Jumaat, 16 Julai 2010

ubat sebenar...untuk diriku..

kadangkala kita merasakan ada pihak yang tidak merasai kewujudan kita kenapa ya?adakah memang dia tidak sedar ataupun dia buat2 xtau... ntah kadang kita akan berasa sedih... nak menangis...tapi kenapa plak nak nangis?? kadang buat kita terasa tapi kenapa pula kita nak terasa?? kadang buat kita terluka tapi kenapa kita nak terluka??

seringkali ada yang merasakan dirinya dipinggirkan... kenapa agaknya?? timbul perasaan sebegitu?? adakah itu juga merupakan lumrah yang ada pada manusia...

jawapan sebenar ada pada hati...

dekat sekali dengan diri...

tapi kita tidak memberi ruang kepada diri untuk memahami...

hati yang Allah berikan ini...


semuanya bermula dari hati...

akal yang dipandu oleh hati...


untuk menjawab semua soalan ini...sila update kembali hati2 kita...check semula... mungkin ada masalah disitu...apabila masalah di hati dapat diselesaikan masalah di sekeliling kita juga akan dapat diselesaikan..

yang penting rawat hatimu agar dapat merawat segala kedukaanmu...

dan ingatlah...jika engkau menghargai nikmat yang diberi oleh Tuhanmu..insyaAllah Dia akan mengurniakan sesuatu yang engkau sendiri tidak pernah membayangkannya...

2 ulasan:

  1. bagaimana utk merawat dan update hati itu,enti?
    ana harap enti boleh jelaskan dalam entri yg seterusnya (^_^)

    BalasPadam
  2. bagaimana nak update hati??muhasabah dan banyakkan berdoa...hati itu lembut sifatnya..telaah selamilah dengan sebaiknya...hati yang bersih duduk dalam tahap ok ialah hati yang jauh dari sifat hasad, suuzan dan yang paling penting hati mencerminkan peribadi..bila hati dah bersih secara langsung peribadi juga akan baik...update yang terbesar ialah bersangka baik dengan Allah/...insyaAllah bukan stakat update tetapi terus membunuh virus2 yang berbahaya di dalam hati sekaligus...insyaALLAH

    BalasPadam