Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Disember 2010

harapan di tahun baru..






Alhamdulillah sampai juga ke penghujung 2010..sepanjang tahun 2010 terlalu banyak perkara yang dilalui...baik atau buruk semuanya ditelan..dijadikan bekalan untuk meneruskan hidup..dijadikan peringatan agar tidak melakukan kembali kesilapan lalu. di tahun 2010 juga menyimpan pelbagai memori bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan pensyarah2, orang-orang disekeliling serta sahabat-sahabat di maya... sepanjang tahun 2010 juga pelbagai pengalaman yang dilalui... join buat kerja sukarela di kampung-kampung orang asli, menjadi MPP KDH/2010, join sebagai urusetia MTQ antarabangsa di PWTC, join senior2 PKPIM buat program menara gading UKM, jadi pembantu penyelidik kat MAHA di Mardi, join Sirah muzikal di JAKIM anjuran ISMA... huhu banyak benda... nak cerita sampai esok tak habis..


semua yang dilalui dijadikan kenangan yang terindah dalam hidup walaupun ada yang pahit dan manis.. semuanya di simpan di dalam kotak memori yang sangat besar kapasitinya iaitu [otak]...inilah hidup... yang pahit tidak kurang juga. ada 2 perkara yang tidak akan luput dari ingatan antaranya ialah terlibat dalam kemalangan sewaktu bulan ramadhan dan di kejar oleh sekumpulan mat rempit di highway putrajaya.. waktu tue, hanya Allah saja yang tahu perasaan ini.... dah lah yang duduk kat dalam kereta mejoriti perempuan...

dalam tahun ini juga rasanya 5 kali balik sabah.. Alhamdulillah rezeki dari Allah..

tapi.............

ana berharap... walaupun tahun ini banyak kebaikan semoga tahun depan lebih baik... semoga ...

amal ibadah +
sedekah +
tidur -
mengata -
akhlak baik +
belajar +

dan berharap semoga tahun depan

= dapat menyelesaikan diploma
=bayar yuran darul hikmah
=dapat ambil sijil bahasa arab MARSAH
=dapat cari tahfiz
=dapat kerja sambilan
=dapat buat kerja dakwah
=dapat menjaga diri
=dapat jadi mukminah bertakwa
=dapat meninggalkan sifat2 buruk
= dapat...apa2 je yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat serta baik untuk ISLAM..


Target:
1) menulis sebuah buku
2) berazam menambah bilangan bacaan buku target 300 buah buku [ direkodkan]
3) ingin cari kerja sambilan
4) bayar broadband sehingga bulan 5..

amboi........banyaknya...... boleh ke nie??

insyaAllah semog dipermudahkan:)

wasalam

Jumaat, 13 Ogos 2010

hari ke-3 ramadhan

alhamdulillah dengan kesempatan yang diberikan oleh Allah dapat untuk ana meneruskan hidup sehari2an ana di tanah semenanjung malaysia ini... dan hari ini merupakan hari ke-5 ana mengajar di sekolah agama al-toyyibin taman bidara batu caves selangor...

nak berkongsi sedikit kenangan pada hari pertama sehinggalah semalam mengajar di sekolah itu....macam2 pengalaman berjumpa dengan murid2 yang pelbagai ragam...kadangkala terkenang kembali sewaktu ana di sekolah agama dulu bila bulan puasa...tido memanjang je dalam kelas al-maklumlah penat...letih... kadang tergelak sendiri melihat gelagat mereka yang pernah juga ana lalui satu ketika dulu...hahaha

9 Ogos 2010
mula dengan langkah kaki yang penuh semangat...konon2nya nak jadi ustazah...hehehe alhamdulillah semuanya ok mujngkin sebab mc baru lagi murid2 masih segan...kelas pertama bermula...di kelas darjah 6 dalam subjek tauhid....

10 Ogos 2010
hari ke-2 mengajar seperti biasa...hari nie serabut cikit dengan budak kelas darjah 4 abu bakar...masyaAllah bisinggg.........nak nangis ja rasa mcm xdapat kawal kelas.... wawawa....

11 Ogos 2010
hari ini ada peningkatan sedikit kelas tak berapa bising...ana buat kuiz sapa siap dulu ana bagi hadiah....just for kelas darjah 4 hehehe alhamdulillah...suka3x

12 Ogos 2010
hari nie sama seperti semalam... cuma ada sedikit penambahan...hari nie sesuatu yang istimewa berlaku...seorang pelajar darjah 1 menghantar sekeping nota yang didalamnya ada ditulis selamat berpuasa ustazah baru............ dengan lukisan gambar seorang perempuan yang berbaju kurung dan bertudung...cantik lukisan itu hehehe "syukran sayang..." hanya itu yang dapat ku katakan kepada murid itu...

bagaimana agaknya hari2 yang akan datang...moga niat btul...ya Allah beri keberkatan kepada kami semua Aminn....