Selasa, 3 Mei 2011

silapnya aku sebagai manusia..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah yang bertuah ini dengan nikmat2 yang diberikan olehNya tidak mampu untuk digambarkan oleh insan yang lemah seperti saya...rasa terlalu lama tidak mencoret di blog ini...seringkali terlupa akibat kesibukan kerja..

di dalam penulisan kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mana kita sebagai manusia amnya mengetahui tetapi seringkali terlupa ... silapnya kita sebagai manusia...agak-agaknya kenapa saya memilih tajuk ini?? ia sebenarnya berkaitan dengan diri saya sendiri kerana saya juga seorang manusia. silapnya saya sebagai manusia bukan bermaksud satu kesilapan saya menjadi manusia tetapi silapnya saya sebagai manusia yang tidak meletakkan pengharapan kepada Allah sedangkan terang lagi bersuluh segala sesuatu kenalah kita serahkan segalanya pada Allah kerana Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita..

banyak yang kita rancang di dalam hidup tapi tidak semestinya kita akan memperolehi semua yang kita rancangkan... kerana apa?? kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...tidak salah untuk merancang tetapi pastikan segala yang dirancang kita sandarkan kepada Allah berhaparlah pada Allah...jika berharap pada manusia kita akan berasa kecewa jika tidak dapat ditunaikan tetapi sekiranya berharap pada Allah insyaAllah dia akan memperkenankannya sekiranya tidak,,Dia akan memadankan dengan apa yang sesuai untuk kita InsyaAllah :) WaSaLaM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan