Sabtu, 22 Februari 2014

jangan pernah berhenti

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dinjamkan nyawa untuk terus berada di muka dunia, mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk dibawa ke daerah sana kelak. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah setelah begitu lama blog ini tiada pengisian baru, kerana kesibukan dan kemalasan yang datang bertimpa-timpa.. Alhamdulillah hari ini berpeluang menulis semula, dan semoga usaha ini akan istiqamah. 

ramai diantara kita selalu berkata, "aku ingin berubah" tetapi masih lagi berada dalam keadaan yang sama, ianya memakan masa berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun tetapi keadaan masih sama.. hal ini menyebabkan kita berputus asa, dan merasakan diri kita tetap xberubah. motivasi untuk berubah kita menurun, virus negatif terus menular menghasut seluruh raga dan jiwa agar berhenti melayan malaikat baik yang datang di dalam jiwa. akibatnya, kita mengambil keputusan untuk berhenti saja, kita terlupa meletakkan pengharapan pada yang esa.. sebenarnya kita masih punya harapan untuk berubah, kerana pengharapan yang disandarkan kepada Allah s.w.t ditambah dengan usaha dari diri kita, hasilnya pasti tidak mengecewakan.

bagi insan yang ingin berubah, satu perkara yang terpenting ialah "jangan pernah berhenti" untuk berubah.. terus berbuat kebaikan, tanamkan mahmudah di dalam diri, siram dan baja dengan iman dan amal. selagi ada nyawa dikandung raga, selagi itu masih ada kesempatan untuk kita berubah. pengampunan dari Allah sentiada ada bagi hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.. 

lipatan sejarah dan sirah banyak memuatkan kompilasi kisah tentang hamba yang ingin berubah, dengan itu mudahlah bagi kita sebagai manusia yang ingin berubah mengambil ibrah. ulama tasawwuf kita juga menulis begitu banyak formula untuk membuang segala mazmumah dan digantikan kepada mahmudah seperti yang diajarkan oleh imam al-Ghazali berkenaan konsep "tazkiatun nafs". 

asalkan "JANGAN PERNAH BERHENTI", mungkin kadangkala kita lelah, tetapi jangan terus mengalah..semoga Allah memberikan kebaikan kepada diri kita semua insha Allah...