Memaparkan catatan dengan label perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkongsian. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

hilang yang dicari...

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas belas kasih dariNya masih dipanjangkan usia, meneruskan langkah mencari barokah di senja-senja usia. selawat dan salam buat junjungan besar, baginda Rasulullah s.a.w, para sahabat dan kaum kerabat..

Alhamdulillah sudah lama tidak menulis, dek kesibukan masa yang menghimpit, namun Allah hadirkan buah fikiran untuk dihamparkan di dalam blog yang sudah usang lama ditinggalkan tanpa tinta. Alhamdulillah kehidupan dilalui dengan merasai nikmat hidup dari tuhan, pinjaman sementara ini harus disyukuri.. insha Allah pada hari ini, rasa ingin berkongsi satu isu yang menarik.. 

hilang yang dicari...

bila dengar tajuk tue, mesti minda tertanya-tanya apa yang hilang? dan apa yang dicari? dua benda yang terus diusahakan selagi tidak diperolehi, inkuiri manusia sering mengetuk minda, pernahkah kita merasa kita kehilangan diri kita yang dulu? maksudnya di sini, jika dulu kita sering solat 5 waktu berjemaah, setiap hari mentelaah al-Furqan dengan tekun, kita enjoy dengan usrah yang join, kita sukakan aktiviti keagamaan tetapi kini.................

ianya berubah 180 darjah, yang menjadi amalan dulu, sudah asing dan luar biasa bagi kita, kalam tuhan yang diamati dulu, kini hanya ditutup rapi dan sepi, usrah yang osem dulu tinggal bualan kenangan, semuanya hilang..

dan kini, si darah merah bernama hati mencari-cari, seperti ada yang kurang di dalam diri, satu persatu ia hilang, sehingga hati semakin lama semakin berasa pedih... kini, ia hilang dan terus dicari..

kita rasa down,putus asa, kecewa dengan diri, masakan tidak..tarbiyyah lama sudah pudar dari diri..

tapi.......

pengharapan sebenarnya masih ada, Allah tidak pernah jauh apatah lagi meninggalkan hambaNya yang sering berdosa ini, Dia dekat dan sentiasa memerhati...

bila kita rasa lemah dan tidak bermaya, bukan bermakna peluang untuk kembali semula ke trek yang sebenar sudah tidak ada, selagi kita sedar kita berdosa, itu bermakna kita masih mengakui Dia sentiasa ada, masih ada pengharapan untuk kita berubah.. al-Quran yang ditinggal boleh diambil semula, usrah yang osem boleh diboleh ubah caranya agar lebih menarik dan menjebak kita semula..

masih ada pengharapan..hilangnya masih boleh dicari, moga Allah tiupkan kasih sayangNya buat kita semua.. kembali kepada Islam yang sebenar..

menjadi hamba yang mencari tuhannya,
lebih baik dari menjadi pendurkaha pada penciptanya,
menjadi hamba yang berjalan anak ke arah khaliqnya,
lebih baik dari pelari pecut menjauh dari Allah s.w.t

banyak-banyak memperingati diri, tanda hati masih bercahaya, berbanding mereka yang merasa mengah sedangkan cahaya hati sudah malap dan tidak menyala

sekadar coretan untuk diri hamba dan sahabat semua, yang baik milikNya yang lemah berusul dari kelemahan hamba...

Khamis, 20 Mac 2014

cegah marah dari bermaharajalela

Assalamualaikum w.m.b. Alhamdulillah atas kurnia dariNya masih lagi meminjamkan nyawa kepada kita untuk menjadi khalifah seterusnya mengumpul "bekalan" sebanyak-banyaknya sebelum kembali semula ke daerah sana.



eh!! eh!! gambar apa nie?? orang sedang marah? ya betul, nie gambar orang yang sedang marah. marah itu bagaimana? apabila seseorang berdepan dengan sesuatu perkara yang tidak disukai dan mencabar kesabarannya menyebabkan dia akan marah. apabila marah, keadaan akan menjadi lebih teruk apabila dia tidak dapat mengawal marahnya, terasa ada pressure kat diri, minda boleh menjadi tidak rasional sehingga boleh menyebabkan kita bertindak diluar jangkaan seperti memukul atau membunuh orang lain..

Astaghfirullah, bahaya nie!! marah xseharusnya dibiarkan bermaharajalela di dalam diri, perlu ditambat, di kawal. marah dapat dianalogikan seperti bara api, panas dan menyala apinya. jika dibiarkan, akan menyebabkan kayu bara itu habis terbakar. begitu juga dengan marah, apabila marah, ianya akan memakan jasad pemiliknya dan kerosakan juga mungkin boleh berlaku,

sebelum terlambat, cegahlah marah dari bermaharajalela. marah ini sebenarnya berada dalam kategori sifat mazmumah. sebagai seorang muslim dan mukmin, adalah wajar kita mengawal diri daripada marah. marah juga adalah dari cabang nafsu, jika dilayan banyak mudarat dari manfaat. jika berada dalam keadaan marah, Islam telah mengajar ummatnya dengan berIstighfar, jika berdiri maka duduklah, jika duduk maka berbaringlah, dan juga berwudhu'lah. selain itu, positif kan minda, mampan deria telinga dari mendengar bicara sumbang yang cuba mengoda diri.

sekitar petang tadi, sambil membuka facebook... terlihat satu frasa yang mengandungi special quote iaitu "Sekiranya benar ingin bermusuhan,bermusuhlah dengan musuh yang di dalam hati iaitu nafsu amarah dan hawa nafsu bukan bermusuh dengan seorang mukmin. "

#cengahlah marah dari bermaharajalela.
wassalam 1.03am

Sabtu, 22 Februari 2014

jangan pernah berhenti

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dinjamkan nyawa untuk terus berada di muka dunia, mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk dibawa ke daerah sana kelak. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah setelah begitu lama blog ini tiada pengisian baru, kerana kesibukan dan kemalasan yang datang bertimpa-timpa.. Alhamdulillah hari ini berpeluang menulis semula, dan semoga usaha ini akan istiqamah. 

ramai diantara kita selalu berkata, "aku ingin berubah" tetapi masih lagi berada dalam keadaan yang sama, ianya memakan masa berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun tetapi keadaan masih sama.. hal ini menyebabkan kita berputus asa, dan merasakan diri kita tetap xberubah. motivasi untuk berubah kita menurun, virus negatif terus menular menghasut seluruh raga dan jiwa agar berhenti melayan malaikat baik yang datang di dalam jiwa. akibatnya, kita mengambil keputusan untuk berhenti saja, kita terlupa meletakkan pengharapan pada yang esa.. sebenarnya kita masih punya harapan untuk berubah, kerana pengharapan yang disandarkan kepada Allah s.w.t ditambah dengan usaha dari diri kita, hasilnya pasti tidak mengecewakan.

bagi insan yang ingin berubah, satu perkara yang terpenting ialah "jangan pernah berhenti" untuk berubah.. terus berbuat kebaikan, tanamkan mahmudah di dalam diri, siram dan baja dengan iman dan amal. selagi ada nyawa dikandung raga, selagi itu masih ada kesempatan untuk kita berubah. pengampunan dari Allah sentiada ada bagi hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.. 

lipatan sejarah dan sirah banyak memuatkan kompilasi kisah tentang hamba yang ingin berubah, dengan itu mudahlah bagi kita sebagai manusia yang ingin berubah mengambil ibrah. ulama tasawwuf kita juga menulis begitu banyak formula untuk membuang segala mazmumah dan digantikan kepada mahmudah seperti yang diajarkan oleh imam al-Ghazali berkenaan konsep "tazkiatun nafs". 

asalkan "JANGAN PERNAH BERHENTI", mungkin kadangkala kita lelah, tetapi jangan terus mengalah..semoga Allah memberikan kebaikan kepada diri kita semua insha Allah... 

Rabu, 8 Januari 2014

analogi bongkah ais

Assalamualaikum buat semua pembaca, Alhamdulillah hari ini digerakkan hati untuk mencoret blog yang sudah sekian lama semakin sepi ini, sukur kehadrat yang Esa atas pinjaman usia buat kita, serta selawat dan salam buat junjungan besar baginda nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga baginda.. 

untuk penulisan kali ini, teringin sekali diri yang kerdil ini berkongsi apa yang terlintas diminda, akal dan benak hati. setelah melihat gambar ini membuatkan diri ini berfikir...


ada bongkah ais, diluar terlihat kecil sebaliknya di dalam rupa-rupanya ada sebahagian lagi bongkah ais yang besar.. sebenarnya fenomena ini boleh dijadikan analogi kepada sesetengah insan.. ramai diantara kita yang dilihat pada zahirnya seperti baik-baik saja, elok dipandang mata, tetapi sebenarnya, dimanis senyum dan tawa itu sebenarnya pasti ada menyimpan duka, duka besar yang tidak mampu untuk diceritakan.. insan-insan seperti ini sebenarnya hebat. menyimpan kesusahannya demi membahagiakan orang disekelilingnya dengan gelak dan tawa..

sejauh mana kita dapat memampan rasa derita daripada terzahir di indera manusia, ianya bergantung kepada sekuat mana hati kita bertahan. jangan gusar andai mereka-mereka tidak mengerti akan apa yang kita sembunyi, yakin dan pasti ada yang maha mengetahui, apa yang terzahir atau tersembunyi.. Allah maha mengerti dan memahami hambaNya, bongkah di atas atau tersembunyi semuanya diketahui olehNya serba serbi.. dari pandangan peribadi, sungguh kagum melihat ciptaan Allah ini, bongkah ini masih mampu terapung dilaut yang tidak berhenti mengoda untuk mencairkannya, tetapi disembunyi yang besar di dasar sedang yang kecil dan ringan diluahkan dipermukaan.. 

di satu sudut lagi, terlihat..bongkah yang pada permukaan dilihat kecil dapat dianalogikan dengan insan yang kelihatan kecil,tidak punya apa-apa, kelihatan lemah.namun disebalik dasar ada kehebatan dan kewiraan yang disembunyi, .. Allah alim ala kulli hal.. merunung#berfikir dan mensyukuri setiap nikmat dari Ilahi..

Jumaat, 8 November 2013

hujan yang dingin, guruh tidak berhenti

Alhamdulillah nikmat hidup yang dipinjamkan ini, peluang untuk terus memaknai hidup yang kadangkala sukar ini.. syukur Alhamdulillah, tiada lafaz yang dapat mengambarkan rasa kesyukuran..

melihat ke luar jendela, hujan yang sungguh lebat, dingin namun guruh tidak berhenti, menenangkan namun mrisaukan diri.. tatkala sendiri..

seringkali,terpengaruh dengan persekitaran..jangan menolak hukum alam, setiap manusia perlukan manusia lain.. kegembiraan selalunya dirasai dan dikongsi, antara banyak akal dan hati.. namun tidak semua hati akan berpuas hati..kadangkala diuji, sedih menyapa diri.. ada yang tersisih tatkala yang lain bersorak riang.. itulah hukum alam, kadangkala kita dapat menceriakan ramai wajah, namun jangan lupa, kita juga selalu membuat mereka terkesan dan terluka. itu sudah biasa, diluar minda sedar, kita berjenaka tetapi mereka bukan gembira  namun ramai yang terluka.. kita manusia yang tidak sempurna, tidak terlepas dari silap dan salah.. banyak-banyak bermuhasabah.. bila ditolak, rasa tersisih, mungkin ada cacat celanya kelakuan kita..andai sehabis mungkin memerah akal dan minda, khilaf dan onar apa yang telah kita buat, mohonlah maaf, jangan disimpan di dalam hati, kerana dunia ini hanya pinjaman dari yang haq..sementara saja sifatnya..

andai maaf dipinta, masih tidak disambut..tidak mengapa, jangan kecewa, berikan ruang buat mereka dengan seluas-luasnya..yang penting kita ikhlas, buat segalanya kerana Allah..insha Allah semuanya kan baik-baik saja. tidak dinafikan,persoalan kenapa?? mengapa?? seringkali bermain di minda, persoalan yang buntuhkan jawapan masih diharapkan, tatkala ini rasa sakit, dan sedih akan menghimpit diri.. namun, tidak ada yang dapat dilakukan setelah berusaha dengan sehabisnya kemudian berdoa pada yang Esa, yang tidak pernah meninggalkan hambaNya walaupun seketika. 

terimalah ini sebagai ujian dan tarbiyah dariNya, Dia begitu sayangkan kita, menangislah sepuasnya, lepaskan segalanya.. Dia ada untuk mendengar rintihan hambaNya, Dia sentiasa bersedia mendengar luahan hati hambaNya.. 

ketika ini hujan masih lagi turun ke bumi, namun guruh sudah mula berhenti... ya Allah terima kasih atas tarbiyahMu ini.. aku terlupa ketika aku gembira, ketika aku rasa terbeban kerana ujian ini barulah ku sedar Engkau sentiasa ada disisi menemani..guruh yang kuat berbunyi akhirnya berhenti sendiri, begitu jugalah dengan kehidupan..ujian yang datang akan berlalu pergi, bersabarlah dalam menanti..

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)"

peringatan bersama, salam muhasabah wassalam..


Khamis, 27 Jun 2013

harus bagaimana??

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan umur untuk terus berkelana mencari bekalan di bawa ke daeerah sana insha Allah..

Alhamdulillah, selawat serta salam buat nabi junjungan, nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda...

beberapa hari ini,
terlintas di minda,
beberapa perkara, yang selalu terfikir, ianya bukanlah penting..tetapi kadangkala mengganggu diri ini..

apakah??
berbicara soal jodoh.. adakah boleh seseorang sepertiku berbicara? adakah layak? mungkin ada yang berkata..."kamu masih muda, tak perlu peningkan kepala berfikir soal jodoh". ada benarnya apa yang dikata oleh mereka itu, ada juga silapnya. jika melihat pada angka, diukur dari usia yang masih muda mungkin itu yang bakal dikatakan. tetapi jika difikir dari sudut lain, kemaslahatan itu lebih perlu diutamakan.

ada baiknya mula berfikir dari sekarang, rasa peduli akan masa depan. berfikir soal jodoh. dalam masa yang sama, bagi yang sedang belajar jangan pula terlalu asyik sehingga yang dikejar-kejar tak dapat yang penuh dalam kendongan berciciran.peringatan untuk diri sendiri. 

tapi diusia remaja dan pra-kedewasaan, terkadang cinta datang. cuba mengusir dari menempat dihati,namun semakin diusir semakin terkesan dihati... tidak salah bila cinta datang, kerana fitrah rasa cinta tidak dapat dinafikan, namun peringatan!!  andai cinta itu dipandu dengan nafsu, memakan diri sendirilah jawabnya, andai cinta itu dipandu dengan akal dan hati insha Allah selamatlah dunia hingga akhirat nanti....

andai rasa cinta itu datang..
insha Allah diterima,
namun risau sekali menjadi lupa,
ishqi dengan dunia sendiri..

andai ada cinta yang datang..
semoga ia tidak sia-sia,
datangnya bukan ziarah..
biarlah kekal hingga ke syurga..
dengan jalan yang diredhaiNya..

andai hadirnya hanya gurauan dunia,
jauhlah ia,
semoga angin senja membawanya pergi..
dek nafsu memandu,
akal kaku dan beku..

harus bagaimana? serahkan padaNya, semoga limpahan rahmatNya untuk kita semua.. andai itu ketentuan terimalah dengan hati terbuka..insha Allah, sentiasalah memohon perlindungan moga terus dilindungi..ameen..

Jumaat, 14 Jun 2013

22 tahun sangat istimewa

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah dan kurnia dariNya, masih dipinjamkan usia untuk berjalan, melihat dan merasai nikmat Allah s.w.t di dunia ini.. 

peristiwa semalam masih lagi segar diminda, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku. dan xterlintas dek minda yang berfikir..ya Allah terima kasih kerana mengurniakan mereka-mereka yang sangat baik, teman yang sentiasa bersama jatuh dan bangunku.. tahun lepas sehingga tahun ini sejujurnya banyak benda yang kami kongsi bersama-sama.. terasa ukhuwah itu.

tidak pernah terbayang akan berlaku seperti semalam..

begini ceritanya...

semalam salah seorang akak saya nie nama dia kak irah, dia nie cute orangnya, tapi agak nakal.. kalau berprogram tanpanya, tak meriahkah suasana, katanya nak ajak saya keluar makan dan tidur di kolej kediaman saya. saya mengiyakan dan berniat untuk menolongnya untuk prepare barang-barang makanan ringan untuk dibawa ke program orang asli minggu ini. tunggu punya khirnya dia membuat satu panggilan kepada saya mengatakan dia telah tersesat, nasib kak syafiah telah membantunya. 

hah kak syafiah pula nie, akak saya yang sangat baik hati..teringat waktu belajar dulu, xletih dia membantu saya, bila saya sakit dialah sentiasa bersama saya.. dia sangat baik hati. bila saya silap dia selalu menegur saya, walaupun saya terasa tetapi bila fikir semula betul apa yang dikatakannya pada saya. kak syafiah sepanjang perjalanan mencari helah, kejap-kejap kereta berhenti, dia keluar dan menyambut panggilan..confuse saya, kenapa perlu menyambut call diluar kereta. tetapi saya beranggapan mungkin ada diantara kawan-kawan kak syafiah yang nak join sekali makan bersama kami :) fine..

setibanya di restoran, mereka memandang sana sini, aku juga turut mengikut gerak mereka, memandang sana sini, seperti ada orang yang dinanti...confuse lagi. tapi akal tak cuba untuk merungkaikan persoalan tue, kerana dek perut yang meragam nak makan..lapar sangat waktu tue.. tetapi tiba-tiba mereka mengajak untuk menukar meja ke tempat yang lain.. aku mengikut saja kehendak mereka..

duduk di meja baru, sambil makan otak-otak yang dihantar oleh penghantar (ayat abi /dr.ibrahim) aku mula tenang dan xresah, perut start dah diisi, senyaplah mulut nak berbicara..hehehehe 

tiba-tiba sepertinya ada orang yang datang di arah belakang, muka kak irah dan kak syafiah seperti berubah.. emm??? baik aku menoleh ke belakang..

HAH????

kenapa Amie ada?? confuse... kak azah?? kak wa?? dan kawan kak irah..
ehem2... siapa amie? amie nie sahabat saya, kenal waktu sama-sama berpogram, pernah dengar nama dia sekali waktu tahun 2010 tapi orangnya baru dijumpai oktober 2013..ayat macam criminal je :). kindman.. semoga dia menjadi lelaki soleh baik budi pekerti :). amie adik kepada kak wa, kak wa pula seorang sangat penyayang, dia sangat baik kepada adik-adiknya. sopan santun dan sangat intelek.. nak mencontohinya dan menjadi sepertinya satu hari nanti..credit untuk kak wa.yang paling specialnya kak wa nie orang yang sentiasa senyum tetapi sangat matured dalam hal-hal yang mustahak, terserlah ketika meeting kat kl sentral haritue, semoga Allah memberkati hidupnya, dipermudahkan segala urusannya dan .................... Amin :)

kak azah pula?? hat nie yang special, dia sangat caring tapi tak nak tunjuk..tapi saya tahu INI SEMUA POYO.. hehehe dia sangat baik walaupun kadang dia cakap rasanya macam tomyam cili lebih tetapi hatinya sangat baik.. susah senang sentiasa membantu, dia antara orang yang selalu menyelamatkan dari bergelandangan.. biliknya ibarat shelter bagi diriku... terima kasih kak azah :) kerana menerima diriku menjadi roomate mu hehehe..

owh rupanya inilah plan mereka, 2 dari kajang 2 lagi dari lumut-tanjung karang-bangi (sangat jauh perjalanan mesti drang sangat letih), 2 lagi dari gombak (jauh juga nie, nak turun ke bangi dari hujung ke hujung) sanggup datang semata-mata celebrate birthday budak busuk dan senget macam aku nie... 



kelu lidah tak terkata,
xterjemah perasaan saat itu,
menempar2 pipi beberapa kali,
ingatkan mimpi rupanya realiti..

terima kasih sahabat disisi,
hidup ini sangat bererti,
hadirnya kalian menjadi penyeri,
dalam permusafiranku ini..

terima kasih juga buat keluarga-keluarga YAK yang lain, yek gembira adanya hak semua.. semoga Allah permudahkan urusan kita, semoga Allah lancarkan perjalanan kita dalam usaha dakwah dan mencapai redhaNya.. 

salam sayang untuk semua..Wassalam

Khamis, 13 Jun 2013

lagu-lagu

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur kehadrat Allah atas nikmat islam dan iman.. boring?? jom dengar lagu nie, agak lama tapi masih segar diingatan..

sabarlah kasih..




"Betapa ku mengerti hasrat yg tersembunyi 
perasaan mu kasih terhadap diri ini 

 ku tahu kau merindu merindui diriku 
usahlah engkau ragu kasihku kepadamu 

 sebelum bersatu usahlah terburu  
menurut nafsu sabarlah kasihku 

 syariat membataskan adab dan pergaulan 
jagalah kehormatan usah keterlaluan 

kau dan aku akan dilindungi 
darinya tipu daya duniawi 

 sedarlah wahai sayang di dalam kehidupan 
kita hanya merancang Allah yang menentukan"

by: Solehah

Rabu, 12 Jun 2013

Robbi hubbi... duniaku

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulllah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus menjalani hidup yang semestinya indah walaupun kadangkala ada pasang surutnya..itu sudah biasa..

dunia....
indahnya,
memuaskan nafsu mata yang memandang,
tatkala itu ramai yang melihat..
tetapi tidak ramai yang bertaakul..
memikirkan disebalik penciptaan..
adanya tanda2 kekuasaan sang Pencipta..

dunia..
tatkala ramai terlena,
kelam malam mengelapkan suasana..
ramai yang beradu..
tatkala itu ada juga yang merindu..
berceritera bersama Robbi yang di hubbi..

alangkah nikmatnya hidup di dunia itu..
tatkala si hamba tanpa jemu berfikir akan kehambaannya..
sang Pencipta tidak jemu melimpah rasa kasih dan cinta..
dengan kurniaan nikmat yang tak terhingga..

semoga hamba yang berfikir itu,
semoga limpahan kasih dan cinta itu
semoga yang dikurniakan nikmat itu
itu..itu... dan itu.. adalah KITA..

wassalam..

Selasa, 11 Jun 2013

Dialah...

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur diberi kesempatan mencoret di dalam blog ini walaupun sebenarnya 2 minggu ini buzy berhadapan dengan final exam.. Alhamdulillah, digerakkan hati diringankan tangan untuk menaip menulis sesuatu yang ingin dikongsi buat sahabat2 semua..



dari petang tadi hingga saat ini, sambil membaca nota-nota metod dakwah, telinga menangkap lagu yang didengar dari youtube. satu demi satu lagu dimainkan sehingga terbuka lagu inteam..

Siti Khadijah..
teringat usrah sebulan yang lalu kak aqilah merupakan naqibah kami meminta untuk memilih seorang tokoh wanita yang kami kagumi. bersempena dengan sambutan hari wanita sedunia.. di dalam halaqah itu kelihatan semua sedang berfikir agaknya tengah memilih dan menilai siapakah wanita yang ingin dijadikan idola.. sambil melihat reaksi mereka, ada juga dikalangan kami sudah bersedia untuk berkongsi siapakah tokoh wanita yang mereka kagumi, diri ini turut sama.menyimpan rapi di dalam kotak minda sebelum dikogsi. setelah beberapa minit berlalu, kakak naqibah kami memetik nama secara rawak dan diriku dipilih sebagai orang ke-3 berkongsi siapakah tokoh wanita yang aku kagumi...

dengan senyuman dan lafaz bismillah giliranku berkongsi siapakah tokoh itu..

dan... Saidatina Khadijah menjadi pilihanku..

mengapa??

sudah pasti dialah yang dikagumi. tinggi budi pekertinya, menjadi peneman Rasulullah dikala suka dan duka. walaupun junjungan besar kita diuji dengan kejian dan cacian pada waktu itu oleh golongan kafir laknatullah namun dengan adanya dia penguat semangat suaminya untuk terus berdakwah dan menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat. kecerdikan dan kemewahan yang ada pada dirinya tidak sesekali dibanggakan, sepenuhnya harta yang dimiliki disalurkan sepenuhnya kejalan dakwah.. begitu mulianya saidatina Khadijah. 

Allah memberkati dirinya, darinya lahirnya zuriat2 yang soleh dan solehah hasil perkahwinan dengan jujungan besar nabi Muhammad s.a.w. tetapi sesuatu yang menyedihkan, dia meninggalkan suami dan anak-anak tercinta kerana Allah s.w.t telah menjemputnya.. Alangkah sedih baginda, terpancar kebaikan dan kesolehahnya... ya Allah sungguh, dia wanita yang mulia.. 

Pengorbanannya sentiasa dikenang. Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.

            Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).

            Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

subhanallah.. marilah kita sama-sama mencontohi saidatina Khadijah, semoga kita menjadi hamba yang solehah insha Allah :) Wassalam..

Jumaat, 7 Jun 2013

22 tahun sudah..

Assalamualaikum...Alhamdulillah ats limpah kurnia dariNya Robbul Izzati yang maha pemurah lagi maha penyayang, masih lagi diberi kesempatan berada di sini, mencari dan terus mencari bekalan untuk dibawa ke daerah sana insyaAllah...



dalam entry kali nie pelik??? kenapa ada gambar kek?? birthday siapa agaknya??

birthday tuan kelana iman :")

Alhamdulillah hari nie genaplah usia 22 tahun dan hari ini juga sama dengan hari kelahiran saya (jumaat sayyidul ayyam) Alhamdulillah..terlalu cepat masa berlalu, hingga tidak sempat untuk menarik nafas..hiperbolanya begitulah..lebih-lebih lagi kita umat akhir zaman nie, masa berjalan tersangatlah pantas..

kita sebagai manusia seharusnya menjadi pekebun yang semakin rajin bekerja..menanam dengan banyak hingga dapat mengumpul hasil tanaman yang banyak..cepat..cepat masa semakin pantas bergerak..risau...risau bila saatnya tiba, terlambat akhirnya pulang dengan keadaan papa kedana..risau sungguh..

meraihkan ulangtahun hari lahir bukanlah satu kegembiraan bagi diri ini, tetapi suatu kerisauan yang menempat dalam diri..umur semakin bertambah, maksudnya sedikit demi sedikit dunia ini melangkah kaki mula  meninggalkan diri ini..sedangkan waktu kembali semakin dekat menghampiri.. Ya Allah kiranya engkau mengasihiku, jadikan aku hamba yang sedar waktu itu semakin menghampiriku, jangan dibiarkan diriku ini kembali kepadaMu dengan tidak berisi, ketuklah hatiku, isilah sisa baki hidupku ini dengan rahmatMu berbentuk ketaatan dan hiasilah sisa baki hidup ini dengan akhlak mahmudah..andainya tersasar atau terleka tegurlah diriku ini.. sepenuhnya diriku ini ku abdikan padaMu..

dunia hanya pinjaman, roh yang berada dirangka jasad, nyawa yang menjadi sumbu kehidupan ini hanya sementara semoga diriku ini sedar bahawa dunia yang ku diami, kehidupan yang ku jalani, tangis dan tawa yang ku rasai acap kali ini akan berhenti...

semoga di usia 22 tahun ini, dirimu menjadi seorang yang matang..mewakafkan diri sepenuhnya kepadaNya yang maha kuasa..menjadi hamba bertakwa dan umat yang terbaik kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi.. 

buat mak dan bapa, terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini. dari sebesar tapak tangan hingga kini tanpa jemu mengasuh dan mendidik diri ini.. dalam senang atau susah tidak pernah mereka meninggalkan diri ini sendiri... buat abang yang dikasihi..semoga Allah memelihara kita ukhwah hingga ke syurga.. kita berdua hadiah yang terbesar buat mak dan bapa, semoga kita sama-sama tidak menghampakan harapan mereka.. untuk semua keluarga, guru-guru dan sahabat tercinta terima kasih atas segala tunjuk ajar, keprihatinan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..insyaAllah..

Amin ya Rabbal a'lamin...

Rabu, 5 Jun 2013

dikala senja

Assalamualaikum..Alhamdulillah atas rahmat dariNya, masih lagi dipinjamkan nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang bertakwa namun selalu terleka dek dunia yang menggoda..

Alhamdulillah sedar xsedar beberapa hari lagi menghabiskan semester 2 di bumi UKM, Pahit manis yang dilalui, semua tersimpan di kotak minda.. 

refresh..refresh..refresh..

terlalu banyak benda yang di install, baru terasa beratnya.. tidak pernah di scan, rupanya sudah terdapat banyak virus yang terikut... perlu berbuat sesuatu, perlu menyahkan semua ini...saat ini merindui insan-insan yang sentiasa berada dibelakang, hidup dengan syariat.. mereka2 yang ku rindui semakin jauh... ketenangan itu sungguh dirindui... setiap yang diinstall pasti akan di scan... rindu dengan bela, ija dan kak ina... adik beradik dunia akhirat..penguat diri.. mengaji bersama, soal berjemaah, puasa sunat..ya Allah terlalu merindui waktu itu, sangat merindui..apa diri ini mampu untuk kembali.. ketenangan sewaktu itu tidak lagi dirasai saat ini.. mungkin ada yang terlepas pandang, mungkin ada yang diluar kesedaran...

semoga dirangkul semula ketenangan sebegitu, diri ini ingin kembali.. 


ya Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui, kembalikanlah semula ketenangan ini, saat ini sangat mengajar diriku yang tidak tahu bersyukur ini... aku semakin jauh dari landasan sebelum ini. yang sebelum ini ku rasa betul rupanya tersasar dek nafsu yang memujuk... nikmat sedar yang Engkau kurniakan ini, membuka mata hatiku, membuka mindaku...yang aku xmampu untuk sendiri... dekatkan diriku padaMu..

saat ini aku sudah lemah untuk melangkah sendiri..

semoga diri ini terus berusaha, menjadi yang terbaik.. walaupun di dalam lipatan hidup bukan semua indah, ada juga kelompongan kecacatan..semoga tidak berhenti langkah ini walau sudah letih, terus mengasah tenaga, bertatih hingga akhirnya sampai kepenamat denga berjaya, dan berada di bawah rahmatMu ya Robbal Izzati...

Khamis, 23 Mei 2013

dunia yang mencabarku

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah dan kurnianya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk hidup dan meneruskan perjalanan di dunia ini.. sungguh hari ini rasa terlalu tertekan sekali, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan, sungguh kesabaran ini sangat teruji saat ini..tapi diri ini yakin semua ini adalah nikmat dariNya, Allah s.w.t ingin memberikan kemanisan selepas ini InsyaAllah.. 

hidup di universiti, cabaran yang datang silih berganti. jika hubungan kita tidak kuat bersamanya, mudahlah kita hanyut, dibawa godaan yang lebih banyak meracuni kita. tetapi jika kita dekat dengannya, hubungan bersamaNya kita jaga dengan sebaiknya insyaAllah kita dapat menangkisnya dengan sabar..

sabar kunci untuk memperolehi ketenangan dalam mendepani karenah dunia yang meletihkan, semoga Allah ampunkan dosaku, dan memudahkan segala urusanku..

Selasa, 14 Mei 2013

semakin berubah??

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas kesempatan dari Allah s.w.t masih lagi diriku ini dinjamkan nyawa untuk terus bermusafir di dunia mencari seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke daerah sana syukur Alhamdulillah..

selawat dan salam buat nabi Muhammad menjadi contoh dan ikutan kita semua. Alhamdulillah kehidupan yang dikurniakan ini tidak berhenti dengan limpahan nikmat tidak kurang juga ujian yang menempat di dalam lipatan kehidupan. apapun belajar semoga dapat menerima dan mensyukuri di setiap apa yang dikurniakan..

hidupnya insan, pelbagai ragam hidup, kadangkala tersedar tetapi selalunya leka dan lalai.. kenapa? sebab kita tidak mengikat hubungan kita sekukuhnya denganNya. Mendekat bila diuji menjauh dan berlalu pergi andai nikmat diperolehi.. jenis manusia apakah orang yang seperti ini?? teguran ini buat diriku sendiri...

lihatlah sekarang?? bila kita mula jauh dari pencipta, menganggap segala taklif  mula diperlekehkan, jangan menyesal sebab akan ada sesuatu perubahan yang akan dirasai.. mula merasa diri semakin berubah..sebab?? kita lari dari trek yang asal, sebagai hambaNya.. 

mulai hari ini, dengan azam yang tinggi diri ini ingin kembali semula kepadaNya, mula merasai ketidakselesaan ini... semoga Allah memberkati hidup, mengampukan dosa.. maafkan diri ini

Khamis, 9 Februari 2012

berkongsi

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan... diberikan kesihatan setelah 2 minggu diuji dengan demam... Alhamdulillah telah beransur pulih... syukur...syukur...syukur hari ini masih lagi berkesempatan untuk melihat alam yang penuh dengan keindahan walaupun ada disebaliknya bisa menimbulkan kelalaian...namun andai kita masih berada pada paksi kemanusiaan sudah pasti kita tidak akan terperdaya dek godaan yang mendatang....

tidak beberapa lama lagi pengembaraan akan bermula...sepertinya diri ini belum bersedia..walaubagaimanapun, kena melatih diri dari sekarang... jalan ini yang dipilih... kena juga ditempuhi, tidak boleh berhenti separuh jalan... andai berhenti itu bermaksud kita tidak bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu yang di idamkan...hanya di bibir saja... tiada berguna..

andai ada halangan.... kita tempuhi dengan tabah. setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya... kadangkala seperti keyakinan mati terbenam...namun sedikit semangat yang ditiupkan oleh keluarga dan sahabat2 menjadi penguat untuk terus berada di jalan ini...

di dunia ini...terlalu banyak benda yang diimpikan... yang ingin dimiliki... namun jika tujuannya hanya sekadar kesenangan di dunia...maka rugilah kita...

p/s untuk diri sendiri dan sahabat2

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...Alhamdulillah atas lipah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan nafas untuk terus hidup...masih lagi ditumpangkan bumi untuk menetap.. masih lagi diberikan udara yang segar untuk dihirup... Alhamdulillah... bersempena dengan maulidur rasul bersamaan 12 Rabiulawal 1433... saya dengan ini mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua... selawat serta salam ke atas baginda.... semoga bersua kelak di hari sana..insyaAllah

maulidur rasul mengingatkan saya kepada 1 peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup saya, iyanya bukan rekaan semata-mata tetapi ianya realiti... sewaktu saya join satu program...
[em...rasanya program yang saya sertai tue ada saya tulis dalam blog comot saya nie].. program bersama anak-anak asnaf [golongan penerima zakat di shah alam]... saya sangat tersentuh dengan pendekatan yang digunakan oleh consultant ini.... team ini membawa pendekatan "mencintai rasulullah" adalah salah satu cara untuk kita merubah dan menyedarkan anak-anak remaja kini... sewaktu program itu berlangsung kami sebagai fasilitator diwajibkan untuk menyertai semua slot ceramah yang diadakan... pada slot terakhir... slot tue ala-ala tazkirah... ada yang special dalam slot itu... tanpa kami sedari consultant itu telah menyediakan beberapa tayangan berkisar tentang perihal baginda s.a.w... Apabila pemancar LCD dipasangkan mata saya dengan pantang melihat layar putih yang dibentangkan... dengan penuh teliti... saya langusng tidak terpengaruh dengan suasana bising di dalam dewan ketika itu.. fokus melihat apa yang sedang dipertontonkan... tanpa disedari... sebak memenuhi ruang dada akhirnya saya mengalirkan airmata... ya Allah... bertapa baiknya Rasulullah kepada kita... namun kita tidak menyedari semua itu...bertapa sayangnya baginda kepada kita... namun kita tidak pernah untuk membalas kasih sayang baginda...dengan patuh sepenuhnya dengan ajarannya sedangkan iyanya untuk kebaikan kita... menitis airmata ditambah dengan sesalan kerana.. baru kini tersedar perjuangan baginda...berjuang bukan saja sewaktu hidupnya namun sehingga di akhirat kelak...masih tercari akan umat-umatnya... tidak pernah dia lupa akan kita... bertapa sayangnya Baginda pada kita...

di dalam program itu saya sangat terkesan dengan modul yang mereka ketengahkan... sebelum balik... semua peserta dibekalkan dengan sekeping kertas... saya berasa pelik kerana saya tidak memahami apa yang ditulis pada kertas itu.... kemudian ketua fasilitator memberitahu bahawa itu adalah burdah... syair yang dibuat khas untuk junjungan kita Rasulullah s.a.w... saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut mengambil sekeping untuk bekalan... Alhamdulillah kertas itu masih saya simpan sehingga kini dan masih dibaca...

Alhamdulillah...Allah lintaskan pengalaman itu di dalam lakaran hidup saya... sekurang-kurangnya saya tidak rugi kerana ada sesuatu yang bernilai yang saya perolehi.... Sungguh rindu rasanya Pada Baginda... selawat dan salam untuk baginda serta kaum kerabat... Allahumam solli ala muhammad wa ala alihi wasohbihi wasallam....

Rabu, 18 Januari 2012

no title

Assalamualaikum w.m.b... Alhamdulillah masih lagi diberi kehidupan..diberikan kesempatan untuk berada di bumi Allah... mengaut segala hasil untuk dijadikan bekalan di hari kelak insyaAllah...
hari sehari yang dilalui semakin mencabar...kehidupan semakin hidup.. dunia semakin pantas dan saling berkejar-kejaran...dunia kini tidak sama seperti dulu..mahu atau tidak kena terima... sebab sekarang tidak seperti dulu terlalu banyak pilihan...kini nak atau tidak..jika itulah kesempatan kena terima..sebab manusia semakin ramai..yang cerdik pandai semakin ramai..andai peluang baik datang maka rebutlah dengan sepantasnya..jangan berlengah-lengah dan bertangguh lagi..itulah kehidupan di zaman ini....peluang terhad tetapi yang menginginkan terlalulah ramai....

sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat semua...

Sabtu, 31 Disember 2011

TAHUN BARU MASIHI

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara di muka bumi ini dan menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba... Alhamdulillah..

hari ini merupakan 31 Disimber 2011. dan hari ini merupakan hari terakhir kita berada di tahun 2011 mengikut kelendar masihi.. dalam entry terakhir di penghujung tahun 2012 saya ingin "highlight" semula azam2 yang saya telah buat pada 1 hjrah 1433H


1) terus memelihara ibadah fardhu...jangan lalai

2) terus memelihara al-Quran agar di akhirat kelak menjadi syafaat bagi kita

3) teruskan usaha mencari ilmu agar tidak mudah dipijak2 oleh mereka2 yang sering mendustakan kebenaran Islam

4) menjadi anak yang solehah dan yang paling penting berusaha sehabis2nya agar tidak mengecewakan kedua ibu bapa

5)saya cuba untuk berdikari untuk berjaya dalam hidup

dahn yang terpenting sekali " The Chosen One" lagu yang saya gemari... saya akan berusaha mengikuti dan menjejaki keperibadian baginda S.A.W.. menjadi idola saya... semoga semuanya terlaksana...

amin...

berbalik kepada tahun 2011. pada tahun ini banyak menyimpan pelbagai kenangan dalam sejarah lipatan hidup saya. sega susah senang saya rasai.. Alhamdulillah atas peluang yang diberikan oleh Allagh s.a.w akhirnya pada tahun 2011 saya berjaya menamatkan pengajian saya di peringkat diploma dalam bidang Usuluddin.. pada tahun ini juga saya memperolehi pengalaman berkhidmat sebagai pelajar praktikal di Pejabat Agama Kajang sekaligus memberi pengalaman kepada saya untuk merasai alam pekerjaan.. pada tahun ini juga, misi untuk menjelajahi sluruh tanah semenanjung hampir saya capai. cuma saya tidak berkesempatan untuk berkunjung ke negeri Perlis..insyaAllah semoga ada kesempatan..

pada tahun ini juga, saya merasai duduk lama berpisah jauh dari keluarga, jika tahun2 sebelumnya boleh dikatakan hampir setiap cuti semester saya akan pulang ke kampung. pada tahun ini juga, saya merasai pengalaman duduk di rumah sewa bersama kawan-kawan setelah 6 semester menetap di asrama kolej.

pada tahun ini juga saya telah membuat keputusan yang salah, t6idak mengambil Malaysian University English Test... hingga tidak melayakkan saya untuk memohon mana-mana universiti.. pada tahun ini juga saya menghadapi kesulitan yang masih belum berjaya diselesaikan..mengeluarkan duit dari bank untuk membayar baki yuran pengajian..memandangkan di tempat saya tidak mempunyai bank berkenaan, jadi saya kena menunggu waktu konvokesyen isyaAllah tahun hadapan..

tahun ini juga buat pertama kalinya saya mendapat keputusan CGPA 4.0. Alhamdulillah

sedih rasanya berpisah dengan tahun ini..sebab terlalu banyak kenangan..banyak pengalaman yang dilalui.. namun itulah lumrah kehidupan, hukumnya kena terus mara kehadapan.. usia semakin meningkat.. semakin dekat ke hari " pengakhiran"... semoga tahun ini, segala ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah... dan semoga tahun depan menjanjikan kebaikan daripada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya...

nukilan terakhir...

SELAMAT TINGGAL 2011

Khamis, 8 Disember 2011

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masihlagi diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di ruangan ini Alhamdulillah..hari ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan biodata seorang yang sangat terkenala..seorang ulama yang banyak berkongsi berkaitan perihal agama Islam serta telah menghasilkan perbagai judul kitab-kitab dan ada diantaranya kini dijadikan rujukan bagi sarjana-sarjana yang berada dalam kuliah pengajian Islam... beliau yang saya maksudkan ialah....


Maulana Maududi..

lahir pada 3 Rejab, 1321 AH (25 September , 1903 AD) di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) negeri, India.

Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Muhamad. Beliau seorang pemimpin spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada 1855 AD , seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik lelaki.

Masa kecil

Maulana Maududi mendapat pendidikan di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang dipanggil "Madrassah", bukan sekolah Islam tradisional . Kemudian melanjutkan pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad sekejap sahaja kerana bapanya sakit. Mahir berbahasa Arab, bahasa Farsi, bahasa Inggeris,dan bahasa ibunda Urdu .

Tahun 1918 ,ketika usia 15, mula bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara kehidupannya.Tahun 1920, menyandang jawatan editor surat khabar Taj, yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang negeri Madhya Pradesh , India.

Tahun 1921, Maulana Maududi pindah ke Delhi bekerja sebagai editor surat khabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jam’iyat (1925-1928), yang diterbitkan oleh Jam’iyat-i ‘Ulama-i Hind,sebuah pertubuhan politikDeoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor , al-Jam’iyatmenjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India, Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive). ' Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang menentang penjajahan kolonial British.

Beliau menggesa Muslim India berhijrah ke Afghanistan untuk mengelak pemerintahan British.Zaman itu ,Maulana Maududi mula menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Urdu. Beliau juga telah menulis buku bertajuk al-Jihad fi al-Islam ("Jihad dalam Islam") diterbit secara bersiri dengan nama al-Jam’iyat tahun 1927 dan dijilid sebagai buku tahun 1930. Al-Jihad fi al-Islam merupakan karya termasyhur beliau.

Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor majalah bulanan Tarjuman al-Qur'an ("Tafsiran al Qur'an"). Bidang penulisan beliau ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian Islam dan Islam ada jawapan bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.

Bersama dengan ahli filasuf dan ulama Muhammad Iqbal, Maulana Maududi mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab .Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik Islam. Maulana Maududi mengkritik habis konsep-konsep Barat seperti nationalisme, pluralisme and feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam.

Beliau mencadangkan dunia Islam berdikari , jihad ("berjuang") sehingga berjaya menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah dan mentafsir Qur'an kebahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.

Tindakan Politik

Tahun 1941, Maulana Maududi mengasaskan pertubuhan Jamaat-e-Islami untuk mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan.Beliau terpilih sebagai Presiden Jamaat dan sekali lagi terpilih sehingga 1972 dan bersara dengan alasan kesihatan.

Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India , Maulana Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. Beliau tidak senang dengan dasar sekular dan mahu pemimpin Pakistan yang komited Islamik.

Maka Maulana Maududi ditahan dan dipenjarakan berikutan ucapan dan tulisannya yang mahukan Islam tulen. Tahun 1953, risalah Maulana Maududi disebarkan yang mengkritik Ahmadiah sebagai tidak Islamik . Akhirnya menimbulkan rusuhan dan tunjuk perasaan di Pakistan.

Mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati ke atas beliau . Beliau enggan merayu dan rela menerima ketentuan daripada Allah.Sebaliknya merayu dibebaskan berucap . Namun kemudian kerajaan tentera tidak melaksanakan hukuman mati ke atas beliau.

Maulana Maududi mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang syumul, Islam sebagai cara hidup dan menolak cara hidup Barat. Islam adalah satu agama lengkap untuk umat Islam.Umat Islam mestilah menjadikan al Quran sebagai rujukan dan mengikut semua aspek kehidupan Nabi Muhamad.

Konsep ini merupakan alasan utama beliau menentang perpisahan Pakistan daripada India. Baginya Islam boleh hidup, berkembang dan berkreasi di mana sahaja.

Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat, antara orang Islam dengan bukan Islam.Beliau menentang konsep agama adalah milik peribadi , satu dasar sekular.Baginya agama adalah refleksi daripada masyarakat. Beliau mahu undang-undang Syariah dilaksanakan bagi semua rakyat , menggantikan undang-undang sivil yang tidak Islamik dan melaksanakan undang-undang jenayah hudud.

Maulana Maududi mengembara pada 1956 dan 1974 untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Ucapan inspirasi beliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di Cairo, Damascus, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan banyak negara lain. Beliau mengerjakan haji dan membuat penyelidikan di Saudi Arabia, Jordan (termasuk Jerusalem), Syria dan Mesir antara 1959-1960 dan menggesa al Quran diangkat sebagai panduan utama.

Pada 22 September, 1979, Maulana Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun di Buffalo, New York. Jenazahnya dikebumikan di Buffalo, tapi batu nesan peringatan dibina di (Ichra) di Lahore oleh pengikut setianya.

Falsafah

  • Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah.
  • Beliau menyatakan umat Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi pembangunan umat.
  • Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami benar-benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100 %.
  • Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam. Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti .

Antara judul karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah:-

  • The Meaning of the Qur'an (Arabic: Tafhim al-Qur'an)
  • Islamic Way of Life
  • Khutabat: Fundamentals of Islam
  • Caliphs and Kings (Arabic: Khilafat wa Mulukiyyat)
  • Human Rights in Islam
  • Al-Hijab
  • Economic System of Islam
  • Human Rights in Islam
  • Introduction of Islam
  • Rights of Non Muslims in Islamic State
  • Social System of Islam
  • System of Government under the Holy Prophet
  • Economic Problem of Man and its Islamic Solution
  • Islamic Law and its Introduction in Pakistan
  • Qadiani Problem
  • Towards Understanding Islam
  • Towards Understanding the Qur'an

setakat ini saja perkongsian dari saya untuk semua..semoga ianya bermanfaat untuk kita semua InsyaAllah :)



Sabtu, 30 Julai 2011

ramadhan kareem


Assalamualaikum...masih diberi kekuatan untuk terus berada di dunia ini mencari seberapa banyak bekalan untuk hari akhirat... selama beberapa minggu ini kehidupan hanya banyak menyepi...pelbagai pengalaman yang dilalui... menghabiskan sisa-sisa terakhir berada di tanah semenanjung sebelum pulang ke pangkuan keluarga tercinta di sabah.. pengalaman yang diperolehi menjadi penguat diri dan bekalan untuk lebih matang dalam menelusuri kehidupan ini... insyaAllah..

ya Allah..ia semakin hampir baunya semakin terhidu kemanisannya semakin terasa...ramadhan kareem... hari yang dinanti-nanti bulan yang sering di tunggu-tunggu... tinggal 3 hari lagi namun kehangatannya semakin terasa...ya Allah semoga aku sempat bertemu dengan Ramadhan... madrasah yang banyak mengajar aku... bermula dengan pelajaran sabar sehinggalah pelajaran amal dan takwa...ya Allah andai aku dapat bertemu ramadhan...ingin ekali aku melakar agar aku menjadi salah seorang pelajar cemerlang di madrasah ramadhan kali ini.

ya Allah semoga ramadhan kali ini menjadi medan untuk ku menebus segala kesilapanku dan menjadikan medan tarbiyyah bagiku insyaAllah...