Rabu, 30 Mac 2011

Semakin berubah

dewasa kini..
Aku semakin berubah..
Berubah menjadi bukan seperti aku..
aku sudah berubah..

Andai dulu..
ku ketahui gugurnya daun ke bumi..
nmun kini...
ku ketahui dengan angin daun bisa terbang tinggi..

tapi aku ..sudah berubah...

aku rindukan aku yang dulu..
dulu aku adalah aku..
kini..
aku berasa terlalu asing dari diriku..

ya Allah dengarlah pinta hambamu ini..
hamba yang hina ini..
mengingatiMu ketika genting..
melupakanMu ketika senang..

aku sudah berubah...
ku rindukn diriku yang dulu..

Ya Allah aku merindui cahayaMu..
Semoga aku terus tidak berubah..
Agar hati ini terus tetap mengingatiMu..
seperti mana kasihMu kepd HambaMu ini..

Amin ya Rabbal Alamin....

Jumaat, 18 Mac 2011

more experience..

Assalmualaikum... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menulis di ruangan blog ini... walaupun kini sedang sibuk dibebani dengan pelbagai komintmen Alhamdulillah...blog ini tidak juga dilupa sebagai salah 1 daripada perkara yang kena di jaga..

selama 2 minggu praktikal di JAIS...banyak pengalaman yang saya dapat terutamanya dikalangan ustaz dan ustazah di pejabat agama..terutamanya dalam "handle" masalah rumahtangga yang pelbagai ragam... di Jabatn agama islam juga belajar benda baru "releate" dengan pengkeranian.. ianya menjadi pengalaman baru bagi saya...

di JAIS juga saya bertemu dengan rmi Ustaz dan Ustazah yang mana secara tidak langsung dapat "talaqqi" ilmu baru dari mereka syukur Alhamdulillah...

selama duduk di JAIS... ada sedikit perubahan yang saya rasa pada diri saya. cas-cas positive menempat dlam diri...mungkin inilah hikmah yang Allah nak berikan...

"kadangkala apa yang kita sukai belum tentu itu yang terbaik untuk kita"

oleh itu kita kenalah bersyukur atas kurniaan dariNya.... semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita amin...

Sabtu, 12 Mac 2011

demi waktu..

assalamualaikum... alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.. blog ini semakin sepi kerana pemiliknya kini sering sibuk... telah genap 1 minggu berkhidmat sebagai pelajar prktikal di pejabat agama islam hulu lanngat...pelbagai pengalaman baru dn juga suasana baru dilalui... bersama dengan seorang sahabat dari kolej yang sama.. menjalani praktikal di pejabaama islam hulu langat merupakan salah 1 pengalaman yang tidak mukin dilupakan kerana pegalaman disana adalah pengalaman pertama kerja... sebelum ini tidak pernah...

detik-detik yang mencemaskan seringkali menempat dalam diri, setiap minit berdepan dengan pelbagai perkara baru... membuatkan hati sentiasa berdebar-debar.. yelah..nk berdepan dengan kerja.. berdepan dengan karenah klien yang membawa pelbagai masalah... dan yang pasti semuanya berkaitan dengan "Rumahtangga"

langsung tidak punya pengalaman.... untuk tahu... kena banyak membaca...

ah! cerita tentang diri tapi tajuk "DEMI MASA" ..........

SEBENARNYA...

kebetulan menulis blog nie... sambil mendengar lagu demi masa dari kumpulan ungu :)

Selasa, 8 Mac 2011

mood: Latihan Praktikal


Assalamualaikum w.m.b syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnianya masih lagi diberi kesempatan sehingga ke hari ini...masih lagi diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup di dunia ini ...

nampaknya sudah bebrapa hari "no entry" di dalam blog yang cukup daif ini...pelbagai kekangan ditambah dengan virus kemalasan membuatkan blog ini semakin hari semakin sepi...

apapun dengan sedaya mungkin saya akan mengisi blog ini agar tidak kelihatan suram dan sepi... insyaAllah

sejak kemarin satu pengalaman baru telah menetap dalam kehidupan saya..sesuatu yang tidak pernah saya lalui...tidak pernah saya rasai...namun akhirnya bertemu juga diri ini dengan.....





LATIHAN PRAKTIKUM...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga ke hari ini... saya memilih jabatan agama islam hulu langat sebagai tempat untuk latihan praktikal walaupun pada asalnya saya mendapat tempat di bahagian dakwah JAKIM... mungkin apa yang berlaku mempunya hikmahnya yang tersendiri dan tersembunyi...

hari pertama" more mistake" itu yang melanda diri ini sebagai orang yang first time turun ke lapangan bidang kerja...sejak berumur 4 tahun..sehingga 20 hanya menghabiskan masa dengan belajar...Alhamdulillah bermula semalam satu pengalaman baru yang saya rasakan ialah dapat berada dalam kondusi bagaimana dunia pekerjaan..pelbagai pengalaman yang dirasai dan sememangnya tempat praktikal ini sangat memberi kemudahan dan keselesaan...keadaan pejabat bukanlah penghalang besar bagi saya......

suasana di pejabat agama ini mengingatkan saya kepada ayah saya yang sebelum ini pernah bekerja di jabatan agama.. keadaan di sini dan di sabah tidak jauh beza....kepelbagaian ragam dan gurau senda para pekerja sama seperti tempat ayah bekerja dahulu...

semoga dipermudahkan Allah segala urusan...dan praktikal ini berjaya dihabiskan dengan jayanya insyaAllah :)



Selasa, 1 Mac 2011

simpang kampung raja

Assalamualaikum..Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan di beri kekuatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah atas izinNya. penulisan yang ringkas sekadar ingin berkongsi 1 kenangan yang tidak mungkin dilupakan dalam sejarah lipatan hidup...

mungkin tajuk entry kali ini agak pelik tapi inilah tajuknya... simpang kampung raja... weekend baru2 ini sy bersama beberapa orang rakan telah "join" dalam program ziarah kampung orang asli di kampung tahu gua musang kelantan.. perjalanan yang begitu jauh ditambah dengan masalah jalan hutan tidak mematahkan hasrat kami untuk masuk ke kampung yang berada dikawasan perdalaman ini Alhamdulillah.. banyak pengalaman yang kami perolehi.. selama 2 hari kami berkampung di perkampungan kuala tahu. akhirnya pada hari ahad kami mengamnbil keputusan untuk balik semula ke kuala lumpur. di dalam perjalanan sesuatu yang tidak di duga berlaku.. kerosakan pada kenderaan yang kami naiki yang dipandu oleh Pakcik Samsul teberhenti secara tiba-tiba membantutkan perjalanan kami... namun yang menyeronokkan walaupun mengalami sedikit masalah... kami berhempas pulas bantu membantu menolak kereta yang teberhenti di tengah jalan ke tipi jalan kemudian menolak kereta menuruni bukit... dengan gelak dan tawa menghilangkan keletihan yang singgah di diri... akhirnya kami berhenti di dimpang kampung raja berhammpiran dengan cameron highland..disanalah kami menunggu orang yang akan membaiki kereta.. penantian kami berakhir selepas maghrib dan akhirnya kami meneruskan perjalanan seperti biasa..semoga Allah merahmati kita semua ....Amin/..