Selasa, 8 Mac 2011

mood: Latihan Praktikal


Assalamualaikum w.m.b syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnianya masih lagi diberi kesempatan sehingga ke hari ini...masih lagi diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup di dunia ini ...

nampaknya sudah bebrapa hari "no entry" di dalam blog yang cukup daif ini...pelbagai kekangan ditambah dengan virus kemalasan membuatkan blog ini semakin hari semakin sepi...

apapun dengan sedaya mungkin saya akan mengisi blog ini agar tidak kelihatan suram dan sepi... insyaAllah

sejak kemarin satu pengalaman baru telah menetap dalam kehidupan saya..sesuatu yang tidak pernah saya lalui...tidak pernah saya rasai...namun akhirnya bertemu juga diri ini dengan.....





LATIHAN PRAKTIKUM...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga ke hari ini... saya memilih jabatan agama islam hulu langat sebagai tempat untuk latihan praktikal walaupun pada asalnya saya mendapat tempat di bahagian dakwah JAKIM... mungkin apa yang berlaku mempunya hikmahnya yang tersendiri dan tersembunyi...

hari pertama" more mistake" itu yang melanda diri ini sebagai orang yang first time turun ke lapangan bidang kerja...sejak berumur 4 tahun..sehingga 20 hanya menghabiskan masa dengan belajar...Alhamdulillah bermula semalam satu pengalaman baru yang saya rasakan ialah dapat berada dalam kondusi bagaimana dunia pekerjaan..pelbagai pengalaman yang dirasai dan sememangnya tempat praktikal ini sangat memberi kemudahan dan keselesaan...keadaan pejabat bukanlah penghalang besar bagi saya......

suasana di pejabat agama ini mengingatkan saya kepada ayah saya yang sebelum ini pernah bekerja di jabatan agama.. keadaan di sini dan di sabah tidak jauh beza....kepelbagaian ragam dan gurau senda para pekerja sama seperti tempat ayah bekerja dahulu...

semoga dipermudahkan Allah segala urusan...dan praktikal ini berjaya dihabiskan dengan jayanya insyaAllah :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan