Isnin, 17 Mei 2010

cinta dan harapan ....

Cinta dan Harapan
Album : Cinta dan HarapanMunsyid : Firdaushttp://liriknasyid.com
Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok
Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan
Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya
Hanya kudrat TuhanYang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan
Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikanKasih di alam cinta bahagia

Selasa, 11 Mei 2010

peristiwa semalam......

aku pergi... mendegar tangisan yang berlagu di sebelah tubuhku... aku berasa pelik?? suara siapakah itu, kemudian aku melihat ke sebelah kiri dan kananku... kelihatan ramai yang sedang membaca sebuah buku kecil yang mana sebelum ini tidak pernah ku baca hanya pernah ku lihat sekali sekala apabila ada rumah-rumah jiranku yang mengadakan kenduri..... aku teringin sangat untuk mencapai buku kecil itu, tapi tanganku menjadi kaku....
aku ingin melangkah untuk menuju ke meja yang di atasnya ada tersimpan buku itu... tetapi kakiku seperti sedang dipasung dengan rantai besi yang membataskan pergerakanku.... langkah yang ku susun terhenti.. niatku untuk menghampiri buku kecil itu terbatal...
kemudian ku merasakan seperti jasadku di angkat... walaupun anggotaku tidak dapat bergerak lagi, tetapi aku dapaat merasakan sesuatu telah berlaku kepadaku... rupa-rupanya kematian sudah melanda diriku... ayah!!!! ibu!!!! sekuat tenaga aku menjerit kerana seperti mereka kebal dari mendengan suaraku... aku menjadi semakin cemas..... ku lihat segulung kain putih, kapas, kapur barus, cendana diletakkan ditepiku.......... apa agaknya maknanya semua ini??? aku menjadi semakin takut......
aku masih muda.... kenapa harus aku yang merasai ini semua.... aku takut... dengan begitu banyak dosaku... seumur hidupku, aku teringat seperti aku tidak pernah mengingati tuhanku.... aku sukakan hedonisme........... ianya membawa keseronokan kepadaku... sewaktu hidupku, aku selalu derhaka pada orang tuaku
"mak! aku nak duit! mak faham tak? aku nak jalan ngan kawan2 aku!!"
"ayah!! cubalah faham aku nak kebebasan! jangan kongkong hidupku"
"ah! mak sama saja dengan ayah! dah la tua, tak sedar diri"
perkataan yang seringkali aku lontarkan kepada ibu dan ayahku.... aku menyesal ya Allah..... aku menyesal..... izinkan aku bertemu ibuku.... izinkan aku bertemu ayahku.... aku ingin meminta ampun kepada mereka!!................
namun............ nasi sudah menjadi bubur..... aku sudah terlambat... Allah telah menarik nyawaku... Allah sudah menarik kembali segala peluang yang diberikannya kepadaku.... aku menyesal.... aku teringat sewaktu hidupku, aku seorang kaki lepak, suka membuat kerja2 jahat... merosakkan harta benda awan dan banyak lagi........... aku melakukan pelbagai maksiat........... kerana aku inginkan kebebasan dan keseronokan....... tapi kini "do not delay".......kematian datang seperti yang telah dijanjikan.... aku tidak bersedia lagu...
dulu............
"ala! relax la bro kita nie masih muda lagi.... kita buat lah jahat2 dulu nanti bila dah nak tua barulah kita bertaubat ha ha ha ha"....
tubuhku kedinginan............. rupa2nya jasadku mula disirami air... yang sejuk.... tubuhku seakan-akan menggigil dingin ditambah ketakutan............... kemudian ku melihat, kain putih dibentang.....di letakkan cendana..... kapas putih.....
kemudian............
arhhhhhhhh.......................
tolong..........................
aku belum mahu mati lagi..........................
jeritanku yang kuat itu tidak juga kedengaran..............
akhirnya dibaluti tubuhku dengan kain putih itu...............aku menangis, meraung.......... sambil menjerit..........ayah!!!!! mak!!!!! tolong aku. namun tiada siapa yang dapat menghiraukan aku..... aku sudah letih...aku diam seketika.... tiba-tiba ku terdengar takbir berkumandang... aku tahu itu takbir kerana seringkali ku terdengar di tv, namun kebiasaannya akan ku alihkan siaran itu
"Allahu akhbar!"...........................
selepas itu, jasadku seperti diusung kesuatu tempat... semasa dalam perjalanan ku terdengar ada seorang berkata
"hadirin sekalian, kita iringi jenazah ini dengan bacaan ayat kursi..... "ALLAHU LA ILA HA ILLAH HUAL HAYYUL QAIUUM........................................."
bacaan mereka, semakin lama semakin kuat semakin lama semakin laju.... aku mula berasa cemas, aku mula berasa takut... aku semakin mula menghidu bau tanah. aku semakin takut...........aku mahu lari..tolong aku...tolong.... aku semakin mula berasa panas seperti ada bahang bara di sebelahku............ setibanya di kawasan itu... jasadku diturunkan kemudian beberapa pemuda masjid yang masih lagi aku ingati pernah mengajakku untuk solat bersama-sama di surau namun hanya ku kulontarkan gelak ketawa kerana aku berasa itu semua adalah benda yang sia-sia... aku menyesal kini namun tiada gunanya lagi.............
"wahai Fahmi bin Maryam jika ditanyakan siapa tuhanmu... mka katakanlah tuhanku adalah Allah...."
di bawah tanah yang hitam bercampur dengan ranting-ranting kayu yang mula reput aku menangis.... kini aku perlu tinggal sendiri....
tidak lama kemudian dua lembaga hitam menghampiriku.... mungkin inilah yang dikatakan malaikat yang akan menyoal di alam kubur............ dengan memegang sebuah senjata yang tajam, lembaga itu menghayunkan senjata itu kepada kepalaku............
"tolonggggggggggggggggg........................"
kring.....kring............kring..... huh!
"astaghfirullah!........ huh aku bermimpi..............
"ya Allah......... ampunkanlah dosa-dosaku............."
aku terjaga akhirnya.............
ya Allah sewaktu itu aku merasakan ia seperti satu pengembaraan............ selepas ini aku akan cuba untuk bertaubat atas segala kesilapanku... mentaati Allah dengan mematuhi segala perintahnya, taat kepada ibu bapa dan melaksanakan segala hak kepada agamaku.......
ya Allah ampunkan aku.................

Rabu, 5 Mei 2010

tadi pagi kelas ustaz nasir............

pagi ini aku bangun dengan azam baru.... walaupun sejak kebelakangan ini aku berasa kurang sihat namun kugagahkan langkahku untuk masuk ke kelas ustaz nasir... pengantar tasawwuf...

kelas nie antara kelas kesukaan aku...................

di dalam kelas tadi, ustaz menerangkan tentang peristiwa berkaitan dengan perkembangan ilmu tasawwuf yang sebenarnya telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi tetapi ianya tidak disebut sebagai tasawwuf.............

banyak jugalah yang diterangkan tadi oleh ustaz Nasir........................

aku suka mendengar dalam masa yang sama mataku sudah mula kuyu.... seperti nak telelap, tetapi kerana takutkan ustaz marah, aku terpaksa menahan rasa mengantuk yang teramat sangat kerana semalam tidak dapat tidur....................

kemudian, ustaz menerangkan bagaimana cara untuk menyucikan hati kita dan salah satu daripadanya adalah dengan cara bersikap ikhlas?................. aku terasa terpukul kerana aku sendiri menyedari banyak benda yang aku lakukan aku tidak ikhlas... bukan untuk membuka aib sendiri tetapi untuk dijadikan peringatan buat diri ini dan kawan-kawan semua.... segala yang dilakukan tanpa ikhlas adalah sia-sia sahaja..............

kemudian ustaz nasir juga ada berkata " buat kerja jangan pedulikan pandangan makhluk, pedulikan pandangan Allah".........................

aku berfikir sejenak? aku nie sebenarnya selalu memikirkan apa yang orang perkatakan tentang aku menyebabkan aku lemah dan hilang semangat sepatutnya aku tidak ambil kisah sangat apa yang "mereka" perkatakan.....

aku ingin menanam azam agar selepas ini aku dapat melatih diriku agar tidak lagmemedulikan pandangan orang lain sebaiknya........................

AKU KENA MENGAMBIL PEDULI AKAN PANDANGAN ALLAH S.W.T...........

Allah sentiasa berada disamping kita yang seringkali mengingatinya... jika kita lupa? jangan marah dan buat muka kerana kita sendiri yang menginginkan untuk dilupakan olehnya...

jom kawan-kawan kita tarbiyah diri kita bersama-sama...............

insyaAllah jika niat yang baik pasti akaan dikabulkan olehNya...............

wassalam.........

Selasa, 4 Mei 2010

dari sudut bilik kuliah...........

seawal pukul 6 pagi aku sudah terjaga dari tidur....

dengan sedikit kebimbangan kerana baju jubah yang ingin ku gunakan ke kuliah pada hari ini belum lagi di "iron"...

ku bergegas untuk mendirikan solat subuh kemudian menggosok baju tadi...

aku bersiap seperti hari-hari biasa kemudian pergi ke bilik kuliah dengan perasaan sedikit gembira dan ceria kerana seperti tidak sabar untuk masuk ke kelas ustazah halijah...

bila sampai di bilik kuliah ustazah datang lambat hari nie tapi aku tak kesah...

hari nie kitaorang belajar tentang nama-nama al-quran dan kemukjizatannya...

seronok rasanya di dalam kuliah ustazah seringkali saja membawa pelbagai info baru yang dapat memenuhi minda kecilku....

aku teringat kata-kata ustazah tadi "antara kamu semua pasti kamu ada meyukai surah atau ayat-ayat al-quran kan? oleh yang demikian ustazah nak tanya nie, hah! kamu haslina, surah apa yang kamu gemari? "

haslina tersenyum lalu menjawab dengan beserta layangan senyuman........

"amnah pula surah apa yang kamu sukai?" ustazah melontarkan soalan itu kepadaku sambil tersenyum...

aku dengan perasaan malu tapi mahu nak jawab menjawab dengan penuh yakin" saya suka membaca surah al-waqiah.... ini kerana surah al-waqiah sangat banyak kebaikannya... kebiasaannya apa yang saya hajati pasti saya perolehi" ........................

dengan pantas ustazah memotong kata-kata ku, dia berkata............ ustazah dapat m,erasakan tadi kamu sukakan surah al-waqiah, rupanya memang kamu sukakan surah itu..

aku bermonolog sendiri" aik? cmna ustazah boleh tahu akku sukakan surah al-waqiah nie? macam pelik ja ???

persoalan itu masih berlegar2 di kepalaku......... mungkin saja itu satu kebetulan............ atau.......... emmm entahla nak kata apa...

kelas pada hari ini juga best sangat..........

kami cuba berdiskusi berkenaan dengan "KAMI PRIHATIN" mesti antum semua pernah dengar slogan nie.... kan malaysia sekarang digemparkan dengan kes-kes pembuangan bayi....

ustazah bertanya pendapat kami seoranng-seorang berkenaan dengan kempen itu adakah berkesan atau tidak..... tetapi bagi ustazah ianya tidak berkesan selagi undang-undang agama tidak dilaksanakan dan aku bersependapat dengan ustazah............


macam-macam benda yang kami perbbincangkan pada kuliah kali ini.......seronok sangat... alhamdulillah di bilik kuliah tadi....

aku sudah mula menanam semula azamku untuk berjaya dan tidak berputus asa....walaupun baru-baru ini kegagalan telah menimpahku tetapi ia sebenarnya adalah hadiah yang paling berharga dalam hidupku selama bergelar mahasiswa darul hikmah....

Ahad, 2 Mei 2010

TARBIAYAH...

salam sudah pasti bila menulis di dalam blog ini pasti ada benda yang ingin aku kongsikan...sedih tapi aku kena kuat.. kerana ini sebenarnya yang aku harapkan dari dulu... terima kasih ya Allah kerana akhirnya menyedarkan aku... dalam apa pun yang aku lakukan aku kena bersungguh tidak kiralah benda itu mudah atau tidak..aku yang salah sebenarnya..

aku kena kuatkan hati kerana atas segala kesilapanku aku menjadi kuat semula.... aku kena menerima dalam masa yang sama aku kena berusaha... Allah lebih menghargai usaha sendiri berbanding dengan usaha orang lain.. kuatkan hati kentalkan jiwa..ingat angin yang bertiup kuat tidak semestinya menjanjikan satu kenyamanan tetapi angin yang kuat bisa menjadi satu bencana pada kita...

tarbiyah kali ini banyak mengajarkan erti usaha dan tawakkal.... tapi yang aku rasa kan aku sudah berusaha tapi tak kuat... aku bertakawal bukan bertawakkal... aku hanya melihat pada luaran tanpa melihat hakikat sebenar yang ada di dalamnya..aku hanya bermain dengan ilmu mengimpikan sebuah kejayaan sedangkan aku tidak pernah melakar sesuatu yang boleh membuat impianku menjadi kenyataan..

tarbiyah kali ini juga banyak mengajarkanku

1) erti bersyukur
2) berusaha sendiri
3) yakin pada diri

dan yang terakhir aku kenalah belajar untuk menerima segala kelebihan dan kelemahan diri

result semester nie jatuh 3.46 sedih tapi kena senyum......semester lalu dapat 3.9...

la tahzan aku boleh.... tapi aku kena usaha lagi.........