Jumaat, 27 Ogos 2010

ramadhan :-)

assalamualaikum...syukur ke hadrat Allah s.w.t masih lagi diberikan kehidupan sehingga ke saat ini... minggu ini adalah minggu yang paling "buzy" yang pernah ana lalui bermula dengan jumaat lepas selepas bekerja mengajar di sekolah agama selayang selepas itu balik semula ke kolej terpaksa menguruskan orentasi pelajar2 baru sehingga ke hari rabu...letih tapi alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan... selepas itu merangka dan merancang progam iftar jama'ie untuk warga KDH... alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

tetapi selepas itu...Allah nak uji lagi...sakit pula.... alhamdulillah syukur...mungkin ini kafarah dosa... Syukur ya Allah...di ramadhan pada kali ini pelbagai peristiwa yang berlaku yang sudah pasti membawa pelbagai hikmah buat diri ana yang lemah ini...

jumaat minggu lepas.... sesuatu yang tak diingini berlaku... ana terlibat dalam kemalangan jalan raya... Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita Dia masih memberi kehidupan untuk terus mencari seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke sana 1 hari nanti... banyak benda yang di uji...

yang paling kelakar sekali...dah la pada hari kemalangan itu... kena musibah... malamnya pula selepas berurusan dengan kakak kawan ana "pemilik kepada kereta itu"di UIA nasib kami malang lagi apabila dikejar oleh sekumpulan mat rempit...cemas dihati.... takut tak terkata...teringat " angah" laju membawa kereta... sehinggakan mereka tak dapat mengejar kami..

syukur ya Allah...Allah banyak membantu kami....banyaknya hikmah di ramadhan ini...




Ahad, 15 Ogos 2010

masjid wilayah persekutuan kuala lumpur...




syukur ke hadrat tuhan atas limpah kurnianya masih lagi diberi kesempatan berada di bulan ramadhan menjalani kehidupan...masih terus di beri kesempatan bagi menyempurnakan ibadah puasa... alhamdulillah malam ini bertarawih di masjid wilayah persekutuan kuala lumpur jalan duta bersama dengan kak syafiah dan kak farrah alhamdulillah....


indah sungguh pemandangan masjid itu...dengan suasana yang tenang dan sejuk.......


ditambah dengan kemerduan suara imam mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran...seperti merasai diri ini berada sangat hampir disampingNya...terima kasih ya Allah atas kesempatan itu.... kehidupan ini tidak dapat dijangka.... langsung xterfikir akan solat di sana...terima kasih ya Allah...

dari selayang kami bertolak bersama kak farah dan kak syafiah lebih kurang pada pukul 7.39 malam.... merentasi kesibukan lebuhraya tidak mematahkan hasrat kami untuk menunaikan solat tarawih di sana.... dengan kedinginan hujan membuatkan diri ini berfikir seketika.... "aku tidak pernah memikirkan aku akan merasai pengalaman ini.... " melihat kak syafiah dan kak farah aku berfikir lagi...ingin sekali diri ini seperti mereka...mula matang dalam kehidupan...cuba untuk berdiri sendiri...adakah ku mampu??


semua itu...jawapannya ada pada diri ini...


kembali pada cerita tadi ... sebelum pulang sempat bergambar di hadapan masjid...






bergambar bersama kak farah dan kak syafiah......




kejap...nak gambar kat depan nie....


jelajah ramadhan ini memang hebat.... sebagai aktiviti tambahan selama berada di sini [selayang] terima kasih kak syafiah...

15 Ogos 2010------02.06 am




Alhamdulillah dengan rasminya pada hari ini 15 Ogos 2010 ana menutup akaun facebook dan friendster ana... mulanya rasa sangat berat hati tapi sebenarnya inilah yang terbaik... mungkin kebaikan ini dapat dirasai oleh diri ini sendiri..





Dalam entry kali ini ana nak berkongsi sesuatu...peringatan untuk kita semua temasuk diri ana yang lemah dan hina ini... "janganlah kita terlalu mengharap kepada benda2 dunia kerana ianya hanyalah fatamorgana hadirnya hanya sebentar sahaja.."





Di dunia ini banyak perkara yang menarik perhatian kita...membawa kita untuk merasa cinta kepadanya...tetap bila mata hati kita berfungsi kita akan dapat melihat ianya sebenarnya hanyalah hiasan semata2...penambah nilai estetika kepada dunia...

berharap pada dunia...pada manusia...sesuatu yang sia2... dunia ini tidak kekal...wujudnya hanya sementara...manusia tidak hidup selama-lamanya 1 hari nanti ia akan pergi juga...

apa yang perlu kita lakukan ...yang perlu kita buat...sandarkan pengharapan kita kepada Allah kerana DIA tidak pernah mengecewakan kita....Syukur ya Allah kerana dilahirkan aku ke dunia ini...dengan bertuhan.... tidak seperti mereka yang lain...

dikala di uji seperti ini...Engkau ada bersamaku....

indahnya hidup ini....

perkara2 dunia hanyalah sementara...

di ramadhan ini...terlalu banyak hikmah yang ku lihat...terima kasih ya Allah atas kesempatan ini... ampunkanlah segala dosa2 ini...kerana diriku ini hamba lemah lagi hina..

aku terlupa...leka memandang dunia di hadapan mata sebaliknya akhirat berada di bawah dagu...

"CUKUP ALLAH BAGIKU"...

"CUKUP ALLAH BAGIKU"

"CUKUP ALLAH BAGIKU"


Jumaat, 13 Ogos 2010

fadhilat solat tarawih


maha pemurahnya Allah s.w.t...dengan hanya mengerjakan beberapa rakaat solat tarawih diberikan begitu banyak nikmat dan keistimewaan.... jika berkemampuan ini saja ana merangkul semuanya...tamakkan akan keredhaan daripada Allah s.w.t...mari kita lihat apakah fadhilat2 solat tarawih bermula dari malam yang pertama hingga ke-30...




1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesepuluhAllah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelimabelasSemua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.










16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

p/s semoga selepas ini kita lebih bersemangat lagi untuk beribadah kepada Allah s.w.t...jom kita sama2 pg tarawih kwn2...

hari ke-3 ramadhan

alhamdulillah dengan kesempatan yang diberikan oleh Allah dapat untuk ana meneruskan hidup sehari2an ana di tanah semenanjung malaysia ini... dan hari ini merupakan hari ke-5 ana mengajar di sekolah agama al-toyyibin taman bidara batu caves selangor...

nak berkongsi sedikit kenangan pada hari pertama sehinggalah semalam mengajar di sekolah itu....macam2 pengalaman berjumpa dengan murid2 yang pelbagai ragam...kadangkala terkenang kembali sewaktu ana di sekolah agama dulu bila bulan puasa...tido memanjang je dalam kelas al-maklumlah penat...letih... kadang tergelak sendiri melihat gelagat mereka yang pernah juga ana lalui satu ketika dulu...hahaha

9 Ogos 2010
mula dengan langkah kaki yang penuh semangat...konon2nya nak jadi ustazah...hehehe alhamdulillah semuanya ok mujngkin sebab mc baru lagi murid2 masih segan...kelas pertama bermula...di kelas darjah 6 dalam subjek tauhid....

10 Ogos 2010
hari ke-2 mengajar seperti biasa...hari nie serabut cikit dengan budak kelas darjah 4 abu bakar...masyaAllah bisinggg.........nak nangis ja rasa mcm xdapat kawal kelas.... wawawa....

11 Ogos 2010
hari ini ada peningkatan sedikit kelas tak berapa bising...ana buat kuiz sapa siap dulu ana bagi hadiah....just for kelas darjah 4 hehehe alhamdulillah...suka3x

12 Ogos 2010
hari nie sama seperti semalam... cuma ada sedikit penambahan...hari nie sesuatu yang istimewa berlaku...seorang pelajar darjah 1 menghantar sekeping nota yang didalamnya ada ditulis selamat berpuasa ustazah baru............ dengan lukisan gambar seorang perempuan yang berbaju kurung dan bertudung...cantik lukisan itu hehehe "syukran sayang..." hanya itu yang dapat ku katakan kepada murid itu...

bagaimana agaknya hari2 yang akan datang...moga niat btul...ya Allah beri keberkatan kepada kami semua Aminn....

Selasa, 10 Ogos 2010

ramadhan kembali

Alhamdulillah akhirnya ampai dah kembali ke Bulan Ramadhan al-mubarak yang dinanti-nanti... juah disudut hati ingin ku membawa diri ini duduk bersama keluarga tercinta...bersahur bersama-sama...menunaikan solat bersama2...berbuka bersama2...mengaji bersama2... berbuka bersama2... rindunya saat itu...apapun terpaksa ku gagahkan diri disini...menjalani ibadah puasa tanpa ditemani.... sanak saudara.... ku mengharapkan agar ramadhan kali ini membawa seribu makna supaya aku menhadapinya dengan penuh makna...


untuk semua rakan2 sahabat2 seperjuangan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak semoga ianya membawa keberkatakan dari Allah s.w.t kepada kita...amin....

Khamis, 5 Ogos 2010

karnival ibadah!!!! jangan lepaskan peluang..


tawaran untuk semua... tidak lama lagi satu karnival ibadah akan diadakan...kepada peserta2 yang mengambil bahagian sila bersiap sedia...semoga berjaya dalam karnival pada kali ini..... :-)

Ahad, 1 Ogos 2010

eSoK FiNaL exAm.....huhu

memandang...termenung melihat helaian buku ulum hadis membuatkan kepala ini menjadi pening seketika... untuk meredakan keadaan...lebih baik mengisi sedikit entry kat dalam blog nie... alhamdulillah nampaknya xlama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan.... semoga ramadhan pada kali ini akan mendatangkan seribu keberkatan.. insyaALLAH... ntahlah kenapa sem ini rasa tak bersemangat... takutnya..risau sungguhlah..cmne lah agaknya ye??





em cerita tentang exam...sem nie nak tawakkal je la...ble ke mcm 2??? hehehe xle...bak kata lagu UNIC " tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih, bersusah2lah dahulu bersenang kemudian...."" hah! 2lagu yang ana minat waktu duk kat darjah enam.. selalu dengar waktu hari jumaat hehehe
hehehe kawan2 tanya npa ana nie stay je padahal nak dekat exam....bukan ape cuma taknak risau sangat tue yang buat ok2 je...bak lagu mestika " dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka"... emmm mcm tue la keadaan ana...




pernah satu ketika ana menerima sms daripada seorang sahabat







usaha + tawakkal = berjaya

tapi ana??

usaha 1/4 + tawakkal 100% = ???

kita tunggu jawapannya pada sem depan...