Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan umur untuk terus berkelana mencari bekalan di bawa ke daeerah sana insha Allah..
Alhamdulillah, selawat serta salam buat nabi junjungan, nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda...
beberapa hari ini,
terlintas di minda,
beberapa perkara, yang selalu terfikir, ianya bukanlah penting..tetapi kadangkala mengganggu diri ini..
apakah??
berbicara soal jodoh.. adakah boleh seseorang sepertiku berbicara? adakah layak? mungkin ada yang berkata..."kamu masih muda, tak perlu peningkan kepala berfikir soal jodoh". ada benarnya apa yang dikata oleh mereka itu, ada juga silapnya. jika melihat pada angka, diukur dari usia yang masih muda mungkin itu yang bakal dikatakan. tetapi jika difikir dari sudut lain, kemaslahatan itu lebih perlu diutamakan.
ada baiknya mula berfikir dari sekarang, rasa peduli akan masa depan. berfikir soal jodoh. dalam masa yang sama, bagi yang sedang belajar jangan pula terlalu asyik sehingga yang dikejar-kejar tak dapat yang penuh dalam kendongan berciciran.peringatan untuk diri sendiri.
tapi diusia remaja dan pra-kedewasaan, terkadang cinta datang. cuba mengusir dari menempat dihati,namun semakin diusir semakin terkesan dihati... tidak salah bila cinta datang, kerana fitrah rasa cinta tidak dapat dinafikan, namun peringatan!! andai cinta itu dipandu dengan nafsu, memakan diri sendirilah jawabnya, andai cinta itu dipandu dengan akal dan hati insha Allah selamatlah dunia hingga akhirat nanti....
andai rasa cinta itu datang..
insha Allah diterima,
namun risau sekali menjadi lupa,
ishqi dengan dunia sendiri..
andai ada cinta yang datang..
semoga ia tidak sia-sia,
datangnya bukan ziarah..
biarlah kekal hingga ke syurga..
dengan jalan yang diredhaiNya..
andai hadirnya hanya gurauan dunia,
jauhlah ia,
semoga angin senja membawanya pergi..
dek nafsu memandu,
akal kaku dan beku..
harus bagaimana? serahkan padaNya, semoga limpahan rahmatNya untuk kita semua.. andai itu ketentuan terimalah dengan hati terbuka..insha Allah, sentiasalah memohon perlindungan moga terus dilindungi..ameen..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan