Sabtu, 22 Februari 2014

jangan pernah berhenti

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dinjamkan nyawa untuk terus berada di muka dunia, mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk dibawa ke daerah sana kelak. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah setelah begitu lama blog ini tiada pengisian baru, kerana kesibukan dan kemalasan yang datang bertimpa-timpa.. Alhamdulillah hari ini berpeluang menulis semula, dan semoga usaha ini akan istiqamah. 

ramai diantara kita selalu berkata, "aku ingin berubah" tetapi masih lagi berada dalam keadaan yang sama, ianya memakan masa berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun tetapi keadaan masih sama.. hal ini menyebabkan kita berputus asa, dan merasakan diri kita tetap xberubah. motivasi untuk berubah kita menurun, virus negatif terus menular menghasut seluruh raga dan jiwa agar berhenti melayan malaikat baik yang datang di dalam jiwa. akibatnya, kita mengambil keputusan untuk berhenti saja, kita terlupa meletakkan pengharapan pada yang esa.. sebenarnya kita masih punya harapan untuk berubah, kerana pengharapan yang disandarkan kepada Allah s.w.t ditambah dengan usaha dari diri kita, hasilnya pasti tidak mengecewakan.

bagi insan yang ingin berubah, satu perkara yang terpenting ialah "jangan pernah berhenti" untuk berubah.. terus berbuat kebaikan, tanamkan mahmudah di dalam diri, siram dan baja dengan iman dan amal. selagi ada nyawa dikandung raga, selagi itu masih ada kesempatan untuk kita berubah. pengampunan dari Allah sentiada ada bagi hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.. 

lipatan sejarah dan sirah banyak memuatkan kompilasi kisah tentang hamba yang ingin berubah, dengan itu mudahlah bagi kita sebagai manusia yang ingin berubah mengambil ibrah. ulama tasawwuf kita juga menulis begitu banyak formula untuk membuang segala mazmumah dan digantikan kepada mahmudah seperti yang diajarkan oleh imam al-Ghazali berkenaan konsep "tazkiatun nafs". 

asalkan "JANGAN PERNAH BERHENTI", mungkin kadangkala kita lelah, tetapi jangan terus mengalah..semoga Allah memberikan kebaikan kepada diri kita semua insha Allah... 

2 ulasan:

  1. WSWW. Syukur kita kehadrat qjjl swt di atas segala Rahman, Rahmat serta Nikmat hidup yg mencurah2 dianugerhkan oleh Illahi Ya RABBI.
    Tak kurang juga Ujian dalam kehidupan yg sering datang mengusik sanubari hamba2nya yang sentiasa memohon keampunanan dpd
    qjjl swt.
    Kesempurnaan yg sentiasa didambakan oleh hamba2nya adalah milik qjjl swt sahaja. Tapi hambanya masih juga berdegil utk punyai sifat ini. Bertembunglah keinginan nafs dan fitrah. Bagi hamba2nya yg akur dgn fitrah anugerah Illahi maka akan istiqomah segala apa ciptaan dmuka bumi ini mengikut ketetapan SUNNATULLAH. Dan yg Ingkar akan menyebabkan Peperangan, Huru hara, Perebutan kuasa, Fitnah,
    Perceraian, Kehidupan diluar tabi'i manusia,Kekayaan ala Khorun dll. Semuanya ini adalah inginkan Kesempurnaan.
    Dalam hidup ini kita mestilah berfikir dan bertindak secara bijaksana. Apa sebabnya Rasulullah di angkat
    sebagai Nabi pada usia 40 tahun dan wafat pada usia Baginda 63 tahun. Rasulullah cuma dibero tempoh 23tahum utk menyebarkan Agama Islam. Alhamdulillah, Ajaran Islam telah tersebar keseluruh Dunia.i
    Ini bermakna Umur kita ini adalah sebagao penanda aras utk kita manafaatkan sebagai seorang anak, pelajar, remaja, dewasa:suami isteri; Ayah Ibu, Pengusaha, Pendakwah, Pemimpin, dan akhirnya seorang tua yg akhirnya kembali ke Rahmatullah. Sedarlah kita Hakikat sebenarnya yg Kehidupan memang sudah punya penanda ARAS yg jelas ia itu UMUR kita. Bijak bijaklah membacanya bila memulakan kehidupan, memperjuangkan kehidupan dan menghadapi hari tua kita nanti. WALAUBAGAIMANAPUN, segala2nya adalah atas ketentuan qjjl sw. LAHAULA WALA KUWATA ILLA BILLAHIL A'LIUL AZIM.

    BalasPadam