Jumaat, 27 Ogos 2010

ramadhan :-)

assalamualaikum...syukur ke hadrat Allah s.w.t masih lagi diberikan kehidupan sehingga ke saat ini... minggu ini adalah minggu yang paling "buzy" yang pernah ana lalui bermula dengan jumaat lepas selepas bekerja mengajar di sekolah agama selayang selepas itu balik semula ke kolej terpaksa menguruskan orentasi pelajar2 baru sehingga ke hari rabu...letih tapi alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan... selepas itu merangka dan merancang progam iftar jama'ie untuk warga KDH... alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

tetapi selepas itu...Allah nak uji lagi...sakit pula.... alhamdulillah syukur...mungkin ini kafarah dosa... Syukur ya Allah...di ramadhan pada kali ini pelbagai peristiwa yang berlaku yang sudah pasti membawa pelbagai hikmah buat diri ana yang lemah ini...

jumaat minggu lepas.... sesuatu yang tak diingini berlaku... ana terlibat dalam kemalangan jalan raya... Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita Dia masih memberi kehidupan untuk terus mencari seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke sana 1 hari nanti... banyak benda yang di uji...

yang paling kelakar sekali...dah la pada hari kemalangan itu... kena musibah... malamnya pula selepas berurusan dengan kakak kawan ana "pemilik kepada kereta itu"di UIA nasib kami malang lagi apabila dikejar oleh sekumpulan mat rempit...cemas dihati.... takut tak terkata...teringat " angah" laju membawa kereta... sehinggakan mereka tak dapat mengejar kami..

syukur ya Allah...Allah banyak membantu kami....banyaknya hikmah di ramadhan ini...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan