Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mac 2012

sebab akulah!!



Assalamualaikum...Alhamdulillah atas limpah kurniaNya masih lagi diberi kekuatan... selepas beberapa minggu menanggung kesakitan..namun kesakitan itu sebenarnya adalah tanda kasih sayang dariNya berharap agar hambaNya ini tidak lalai dan tidak lupa untuk terus mengingatinya... salah satu tarbiyyah yang diidam2kan....

blog ini semakin lama semakin menyepi... bukan sebab masalah internet..bukan sebab masalah ketiadaan masa.. tapi kerana roh penulisan mula lari dari diri ini... entah kenapa mungkin kerana sebab...kurang dipraktikkan menyebabkan roh itu menjauhkan diri..

ditemani dengan dendangan lagu Optick~cahaya hati..memukau lamunan pergi mengimbas semula...apa yang pernah terjadi dan sedang terjadi dan memikirkan apa yang bakal terjadi... ada yang manis tidak kurangnya juga ada yang pahit...

seriously...saat ini sangat merinduiNya... terasa semakin hari semakin jauh dariNya...banyak perkara berbentuk amalan yang mula ditinggalkan... sepertinya cahaya itu mula berarak pergi... ya Allah takutnya andai hati ini menjadi gelap gelita... kerana kehilangan cahaya dariMu...

ya Allah aku bertaubat atas semua salah silapku
Andai aku khilaf....peringatilah aku...

kesempurnaan tidak ku miliki...terlalu banyak kelemahan yang ada padaku...kelemahan yang berpunca dari aku sendiri... aku kena kuat bangkit semula dan meneruskan apa yang telah aku usahakan sebelum ini... untuk emncapai redhaNya...

dan reflect dari yang keruh kepada yang jernih...
dari yang kotor kepada bersih
dari yang hitam kepada putih

sebab akulah.... aku jadi xbaik dan sebab akulah aku jadi baik...



Selasa, 25 Oktober 2011

ketukan pertama... cukup!!!

menulis dan terus menulis....

Assalamualaikum..dikesempatan ini terbisik di dalam hati kecil untuk terus menulis dan menulis... andai karya yang dihasilkan tidak seagung karya mereka di luar sana... namun dengan usaha menulis dan terus menulis semoga iya membawa hikmah dan kebaikan kepada diri...

tiada apa yang menarik untuk dikongsian.. hanya suara hati yang ingin melafazkan kata-kata nasihat untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat...

saya ingin bertanya kepada anda dan diri saya sendiri...

pernah tak kita mengalami situasi ini...

hari ini saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapan ini lagi???? dan kemudian.. atas dorangan keinginan yang tinggi... pujuk rayu nafsu yang sememangnya penipu yang nyata... maka akurlah si "insan" ini.... siapakah insan itu??? insan itu adalah kita..... manusia yang mempunyai suis on-off..

adakah itu sememangnya sifat manusia??? pelupa???? suka mengulangi kesalahan yang lampau??? itukah manusia???? manusia sebenarnya cukup sempurna dikurniakan akal untuk memilih samada inginkan kebaikan atau sebaliknya... kita telah dikurniakan "pemudah cara"..itu bermaksud manusia bukanlah bersifat seperti demikian... tetapi ada segelintir manusia yang memikirkan mereka begitu hebat berbanding Penciptanya... sombong..tidak mahu menggunakan kelebihan akal yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya... sayang dan rugi sangatlah bagi golongan-golongan seperti ini...mereka mengikut kehendak nafsu... bukannya akal fikiran... ibarat seorang tukang rumah yang ingin membina rumah..mengambil penukul untuk menukul paku-paku...namun kerana tidak mengikut akal fikiran...diambilnya gunting untuk membenamkan paku pada permukaan papan atau kayu... analogi yang sedikit kelakar namun sesuatu untuk semua lapisan usia...

kejahatan sentiasa datang...menghasut dan cuba mempengaruhi especially manusia... namun jangan risau... Allah telah mengkurniakan kita "anti virus" yang sangat baik... jika betul cara penggunaannya namun akan merosak andai tersilap guna... maka dengan itu berhati-hatilah..

pesanan untuk semua bila kita ingin berbuat suatu kejahatan fikirkanlah padahnya.. andai kejahatan yang pernah kita lakukan dahulu... bertaubatlah dan andai hasutan kembali semula mengajak kita maka banyakkanlah Istighfar dan elakkanlah seelak-elaknya... cukup sekali jangan berulang 2,3 dan seterusnya....


Khamis, 23 Jun 2011

hati lapar...

hati lapar?? agak-agaknya bagaimana keadaan hati yang lapar?? adakah ia memulas-mulas seperti perut yang lapar, atau menelan sebanyak mungkin air luar yang singgah di raja kalam??begitukah juga keadaan hati yang lapar??

hati yang lapar sebenarnya mempunyai makanan tersendiri, ianya sangat istimewa dan jimat.. ia tidak memerlukan wang beratus atau beribu-ribu ringgit, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk di masak dan di sediakan.. ianya mudah... dan resepi ini ada disebutkan di dalam hadith nabi yang berbunyi:-


لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله
Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah

sebenarnya makanan yang paling diperlukan dan memberi nutrisi yang secukupnya kepada hati ialah Zikrullah... Namun ramai yang masih sanggup berlapar.. hingga membiarkan sang hati kekeringan akibat dibiarkan tidak mejamah makanan ataupun air menghilangkan dahaga ... mereka lupa,lali dengan godaan dunia... sehingga leka dan melupakan bahawa hati membuntukan makanan...

Raja kalam [mulut] kenalah mengambil peranan untuk mencerna makanan hati ini... namun bukan saja dengan kudrat raja kalam tetapi kenalah di dorong dengan kekusyukkan hati... barulah ia mudah untuk dicerna...

Lapar hati juga seperti laparnya perut... bila bergurindam mulalah nak mencari makanan , tetapi bila lapar hati??? beruntung bagi mereka yang mencari tuhan... tetapi bagi mereka yang semakin tersesat, bergelumang dengan kegelapan???bagaimana nasib mereka????

oleh yang demikian,saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua... jangan biarkan hati kita lapar, kerana bila hati kita lapar tidak mustahil kita akan mati-mati dalam kegelapan bukannya kebahagiaan...

Selasa, 3 Mei 2011

silapnya aku sebagai manusia..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah yang bertuah ini dengan nikmat2 yang diberikan olehNya tidak mampu untuk digambarkan oleh insan yang lemah seperti saya...rasa terlalu lama tidak mencoret di blog ini...seringkali terlupa akibat kesibukan kerja..

di dalam penulisan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mana kita sebagai manusia amnya mengetahui tetapi seringkali terlupa ... silapnya kita sebagai manusia...agak-agaknya kenapa saya memilih tajuk ini?? ia sebenarnya berkaitan dengan diri saya sendiri kerana saya juga seorang manusia. silapnya saya sebagai manusia bukan bermaksud satu kesilapan saya menjadi manusia tetapi silapnya saya sebagai manusia yang tidak meletakkan pengharapan kepada Allah sedangkan terang lagi bersuluh segala sesuatu kenalah kita serahkan segalanya pada Allah kerana Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita..

banyak yang kita rancang di dalam hidup tapi tidak semestinya kita akan memperolehi semua yang kita rancangkan... kerana apa?? kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...tidak salah untuk merancang tetapi pastikan segala yang dirancang kita sandarkan kepada Allah berhaparlah pada Allah...jika berharap pada manusia kita akan berasa kecewa jika tidak dapat ditunaikan tetapi sekiranya berharap pada Allah insyaAllah dia akan memperkenankannya sekiranya tidak,,Dia akan memadankan dengan apa yang sesuai untuk kita InsyaAllah :) WaSaLaM...

Jumaat, 11 Februari 2011

MeNcArI KeTeNaNgAn..

Assalamualaikum... syukur ke hadrat Allah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret di blog yang tidak seberapa ini.. semuanya atas izinNya.. hari ini sy ingin berkongsi satu tajuk... dan secara umumnya ramai yang ingin memperolehinya..

ketenangan..

apa yang dimaksudkan dengan ketenangan? ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan. sudah pasti semua insan ingin berada dalam kondisi yang tenang...

ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. salah 1 kuncinya ialah " Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti menjadi tenang"..

ketenangan yang diimpikan mampu kita perolehi. kekuatan diri kita melawan nafsu dan mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merangkul rasa tenang.. tidak kira kita berada di dalam keadaan panik atau sedih.. dengan tenang, ianya mampu memberikan keselesaan kepada kita..

pujuklah minda untuk memperolehi ketenangan..

apabila minda bertindakbalas.. akibat di dorong oleh hati.. maka hancurlah jadinya... sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi... secara personalnya, sy sendiri pernah merasai situasi seperti ini. apabila berasa sedih, saya terikut pujuk rayu hati hinggakan ketenangan yang dicari hilang pergi... sebaliknya apabila akal yang dipandu oleh ke arah yang betul...ianya akan menjadi penenang hati... akan membuatkan hidup kita aman dan harmoni...


dalam surah ar-rad ayat 28 Allah berfirman: "ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"


ketenangan yang dicari berada di sebelah kita...samada mahu atau tidak itu semua terpulang pada diri kita ...

p/s carilah ketenangan agar dirimu merasa tenang dan aman :)

Rabu, 22 Disember 2010

Indahnya nikmat Islam

Di dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan pelbagai peristiwa..pelbagai pengalaman pelbagai perkara2 yang baru. dan kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk merasai semua itu. nikmat berjaya..nikmat gagal nikmat gembira nikmat kecewa semua itu mesti kita syukuri. namun ada sesuatu yng sering kita lupa ianya sangat hampir kepada kita iaitu nikmat Islam...



Nikmat Islam sering kita lupakan.. maklumlah kita seringkali sibuk dengan nikmat2 dunia bersifat material namun kita terlupa nikmat Islam. nikmat Islam membawa banyak kebaikan kepada kita dengan Islam kita terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik dengan Islam kita menjadi orang berjaya dunia akhirat..cuba kita lihat ramai juga yang telah berjaya di dunia seperti pemenang di pentas dunia tapi malangnya tanpa Islam...kejayaan yang dimiliki olehnya tidak sempurna.. kerana dunia dia berjaya akhirat dia terlupa...rugilah jikalau kita seperti golongan ini..



Tetapi sekiranya kita seorang yang kurang berjaya tapi menikmati sepenuhnya nikmat Islam.. melaksanakan seperti yang diajarkan di dalam Islam.... kita sebenarnya berjaya.. kejayaan kita diredhai Allah dengan Usaha dan Tawakkal.. insyaAllah... tetapi, sekiranya kita berjaya di dunia... ditambah dengan kekuatan iman dan kepatuhan kita melaksanakan apa yang diajarkan di dalam Islam.. sudah pasti kita akan merangkul kedua2nya pemenang di dunia dan akhirat...

Itu hanya gambaran kecil tentang nikmatnya Islam itu... Islam itu lengkap dan syumul, semua telah diajarkan di dalam Islam jika kita patuh baiklah natijahnya jika kita ingkar buruklah padahnya.. ada orang kata nak buat baik susah nak buat jahat senang ja tapi hakikatnya nak buat baik senang sebab selepas tue tak perlu susah tapi kalau buat jahat susah sebab selepas tue tak kan senang.. Islam ingin memudahkan kita terpulanglah pada kita ..oleh yang demikian penulis mengingatkan kepada diri sendiri dan kepada rakan2 semua syukurilah nikmat Islam.. kerana nikmat Islamlah yang akan menyelamatkan kita..Islam itu mudah tidak menyukarkan..terpulanglah pada kita untuk menilainya...

Jumaat, 17 Disember 2010

dipermudahkan apabila bersabar

dalam kehidupan seharian, manusia tidak terlepas dari terus diuji baik berbentuk nikmat mahupun musibah. kesemua itu merupakan ujian menilai sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah s.w.t. di dalam ujian sehari-hari kita seringkali mengeluh. merasakan bahawa segala ujian yang datang tidak mampu di hadapi.terasa terlalu berat sangat.. apabila minda telah memberi tafsiran bhawa ujian membawa kesukaran, secara langsung kekuatan akan beransur lemah..semangat akan mula hilang.. kesan dari semua ini menyebabkan seseorang berputus asa.

berundur sebelum berperang..sebaliknya bagi mereka yang berfikiran positif walaupun sukar namun tetap ditempuhi dengan sabar dan tabah..insyaAllah segala yang sukar akan menjadi mudah. dengan pemikiran yang bebas dari anasir negatif ditambah dengan sifat sabar yang dipupuk dalam diri insyaAllah, Allah akan memudahkan segala kesulitan kita.
Justify Full
apabila kita bersabar.. benda yang sukar jadi mudah, yang kecoh berubah menjadi tenang..dengan kesabaran kita akan memperolehi kedamaian..

"sabar itu separuh daripada iman"

untungnya bagi merek yang bersabr..iman menempat didalam diri. teori sabar diajarkan didalam Islam, ini kerana dengan kesabaran ia membawa banyak kebaikan kepada diri,keluarga dan masyarakat. dengan adanya sifat sabar, tidak berlaku penindasan tidak berlaku pergaduhan tidak berlaku perdebatan tidak berlaku pertengkaran. bayangkan sekiranya seseorang tidak memiliki sifat sabar sudah tentu segala yang dirancang kadangkala mampu diselesaikan tetapi hasilnya tidak sempurna sebaliknya jika kita ingin menyelesaikan sesuatu permasalahan ditambah dengan kesabaran...insyaAllah apa yang dirancang akan dapat diselesaikan dengan kemas dan teratur.

indahnya Islam, mengajarkan kepada hambanya agar bersabar... teori-teori yang diajarkan di dalam Islam jauh lebih baik dari teori yang dibawa oleh ilmuan-ilmuan seperti Sigmund Freud, Frank Parson, Jesse B.Daris dan ramai lagi. teori yang diterapkan oleh Islam jauh lebih baik.

ingatlah jika kita bersabar Allah akan mempermudahkan segala kesulitan...

Jumaat, 13 Ogos 2010

fadhilat solat tarawih


maha pemurahnya Allah s.w.t...dengan hanya mengerjakan beberapa rakaat solat tarawih diberikan begitu banyak nikmat dan keistimewaan.... jika berkemampuan ini saja ana merangkul semuanya...tamakkan akan keredhaan daripada Allah s.w.t...mari kita lihat apakah fadhilat2 solat tarawih bermula dari malam yang pertama hingga ke-30...




1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesepuluhAllah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelimabelasSemua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.










16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

p/s semoga selepas ini kita lebih bersemangat lagi untuk beribadah kepada Allah s.w.t...jom kita sama2 pg tarawih kwn2...

Khamis, 5 Ogos 2010

karnival ibadah!!!! jangan lepaskan peluang..


tawaran untuk semua... tidak lama lagi satu karnival ibadah akan diadakan...kepada peserta2 yang mengambil bahagian sila bersiap sedia...semoga berjaya dalam karnival pada kali ini..... :-)

Isnin, 26 Julai 2010

kembalinya sya'aban

alhamdulillah kini sya'aban kembali semula dan tanpa disedari sudah berada dipertengahan.. antara sya'aban dengan sya'aban telah ku lalui selama belajar di sini pasti membawa satu pengalaman baru berbeza dengan sya'aban yang lalu..namun pada sya'aban kali ini... sayu rasa hati nie... dengan memikirkan hal2 yang yang telah berlaku di dalam hidup ini...tak pernah digambarkan apa yang bakal dilalui..


namun syukur ku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana aku lahir dalam islam...mempunyai agama..bila ditimpa musibah.. ada tempat ku berserah..mengadu segala kedukaan...


kembalinya sya'aban harus disyukuri kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk terus berada di bumi tuhan...menghirup udara yang segar serta meneruskan perjuangan sebagai seorang anak dan pelajar...alhamdulillah..


kembalinya sya'aban ini mengajak untuk aku merenung kembali persitiwa yang berlalu sebelum ini... pelbagai kenangan yang dilalui manis dan pahit telah sebati menjadi suatu peristiwa yang tersimpan di dalam memori ingatan ini..


kembalinya sya'aban membuat aku berasa malu hingga ke saat ini... aku sering alpa dan lupa dengan apa yang diamanahkan padaku oleh Tuhanku... ku sering berkata kepada diri... "tunggulah dulu.." namun aku terlupa masa semakin jauh meninggalkan ku... tapi aku?? masih disini walaupun situasi sudah berubah dengan sendirinya...


di pertengahan sya'aban ini... ku mohon agar Dia mengampunkan segala salah silap yang telah dilakukan...terus membimbing ke jalan yang benar...dan semoga Dia melimpahkan keredhaannya kepadaku....kepada kita semua...

Khamis, 22 Julai 2010

antara kaca atau permata??


banyak orang sering diutarakan soalan yang sama...antara kaca atau permata?? tetapi seringkali orang memilih permata kerana merasakan ianya mewah..membawa keuntungan yang besar kepada pemiliknya... dengan kilauannya boleh membuat seseorang hilang seketika...dibuai keindahannya...di rasuk kecantikannya namun ramai yang terlupa... kaca juga memiliki kelebihannya.. mampu membiaskan cahaya.. menghalang dan kukuh sifatnya...




bukannya kaca hanya digambarkan nipis tetapi bila di susun ia boleh menjadi prisma...menghasilkan 7 warna yang indah...selari dengan indahnya pelangi yang dicipta oleh Allah s.w.t




namun kita sering membanding-bandingkannya... tanpa berfikir kedua-duanya memiliki keistimewaan tersendiri. kedua-duanya memiliki kelebihan dan kelemahan.. seperti permata, tampak indah..menjadi pujaan terutamanya dikalangan wanita namun ramai terlupa ia merupakan benda yang sering membuat manusia terleka, tamak... begitu juga dengan kaca.. putih bersih warnanya belum menjanjikan keindahan dan kelebihannya kerana ianya sangat berbahaya...serpihannya boleh membuat tangan kita terluka...


menilai kaca atau permata bukanlah dengan hanya pandangan mata.. tapi melihat kepada apa yang tersirat disebaliknya.. mengapa agaknya ia di cipta?? tentu ada hikmahnya...dan mengajak kita semua berfikir... bukan hanya membuat perbandingan... kaca dan permata hanya sesuatu yang zahir... nilainya pada sesuatu yang abstrak disebalik penciptaannya... begitu juga dengan kita manusia... antara kaca dan permata kedua-duanya sama... hanya benda yang sama...terhasil walau dari elemen yang berbeza namun asalnya dari batuan semata....


menilai kaca dan permata bukan dengan pandangan mata sebaliknya dengan pandangan hati... permata bernilai tapi sering diburu tanpa disedari manakala kaca lut sinar warnanya tapi sangat mudah untuk pecah..


antara kaca dan permata?? mana pilihan kita?? moga Allah tunjukkan apa yang baik untuk kita kedua-duanya sama... terpulang pada kita..





p/s ada yang berkata tambahkan penulisan dari sudut ilmiah atau agama tapi menurut ana dengan cara mengajak para pembaca berfikir lebih baik agar kita sama2 dapat muhasabah...mencari tarbiyah yang sesuai untuk jiwa kita...wasalam



Rabu, 21 Julai 2010

sayunya di subuh ini..merasai kehadiranMu..



dengan kekuatan yang diberikan...kudrat mengatasi segala nafsu kemanusiaan... mebawa diri dan minda ini kembali mencari tuhan.. di kala subuh yang tenang...ditemani kedinginan embun subuh.. membuatkan aku yang lemah lagi hina ini berfikir akan apakah yang telah ku lakukan untuk mengucapkan tanda syukur kepada tuhanku...




ibarat benih yang baru tumbuh...di baja, disirami dengan air...diberi bekalan dengan sinaran cahaya matahari agar dapat terus subur dan tubuh seperti tumbuhan-tumbuhan yang lain... semua nikmat ini diberi dengan percuma.. sepatutnya jika aku sedar, pasti aku akan berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang telah aku perolehi...namun... kenapa aku tidak bersyukur??

ini kerana aku bongkak... aku merasakan manusia sangat mulia...mulia dari segala2nya sedangkan "DIA" lah yang jauh lebih mulia...




namun di subuh ini...hatiku diketuk ibarat air yang digin dicurah kewajah agarku menjadi segar semula... sayunya di subuh ini ya Allah...

Engkau sering bersamaku...namun aku leka...lupa dan membiarkanMu...sedangkan hadirMu adalah untuk menemaniku...melindungiku... kejamnya aku jahilnya aku...sombongnya aku...







ku bermunajat padaMu ya Allah...ku berazam untuk tidak lagi melupakanMu ya Allah... ya Allah ikatkanlah hatiku... pimpinlah aku ya Allah untuk terus duduk dijalanMu...sentiasa dekat denganMu...aku takut ya Allah...takut Jiwaku akan mati tanpa perlindunganMu...

ya Rabbal alamin.... nikmat ini sepatutnya ku syukuri dan ku nikmati...namun aku bongkak...lupa pada siapa yang telah berjasa kepadaku... semoga sayu disubuh ini membawa hatiku agar terus MencariMu dan semoga akan terus berada disampingMu..

sayu disubuh ini menjadi saksi...dan semoga ia akan datang lagi menjadi saksi...menjadi pengejut dikala aku terlena dikala aku terleka... moga hadirnya mengajak ku agar terus mengingatiMu...

kerana aku perlu untuk selalu bermuhasabah....muhasabah cintaku padaMu ya Allah...

Jumaat, 16 Julai 2010

ubat sebenar...untuk diriku..

kadangkala kita merasakan ada pihak yang tidak merasai kewujudan kita kenapa ya?adakah memang dia tidak sedar ataupun dia buat2 xtau... ntah kadang kita akan berasa sedih... nak menangis...tapi kenapa plak nak nangis?? kadang buat kita terasa tapi kenapa pula kita nak terasa?? kadang buat kita terluka tapi kenapa kita nak terluka??

seringkali ada yang merasakan dirinya dipinggirkan... kenapa agaknya?? timbul perasaan sebegitu?? adakah itu juga merupakan lumrah yang ada pada manusia...

jawapan sebenar ada pada hati...

dekat sekali dengan diri...

tapi kita tidak memberi ruang kepada diri untuk memahami...

hati yang Allah berikan ini...


semuanya bermula dari hati...

akal yang dipandu oleh hati...


untuk menjawab semua soalan ini...sila update kembali hati2 kita...check semula... mungkin ada masalah disitu...apabila masalah di hati dapat diselesaikan masalah di sekeliling kita juga akan dapat diselesaikan..

yang penting rawat hatimu agar dapat merawat segala kedukaanmu...

dan ingatlah...jika engkau menghargai nikmat yang diberi oleh Tuhanmu..insyaAllah Dia akan mengurniakan sesuatu yang engkau sendiri tidak pernah membayangkannya...

Selasa, 6 Julai 2010

belajarlah untuk bersyukur...




alhamdulillah dengan kesempatan yang ada selama 3 hari kami berkampung di perumahan exco kerajaan selangor...yang mana ini adalah salah satu nikmat dunia yang boleh dinilai dengan pancaindera...



rumah yang bernilai 4 juta setiap se unit... membuatkan mata dan akal fikiran ini... lenyap seketika...lenyap di bawah arus indahnya dunia.... namun jika direnung kembali kenapa ianya wujud? atas sebab apa? rasanya.... tidak akan ku penuhkan pemikiranku hanya untuk memikirkan nikmat-nikmat dunia ini...



kehadiran kami ke sini adalah untuk menyertai program da'ie muda yang dianjurkan oleh ABIM pusat... selama 3 hari banyak benda yang kami belajar... dari program ini... moga semuanya bermanfaat kepada kami...



bermula 2-4 julai 2010 program ini berlangsung.... alhamdulillah dalam program ini sempat bertemu dengan akak-akak PKPIM... best!!! insyaALLAH moga panjang umur kita dapat bertemu lagi...

ilalliqa'

wasalam...

Rabu, 30 Jun 2010

MENGAPA AKU???

alhamdulillah dengan limpah kurnia daripada Allah masih lagi hambanya yang hina ini diberikan kesempatan untuk bernafas, diberi kekuatan untuk bergerak dan diberi kemudahan untuk menguruskan segala benda2 dunia nie... hari ini bertarikh 30 jun 2010...



satu peristiwa besar telah berlaku sekaligus sejarah lama berulang kembali tetapi berbeza dari segi lokasi saja...iaitu pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. dan "aku" tersenarai menduduki tempat yang ke-3 daripada pelajar yang terpilih..




"aku" terpilih???


ya Allah kenapa "aku"???


takut tidak berdaya untukku menangung..."aku" takut tugas dan amanah2 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna..


apapun... insyaAllah dengan taklif yang diberikan ini... "aku" akan cuba dengan sebaik mungkin...
dan Ikhlas.....mengapa "aku"


INI KERANA ITU SEMUA SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T


p/s untuk sahabat2 yang berada diluar sana..... lapangkanlah dada anda jika satu hari nanti ditaklifkan oleh ALLAH S.W.T seperti ini...terimalah tugasan itu...moga Allah.. mempermudahkan segalanya...

Isnin, 21 Jun 2010

ujian adalah tarbiah daripada Allah









ramai menyangka setiap ujian yang menimpa mereka adalah sangat berat berbanding dengan yang lain.. selalu mengeluh... dengan apa yang diberikan oleh Allah. ada yang merasakan tidak berpuas hati dengan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah... itu lumrah sifat manusia selalu tidak berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi.. menginginkan sesuatu yang lebih..



Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


nikmat tidak disyukuri..ujian pula sering dipandu dengan keluhan.. seperti tidak dapat menerima hakikat sebenar.. sebenarnya di setiap ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t semuanya mempunyai imbalan... saguhati bagi mereka yang bersabar.. sebaliknya bagi mereka yang sering mengeluh.. mempersalahkan pencipta...maka dia adalah orang yang rugi..







ujian yang menimpa sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah pada hambanya... mengapa di uji? kerana Allah ingin hambanya ingat kembali kepada penciptaNya... dan yang paling penting agar manusia dapat merasai ingin mendekatkan diri semula kepada Allah... al-maklumlah manusia akan kembali semula mengingati Tuhannya apabila sudah ditimpah sesuatu yang membuatkan dia menyedari akan segala tindakannya adalah salah..




seringkali di dalam doa... memohon untuk dirahmati hidup...seringkali memohon agar diampunkan dosa... tetapi tanpa disedari masih terus-terusan melakukan dosa... kemudian Allah memberi ujian...tujuannya untuk mentarbiah namun..ramai yang mengeluh... ibarat seorang pekebun, diberi tanah yang percuma untuk bercucuk tanam, dia teringin sangat untuk memakan jagung tapi langsung tidak tahu menanam jagung...



tapi bayangkan jika seorang pekebun yang ingin memakan jagung kemudian menanam jangung...insyaALLAH apabila berbuah ia akan merasai sendiri kemanisan dan kepuasan menanam jangung.. walaupun sewaktu menanam jangung pelbagai perkara yang menyusahkan dia contohnya kena menyiram pokok setiap hari..kena mencari sumber benih jangung... tarbiah juga begitu... dengan ujian...pastinya selepas itu ada kemanisan yang akan dirasai...



kehidupan ini diibaratkan sebagai roda, kadangkala berada di atas dan kadangkala berada di bawah.. jadi janganlah kesal atau bimbang.. jika engkau diuji... tidak bermakna engkau akan tersiksa selama-lamanya tetapi ianya hanya training untukmu sebelum tibanya cahaya hikmah itu..dengan rasa redha dan sabar menghadapi ujian..insyaALLAH dirimu akan bahagia..dan ujian ini adalah tarbiah yang paling berkesan untuk memantapkan seseorang.

Khamis, 3 Jun 2010

aku masih ada...

dengan kesempatan yang diberi ini rasanya... aku kena manfaatkan dengan kerja2 yang berfaedah seperti editing blog yang dah nak mula usang nie....

sejak kebelakangan nie blog nie dah menjadi senyap...bukan apa semakin lama semakin buzy hari2ku... maklumlah banyak benda yang perlu dibuat hehehe kawan kata mengalahkan menteri tapi xpe la itu mngkin pandangan mereka kan2..

ok2 xde apa nak kongsi kat cnie just nak ingatkan untuk semua saudara-saudara semuslimku LIFE4GAZA!!!! huh! merisaukan hampir seluruh umat islam yang perihatin dengan masalah ini...

apa agaknya yang dapat kita lakukan ya...

bagi nak membantu penduduk di gaza...

sukarelawan yang berani untuk mara, membantu pasukan menghantar bantuan ke GAZA???

kita ada senjata yang lebih advance!!! lebih power....

DOA...

DOA....

DOA...

banyakkan berdoa, jika ada masa atau kelapangan mari kita sama2 menunaikan solat hajat untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka "saudara2 kita disana"...


sedih sungguh... sakit mereka, sengsara mereka,sedih mereka.... adakah kita merasainya....

adakah kita tau sejauh mana keperitan hidup mereka??


sama2 la kita bangun wahai saudara2ku semuslim...


dengan kalimah ALLAH ..... dengan laungan takbir "ALLAHU AKHBAR!!!"

kita bangun...bangun memberi sokongan semangat untuk saudara2 kita disana...

"tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sendiri seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

ilalliqa'

Isnin, 14 September 2009

harapanku di ramadhan ini....

assalamualaikum...tak lama lagi ramadhan dah nak pergi syawal pula kembali...rasa sedih sangat berpisah dengan ramadhan entah dapat lagi kah ku merasai ramadhan yang akan datang moga Allah memberi kesempatan untuk merasainya lagi........


ramadhan pada kali ini sangat memberi banyak cabaran kepada ku sebagai seorang hamba yang lemah...........ujian datang silih berganti tidak kurang juga rahmat dari Ilahi.........

allah memberikan apa yang kita perlukan......bila kita susah Dia membantu....bila kita buntu Dia di sisi menemani walaupun acap kali kita melupakannya......

Terima kasih ya Allah kerana kasih sayangmu ini........ ramadhjan kali ini..... ana asyik jatuh sakit...ntah mengapa....mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita..... apa pun syukur ya Allah memberikan sakit pada diri hamba moga ada hikmah disebaliknya.....

di dalam ramadhan ini...... boleh di nilai dan di rasai kekurangan yang ada pada diri ini....moga Allah terus memberi tarbiyah kepada diri hamba yang hina ini Amin....

Rabu, 12 Ogos 2009

INDAHNYA RAMADHAN YANGKU NANTI......

salam untuk semua syukur kehadrat Allah kerana kita masih diberi kekuatan untuk terus bertahan di muka bumi ini. hari nie dah 21 sya'aban tak lama lagi bulan ramahdan pula mengambil alih tempatnya...kehadiran bulan ramadhan amat kita tunggu-tunggu betul tak? keindahan ramadhan tidak dapat digambarkan dengan zahir.....kenikmatan dan keindahannya sangat mempersonakan...indahnya ramadhan al mubarak...walaupun terlalu awal rasanya tidak salah untuk ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK MOGA RAMADHAN YANG BAKAL DATANG INI MEMBERI TARBIYYAH PADA KITA SEMUA...

Selasa, 11 Ogos 2009

UNTUKMU WANITA...

Peliharalah akhlakmu kerana ia KEHIDUPANMU..

Peliharalah agama kerana ia adalah NYAWAMU..

Peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah LUKISAN HIDUPMU..

Peliharalah amalanmu kerana ia adalah PAKAIAN UKHRAWIMU..

Peliharalah lisanmu kerana ia adalah HATIMU yang meneNtukan baik buruk DIRIMU.. ~ ~

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,

umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,

tetapi tidak melihat apa-apa" ~ ~

Ya Rahman Ya Rahiim.. Indahkanlah Akhlaq kami sepertimana Kau telah memperindahakan rupa kami ♥ ~ ~ AMEEN