Jumaat, 8 November 2013

hujan yang dingin, guruh tidak berhenti

Alhamdulillah nikmat hidup yang dipinjamkan ini, peluang untuk terus memaknai hidup yang kadangkala sukar ini.. syukur Alhamdulillah, tiada lafaz yang dapat mengambarkan rasa kesyukuran..

melihat ke luar jendela, hujan yang sungguh lebat, dingin namun guruh tidak berhenti, menenangkan namun mrisaukan diri.. tatkala sendiri..

seringkali,terpengaruh dengan persekitaran..jangan menolak hukum alam, setiap manusia perlukan manusia lain.. kegembiraan selalunya dirasai dan dikongsi, antara banyak akal dan hati.. namun tidak semua hati akan berpuas hati..kadangkala diuji, sedih menyapa diri.. ada yang tersisih tatkala yang lain bersorak riang.. itulah hukum alam, kadangkala kita dapat menceriakan ramai wajah, namun jangan lupa, kita juga selalu membuat mereka terkesan dan terluka. itu sudah biasa, diluar minda sedar, kita berjenaka tetapi mereka bukan gembira  namun ramai yang terluka.. kita manusia yang tidak sempurna, tidak terlepas dari silap dan salah.. banyak-banyak bermuhasabah.. bila ditolak, rasa tersisih, mungkin ada cacat celanya kelakuan kita..andai sehabis mungkin memerah akal dan minda, khilaf dan onar apa yang telah kita buat, mohonlah maaf, jangan disimpan di dalam hati, kerana dunia ini hanya pinjaman dari yang haq..sementara saja sifatnya..

andai maaf dipinta, masih tidak disambut..tidak mengapa, jangan kecewa, berikan ruang buat mereka dengan seluas-luasnya..yang penting kita ikhlas, buat segalanya kerana Allah..insha Allah semuanya kan baik-baik saja. tidak dinafikan,persoalan kenapa?? mengapa?? seringkali bermain di minda, persoalan yang buntuhkan jawapan masih diharapkan, tatkala ini rasa sakit, dan sedih akan menghimpit diri.. namun, tidak ada yang dapat dilakukan setelah berusaha dengan sehabisnya kemudian berdoa pada yang Esa, yang tidak pernah meninggalkan hambaNya walaupun seketika. 

terimalah ini sebagai ujian dan tarbiyah dariNya, Dia begitu sayangkan kita, menangislah sepuasnya, lepaskan segalanya.. Dia ada untuk mendengar rintihan hambaNya, Dia sentiasa bersedia mendengar luahan hati hambaNya.. 

ketika ini hujan masih lagi turun ke bumi, namun guruh sudah mula berhenti... ya Allah terima kasih atas tarbiyahMu ini.. aku terlupa ketika aku gembira, ketika aku rasa terbeban kerana ujian ini barulah ku sedar Engkau sentiasa ada disisi menemani..guruh yang kuat berbunyi akhirnya berhenti sendiri, begitu jugalah dengan kehidupan..ujian yang datang akan berlalu pergi, bersabarlah dalam menanti..

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)"

peringatan bersama, salam muhasabah wassalam..


Khamis, 27 Jun 2013

harus bagaimana??

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan umur untuk terus berkelana mencari bekalan di bawa ke daeerah sana insha Allah..

Alhamdulillah, selawat serta salam buat nabi junjungan, nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda...

beberapa hari ini,
terlintas di minda,
beberapa perkara, yang selalu terfikir, ianya bukanlah penting..tetapi kadangkala mengganggu diri ini..

apakah??
berbicara soal jodoh.. adakah boleh seseorang sepertiku berbicara? adakah layak? mungkin ada yang berkata..."kamu masih muda, tak perlu peningkan kepala berfikir soal jodoh". ada benarnya apa yang dikata oleh mereka itu, ada juga silapnya. jika melihat pada angka, diukur dari usia yang masih muda mungkin itu yang bakal dikatakan. tetapi jika difikir dari sudut lain, kemaslahatan itu lebih perlu diutamakan.

ada baiknya mula berfikir dari sekarang, rasa peduli akan masa depan. berfikir soal jodoh. dalam masa yang sama, bagi yang sedang belajar jangan pula terlalu asyik sehingga yang dikejar-kejar tak dapat yang penuh dalam kendongan berciciran.peringatan untuk diri sendiri. 

tapi diusia remaja dan pra-kedewasaan, terkadang cinta datang. cuba mengusir dari menempat dihati,namun semakin diusir semakin terkesan dihati... tidak salah bila cinta datang, kerana fitrah rasa cinta tidak dapat dinafikan, namun peringatan!!  andai cinta itu dipandu dengan nafsu, memakan diri sendirilah jawabnya, andai cinta itu dipandu dengan akal dan hati insha Allah selamatlah dunia hingga akhirat nanti....

andai rasa cinta itu datang..
insha Allah diterima,
namun risau sekali menjadi lupa,
ishqi dengan dunia sendiri..

andai ada cinta yang datang..
semoga ia tidak sia-sia,
datangnya bukan ziarah..
biarlah kekal hingga ke syurga..
dengan jalan yang diredhaiNya..

andai hadirnya hanya gurauan dunia,
jauhlah ia,
semoga angin senja membawanya pergi..
dek nafsu memandu,
akal kaku dan beku..

harus bagaimana? serahkan padaNya, semoga limpahan rahmatNya untuk kita semua.. andai itu ketentuan terimalah dengan hati terbuka..insha Allah, sentiasalah memohon perlindungan moga terus dilindungi..ameen..

Jumaat, 14 Jun 2013

22 tahun sangat istimewa

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah dan kurnia dariNya, masih dipinjamkan usia untuk berjalan, melihat dan merasai nikmat Allah s.w.t di dunia ini.. 

peristiwa semalam masih lagi segar diminda, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku. dan xterlintas dek minda yang berfikir..ya Allah terima kasih kerana mengurniakan mereka-mereka yang sangat baik, teman yang sentiasa bersama jatuh dan bangunku.. tahun lepas sehingga tahun ini sejujurnya banyak benda yang kami kongsi bersama-sama.. terasa ukhuwah itu.

tidak pernah terbayang akan berlaku seperti semalam..

begini ceritanya...

semalam salah seorang akak saya nie nama dia kak irah, dia nie cute orangnya, tapi agak nakal.. kalau berprogram tanpanya, tak meriahkah suasana, katanya nak ajak saya keluar makan dan tidur di kolej kediaman saya. saya mengiyakan dan berniat untuk menolongnya untuk prepare barang-barang makanan ringan untuk dibawa ke program orang asli minggu ini. tunggu punya khirnya dia membuat satu panggilan kepada saya mengatakan dia telah tersesat, nasib kak syafiah telah membantunya. 

hah kak syafiah pula nie, akak saya yang sangat baik hati..teringat waktu belajar dulu, xletih dia membantu saya, bila saya sakit dialah sentiasa bersama saya.. dia sangat baik hati. bila saya silap dia selalu menegur saya, walaupun saya terasa tetapi bila fikir semula betul apa yang dikatakannya pada saya. kak syafiah sepanjang perjalanan mencari helah, kejap-kejap kereta berhenti, dia keluar dan menyambut panggilan..confuse saya, kenapa perlu menyambut call diluar kereta. tetapi saya beranggapan mungkin ada diantara kawan-kawan kak syafiah yang nak join sekali makan bersama kami :) fine..

setibanya di restoran, mereka memandang sana sini, aku juga turut mengikut gerak mereka, memandang sana sini, seperti ada orang yang dinanti...confuse lagi. tapi akal tak cuba untuk merungkaikan persoalan tue, kerana dek perut yang meragam nak makan..lapar sangat waktu tue.. tetapi tiba-tiba mereka mengajak untuk menukar meja ke tempat yang lain.. aku mengikut saja kehendak mereka..

duduk di meja baru, sambil makan otak-otak yang dihantar oleh penghantar (ayat abi /dr.ibrahim) aku mula tenang dan xresah, perut start dah diisi, senyaplah mulut nak berbicara..hehehehe 

tiba-tiba sepertinya ada orang yang datang di arah belakang, muka kak irah dan kak syafiah seperti berubah.. emm??? baik aku menoleh ke belakang..

HAH????

kenapa Amie ada?? confuse... kak azah?? kak wa?? dan kawan kak irah..
ehem2... siapa amie? amie nie sahabat saya, kenal waktu sama-sama berpogram, pernah dengar nama dia sekali waktu tahun 2010 tapi orangnya baru dijumpai oktober 2013..ayat macam criminal je :). kindman.. semoga dia menjadi lelaki soleh baik budi pekerti :). amie adik kepada kak wa, kak wa pula seorang sangat penyayang, dia sangat baik kepada adik-adiknya. sopan santun dan sangat intelek.. nak mencontohinya dan menjadi sepertinya satu hari nanti..credit untuk kak wa.yang paling specialnya kak wa nie orang yang sentiasa senyum tetapi sangat matured dalam hal-hal yang mustahak, terserlah ketika meeting kat kl sentral haritue, semoga Allah memberkati hidupnya, dipermudahkan segala urusannya dan .................... Amin :)

kak azah pula?? hat nie yang special, dia sangat caring tapi tak nak tunjuk..tapi saya tahu INI SEMUA POYO.. hehehe dia sangat baik walaupun kadang dia cakap rasanya macam tomyam cili lebih tetapi hatinya sangat baik.. susah senang sentiasa membantu, dia antara orang yang selalu menyelamatkan dari bergelandangan.. biliknya ibarat shelter bagi diriku... terima kasih kak azah :) kerana menerima diriku menjadi roomate mu hehehe..

owh rupanya inilah plan mereka, 2 dari kajang 2 lagi dari lumut-tanjung karang-bangi (sangat jauh perjalanan mesti drang sangat letih), 2 lagi dari gombak (jauh juga nie, nak turun ke bangi dari hujung ke hujung) sanggup datang semata-mata celebrate birthday budak busuk dan senget macam aku nie... 



kelu lidah tak terkata,
xterjemah perasaan saat itu,
menempar2 pipi beberapa kali,
ingatkan mimpi rupanya realiti..

terima kasih sahabat disisi,
hidup ini sangat bererti,
hadirnya kalian menjadi penyeri,
dalam permusafiranku ini..

terima kasih juga buat keluarga-keluarga YAK yang lain, yek gembira adanya hak semua.. semoga Allah permudahkan urusan kita, semoga Allah lancarkan perjalanan kita dalam usaha dakwah dan mencapai redhaNya.. 

salam sayang untuk semua..Wassalam

Khamis, 13 Jun 2013

lagu-lagu

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur kehadrat Allah atas nikmat islam dan iman.. boring?? jom dengar lagu nie, agak lama tapi masih segar diingatan..

sabarlah kasih..




"Betapa ku mengerti hasrat yg tersembunyi 
perasaan mu kasih terhadap diri ini 

 ku tahu kau merindu merindui diriku 
usahlah engkau ragu kasihku kepadamu 

 sebelum bersatu usahlah terburu  
menurut nafsu sabarlah kasihku 

 syariat membataskan adab dan pergaulan 
jagalah kehormatan usah keterlaluan 

kau dan aku akan dilindungi 
darinya tipu daya duniawi 

 sedarlah wahai sayang di dalam kehidupan 
kita hanya merancang Allah yang menentukan"

by: Solehah

Rabu, 12 Jun 2013

Robbi hubbi... duniaku

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulllah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus menjalani hidup yang semestinya indah walaupun kadangkala ada pasang surutnya..itu sudah biasa..

dunia....
indahnya,
memuaskan nafsu mata yang memandang,
tatkala itu ramai yang melihat..
tetapi tidak ramai yang bertaakul..
memikirkan disebalik penciptaan..
adanya tanda2 kekuasaan sang Pencipta..

dunia..
tatkala ramai terlena,
kelam malam mengelapkan suasana..
ramai yang beradu..
tatkala itu ada juga yang merindu..
berceritera bersama Robbi yang di hubbi..

alangkah nikmatnya hidup di dunia itu..
tatkala si hamba tanpa jemu berfikir akan kehambaannya..
sang Pencipta tidak jemu melimpah rasa kasih dan cinta..
dengan kurniaan nikmat yang tak terhingga..

semoga hamba yang berfikir itu,
semoga limpahan kasih dan cinta itu
semoga yang dikurniakan nikmat itu
itu..itu... dan itu.. adalah KITA..

wassalam..

Selasa, 11 Jun 2013

Dialah...

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur diberi kesempatan mencoret di dalam blog ini walaupun sebenarnya 2 minggu ini buzy berhadapan dengan final exam.. Alhamdulillah, digerakkan hati diringankan tangan untuk menaip menulis sesuatu yang ingin dikongsi buat sahabat2 semua..



dari petang tadi hingga saat ini, sambil membaca nota-nota metod dakwah, telinga menangkap lagu yang didengar dari youtube. satu demi satu lagu dimainkan sehingga terbuka lagu inteam..

Siti Khadijah..
teringat usrah sebulan yang lalu kak aqilah merupakan naqibah kami meminta untuk memilih seorang tokoh wanita yang kami kagumi. bersempena dengan sambutan hari wanita sedunia.. di dalam halaqah itu kelihatan semua sedang berfikir agaknya tengah memilih dan menilai siapakah wanita yang ingin dijadikan idola.. sambil melihat reaksi mereka, ada juga dikalangan kami sudah bersedia untuk berkongsi siapakah tokoh wanita yang mereka kagumi, diri ini turut sama.menyimpan rapi di dalam kotak minda sebelum dikogsi. setelah beberapa minit berlalu, kakak naqibah kami memetik nama secara rawak dan diriku dipilih sebagai orang ke-3 berkongsi siapakah tokoh wanita yang aku kagumi...

dengan senyuman dan lafaz bismillah giliranku berkongsi siapakah tokoh itu..

dan... Saidatina Khadijah menjadi pilihanku..

mengapa??

sudah pasti dialah yang dikagumi. tinggi budi pekertinya, menjadi peneman Rasulullah dikala suka dan duka. walaupun junjungan besar kita diuji dengan kejian dan cacian pada waktu itu oleh golongan kafir laknatullah namun dengan adanya dia penguat semangat suaminya untuk terus berdakwah dan menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat. kecerdikan dan kemewahan yang ada pada dirinya tidak sesekali dibanggakan, sepenuhnya harta yang dimiliki disalurkan sepenuhnya kejalan dakwah.. begitu mulianya saidatina Khadijah. 

Allah memberkati dirinya, darinya lahirnya zuriat2 yang soleh dan solehah hasil perkahwinan dengan jujungan besar nabi Muhammad s.a.w. tetapi sesuatu yang menyedihkan, dia meninggalkan suami dan anak-anak tercinta kerana Allah s.w.t telah menjemputnya.. Alangkah sedih baginda, terpancar kebaikan dan kesolehahnya... ya Allah sungguh, dia wanita yang mulia.. 

Pengorbanannya sentiasa dikenang. Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.

            Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).

            Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

subhanallah.. marilah kita sama-sama mencontohi saidatina Khadijah, semoga kita menjadi hamba yang solehah insha Allah :) Wassalam..

Jumaat, 7 Jun 2013

22 tahun sudah..

Assalamualaikum...Alhamdulillah ats limpah kurnia dariNya Robbul Izzati yang maha pemurah lagi maha penyayang, masih lagi diberi kesempatan berada di sini, mencari dan terus mencari bekalan untuk dibawa ke daerah sana insyaAllah...



dalam entry kali nie pelik??? kenapa ada gambar kek?? birthday siapa agaknya??

birthday tuan kelana iman :")

Alhamdulillah hari nie genaplah usia 22 tahun dan hari ini juga sama dengan hari kelahiran saya (jumaat sayyidul ayyam) Alhamdulillah..terlalu cepat masa berlalu, hingga tidak sempat untuk menarik nafas..hiperbolanya begitulah..lebih-lebih lagi kita umat akhir zaman nie, masa berjalan tersangatlah pantas..

kita sebagai manusia seharusnya menjadi pekebun yang semakin rajin bekerja..menanam dengan banyak hingga dapat mengumpul hasil tanaman yang banyak..cepat..cepat masa semakin pantas bergerak..risau...risau bila saatnya tiba, terlambat akhirnya pulang dengan keadaan papa kedana..risau sungguh..

meraihkan ulangtahun hari lahir bukanlah satu kegembiraan bagi diri ini, tetapi suatu kerisauan yang menempat dalam diri..umur semakin bertambah, maksudnya sedikit demi sedikit dunia ini melangkah kaki mula  meninggalkan diri ini..sedangkan waktu kembali semakin dekat menghampiri.. Ya Allah kiranya engkau mengasihiku, jadikan aku hamba yang sedar waktu itu semakin menghampiriku, jangan dibiarkan diriku ini kembali kepadaMu dengan tidak berisi, ketuklah hatiku, isilah sisa baki hidupku ini dengan rahmatMu berbentuk ketaatan dan hiasilah sisa baki hidup ini dengan akhlak mahmudah..andainya tersasar atau terleka tegurlah diriku ini.. sepenuhnya diriku ini ku abdikan padaMu..

dunia hanya pinjaman, roh yang berada dirangka jasad, nyawa yang menjadi sumbu kehidupan ini hanya sementara semoga diriku ini sedar bahawa dunia yang ku diami, kehidupan yang ku jalani, tangis dan tawa yang ku rasai acap kali ini akan berhenti...

semoga di usia 22 tahun ini, dirimu menjadi seorang yang matang..mewakafkan diri sepenuhnya kepadaNya yang maha kuasa..menjadi hamba bertakwa dan umat yang terbaik kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi.. 

buat mak dan bapa, terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini. dari sebesar tapak tangan hingga kini tanpa jemu mengasuh dan mendidik diri ini.. dalam senang atau susah tidak pernah mereka meninggalkan diri ini sendiri... buat abang yang dikasihi..semoga Allah memelihara kita ukhwah hingga ke syurga.. kita berdua hadiah yang terbesar buat mak dan bapa, semoga kita sama-sama tidak menghampakan harapan mereka.. untuk semua keluarga, guru-guru dan sahabat tercinta terima kasih atas segala tunjuk ajar, keprihatinan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..insyaAllah..

Amin ya Rabbal a'lamin...

Rabu, 5 Jun 2013

dikala senja

Assalamualaikum..Alhamdulillah atas rahmat dariNya, masih lagi dipinjamkan nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang bertakwa namun selalu terleka dek dunia yang menggoda..

Alhamdulillah sedar xsedar beberapa hari lagi menghabiskan semester 2 di bumi UKM, Pahit manis yang dilalui, semua tersimpan di kotak minda.. 

refresh..refresh..refresh..

terlalu banyak benda yang di install, baru terasa beratnya.. tidak pernah di scan, rupanya sudah terdapat banyak virus yang terikut... perlu berbuat sesuatu, perlu menyahkan semua ini...saat ini merindui insan-insan yang sentiasa berada dibelakang, hidup dengan syariat.. mereka2 yang ku rindui semakin jauh... ketenangan itu sungguh dirindui... setiap yang diinstall pasti akan di scan... rindu dengan bela, ija dan kak ina... adik beradik dunia akhirat..penguat diri.. mengaji bersama, soal berjemaah, puasa sunat..ya Allah terlalu merindui waktu itu, sangat merindui..apa diri ini mampu untuk kembali.. ketenangan sewaktu itu tidak lagi dirasai saat ini.. mungkin ada yang terlepas pandang, mungkin ada yang diluar kesedaran...

semoga dirangkul semula ketenangan sebegitu, diri ini ingin kembali.. 


ya Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui, kembalikanlah semula ketenangan ini, saat ini sangat mengajar diriku yang tidak tahu bersyukur ini... aku semakin jauh dari landasan sebelum ini. yang sebelum ini ku rasa betul rupanya tersasar dek nafsu yang memujuk... nikmat sedar yang Engkau kurniakan ini, membuka mata hatiku, membuka mindaku...yang aku xmampu untuk sendiri... dekatkan diriku padaMu..

saat ini aku sudah lemah untuk melangkah sendiri..

semoga diri ini terus berusaha, menjadi yang terbaik.. walaupun di dalam lipatan hidup bukan semua indah, ada juga kelompongan kecacatan..semoga tidak berhenti langkah ini walau sudah letih, terus mengasah tenaga, bertatih hingga akhirnya sampai kepenamat denga berjaya, dan berada di bawah rahmatMu ya Robbal Izzati...

Khamis, 23 Mei 2013

dunia yang mencabarku

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah dan kurnianya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk hidup dan meneruskan perjalanan di dunia ini.. sungguh hari ini rasa terlalu tertekan sekali, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan, sungguh kesabaran ini sangat teruji saat ini..tapi diri ini yakin semua ini adalah nikmat dariNya, Allah s.w.t ingin memberikan kemanisan selepas ini InsyaAllah.. 

hidup di universiti, cabaran yang datang silih berganti. jika hubungan kita tidak kuat bersamanya, mudahlah kita hanyut, dibawa godaan yang lebih banyak meracuni kita. tetapi jika kita dekat dengannya, hubungan bersamaNya kita jaga dengan sebaiknya insyaAllah kita dapat menangkisnya dengan sabar..

sabar kunci untuk memperolehi ketenangan dalam mendepani karenah dunia yang meletihkan, semoga Allah ampunkan dosaku, dan memudahkan segala urusanku..

Selasa, 14 Mei 2013

semakin berubah??

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas kesempatan dari Allah s.w.t masih lagi diriku ini dinjamkan nyawa untuk terus bermusafir di dunia mencari seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke daerah sana syukur Alhamdulillah..

selawat dan salam buat nabi Muhammad menjadi contoh dan ikutan kita semua. Alhamdulillah kehidupan yang dikurniakan ini tidak berhenti dengan limpahan nikmat tidak kurang juga ujian yang menempat di dalam lipatan kehidupan. apapun belajar semoga dapat menerima dan mensyukuri di setiap apa yang dikurniakan..

hidupnya insan, pelbagai ragam hidup, kadangkala tersedar tetapi selalunya leka dan lalai.. kenapa? sebab kita tidak mengikat hubungan kita sekukuhnya denganNya. Mendekat bila diuji menjauh dan berlalu pergi andai nikmat diperolehi.. jenis manusia apakah orang yang seperti ini?? teguran ini buat diriku sendiri...

lihatlah sekarang?? bila kita mula jauh dari pencipta, menganggap segala taklif  mula diperlekehkan, jangan menyesal sebab akan ada sesuatu perubahan yang akan dirasai.. mula merasa diri semakin berubah..sebab?? kita lari dari trek yang asal, sebagai hambaNya.. 

mulai hari ini, dengan azam yang tinggi diri ini ingin kembali semula kepadaNya, mula merasai ketidakselesaan ini... semoga Allah memberkati hidup, mengampukan dosa.. maafkan diri ini

Sabtu, 13 April 2013

bukan sekadar berpuisi, ada makna tersembunyi


dikala mata terpaku melihat pesona dunia,
hilang dari pandangan jejak laluan 
mengaku hamba pada tuhannya,
rupa-rupanya mudah lupa,
alpa hingga hilang arah,
gerak kaki terus melangkah..
tujuan sudah mula kabur,
putih diselubungi kabus,
berfikir apakah harus,
memerhati dan pekur,
terus melangkah atau duduk..

jika dibiar..
bimbang pancaindera mati,
mata hati semakin tertutup rapi..

saat itu...
sudah tidak ada jalan kembali,
petunjuk arah mulai pergi..

berubahlah disini,
andai sudah panggilan ke mari..
sudah tidak ada lagi jalan kembali..
8.01am 13/4

Jumaat, 29 Mac 2013

jangan biarkan

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan menghirup udara segar, menikmati sisa baki kehidupan yang masih dipinjamkan.. syukur.. Rasanya sudah lama tidak menulis. masa itu ada cuma peluang untuk menulis itu tiada.. menulis lagi..pasti ada sesuatu yang tengah belegar-legar di kotak minda. ya itu sudah pasti..

memikirkan, hidup ini walaupun kita merancang segala sesuatu dengan sempurna tapi Dia lebih mengetahui apakah perancangan kita baik untuk kita atau tidak..ujian diberi menilai sejauh mana kekentalan hati menangkis ujian yang datang bertandang.. tapi bagaimana dapat menepis ujian andai agen penghapus (hati) bermasalah..yang terpenting sekali, hati yang kena suci dan bersih. andai bersih, sebesar mana ujian menempat di dalam diri, dengan mudah dapat diatasi.. perit ujian tidak dirasai kerana manisnya iman yang menempat pada hati-hati yang bersih..

hati ini milik Allah, seharusnya kita sebagai peminjam hati ini menjaganya dengan sebaik mungkin. jangan biar ia dengan mudah disakiti kerana, ia menempat di dalam diri untuk dilindungi bukan dirosakkan apatah lagi untuk dikotori.. dan jangan tersalah menafsir kedatangan ujian.. bagi mereka yang tidak berfikir mengandaikan hadirnya ujian hanya menyebabkan hati akan rosak sedangkan didatangkan ujian untuk mentarbiyah dan mengentalkan hati dan diri.. 

Allah mengetahui segalanya, 

pesanan ini terpenting untuk diri saya sendiri dan sahabat2 semua... wassalam

Sabtu, 23 Mac 2013

salahku...

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk menetap di muka bumi, dengan harapan agar dapat membawa kemakmuran kepada dunia dan meneruskan usaha murni junjungan besar tercinta baginda Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi..

sudah lama tidak mencoret di tarbiahku.blogspot nie, Alhamdulillah petang sabtu ini Allah beri kelapangan untuk menulis sesuatu, semoganya ia menjadi manfaat buat kita semua. terlebih dahulu saya ucapkan takziah buat keluarga jabatan Usuluddin & Falsafah kerana telah kehilangan seorang mujahidah pejuang agama, dalam usia muda sebaya sepertiku, telah dijemput oleh Allah dalam keadaan terlena.. semoga rohnya tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. singkatkan hidup manusia?? sesingkat ini, masih ada lagi keangkuhan kita dalam mencari redhaNya, lupa masa yang diberi bukanlah panjang, dan tidak diketahui sejauh mana tempoh yang diberikan kepada kita, mungkin sebentar lagi, mungkin seminggu lagi atau sebulan lagi, tiada siapa yang tahu.. mari sama-sama kita muhasabah diri.

hari ini, terasa ingin mengomentar sesuatu tetapi apakah??  hah! tentang level confident.. aik kenapa tiba-tiba nak mengomentar tentang level confident?? kerana sebenarnya saya menghadapi masalah low level confident.. sebenarnya saya sangat merindui zaman-zaman berada di kolej dar al-hikmah, saya pelik kenapa semangat di sana tidak dapat saya bawa ke sini?? apa sebenarnya yang terjadi?? 

nak bersuara dalam kelas?? sory senyap ja..
nak bagi pendapat??? tundukkan kepala
nak bercakap?? tergagap-gagap..

apa sebenarnya masalah saya?? 

mungkin itu sebabnya...
sebab itu PASTI!!!

bukan membuka kelemahan diri, tetapi ingin berkongsi apa yang dirasai... dulu sebelum masuk ke sini, saya nekad bila saya dapat sambung study di ukm saya akan belajar sungguh2, kalau saya main2 saya berharap Allah menegur saya, dan kini saya sedar...dalam banyak2 aspek... Allah menduga saya dalam level confident saya..menurun dan menurun.. adakah disebabkan nekad saya??

ya sebab itulah sebenarnya... saya tidak mensyukuri apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada saya, mencari punca2 kenapa saya begini, rupanya saya terlupa pada janji saya sendiri.. semoga Allah mendengar doa saya..

"ya Allah bukakanlah hijabMu dalam aku menimba ilmuMu..kasihanilah aku ini, sesungguhnya aku leka dan alpa, namun teguranMu ini menyentap dihatiku, aku ingin kembali semula, berdampingan denganMu, menghayati ayat-ayat cintaMu, menjauhkan diriku dari mehnah dunia yang banyak merosakkan diriku, lalai dengan perkara yang sementara ini, dengarlah rintihanku ini ya Allah, lindungilah aku ya Allah.. sepenuh pengharapan ku brikan padaMu, amin.. "


Selasa, 19 Mac 2013

xsiap taip

Assalamualaiikum w.m.b Alhamdulillah ats limpah dan kurniaNya masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus menikmati kehidupan. semoga kehidupan ini tidak disia-siakan dan beroleh keberkatan.

Alhamdulillah khamis lepas sehingga hari ahad baruu-baru ini, berkesempatan bersama dengan ahli keluarga yayasan al-khalifah mengunjungi beberapa buah kampung. pada asalnya perancangan nak pergi ke pos balar, perkampungan orang asli yang terletak diperdalaman. untuk ke sana, perlu melalui kawasan hutan yang tebal, melintasi beberapa sungai-sungai yang cantik.. namun apakan daya, kenderaan yang ada tidak mencukupi untuk membawa kami masuk ke sana..tapi tak mengapa mungkin satu hari nanti boleh pergi semula ke sana InsyaAllah..


Khamis, 7 Mac 2013

Dia ada..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya..masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus  menjalani sisa baki kehidupan, selawat dan salam buat Rasul junjungan serta kaum kerabat.. Alhamdulillah dengan kelapangan yang dikurniakan, diberi kesempatan untuk diri ini mencoret di blog kesayangan ini..

jarang sekali menulis, tapi bila menulis sudah pasti mesti ada sesuatu yang mengetuk di hati tapi apakah???

sejujurnya, masalah yang tidak pernah hilang ialah masalah hati.. posisinya kadang berkurang masalah dan kadang bertambah..lumrahnya manusia, andai ada yang tidak dapat diluah dengan kata, hatilah menjadi "tempat buangannya" tetapi berhati-hati walaupun "masalah" yang dibuang ke hati xdapat dipandang dengan pancaidera namun kesannya boleh memakan jiwa dan amalan kita.. kekotoran diluar mudah dibersihkan, namun andai dalaman yang kotor, kenalah mujahadah untuk menjernihkan semula..

sekadar berkongsi apa yang dirasai sebenarnya, beginilah akibatnya jika hanya memikirkan dunia, lupa yang kita ada Pencipta, Penguasa alam.. walaupun seringkali kita melupaiNya, namun tidak pernah sekali dia meninggalkan kita..didatangkan ujian berbentuk nikmat dan musibah, mengajak kita bersyukur dan pekur seketika.. Dia terus hidup walaupun kita melupaiNya, namun apakah harganya kita, jika menjadi manusia yang tidak tahu untuk bersyukur kepada Tuhannya.. itulah manusia... hati bermasalah mulalah keluh kesah, lupa yang Dia ada, Dia menanti si hamba merintih memohon padaNya.. tapi kita manusia, pendek akal, memikirkan bahawa dunia adalah jalan penyelesaian yang baik, lupa pada yang sentiasa mendengar.. pada yang boleh merubah apa saja mengikut kemahuanNya.. ya Allah andai diriku lupa, peringatilah aku.. peliharalah aku dan sahabat2ku... jasad dan roh, akal dan jiwa agar terbimbing dan sentiasa berada dijalanMu...

jadi kesimpulannya...

1) kawal hati kita, jangan biarkan benda2 "kotor" terlalu banyak masuk ke hati (peringatan untuk diri sendiri)
2) andai di uji bersabarlah dan serahkan kepadaNya
3) ingatlah kita hamba biasa,, maka belajarlah untuk memperbanyakkan syukur dalam diri

insyaAllah beroleh berkat, agak serabut penyusunan ayat, sekadar tulisan bercampur emosi..

Wassalam..

Rabu, 27 Februari 2013

coretan petang

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya meminjamkan ruh yang masih menempat di dalam jasad untuk meneruskan sisa baki kehidupan sebelum kembali semula ke sisiNya... Alhamdulillah syukur... terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada diri ini sehingga rasa syukur yang dipanjatkan tidak mampu menebus semula segala limpahan nikmat yang datang dariNya... petang yang sunyi ini, suara titisan hujan yang jatuh membasahi bumi Ukm.. membawa minda melayang jauh, menembusi lapisan bumi dan cekerawala, memikirkan bukan pada yang dihidupkan, yang diciptakan tetapi memikirkan pada yang mencipta, yang menghidupkan...Dia yang sentiasa memerhati, mendampingi dikala beringat atau alpa... 

nikmat ini tidak dapat untuk diceritakan, namun terasa sangat bertuah kerana Allah masih lagi sudi memangdang hambaNya yang alpa ini.. inilah yang dicari-cari, teguran dan ketukan agar hati terjaga dari terus terlena.. kita sebagai manusia seharusnya beringat bahawa dunia ini sementara, jangan terlalu taksubkan dunia ini.. beringat!! tiada siapa diantara kita yang dapat menjamin, yang dia akan hidup esok hari dan tiada siapa diantara kita dapat menentukan yang dia akan mati pada hari ini tanpa izinNya.. nikmat yang diraih mestilah disyukuri..

sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tetapi entah kenapa susah untuk saya luahkan dalam bentuk penulisan mahupun lisan, mungkin ada hikmah ianya terus didiamkan... cuma, dengan sedaya upaya saya cuba memerah pengajaran untuk dikongsikan apa yang saya rasakan saat ini..

kita sebagai manusia

1) perlu mensyukuri apa yang kita perolehi
2) jangan melampaui batas
3) berkasih sayang antara sesama islam
4) dalam setiap yang dilakukan berfikir baik dan buruknya
5) umat islamlah yang kena menjaga kemuliaan islam itu sendiri

wallahu ta'ala a'lam... wassalam..


Selasa, 19 Februari 2013

xda mood

Assalamualaikum...Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya, masih lagi diberi kesempatan tuk update blog nie...syukur..syukur... Alhamdulillah setelah hampir sebulan cuti semester...hari ini merupakan hari terakhir berada di baiti jannati... Alhamdulillah...

apapun saya gembira kerana Allah beri kesempatan untuk saya bercuti bersama keluarga...

Jumaat, 11 Januari 2013

belajar dari "AJARI AKU"

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas nikmat hidup, kesihatan dan kesempatan yang masih diberikan oleh Allah untuk mengumpul seberapa banyak bekalan di bawa ke daerah sana kelak...syukur... Alhamdulillah walaupun 2 minggu ini sibuk berdepan dengan ujian dunia... Final Exam namun masih diberi kelapangan untuk menulis di dalam blog kesayangan ini.. untuk kesekian kalinya.. Alhamdulillah malam ini, hati rasa sangat tenang walaupun esok kena berdepan dengan exam lagi... ya Allah syukur Alhamdulillah atas nikmat ini ya Allah.. nikmat ini tidak mampu untuk ku perolehi tanpa izin dariMu..

saya ingin berkongsi, sesuatu yang bagi saya amat menarik sekali, tetapi saya tidak pasti samada ianya menarik bagi sahabat2 semua..  beberapa minit yang lalu, saya baru saja selesai download sebuah lagu baru yang dinyanyikan oleh anuar zain.. tajuk lagu tue "AJARI AKU"... menurut sahabat saya, kak maryam..lagu tue untuk kekasih. tapi saya memandang lagu itu dari sudut lain.. lagu itu sanngat merdu dan sayu... slow..sedap didengar... ermmm.. sepertinya bicara seorang hamba yang lemah sedang mengadu kepada penciptanya...subahanallah.. sangat2 berterima kasih kepada pencipta lagu "AJARI AKU" sangat memberi kesan kepada hati ini...

bila mendengar lagu "AJARI AKU" seperti kehadiranNya sangat dekat padaku... 

andai menitis airmata ini,
diriku tidak marah,
apatah lagi menuduh sesiapa,
sebab aku tahu Allah sedang melembutkan hatiku,
dari menjadi keras dan kaku,

ya Allah ajari aku...
kerana hanya Engkau yang bisa..
Hanya Engkau yang tahu semua inginku...
tersangat bangganya aku..
pada agamaku..
pada Nabiku..
pada kasih sayang ibu bapaku
pada nikmat ahli keluarga.
pada setia sahabat2 disekelilingku..

Engkau betul2 mengetuk hatiku..
terima kasih ya Allah..
Semoga Engkau meredhaiku, bersama ahli keluarga dan sahabat serta orang2 yang ada disekelilingku...Amin