Ahad, 29 Mei 2011

matematik kesempurnaan..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini mencari seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke daerah yang kekal abadi... tiba-tiba rasa semakin risau kepada diri ini kerana blog ini mula menjadi sepi, kurang di isi dengan penulisan2 bermanfaat. takutnya..sedangkan ini adalah salah 1 taklif yang dipikul oleh saya sebagai seorang khalifah dan da'ie..insyaAllah..

walaubagaimana pun, bukan ingin memberi asalan tetapi inilah kenyataan.. bukan kekangan masa yang menghalang, bukan masalah2 lain yang menimbulkan kesulitan tetapi semuanya berpunca daripada diri sendiri...lupa dan seringkali mengambil endah...


sambil mendengar radio iluvislam, menambah mood petang ini untuk menulis, melakar sedikit karya yang rasanya kurang matang namun dengan sekuat usaha ingin dizahirkan dengan penuh semangat dan mudah untuk difahamkan.

hari ini, saya teringin sekali berkongsi sesuatu yang terlintas di hati, dan benda ini difikirkan sejak pagi tadi... kita sebagai manusia inginkan kesempurnaan dalam hidup... begitu juga dengan saya, inginkan kesempurnaan... mendapat sesuatu yang mampu melengkapkan impian kita, mencapai apa yang dihajati... namun ramai diantara kita seringkali terleka termasuk saya... bahawa kesempurnaan tidak akan dicapai tanpa adanya "sacrifice"

"sacrifice" atau dalam bahasa "kita" bermaksud pengorbanan.. tanpa pengorbanan kesempurnaan tidak akan dicapai..analoginya mudah... seperti seorang petani, ingin mendapatkan hasil tanamannya kenalah menanam benih, menabur baja..menyiram air setiap hari agar tumbuhan yang ditanamnya tumbuh dan menghasilkan buah yang baik dan cantik... cuba lihat dari menanam benih, membaja, menyiram air si petani itu terpaksa mengorbankan masanya, memerah keringatnya, meringankan tulangnya untuk menanam tumbuhan itu..itu semua adalah usaha dan usaha itu adalah pengorbanan dan pengorbanan yang dilakukan itu adalah yang akan membuahkan kesempurnaan dan keberhasilan mencapai segala yang kita hajati...dengan itu marilah kita sama2 berkorban untuk menyempurnakan apa yang kita hajati...berkorbanlah kerah kebaikan bukannya keburukan dan kebinasaan..

insyaAllah semoga Allah mendengar apa yang kita hajatkan dan semoga kita semua beroleh rahmat...insyaAllah

Khamis, 12 Mei 2011

sayu rasanya...

Assalamualaikum w.m.b syukur ke atas Allah s.w.t selawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus berada di muka bumi ini, menghirup udara yang segar walaupun ketika ini nikmat sihat ditarik sebentar. namun saya tetap bersyukur kerana sakit ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

bila sakit saya terfikir macam-macam, maklumlah sakit ini mempunyai dua pengakhiran samada sihat semula atau sebaliknya. bila rasa sakit seperti sekarang saya merasakan sesuatu yang jarang sekali saya rasakan keinginan membuak-buak untuk mendekatkan diri denganNya... terasa terlalu rindu denganNya dan ingin berada sentiasa disampingNya..

bila rasa sakit, terkenang dosa-dosa lama yang pernah dilakukan, semuanya melintasi minda seperti pita rakaman yang sedang dimainkan.. Ya Allah kerdilnya hambaMu ini ya Allah...bila rasa sakit sebegini, baru tersedar selama kehidupan ini banyak dosa yang telah dilakukan samada sedar ataupun tidak..ingin sekali diri ini mengambil air yang jernih membasuh semula hati ini.. menghilangkan titik-titik hitam yang bertompok yang semakin lama semakin banyak...

sayu rasanya hati ini.. keadaan yang kurang sihat ditambah dengan cuaca yang lembab dan sejuk, kenangan dari hujan yang telah turun membasahi bumi.. ketika sakit, risau rasanya tetapi kena bersedia, kerana ajal maut datangnya tidak dijemput hadirnya tidak pernah disangka-sangka.. datangnya menamatkan pengembaraan diri ini sebagai seorang manusia, hamba kepadaNya... takut..rasa seram sejuk namun kena sentiasa bersedia...

sebelum apa-apa berlaku, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat mungkin ada kata-kata yang kasar mengguris hati, maaf dipinta dari diri saya hamba yang hina ini dan seringkali terleka sering kali berbuat dosa..doa untuk kita semua moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah... Wassalam...

Selasa, 10 Mei 2011

akhirnya.........

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah berkat kasih sayangNya memberi ruang masa kepada saya untuk mencoret di dalam blog ini.. Alahamdulillah akhirnya... berjaya juga menyelesaikan latihan praktikum selama 2 bulan di pejabat agama islam daerah hulu langat.. terlalu banyak kenangan manis yang di rasai dan diperolehi walaupun kadangkala ditimpa pelbagai masalah2 kecil namun Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik.. pada asalanya saya sebenarnya tidak terfikir untuk menjalankan latihan praktikum, saya memilih untuk membuat projek akhir kerana projek akhir sangat bersesuaian dengan kursus yang saya ambil. namun plan pertama ditukar kepada menjalani latihan praktikum kerana beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan..

sepanjang menjalani latihan praktikum banyak benda baru yang saya belajar.. suasana alam pekerjaan yang tidak pernah saya lalui sebelum ini ditambah dengan kesibukan masalah "kedewasaan" adakalanya menghimpit kepala ini... namun dengan sekuat daya semuanya ditelan dan cuba untuk dicerna agar dapat dijadikan penguat untuk terus menjalani kehidupan seperti mereka yang lain..

bahagaian "unit undang-undang keluarga" merupakan satu unit yang sangat tersibuk di pejabat agama islam daerah hulu langat.. kesibukkan berdepan dengan pelbagai masalah ragam masyarakat, namun walaupun dihujani pelbagai masalah yang membawa kepada pelbagai persoalan... bagaimana untuk menyelesaikannya??bagaimana untuk menjawabnya, namun ianya memberi banyak input berguna kepada diri ini Alhamdulillah :) mendengar pelbagai masalah daripada orang yang datang... satu benda yang saya belajar dan yang harus diasah dengan tajam adalah sabar..kerana dengan adanya sabar.. semuanya akan baik...

akhirnya........ walaupun laporan latihan belum saya siapkan namun saya berasa lega dan bersyukur ke hadrat Akhirnya saya berjaya untuk menjalani latihan praktikum... "sujud syukurku panjatkan kepada Allah atas nikmat dariNya dan kesempatan yang diberikan ini "

p/s untuk sahabat2 yang hampir menghabiskan diploma, untuk last nanti ambillah latihan praktikum sebagai projek akhir.. monolog "nie nak promote nie jom :)"

wassalam....

Selasa, 3 Mei 2011

silapnya aku sebagai manusia..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah yang bertuah ini dengan nikmat2 yang diberikan olehNya tidak mampu untuk digambarkan oleh insan yang lemah seperti saya...rasa terlalu lama tidak mencoret di blog ini...seringkali terlupa akibat kesibukan kerja..

di dalam penulisan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mana kita sebagai manusia amnya mengetahui tetapi seringkali terlupa ... silapnya kita sebagai manusia...agak-agaknya kenapa saya memilih tajuk ini?? ia sebenarnya berkaitan dengan diri saya sendiri kerana saya juga seorang manusia. silapnya saya sebagai manusia bukan bermaksud satu kesilapan saya menjadi manusia tetapi silapnya saya sebagai manusia yang tidak meletakkan pengharapan kepada Allah sedangkan terang lagi bersuluh segala sesuatu kenalah kita serahkan segalanya pada Allah kerana Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita..

banyak yang kita rancang di dalam hidup tapi tidak semestinya kita akan memperolehi semua yang kita rancangkan... kerana apa?? kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...tidak salah untuk merancang tetapi pastikan segala yang dirancang kita sandarkan kepada Allah berhaparlah pada Allah...jika berharap pada manusia kita akan berasa kecewa jika tidak dapat ditunaikan tetapi sekiranya berharap pada Allah insyaAllah dia akan memperkenankannya sekiranya tidak,,Dia akan memadankan dengan apa yang sesuai untuk kita InsyaAllah :) WaSaLaM...