Selasa, 4 Mei 2010

dari sudut bilik kuliah...........

seawal pukul 6 pagi aku sudah terjaga dari tidur....

dengan sedikit kebimbangan kerana baju jubah yang ingin ku gunakan ke kuliah pada hari ini belum lagi di "iron"...

ku bergegas untuk mendirikan solat subuh kemudian menggosok baju tadi...

aku bersiap seperti hari-hari biasa kemudian pergi ke bilik kuliah dengan perasaan sedikit gembira dan ceria kerana seperti tidak sabar untuk masuk ke kelas ustazah halijah...

bila sampai di bilik kuliah ustazah datang lambat hari nie tapi aku tak kesah...

hari nie kitaorang belajar tentang nama-nama al-quran dan kemukjizatannya...

seronok rasanya di dalam kuliah ustazah seringkali saja membawa pelbagai info baru yang dapat memenuhi minda kecilku....

aku teringat kata-kata ustazah tadi "antara kamu semua pasti kamu ada meyukai surah atau ayat-ayat al-quran kan? oleh yang demikian ustazah nak tanya nie, hah! kamu haslina, surah apa yang kamu gemari? "

haslina tersenyum lalu menjawab dengan beserta layangan senyuman........

"amnah pula surah apa yang kamu sukai?" ustazah melontarkan soalan itu kepadaku sambil tersenyum...

aku dengan perasaan malu tapi mahu nak jawab menjawab dengan penuh yakin" saya suka membaca surah al-waqiah.... ini kerana surah al-waqiah sangat banyak kebaikannya... kebiasaannya apa yang saya hajati pasti saya perolehi" ........................

dengan pantas ustazah memotong kata-kata ku, dia berkata............ ustazah dapat m,erasakan tadi kamu sukakan surah al-waqiah, rupanya memang kamu sukakan surah itu..

aku bermonolog sendiri" aik? cmna ustazah boleh tahu akku sukakan surah al-waqiah nie? macam pelik ja ???

persoalan itu masih berlegar2 di kepalaku......... mungkin saja itu satu kebetulan............ atau.......... emmm entahla nak kata apa...

kelas pada hari ini juga best sangat..........

kami cuba berdiskusi berkenaan dengan "KAMI PRIHATIN" mesti antum semua pernah dengar slogan nie.... kan malaysia sekarang digemparkan dengan kes-kes pembuangan bayi....

ustazah bertanya pendapat kami seoranng-seorang berkenaan dengan kempen itu adakah berkesan atau tidak..... tetapi bagi ustazah ianya tidak berkesan selagi undang-undang agama tidak dilaksanakan dan aku bersependapat dengan ustazah............


macam-macam benda yang kami perbbincangkan pada kuliah kali ini.......seronok sangat... alhamdulillah di bilik kuliah tadi....

aku sudah mula menanam semula azamku untuk berjaya dan tidak berputus asa....walaupun baru-baru ini kegagalan telah menimpahku tetapi ia sebenarnya adalah hadiah yang paling berharga dalam hidupku selama bergelar mahasiswa darul hikmah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan