya milik bersama... mengapa di dalam islam kita diminta bersedekah kerana di setiap rezeki yang kita perolehi ada diantaranya kenalah dikongsi... dikongsi bersama umat yang lain..yang memerlukan...

namun... senario kini, semakin banyak semakin berat rasanya untuk menghulur...betul kan?? sebab apa?? sebab manusia tidak pandai bersyukur, merasakan apa yan dimiliki tidak cukup... semakin banyak semakin tidak cukup... itulah kita sebagai manusia, terlalu mudah dipukau dunia, lena dan hanyut dibuai kenikmatan dunia... oleh yang demikian, sedarlah sahabat-sahabat semua... apabila kita mendapat lebih dari kebiasaan maka kongsilah... apabila rezeki melimpah maka ringan-ringankanlah untuk menghulurkan terutamanya kepada orang yang memerlukannya... sebenarnya kita tidak pernah rugi bila kita menghulurkan malah rezeki kita semakin melimpah kerana setiap apa yang kita hulurkan mempunyai keberkatan... insyaAllah. dan pastikan, apa yang kita lakukan semuanya keran " lilla hita'ala" bukannya untuk menunjuk-nunjuk.. sebab bila kita niat untuk menunjuk-nunjuk percayalah manusia akan memuji dan Allah akan mengkeji...

20....

Assalamualaikum..salawat ke atas nabi muhammad junjungan besar kita....Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menukil sesuatu di ruangan blog ini walaupun kini semakin lama semakin sunyi namun tetap terus diusahakan untuk meluangkan masa dengan blog ini... Alhamdulillah minggu ini Allah memberi banyak pengajaran kepada diri ini... pengajaran dari segi AMANAH, MASA,KEJUJURAN, KEKUATAN HATI dan banyak lagi ... syukur Alhamdulillah ya Allah atas tarbiyyah ini...

minggu ini diberi kesempatan menghadiri 4 buah program 3 anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan 1 program anjuran Akademi Pusat Zakat Selangor di bawah uaihib consultant... banyak benda yang dipelajari....

Alhamdulillah juga kerana pada minggu ini ada rezeki yang diberikan olehNya... digunakan untuk membayar segala utiliti2... yang mesti dilangsaikan. hadiah di hari lahir yang ke -20.Alhamdulillah

p/s semoga apa yang dihajati akan tertunai..dan semoga yang kini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini insyaAllah

Ahad, 29 Mei 2011

matematik kesempurnaan..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini mencari seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke daerah yang kekal abadi... tiba-tiba rasa semakin risau kepada diri ini kerana blog ini mula menjadi sepi, kurang di isi dengan penulisan2 bermanfaat. takutnya..sedangkan ini adalah salah 1 taklif yang dipikul oleh saya sebagai seorang khalifah dan da'ie..insyaAllah..

walaubagaimana pun, bukan ingin memberi asalan tetapi inilah kenyataan.. bukan kekangan masa yang menghalang, bukan masalah2 lain yang menimbulkan kesulitan tetapi semuanya berpunca daripada diri sendiri...lupa dan seringkali mengambil endah...


sambil mendengar radio iluvislam, menambah mood petang ini untuk menulis, melakar sedikit karya yang rasanya kurang matang namun dengan sekuat usaha ingin dizahirkan dengan penuh semangat dan mudah untuk difahamkan.

hari ini, saya teringin sekali berkongsi sesuatu yang terlintas di hati, dan benda ini difikirkan sejak pagi tadi... kita sebagai manusia inginkan kesempurnaan dalam hidup... begitu juga dengan saya, inginkan kesempurnaan... mendapat sesuatu yang mampu melengkapkan impian kita, mencapai apa yang dihajati... namun ramai diantara kita seringkali terleka termasuk saya... bahawa kesempurnaan tidak akan dicapai tanpa adanya "sacrifice"

"sacrifice" atau dalam bahasa "kita" bermaksud pengorbanan.. tanpa pengorbanan kesempurnaan tidak akan dicapai..analoginya mudah... seperti seorang petani, ingin mendapatkan hasil tanamannya kenalah menanam benih, menabur baja..menyiram air setiap hari agar tumbuhan yang ditanamnya tumbuh dan menghasilkan buah yang baik dan cantik... cuba lihat dari menanam benih, membaja, menyiram air si petani itu terpaksa mengorbankan masanya, memerah keringatnya, meringankan tulangnya untuk menanam tumbuhan itu..itu semua adalah usaha dan usaha itu adalah pengorbanan dan pengorbanan yang dilakukan itu adalah yang akan membuahkan kesempurnaan dan keberhasilan mencapai segala yang kita hajati...dengan itu marilah kita sama2 berkorban untuk menyempurnakan apa yang kita hajati...berkorbanlah kerah kebaikan bukannya keburukan dan kebinasaan..

insyaAllah semoga Allah mendengar apa yang kita hajatkan dan semoga kita semua beroleh rahmat...insyaAllah

Khamis, 12 Mei 2011

sayu rasanya...

Assalamualaikum w.m.b syukur ke atas Allah s.w.t selawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus berada di muka bumi ini, menghirup udara yang segar walaupun ketika ini nikmat sihat ditarik sebentar. namun saya tetap bersyukur kerana sakit ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

bila sakit saya terfikir macam-macam, maklumlah sakit ini mempunyai dua pengakhiran samada sihat semula atau sebaliknya. bila rasa sakit seperti sekarang saya merasakan sesuatu yang jarang sekali saya rasakan keinginan membuak-buak untuk mendekatkan diri denganNya... terasa terlalu rindu denganNya dan ingin berada sentiasa disampingNya..

bila rasa sakit, terkenang dosa-dosa lama yang pernah dilakukan, semuanya melintasi minda seperti pita rakaman yang sedang dimainkan.. Ya Allah kerdilnya hambaMu ini ya Allah...bila rasa sakit sebegini, baru tersedar selama kehidupan ini banyak dosa yang telah dilakukan samada sedar ataupun tidak..ingin sekali diri ini mengambil air yang jernih membasuh semula hati ini.. menghilangkan titik-titik hitam yang bertompok yang semakin lama semakin banyak...

sayu rasanya hati ini.. keadaan yang kurang sihat ditambah dengan cuaca yang lembab dan sejuk, kenangan dari hujan yang telah turun membasahi bumi.. ketika sakit, risau rasanya tetapi kena bersedia, kerana ajal maut datangnya tidak dijemput hadirnya tidak pernah disangka-sangka.. datangnya menamatkan pengembaraan diri ini sebagai seorang manusia, hamba kepadaNya... takut..rasa seram sejuk namun kena sentiasa bersedia...

sebelum apa-apa berlaku, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat mungkin ada kata-kata yang kasar mengguris hati, maaf dipinta dari diri saya hamba yang hina ini dan seringkali terleka sering kali berbuat dosa..doa untuk kita semua moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah... Wassalam...

Selasa, 10 Mei 2011

akhirnya.........

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah berkat kasih sayangNya memberi ruang masa kepada saya untuk mencoret di dalam blog ini.. Alahamdulillah akhirnya... berjaya juga menyelesaikan latihan praktikum selama 2 bulan di pejabat agama islam daerah hulu langat.. terlalu banyak kenangan manis yang di rasai dan diperolehi walaupun kadangkala ditimpa pelbagai masalah2 kecil namun Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik.. pada asalanya saya sebenarnya tidak terfikir untuk menjalankan latihan praktikum, saya memilih untuk membuat projek akhir kerana projek akhir sangat bersesuaian dengan kursus yang saya ambil. namun plan pertama ditukar kepada menjalani latihan praktikum kerana beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan..

sepanjang menjalani latihan praktikum banyak benda baru yang saya belajar.. suasana alam pekerjaan yang tidak pernah saya lalui sebelum ini ditambah dengan kesibukan masalah "kedewasaan" adakalanya menghimpit kepala ini... namun dengan sekuat daya semuanya ditelan dan cuba untuk dicerna agar dapat dijadikan penguat untuk terus menjalani kehidupan seperti mereka yang lain..

bahagaian "unit undang-undang keluarga" merupakan satu unit yang sangat tersibuk di pejabat agama islam daerah hulu langat.. kesibukkan berdepan dengan pelbagai masalah ragam masyarakat, namun walaupun dihujani pelbagai masalah yang membawa kepada pelbagai persoalan... bagaimana untuk menyelesaikannya??bagaimana untuk menjawabnya, namun ianya memberi banyak input berguna kepada diri ini Alhamdulillah :) mendengar pelbagai masalah daripada orang yang datang... satu benda yang saya belajar dan yang harus diasah dengan tajam adalah sabar..kerana dengan adanya sabar.. semuanya akan baik...

akhirnya........ walaupun laporan latihan belum saya siapkan namun saya berasa lega dan bersyukur ke hadrat Akhirnya saya berjaya untuk menjalani latihan praktikum... "sujud syukurku panjatkan kepada Allah atas nikmat dariNya dan kesempatan yang diberikan ini "

p/s untuk sahabat2 yang hampir menghabiskan diploma, untuk last nanti ambillah latihan praktikum sebagai projek akhir.. monolog "nie nak promote nie jom :)"

wassalam....

Selasa, 3 Mei 2011

silapnya aku sebagai manusia..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah yang bertuah ini dengan nikmat2 yang diberikan olehNya tidak mampu untuk digambarkan oleh insan yang lemah seperti saya...rasa terlalu lama tidak mencoret di blog ini...seringkali terlupa akibat kesibukan kerja..

di dalam penulisan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mana kita sebagai manusia amnya mengetahui tetapi seringkali terlupa ... silapnya kita sebagai manusia...agak-agaknya kenapa saya memilih tajuk ini?? ia sebenarnya berkaitan dengan diri saya sendiri kerana saya juga seorang manusia. silapnya saya sebagai manusia bukan bermaksud satu kesilapan saya menjadi manusia tetapi silapnya saya sebagai manusia yang tidak meletakkan pengharapan kepada Allah sedangkan terang lagi bersuluh segala sesuatu kenalah kita serahkan segalanya pada Allah kerana Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita..

banyak yang kita rancang di dalam hidup tapi tidak semestinya kita akan memperolehi semua yang kita rancangkan... kerana apa?? kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...tidak salah untuk merancang tetapi pastikan segala yang dirancang kita sandarkan kepada Allah berhaparlah pada Allah...jika berharap pada manusia kita akan berasa kecewa jika tidak dapat ditunaikan tetapi sekiranya berharap pada Allah insyaAllah dia akan memperkenankannya sekiranya tidak,,Dia akan memadankan dengan apa yang sesuai untuk kita InsyaAllah :) WaSaLaM...

Isnin, 25 April 2011

jati diri muslim bersama muallaf

Assalamualaikum w.m.b alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berada di muka bumi Allah yang bertuah ini.. insyaAllah :) Alhamdulillah baru menghadiri program kem jati diri muslima yang dianjurkan oleh pejabat agama islam daerah hulu langat. berkat dari Allah dan izinya saya sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan praktikum di PAIDHL berpeluang untuk menyertai program ini sebagai Fasilitator. program yang berbentuk santai ini diadakan selama 3 hari 2 malam bermula jumaat 22 april sehingga 24 april ahad. pelbagai program yang diadakan bermula dengan taklimat, icebreaking dan beberapa halaqah yang diadakan

keramahan peserta kem membuatkan hubungan kami semua menjadi rapat walaupun ada diantara kami yang belum pernah bersua sebelum ini..pada hari ke-2 kami urusetia, peserta dan fasilitator "jungle traking" bersama2 dan pada malamnya pula kami mengikuti aktiviti " night walk"

program ini sangat menyeronokkan sebelum ini hanya berpeluang mendekati orang asli dan membuat program bersama muallaf orang asli tetapi kali ini Allah memberi peluang untuk saya mendekati golongan muallaf yang terdiri dari pelbagai bangsa seperti cinta,india, kemboja tailahd, vietnam, iban,sungai dan banyak lagi.. kenangan ini tidak akan dapat saya lupakan... peluang yang diberikan oleh Allah kepada saya merupakan satu anugerah yang tidak dapat dinilai.. semoga ukhwah yang terjalin dalam program ini akan berkekalan..

the best moment...

semoga Allah mempermudahkan segalanya.. terima kasih atas kenangan ini syukran kepada ustaz azlan selaku pegawai bahagian pembangunan insan PAIDHL kerana memberi peluang kepada saya menjadi fasilitator proghram kem jati diri muslim 2011


Khamis, 14 April 2011

cemerlangkan diri dalam peperiksaan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-

1. Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

2. Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah. Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)

3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk


p/s especially for primary and secondary school

Ahad, 10 April 2011

kesempatan..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah berkat kasih sayang dariNya masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret di tarbiahku@blogspot.com. minggu ingi genaplah sebulan saya praktikal di pejabat agama islam daerah hulu langat Alhamdulillah.. selama berada di PAIDHL pelbagai pengalaman yang saya perolehi dan ianya menjadi kenanagan yang termanis bagi saya. keramahan pekerja-pekerja di PAIDHL membuatkan saya tidak kekok untuk berurusan bersama mereka...

unit perundangan keluarga merupakan unit yang begitu mencabar bagi saya... berdepan dengan pelbagai jenis orang yang mempunyai pelbagai ragam dan tahap emosi..mendidik saya untuk lebih bersabar dan lebih pprofesional dalam berurusan dengan pelangggan. di unit ini juga, saya dapat dapat mengetahui serba serbi prosedur yang berkaitan dengan masalah undang-undang keluarga bermula dari urusan pejabat agama sehingga urusan mahkamah Alhamdulillah.

tinggal 3 minggu lagi berada di PAIDHL rasa sedih pula nak tinggalkan..selepas ini akan berdepan dengan pengalaman baru berjumpa dengan individu yang baru.. mengutip kenangan yang baru... semoga Allah mempermudahkan segalanya dan membantu agar terus mampu menjalani hidup sehari-hari insyaAllah

Selasa, 5 April 2011

semkin menyepi..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus mencoret di layar ini... walaupun sekian lama menyepi...





semakin hari... tarbiahku semakin menyepi.. disandari dengan pelbagai pekerjaan dihimpit dengan kepadatan program memendekkan ruangan masa yang begitu panjang... maafkan atas kekhilafan diri.. lemah dalam mengendali masa dengan sebaiknya.. ada manusia yang boleh bekerja boleh menulis boleh membahagikan masa dengan sebaiknya.. tetapi orang seperi saya hanya mampu membuat 1 kerja dalam satu masa..itu kelemahan yang jelas yang ada pada diri saya..

ruangan ini semakin sepi.. mana perginya semangat yang dulu?? mana perginya kekuatan dulu?? mana perginya azam yang dulu?? HILANG??

hilang dibawa arus??

the best way!!! let's we try to muhasabah diri .. maybe something wrong dalam diri... bukan secara drastik berubah from black to white tetapi biarlah slow dan istiqamah... semoga azam nagkit semula..semangat datang kembali.. dan yang paling penting moga setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah kerana Allah

semoga kita semua beroleh rahmat amin.............

Rabu, 30 Mac 2011

Semakin berubah

dewasa kini..
Aku semakin berubah..
Berubah menjadi bukan seperti aku..
aku sudah berubah..

Andai dulu..
ku ketahui gugurnya daun ke bumi..
nmun kini...
ku ketahui dengan angin daun bisa terbang tinggi..

tapi aku ..sudah berubah...

aku rindukan aku yang dulu..
dulu aku adalah aku..
kini..
aku berasa terlalu asing dari diriku..

ya Allah dengarlah pinta hambamu ini..
hamba yang hina ini..
mengingatiMu ketika genting..
melupakanMu ketika senang..

aku sudah berubah...
ku rindukn diriku yang dulu..

Ya Allah aku merindui cahayaMu..
Semoga aku terus tidak berubah..
Agar hati ini terus tetap mengingatiMu..
seperti mana kasihMu kepd HambaMu ini..

Amin ya Rabbal Alamin....