Rabu, 25 November 2009

inilah laman tempat kiteorang selalu lepak dulu I LOVE SMKATS


Pemandangan dari hadapan "sekolahku"
sahabat-sahabat yang ana sayangi... ana sayang kamu semua terima kasih sahabat moga kita akan berjaya dunia akhirat.....5 ibnu khaldun best!!!



Selasa, 27 Oktober 2009

hatiku diuji lagi....


kenapa sering kali begini? dengarlah luahan hatiku ini........ tarbiah kita dulu lebih dari mencukupi..... kenapa jadi begini sahabatku??? tak sayangkah kita dengan diri kita??? kenapa?............


siapa yang salah? jawab?? ku sangat menyayangi kamu semua sahabat2ku...."labuhkan tudungmu sahabat" itu islah kita....bantulah sahabat.......islam sudah semakin gelap jangan....jangan tambah kekeruhannya.....




aku suka sekali..... suka kerana selama ini aku berharap agar dapat mengajak yang lain menjaga amanah Allah ini........namun aku terlupa....ada insan yang duduk berhampiranku.... yang begitu aku sayangi menjauhkan diri dan cuba mengelakkan dari bertangungjawab atas dirinya....sahabatku.....adik2ku.... jagalah amanah ini.... tarbiyah yang kita belajar....amalkanlah..


kepulanganku sewaktu itu, ku gambarkan dengan bayangan syurga dunia......namun aku mendapat yang sebaliknya....jika kamu betul adalah sahabatku..... adikku..... bantulah....bantulah.... bukan membantu aku...tetapi bantulah agama kita ini

assalamualaikum.....

masih bernafas lagi hari ini...syukur ya Allah...

xbanyak benda yang mahu dikongsi... cuma sekarang nie buzy c kit banyak kerja....

sabtu yang lalu 13/10 ana dan rakan2 lain telah pergi ke rumah anak2 yatim darul Izzah. kami mengadakan gotong-royong bagi membantu anak2 yatim mengadakan persiapan untuk mengadakan majlis rumah terbuka..... sewaktu dalam perjalanan hati ini sangat gembira kerana akhirnya berpeluang untuk menyertai aktiviti sukarelawan itu..............

tiba di sana, hati ana tiba2 tersentuh....jiwa ana seperti merasai apa yang sedang mereka alami....

ana berasa sangat simpati dengan golongan ini..... mereka sebenarnya tidak jauh dari kita semua...!!!! buat kerja sampai malam....



esoknya.....

sambutan majlis rumah terbuka pun diadakan.... ramai jiran2 yang datang memeriahkan majlis itu.....ana sangat gembira melihat anak2 yatim memakai baju kuning yang sedondon....berwarna kuning telur.....cantik2 belaka....."ya Allah moga engkau melimpahkan rahmat kepada mereka semua"


DARUL 'IZZAH BEST!!!!! jika diberi peluang harap kita akan berjumpa lagi

Rabu, 14 Oktober 2009


salam semua....



semester baru sudah bermula....

ana semakin mula dewasa di KDH ini... sekarang ana sudah semester 2...

setelah banyak perkara yang dilalui akhirnya ana berjaya menghabiskan semester pertama....

dengan bantuan dan tunjuk ajar dari orang2 yang ada di sekeliling ana....

sungguh gembira hidupku kali ini...

moga Allah sentiasa memberikan rahmat keatas hambanya yang lemah ini...


baru2 ini ana telah mendapat result untuk semester 1 yang lepas....

alhamdulillah dengan berkat dari guru2 ana mendapat result yang memberangsangkan...

antara subjek2 yang ana ambil:


fenomenologi keagamaan A


Usul tafsir A


akhlaq dan keperibadian A


al-quran dan penemuan sains B+


Bahasa arab B


Bahasa Inggeris B




pointer yang berjaya ana kumpul 3.88 "usaha lagi pasti engkau akan berjaya" pesan hati pada diri......


enta/enti bagaimana pula? moga kita semua akan berjaya dunia akhirat ma'ssalamah

Isnin, 14 September 2009

harapanku di ramadhan ini....

assalamualaikum...tak lama lagi ramadhan dah nak pergi syawal pula kembali...rasa sedih sangat berpisah dengan ramadhan entah dapat lagi kah ku merasai ramadhan yang akan datang moga Allah memberi kesempatan untuk merasainya lagi........


ramadhan pada kali ini sangat memberi banyak cabaran kepada ku sebagai seorang hamba yang lemah...........ujian datang silih berganti tidak kurang juga rahmat dari Ilahi.........

allah memberikan apa yang kita perlukan......bila kita susah Dia membantu....bila kita buntu Dia di sisi menemani walaupun acap kali kita melupakannya......

Terima kasih ya Allah kerana kasih sayangmu ini........ ramadhjan kali ini..... ana asyik jatuh sakit...ntah mengapa....mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita..... apa pun syukur ya Allah memberikan sakit pada diri hamba moga ada hikmah disebaliknya.....

di dalam ramadhan ini...... boleh di nilai dan di rasai kekurangan yang ada pada diri ini....moga Allah terus memberi tarbiyah kepada diri hamba yang hina ini Amin....

Selasa, 25 Ogos 2009

terimah kasih atas kesempatan itu...

kembali keruangan ini.pasti ada benda yang ingin dirungkai....oleh hamba...dengan rasa besar hati mengucapkan syukur kepada Rahmat Ilahi kerana memberi petunjuk kepada kesabaran dan ketaatan darimu ya Allah.......
dengan iltizam yang kuat akan hamba gagahkan hati ini , kentalkan jiwa ini agar menjadi seorang yang termasuk dalam golongan pendamba cintamu... hadirnya seorang insan membantu merubah hidup hamba atas kehendakmu ya Robbi.. terima kasih atas kesempatan itu.... terlalu manis rasanya saat ini mencintai mu ya Allah dan menjaga setiap rahmat dan pemberian mu ya Allah...............dengan kecintaan pada Al-Quran, Dia menjadi pembakar semangat agar hamba ini menurut jejaknya....jika di izinkan suatu hari nanti hamba ingin menjadi sepetinya...moga Allah memberi kesempatan itu kepada hamba...walaupun kasih sayang tidak terpancar darinya namun kasih itu dapatku lihat dari mu ya Allah...kerana sayangMu dan cintaMu pada hambaMu yang lemah ini.......

Isnin, 24 Ogos 2009

Ex-paper sem 1nak target ble??

usul tafsir B kot

fenomenologi keagamaan B kot

al-quran dan penemuan sains C kot

aqhlak dan keperibadian A mudah-mudahan

bahasa arab B kot

bahasa inggeris A mudah-mudahan

gred-gred nie hanya iklan semata-mata tiada kaitan samada yang hidup ataupun yang mati... doakan hamba agar mendapat result yang baik amin.....

cerita hamba


assalamualaikum... hari yang cerah nie hamba mengucap syukur kapada sang Pencipta yang agung kerana memberi kesempatan kepada hamba untuk bernafas...hamba berasa sedih namun kesedihan ini terselit ke riangan apabila di berikan banyak hikmah yang membuatkan diri hamba bahagia. hamba berasa sangat gembira kerana dapat merasai ramadahan di perantauan...masih ada insan yang menguatkan hati hamba..... dalam masa yang sama hamba rindukan kampung halaman yang telah lama hamba tinggalkan... sahabat-sahabat seperjuangan semua terima kasih kerana menemaniku walau sebenarnya hamba merasa ingin rebah... dengan hadirnya mereka?? membuatkan hati hamba girang semula... atas kasih dari Allah

Rabu, 12 Ogos 2009

INDAHNYA RAMADHAN YANGKU NANTI......

salam untuk semua syukur kehadrat Allah kerana kita masih diberi kekuatan untuk terus bertahan di muka bumi ini. hari nie dah 21 sya'aban tak lama lagi bulan ramahdan pula mengambil alih tempatnya...kehadiran bulan ramadhan amat kita tunggu-tunggu betul tak? keindahan ramadhan tidak dapat digambarkan dengan zahir.....kenikmatan dan keindahannya sangat mempersonakan...indahnya ramadhan al mubarak...walaupun terlalu awal rasanya tidak salah untuk ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK MOGA RAMADHAN YANG BAKAL DATANG INI MEMBERI TARBIYYAH PADA KITA SEMUA...

Selasa, 11 Ogos 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
UNTUKMU WANITA...

Peliharalah akhlakmu kerana ia KEHIDUPANMU..

Peliharalah agama kerana ia adalah NYAWAMU..

Peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah LUKISAN HIDUPMU..

Peliharalah amalanmu kerana ia adalah PAKAIAN UKHRAWIMU..

Peliharalah lisanmu kerana ia adalah HATIMU yang meneNtukan baik buruk DIRIMU.. ~ ~

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,

umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,

tetapi tidak melihat apa-apa" ~ ~

Ya Rahman Ya Rahiim.. Indahkanlah Akhlaq kami sepertimana Kau telah memperindahakan rupa kami ♥ ~ ~ AMEEN

Khamis, 6 Ogos 2009

bahagianya aku di nisfu Sya'aban ini

hari yang mentarinya sangat lembut memanaskan tubuh yang lemah tidak berdaya kerana sakit namun tetap di gagahi kerana keindahan nisfu sya'aban ini.tuhan di hening ini hamba bermunajat kerana tanpa di duga rezeki sentiasa mengiringi. dengan kasih darimu ya Robb... diri ini merasa bahagia dan lapang,tapi terdetik di dalam hati takutkan hari mendatang dan saat selepas nie nyawa hamba ini akan ditarik semula..sering sakit tapi hamba ini yakin semua ini pasti ada hikmahnya..di dalam tarbiah ini hamba memanjatkan syukur kerana tanpa disedari kasih dan sayang Allah sentiasa melimpah jahilnya hamba. masih ramai yang sayangkan hamba, janganlah rasa terpinggir sesungguhnya kita adalah manusia yang bertuah.syukur ya Robbi.. izinkan hamba ini terus bernafas di bumi ini,izinkan hamba untuk terus menambah amalan kerana hamba ini masih insan yang hina dan tidak punya apa2..izinkan hamba ini duduk bersama dengan orang2 yang Engkau kasihi ya Robbi..semoga suatu hari nanti bila kepemergian hambamu ini pergi dengan tenang dan aman.kepada sahabat-sahabatku maafkan salah silapku,pada guru-guruku terima kasih atas didikan kalian sehingga keakhir hayat tak kan dapat di balas.... untuk mak dan bapak,maafkan anakmu ini yang pernah melukakan hati kalian doakan agar berjaya dunia dan akhirat amin....

Rabu, 5 Ogos 2009

nisfu sya'aban

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Khamis, 30 Julai 2009

ana_muslimah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

jenis-jenis wanita

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Rabu, 29 Julai 2009

hari ini ku mencari diriku disisiMU ya Robb....

assalamualaikum....hari ini adalah hari yang mengembirakan ana..dengan dugaan darimu ya Robbi menjadikan ana insan yang terus kuat berada di landasanmu ya robb...Alhamdulillah syukur sungguh dengan kecerahan hari ini....tapi ada satu yang mengusik hati ini...ana teringatkan dekat kawan-kawan........smka tun sakaran..kenangan yang tak mungkin ana lupakan...........terima kasih guru-guruku yang telah mendidikku.....dengan doa kalian semua telah membantu ana menjadi insan yang kuat.........waktu SPM pasukan guru yang telah mengajar ana...........

B.MELAYU: Cikgu hj inda salbiah

B.INGGERIS:Teacher Rasmiah

BIOLOGY:Sir Saidi

CHEMISTRY:Sir Salleh

PHYSICS:Teacher yusnani

B.ARAB:Ustaz norsyam

MATEMATIK:Teacher iffah

ADD MATHEMATIC: Cikgu amir hassan

SYARIAH ISLAMIYAH:Ustazah suwarty/ ustazah raina

QURAN SUNNAH: Ustazah rashadah

E.S.T: Teacher farah

SEJARAH:Cikgu marliawati

jasa mereka tak akan ana lupa hingga keahir hayat
tanpa mereka ana tak kan kemana.......
maafkan ana guru-guruku kerana tidak memberi result yang baik sewaktu itu...........