Selasa, 28 Februari 2017

Ciptaan Mulia

Assalamualaikum w.m.b, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w junjungan tercinta. Syukur Allah masih melimpahkan kasih sayangNya. Diberi kesempatan mencari seberapa banyak bekalan untuk di bawa ke daerah yang Baqo' insha Allah. Sudah lama tidak mencoret tinta di lebaran ini. Namun gerak gemari memujuk akal untuk turut menutur sepatah dua buat ingat-ingatan.



Manusia..

Diciptakan Allah dengan begitu sempurna kejadiannya . Di tempatkan di dunia, menjadi khalifah, ketua pada sekalian makhluk. begitu tinggi pengiktirafan yang diberikan olehNya. Sesudah itu, dititipkan rezeki, kebahagiaan, keluarga dan kasih sayang agar amanlah hidup si manusia walaupun kadangkala ujian singgah menyapa di perjalanan. 

Manusia juga dikurniakan akal, untuk memilih apa yang baik untuk dirinya dan meninggalkan apa yang kelak menyusahkan dirinya. Akal yang membawa keberuntungan juga mampu mencampakkan diri dalam kerugian. Beruntung bagi siapa yang tahu mengendalinya dengan hemah, rugi andai mensia-siakannya. 

Beruntung jadi manusia.. 

namun.. 

Manusia yang hanya menerima pemberian tuhannya sedang tidak tahu untuk bersyukur adalah rugi. setelah diberi kebahagiaan, kekayaan, kesenangan, kelapangan.. dia lupa untuk mengucap terima kasih. Sang Khaliq tidak berasa rugi, sebaliknya si manusia yang tidak bersyukur itulah akan dirundum malang. Allah berpesan di dalam kalamNya, agar manusia bersyukur atas pemberianNya, kerana setiap pemberian yang disambut dengan rasa syukur akan dijawab dengan nikmat yang berlipat ganda. Dengan kalimah toyyibah, ucapan Alhamdulillah sudah memadai kerana kemampuanNya menjangkaui apa yang kita harapkan, apa yang kita fikirkan.. 

Alhamdulillah ala kulli hal.. belajarlah untuk sentiasa bersyukur wahai manusia yang mulia ciptaanNya. Semoga Allah menambah kebaikan ke atas diri kita, semoga petunjuk untuk menuju kejayaan mengiringi langkah kita..di dunia dan akhirat insha Allah. 

Sabtu, 4 Februari 2017

Dedikasi buatmu Fatin

Assalamualaikum w.m.b.. Alhamdulillah atas limpah kasih sayangNya, masih ku diberi peluang mencoret sedikit cerita pengkelanaan di dunia ini yang sememangnya bermacam ragam. Setelah pelbagai peristiwa memenuhi jalan penceritaan, kehidupan ini semakin padat menyimpan pengalaman untuk bekalan di hari kemudian. Hari ini 3 Feb 2017, suatu peristiwa bersejarah bukan bagiku secara khususnya, tetapi buat sahabatku tersayang Fatin Afiqah, panggilan manja kami buat dia ten-ten. Sungguh ralat ku rasa hari ini, dari tadi pagi xkeharuan, rasa serba salah memenuhi diriku. mengapa tidak, hari ini hari bersejarah buat sahabat baikku, sedang aku tidak bersamanya.. sepatutnya saat ini, aku bersama sahabat-sahabat lain bersamanya, membantu mencantikkannya, duduk dekat dengannya, mengembirakan hatinya agar dia xgundah, mengesat airmata kegembiraan, menyapu peluh jika kepanasan.. Tapi aku xmampu, maafkan aku sahabat.


credit: Kak Yam sayang


Perkenalan kami bermula 2012,yang mana sewaktu itu kami sama-sama mendapat tawaran untuk belajar di UKM. Dia sangat baik hati pada aku dan sahabat-sahabat lain. Tidak akan dia biarkan kami susah, jika ada keperluan, walaupun dia letih, malam ke pagi, tidak berkira dia membantu orang. 2-3 pagi membelah kedinginan subuh membantu tanpa mengeluh. Sukar mendapat sahabat sepertimu ten (nama timangan fatin). mengambil kira aku orang yang jauh merantau, ten-ten dan keluarganya banyak membantuku.. kenangan yang xmungkin lupa, family fatin membawaku sekali bercuti bersama mereka. Tanpa mengeluarkan apa-apa kos perbelanjaan, semuanya makcik semah (mak fatin) yang belanja. Jadi tidak hairanlah jika keluarga fatin datang menjenguk fatin di Bangi, Kami boleh keluar sama-sama, gelak bersama-sama. sebab sudah kebiasaan makcik semah, suka belanja kami makan dan menganggap kami seperti anak-anaknya sendiri. 


Kami berdua memang budak nakal

Itu belum lagi cerita jika ada yang sakit, bukan setakat menghantar ke hospital,tapi dia akan join stay up dengan orang sakit tue.. bila ada yang lapar pulak? xkan ada yang lapar sebab fatin akan layan tekak-tekak kami nie, nak makan western ke jepun ke korea ke melayu ke jawa kek thai ke...banyaknya ke..dengan pantas duk kutip kami di kolej kediaman masing-masing (mata masuk habuk).

misi kurus yang tidak pernah berjaya, pagi jogging malam oldtown..

Dan kini..dia dah dimiliki, dia berkata "lepas kahwin saya tetap masih sama, xkan berubah".. tapi maaf ten, saya dah xpercaya dengan kata-kata begitu, hakikatnya keadaan tetap sudah tidak sama walaupun serupa.. fatin dah ada tanggungjawab yang lebih besar, bukan layan tekak kami, bukan hiburkan kami bawa ke mana saja kami suka, bukan temankan kami stay up di hospital, bukan belikan bubur MCD dan tiup bubur tue untuk sejukkan lagi.. apapun, kebaikan itu yang terus mengikat hati, Masih ingat lagi kan cerita jungle treking di hutan, si pacat masuk ke kasut, alangkah menjeritnya saya waktu tue... tapi, siapa yang sanggup buka kasut saya yang busuk tue? nak buang pacat tue? ten-ten kan?? (mata masuk habuk lagi).



zaman semester 1 di UKM

thesis xrajin saya taip, tapi coretan dedikasi buat fatin boleh saya buat sampai 50 muka surat.Tapi xnaklah, takut xda yang sanggup nak baca.. saya bukan pemena handalan, hanya hati yang menggerak tangan dan akal untuk mencoret selembar dua buat insan yang banyak berjasa... Akhir kata, Selamat Pengantin Baru Fatin Afiqah, kesayangan JMTsiblings.. dialah kakak, dialah teman.. semoga Allah terus menjaga persahabatan ini. Terima kasih atas dorongan, semangat, nasihat yang sering ten-ten berikan.. Hanya Allah dapat membalasnya sahabat.. 

kesat airmata, dan ku tutup tinta ini dengan ucapan salam... Assalamualaikum w.m.b