Rabu, 5 Mei 2010

tadi pagi kelas ustaz nasir............

pagi ini aku bangun dengan azam baru.... walaupun sejak kebelakangan ini aku berasa kurang sihat namun kugagahkan langkahku untuk masuk ke kelas ustaz nasir... pengantar tasawwuf...

kelas nie antara kelas kesukaan aku...................

di dalam kelas tadi, ustaz menerangkan tentang peristiwa berkaitan dengan perkembangan ilmu tasawwuf yang sebenarnya telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi tetapi ianya tidak disebut sebagai tasawwuf.............

banyak jugalah yang diterangkan tadi oleh ustaz Nasir........................

aku suka mendengar dalam masa yang sama mataku sudah mula kuyu.... seperti nak telelap, tetapi kerana takutkan ustaz marah, aku terpaksa menahan rasa mengantuk yang teramat sangat kerana semalam tidak dapat tidur....................

kemudian, ustaz menerangkan bagaimana cara untuk menyucikan hati kita dan salah satu daripadanya adalah dengan cara bersikap ikhlas?................. aku terasa terpukul kerana aku sendiri menyedari banyak benda yang aku lakukan aku tidak ikhlas... bukan untuk membuka aib sendiri tetapi untuk dijadikan peringatan buat diri ini dan kawan-kawan semua.... segala yang dilakukan tanpa ikhlas adalah sia-sia sahaja..............

kemudian ustaz nasir juga ada berkata " buat kerja jangan pedulikan pandangan makhluk, pedulikan pandangan Allah".........................

aku berfikir sejenak? aku nie sebenarnya selalu memikirkan apa yang orang perkatakan tentang aku menyebabkan aku lemah dan hilang semangat sepatutnya aku tidak ambil kisah sangat apa yang "mereka" perkatakan.....

aku ingin menanam azam agar selepas ini aku dapat melatih diriku agar tidak lagmemedulikan pandangan orang lain sebaiknya........................

AKU KENA MENGAMBIL PEDULI AKAN PANDANGAN ALLAH S.W.T...........

Allah sentiasa berada disamping kita yang seringkali mengingatinya... jika kita lupa? jangan marah dan buat muka kerana kita sendiri yang menginginkan untuk dilupakan olehnya...

jom kawan-kawan kita tarbiyah diri kita bersama-sama...............

insyaAllah jika niat yang baik pasti akaan dikabulkan olehNya...............

wassalam.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan