Isnin, 25 April 2011

jati diri muslim bersama muallaf

Assalamualaikum w.m.b alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berada di muka bumi Allah yang bertuah ini.. insyaAllah :) Alhamdulillah baru menghadiri program kem jati diri muslima yang dianjurkan oleh pejabat agama islam daerah hulu langat. berkat dari Allah dan izinya saya sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan praktikum di PAIDHL berpeluang untuk menyertai program ini sebagai Fasilitator. program yang berbentuk santai ini diadakan selama 3 hari 2 malam bermula jumaat 22 april sehingga 24 april ahad. pelbagai program yang diadakan bermula dengan taklimat, icebreaking dan beberapa halaqah yang diadakan

keramahan peserta kem membuatkan hubungan kami semua menjadi rapat walaupun ada diantara kami yang belum pernah bersua sebelum ini..pada hari ke-2 kami urusetia, peserta dan fasilitator "jungle traking" bersama2 dan pada malamnya pula kami mengikuti aktiviti " night walk"

program ini sangat menyeronokkan sebelum ini hanya berpeluang mendekati orang asli dan membuat program bersama muallaf orang asli tetapi kali ini Allah memberi peluang untuk saya mendekati golongan muallaf yang terdiri dari pelbagai bangsa seperti cinta,india, kemboja tailahd, vietnam, iban,sungai dan banyak lagi.. kenangan ini tidak akan dapat saya lupakan... peluang yang diberikan oleh Allah kepada saya merupakan satu anugerah yang tidak dapat dinilai.. semoga ukhwah yang terjalin dalam program ini akan berkekalan..

the best moment...

semoga Allah mempermudahkan segalanya.. terima kasih atas kenangan ini syukran kepada ustaz azlan selaku pegawai bahagian pembangunan insan PAIDHL kerana memberi peluang kepada saya menjadi fasilitator proghram kem jati diri muslim 2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan