Assalamualaikum...Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk mencoret di ruangan ini... petang yang damai ini dinikmati dengan izinNya... walaubagaimanapun... pada saat ini minda sedikit terganggu ditantui dengan berbagai persoalan hidup...
seringkali saya mendengar apabila masuk ke alam dewasa..kita kena mula mahir...memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita... sekadar ingin berkongsi...
selepas menghabiskan latihan praktikal 6 bulan yang lalu Allah mengurniakan pelbagai peluang kepadaku... bekerja untuk sementara...namun ditolak kerana sewaktu itu hati sudah kembali ke sabah walaupun pada hakikatnya jasad masih berada di semenanjung malaysia...
ingatkan peluang itu terhenti begitu saja, dan kesempatan yang telah ditolak...akan terlepas jauh pergi.. namus setibanya di sabah.. offer yang datang terus bertandang... pada awalnya menerima dengan tangan terbuka menjadi seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah kebangsaan
hari demi hari..minggu bertukar minggu akhirnya selesailah tugasan menjadi guru ganti sementara... dan meneruskan rutin harian duduk di rumah... dan baru-baru ini...ada lagi offer datang dan iyanya salah satu offer yang ditunggu-tunggu..berkhidmat di jabatan agama islam
untuk sementara sebelum melanjutkan pelajaran pada penghujung tahun hadapan..namun...
terpaksa dipegunkan seketika... terlihat di wajah mak ayah seperti tidak membenarkan... apakan daya.... jauh disudut hati menyimpan 1 impian yang bakal memberi kesenangan kepada mereka...semua yang dirancang tidak dipersetujui... memberontak dalam diri...entah bila agaknya dibenarkan untuk berdikari..bukan ingin bersuka-suka bersama rakan-rakan jauh sekali ingin menjauhkan diri dari orang yang tersayang..tersangat tidak logik... semuanya dilakukan bertemakan "pengorbanan" tanpa pengorbanan tiadalah kejayaan... ntah siapa yang
tidak memahami..banyak kali bermuhasabah adakah ini kerana mengikut hawa nafsu remaja..namun hati sentiasa menjelaskan tidak... kerana segala yang dilakukan mempunyai sebab tertentu... membina benteng pengukuh untuk dikemudian waktu... sangat sedar...diri ini tidak sekuat insan lain... terlalu lemah untuk menerima ujian apatah lagi mendengar celaan...
dengan kesempatan waktu untuk berdikari sekurang-kurangnya dapat mem bina perisai dalam diri... serta mempersiapkan mental dan fizikal dalam terus merenangi arus dunia yang penuh dengan pancaroba.... kini tersangatlah buntu..buntu dan buntu...
what should I do???
ya Allah tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku dan ahli keluargaku..agar ada nikmat kesenangan dan kelapangan kini dan dimasa akan datang...Amin ya Robb