Ahad, 28 Februari 2016

Intro dan antro

assalamualaikum w.m.b, Alhamdulillah atas kurniaan Allah, masih punya peluang untuk bernafas, bertinta di ruangan ini walaupun agak lama menyepi dek kekangan masa yang dicuri oleh berbagai perkara.. tapi kali ini harus lapangkan waktu, sebabnya blog ini akan menjadi sebahagian dari diri..

Alhamdulillah, rezeki daripada Allah, 18 Feb lepas aku sekali lagi mendaftarkan diri di dalam dunia ilmiah, menjadi pelajar sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun terpaksa memakan belanja, namun hasil usaha dan wang gaji yang aku simpan sedikit demi sedikit akhirnya mampu untuk aku menapak di sini sekali lagi.. 

Syukur Alhamdulillah, ianya bukan daripada diriku sahaja, turut dibantu mereka-mereka yang berada di sekelilingku,, tanpa mereka, pasti aku tidak mampu bergerak sendiri. semoga segala bantuan yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan lebih lagi.. 

cerita 4 tahun lepas, sewaktu memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, aku memohon 2 kos yang menjadi keminatanku, Usuluddin dan Antropologi. namun, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran sebagai pelajar ijazah sarjana muda usuluddin dan falsafah. usuluddin tue dah ok, tapi falsafah?? Allah.. itu bukanlah sesuatu yang mudah. namun, semangat yang diberikan oleh bapa sentiasa terngiang-ngiang di telingaku, sjangan mengaku kalah selagi belum menempuhnya.. Alhamdulillah semuanya selesai dengan jaya walaupun aku tidak berjaya mendapat first class, tetapi tidak mengapa, yang penting subjek PENGALAMAN aku dapat "A" bak kata geng JMTku..

dan untuk tahun ini, 2016.. Allah memakbulkan doakan agar mendalami bidang antropologi, ada yang berkata coursework sepertiku mudah sahaja, tetapi sebenarnya ia lebih sukar daripada research kerana aku perlu melengkapkan 40 jam kredit kelas disamping perlu menghasilkan 1 penulisan ilmiah bagi melengkapkan pengajianku. itu sudah cukup mencabar bagi diriku yang tidak sebijak mereka lain tapi punya semangat yang kuat mahu meningkatkan keupayaan diri.


semoga semuanya kan baik-baik saja, dan aku harap kalian turut sama doakan diriku ini, salam sayang buat semua..di doakan moga kita semua diberkati dan dirahmati.. wassalam