Khamis, 23 Jun 2011

hati lapar...

hati lapar?? agak-agaknya bagaimana keadaan hati yang lapar?? adakah ia memulas-mulas seperti perut yang lapar, atau menelan sebanyak mungkin air luar yang singgah di raja kalam??begitukah juga keadaan hati yang lapar??

hati yang lapar sebenarnya mempunyai makanan tersendiri, ianya sangat istimewa dan jimat.. ia tidak memerlukan wang beratus atau beribu-ribu ringgit, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk di masak dan di sediakan.. ianya mudah... dan resepi ini ada disebutkan di dalam hadith nabi yang berbunyi:-


لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله
Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah

sebenarnya makanan yang paling diperlukan dan memberi nutrisi yang secukupnya kepada hati ialah Zikrullah... Namun ramai yang masih sanggup berlapar.. hingga membiarkan sang hati kekeringan akibat dibiarkan tidak mejamah makanan ataupun air menghilangkan dahaga ... mereka lupa,lali dengan godaan dunia... sehingga leka dan melupakan bahawa hati membuntukan makanan...

Raja kalam [mulut] kenalah mengambil peranan untuk mencerna makanan hati ini... namun bukan saja dengan kudrat raja kalam tetapi kenalah di dorong dengan kekusyukkan hati... barulah ia mudah untuk dicerna...

Lapar hati juga seperti laparnya perut... bila bergurindam mulalah nak mencari makanan , tetapi bila lapar hati??? beruntung bagi mereka yang mencari tuhan... tetapi bagi mereka yang semakin tersesat, bergelumang dengan kegelapan???bagaimana nasib mereka????

oleh yang demikian,saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua... jangan biarkan hati kita lapar, kerana bila hati kita lapar tidak mustahil kita akan mati-mati dalam kegelapan bukannya kebahagiaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan