Khamis, 27 Jun 2013

harus bagaimana??

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan umur untuk terus berkelana mencari bekalan di bawa ke daeerah sana insha Allah..

Alhamdulillah, selawat serta salam buat nabi junjungan, nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda...

beberapa hari ini,
terlintas di minda,
beberapa perkara, yang selalu terfikir, ianya bukanlah penting..tetapi kadangkala mengganggu diri ini..

apakah??
berbicara soal jodoh.. adakah boleh seseorang sepertiku berbicara? adakah layak? mungkin ada yang berkata..."kamu masih muda, tak perlu peningkan kepala berfikir soal jodoh". ada benarnya apa yang dikata oleh mereka itu, ada juga silapnya. jika melihat pada angka, diukur dari usia yang masih muda mungkin itu yang bakal dikatakan. tetapi jika difikir dari sudut lain, kemaslahatan itu lebih perlu diutamakan.

ada baiknya mula berfikir dari sekarang, rasa peduli akan masa depan. berfikir soal jodoh. dalam masa yang sama, bagi yang sedang belajar jangan pula terlalu asyik sehingga yang dikejar-kejar tak dapat yang penuh dalam kendongan berciciran.peringatan untuk diri sendiri. 

tapi diusia remaja dan pra-kedewasaan, terkadang cinta datang. cuba mengusir dari menempat dihati,namun semakin diusir semakin terkesan dihati... tidak salah bila cinta datang, kerana fitrah rasa cinta tidak dapat dinafikan, namun peringatan!!  andai cinta itu dipandu dengan nafsu, memakan diri sendirilah jawabnya, andai cinta itu dipandu dengan akal dan hati insha Allah selamatlah dunia hingga akhirat nanti....

andai rasa cinta itu datang..
insha Allah diterima,
namun risau sekali menjadi lupa,
ishqi dengan dunia sendiri..

andai ada cinta yang datang..
semoga ia tidak sia-sia,
datangnya bukan ziarah..
biarlah kekal hingga ke syurga..
dengan jalan yang diredhaiNya..

andai hadirnya hanya gurauan dunia,
jauhlah ia,
semoga angin senja membawanya pergi..
dek nafsu memandu,
akal kaku dan beku..

harus bagaimana? serahkan padaNya, semoga limpahan rahmatNya untuk kita semua.. andai itu ketentuan terimalah dengan hati terbuka..insha Allah, sentiasalah memohon perlindungan moga terus dilindungi..ameen..

Jumaat, 14 Jun 2013

22 tahun sangat istimewa

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah dan kurnia dariNya, masih dipinjamkan usia untuk berjalan, melihat dan merasai nikmat Allah s.w.t di dunia ini.. 

peristiwa semalam masih lagi segar diminda, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku. dan xterlintas dek minda yang berfikir..ya Allah terima kasih kerana mengurniakan mereka-mereka yang sangat baik, teman yang sentiasa bersama jatuh dan bangunku.. tahun lepas sehingga tahun ini sejujurnya banyak benda yang kami kongsi bersama-sama.. terasa ukhuwah itu.

tidak pernah terbayang akan berlaku seperti semalam..

begini ceritanya...

semalam salah seorang akak saya nie nama dia kak irah, dia nie cute orangnya, tapi agak nakal.. kalau berprogram tanpanya, tak meriahkah suasana, katanya nak ajak saya keluar makan dan tidur di kolej kediaman saya. saya mengiyakan dan berniat untuk menolongnya untuk prepare barang-barang makanan ringan untuk dibawa ke program orang asli minggu ini. tunggu punya khirnya dia membuat satu panggilan kepada saya mengatakan dia telah tersesat, nasib kak syafiah telah membantunya. 

hah kak syafiah pula nie, akak saya yang sangat baik hati..teringat waktu belajar dulu, xletih dia membantu saya, bila saya sakit dialah sentiasa bersama saya.. dia sangat baik hati. bila saya silap dia selalu menegur saya, walaupun saya terasa tetapi bila fikir semula betul apa yang dikatakannya pada saya. kak syafiah sepanjang perjalanan mencari helah, kejap-kejap kereta berhenti, dia keluar dan menyambut panggilan..confuse saya, kenapa perlu menyambut call diluar kereta. tetapi saya beranggapan mungkin ada diantara kawan-kawan kak syafiah yang nak join sekali makan bersama kami :) fine..

setibanya di restoran, mereka memandang sana sini, aku juga turut mengikut gerak mereka, memandang sana sini, seperti ada orang yang dinanti...confuse lagi. tapi akal tak cuba untuk merungkaikan persoalan tue, kerana dek perut yang meragam nak makan..lapar sangat waktu tue.. tetapi tiba-tiba mereka mengajak untuk menukar meja ke tempat yang lain.. aku mengikut saja kehendak mereka..

duduk di meja baru, sambil makan otak-otak yang dihantar oleh penghantar (ayat abi /dr.ibrahim) aku mula tenang dan xresah, perut start dah diisi, senyaplah mulut nak berbicara..hehehehe 

tiba-tiba sepertinya ada orang yang datang di arah belakang, muka kak irah dan kak syafiah seperti berubah.. emm??? baik aku menoleh ke belakang..

HAH????

kenapa Amie ada?? confuse... kak azah?? kak wa?? dan kawan kak irah..
ehem2... siapa amie? amie nie sahabat saya, kenal waktu sama-sama berpogram, pernah dengar nama dia sekali waktu tahun 2010 tapi orangnya baru dijumpai oktober 2013..ayat macam criminal je :). kindman.. semoga dia menjadi lelaki soleh baik budi pekerti :). amie adik kepada kak wa, kak wa pula seorang sangat penyayang, dia sangat baik kepada adik-adiknya. sopan santun dan sangat intelek.. nak mencontohinya dan menjadi sepertinya satu hari nanti..credit untuk kak wa.yang paling specialnya kak wa nie orang yang sentiasa senyum tetapi sangat matured dalam hal-hal yang mustahak, terserlah ketika meeting kat kl sentral haritue, semoga Allah memberkati hidupnya, dipermudahkan segala urusannya dan .................... Amin :)

kak azah pula?? hat nie yang special, dia sangat caring tapi tak nak tunjuk..tapi saya tahu INI SEMUA POYO.. hehehe dia sangat baik walaupun kadang dia cakap rasanya macam tomyam cili lebih tetapi hatinya sangat baik.. susah senang sentiasa membantu, dia antara orang yang selalu menyelamatkan dari bergelandangan.. biliknya ibarat shelter bagi diriku... terima kasih kak azah :) kerana menerima diriku menjadi roomate mu hehehe..

owh rupanya inilah plan mereka, 2 dari kajang 2 lagi dari lumut-tanjung karang-bangi (sangat jauh perjalanan mesti drang sangat letih), 2 lagi dari gombak (jauh juga nie, nak turun ke bangi dari hujung ke hujung) sanggup datang semata-mata celebrate birthday budak busuk dan senget macam aku nie... 



kelu lidah tak terkata,
xterjemah perasaan saat itu,
menempar2 pipi beberapa kali,
ingatkan mimpi rupanya realiti..

terima kasih sahabat disisi,
hidup ini sangat bererti,
hadirnya kalian menjadi penyeri,
dalam permusafiranku ini..

terima kasih juga buat keluarga-keluarga YAK yang lain, yek gembira adanya hak semua.. semoga Allah permudahkan urusan kita, semoga Allah lancarkan perjalanan kita dalam usaha dakwah dan mencapai redhaNya.. 

salam sayang untuk semua..Wassalam

Khamis, 13 Jun 2013

lagu-lagu

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur kehadrat Allah atas nikmat islam dan iman.. boring?? jom dengar lagu nie, agak lama tapi masih segar diingatan..

sabarlah kasih..




"Betapa ku mengerti hasrat yg tersembunyi 
perasaan mu kasih terhadap diri ini 

 ku tahu kau merindu merindui diriku 
usahlah engkau ragu kasihku kepadamu 

 sebelum bersatu usahlah terburu  
menurut nafsu sabarlah kasihku 

 syariat membataskan adab dan pergaulan 
jagalah kehormatan usah keterlaluan 

kau dan aku akan dilindungi 
darinya tipu daya duniawi 

 sedarlah wahai sayang di dalam kehidupan 
kita hanya merancang Allah yang menentukan"

by: Solehah

Rabu, 12 Jun 2013

Robbi hubbi... duniaku

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulllah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus menjalani hidup yang semestinya indah walaupun kadangkala ada pasang surutnya..itu sudah biasa..

dunia....
indahnya,
memuaskan nafsu mata yang memandang,
tatkala itu ramai yang melihat..
tetapi tidak ramai yang bertaakul..
memikirkan disebalik penciptaan..
adanya tanda2 kekuasaan sang Pencipta..

dunia..
tatkala ramai terlena,
kelam malam mengelapkan suasana..
ramai yang beradu..
tatkala itu ada juga yang merindu..
berceritera bersama Robbi yang di hubbi..

alangkah nikmatnya hidup di dunia itu..
tatkala si hamba tanpa jemu berfikir akan kehambaannya..
sang Pencipta tidak jemu melimpah rasa kasih dan cinta..
dengan kurniaan nikmat yang tak terhingga..

semoga hamba yang berfikir itu,
semoga limpahan kasih dan cinta itu
semoga yang dikurniakan nikmat itu
itu..itu... dan itu.. adalah KITA..

wassalam..

Selasa, 11 Jun 2013

Dialah...

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur diberi kesempatan mencoret di dalam blog ini walaupun sebenarnya 2 minggu ini buzy berhadapan dengan final exam.. Alhamdulillah, digerakkan hati diringankan tangan untuk menaip menulis sesuatu yang ingin dikongsi buat sahabat2 semua..



dari petang tadi hingga saat ini, sambil membaca nota-nota metod dakwah, telinga menangkap lagu yang didengar dari youtube. satu demi satu lagu dimainkan sehingga terbuka lagu inteam..

Siti Khadijah..
teringat usrah sebulan yang lalu kak aqilah merupakan naqibah kami meminta untuk memilih seorang tokoh wanita yang kami kagumi. bersempena dengan sambutan hari wanita sedunia.. di dalam halaqah itu kelihatan semua sedang berfikir agaknya tengah memilih dan menilai siapakah wanita yang ingin dijadikan idola.. sambil melihat reaksi mereka, ada juga dikalangan kami sudah bersedia untuk berkongsi siapakah tokoh wanita yang mereka kagumi, diri ini turut sama.menyimpan rapi di dalam kotak minda sebelum dikogsi. setelah beberapa minit berlalu, kakak naqibah kami memetik nama secara rawak dan diriku dipilih sebagai orang ke-3 berkongsi siapakah tokoh wanita yang aku kagumi...

dengan senyuman dan lafaz bismillah giliranku berkongsi siapakah tokoh itu..

dan... Saidatina Khadijah menjadi pilihanku..

mengapa??

sudah pasti dialah yang dikagumi. tinggi budi pekertinya, menjadi peneman Rasulullah dikala suka dan duka. walaupun junjungan besar kita diuji dengan kejian dan cacian pada waktu itu oleh golongan kafir laknatullah namun dengan adanya dia penguat semangat suaminya untuk terus berdakwah dan menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat. kecerdikan dan kemewahan yang ada pada dirinya tidak sesekali dibanggakan, sepenuhnya harta yang dimiliki disalurkan sepenuhnya kejalan dakwah.. begitu mulianya saidatina Khadijah. 

Allah memberkati dirinya, darinya lahirnya zuriat2 yang soleh dan solehah hasil perkahwinan dengan jujungan besar nabi Muhammad s.a.w. tetapi sesuatu yang menyedihkan, dia meninggalkan suami dan anak-anak tercinta kerana Allah s.w.t telah menjemputnya.. Alangkah sedih baginda, terpancar kebaikan dan kesolehahnya... ya Allah sungguh, dia wanita yang mulia.. 

Pengorbanannya sentiasa dikenang. Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.

            Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).

            Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

subhanallah.. marilah kita sama-sama mencontohi saidatina Khadijah, semoga kita menjadi hamba yang solehah insha Allah :) Wassalam..

Jumaat, 7 Jun 2013

22 tahun sudah..

Assalamualaikum...Alhamdulillah ats limpah kurnia dariNya Robbul Izzati yang maha pemurah lagi maha penyayang, masih lagi diberi kesempatan berada di sini, mencari dan terus mencari bekalan untuk dibawa ke daerah sana insyaAllah...



dalam entry kali nie pelik??? kenapa ada gambar kek?? birthday siapa agaknya??

birthday tuan kelana iman :")

Alhamdulillah hari nie genaplah usia 22 tahun dan hari ini juga sama dengan hari kelahiran saya (jumaat sayyidul ayyam) Alhamdulillah..terlalu cepat masa berlalu, hingga tidak sempat untuk menarik nafas..hiperbolanya begitulah..lebih-lebih lagi kita umat akhir zaman nie, masa berjalan tersangatlah pantas..

kita sebagai manusia seharusnya menjadi pekebun yang semakin rajin bekerja..menanam dengan banyak hingga dapat mengumpul hasil tanaman yang banyak..cepat..cepat masa semakin pantas bergerak..risau...risau bila saatnya tiba, terlambat akhirnya pulang dengan keadaan papa kedana..risau sungguh..

meraihkan ulangtahun hari lahir bukanlah satu kegembiraan bagi diri ini, tetapi suatu kerisauan yang menempat dalam diri..umur semakin bertambah, maksudnya sedikit demi sedikit dunia ini melangkah kaki mula  meninggalkan diri ini..sedangkan waktu kembali semakin dekat menghampiri.. Ya Allah kiranya engkau mengasihiku, jadikan aku hamba yang sedar waktu itu semakin menghampiriku, jangan dibiarkan diriku ini kembali kepadaMu dengan tidak berisi, ketuklah hatiku, isilah sisa baki hidupku ini dengan rahmatMu berbentuk ketaatan dan hiasilah sisa baki hidup ini dengan akhlak mahmudah..andainya tersasar atau terleka tegurlah diriku ini.. sepenuhnya diriku ini ku abdikan padaMu..

dunia hanya pinjaman, roh yang berada dirangka jasad, nyawa yang menjadi sumbu kehidupan ini hanya sementara semoga diriku ini sedar bahawa dunia yang ku diami, kehidupan yang ku jalani, tangis dan tawa yang ku rasai acap kali ini akan berhenti...

semoga di usia 22 tahun ini, dirimu menjadi seorang yang matang..mewakafkan diri sepenuhnya kepadaNya yang maha kuasa..menjadi hamba bertakwa dan umat yang terbaik kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi.. 

buat mak dan bapa, terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini. dari sebesar tapak tangan hingga kini tanpa jemu mengasuh dan mendidik diri ini.. dalam senang atau susah tidak pernah mereka meninggalkan diri ini sendiri... buat abang yang dikasihi..semoga Allah memelihara kita ukhwah hingga ke syurga.. kita berdua hadiah yang terbesar buat mak dan bapa, semoga kita sama-sama tidak menghampakan harapan mereka.. untuk semua keluarga, guru-guru dan sahabat tercinta terima kasih atas segala tunjuk ajar, keprihatinan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..insyaAllah..

Amin ya Rabbal a'lamin...

Rabu, 5 Jun 2013

dikala senja

Assalamualaikum..Alhamdulillah atas rahmat dariNya, masih lagi dipinjamkan nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang bertakwa namun selalu terleka dek dunia yang menggoda..

Alhamdulillah sedar xsedar beberapa hari lagi menghabiskan semester 2 di bumi UKM, Pahit manis yang dilalui, semua tersimpan di kotak minda.. 

refresh..refresh..refresh..

terlalu banyak benda yang di install, baru terasa beratnya.. tidak pernah di scan, rupanya sudah terdapat banyak virus yang terikut... perlu berbuat sesuatu, perlu menyahkan semua ini...saat ini merindui insan-insan yang sentiasa berada dibelakang, hidup dengan syariat.. mereka2 yang ku rindui semakin jauh... ketenangan itu sungguh dirindui... setiap yang diinstall pasti akan di scan... rindu dengan bela, ija dan kak ina... adik beradik dunia akhirat..penguat diri.. mengaji bersama, soal berjemaah, puasa sunat..ya Allah terlalu merindui waktu itu, sangat merindui..apa diri ini mampu untuk kembali.. ketenangan sewaktu itu tidak lagi dirasai saat ini.. mungkin ada yang terlepas pandang, mungkin ada yang diluar kesedaran...

semoga dirangkul semula ketenangan sebegitu, diri ini ingin kembali.. 


ya Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui, kembalikanlah semula ketenangan ini, saat ini sangat mengajar diriku yang tidak tahu bersyukur ini... aku semakin jauh dari landasan sebelum ini. yang sebelum ini ku rasa betul rupanya tersasar dek nafsu yang memujuk... nikmat sedar yang Engkau kurniakan ini, membuka mata hatiku, membuka mindaku...yang aku xmampu untuk sendiri... dekatkan diriku padaMu..

saat ini aku sudah lemah untuk melangkah sendiri..

semoga diri ini terus berusaha, menjadi yang terbaik.. walaupun di dalam lipatan hidup bukan semua indah, ada juga kelompongan kecacatan..semoga tidak berhenti langkah ini walau sudah letih, terus mengasah tenaga, bertatih hingga akhirnya sampai kepenamat denga berjaya, dan berada di bawah rahmatMu ya Robbal Izzati...