Khamis, 1 Julai 2010

mari kita berteka-teki...sambil berfikir




kuliah semalam yang ku hadiri seronok bersama
dengan pensyarah kesayangan kami ustaz "N". setiap kali menghadiri kelasnya dia akan bertanyakan pelbagai soalan kepada kami... kebanyakannya soalan yang diajukan adalah tidak berbentuk ilmiah tetapi...aplikasi memutarkan soalan kepada jawapan yang berbentuk persoalan... huhu... kadang pelik gak soalan ustaz nie... kebanyakan soalan yang diajukan akan ana kongsikan di dalam facebook untuk sama2 difikirkan oleh kawan2.... antara soalan yang pernah ditanyakan oleh beliau ialah:-


1) apakah keistimewaan@ kebaikan yang dilakukan oleh manusia melebihi malaikat??
dan apa pula kejahatan yang dilakukan oleh manusia melebihi kejahatan yang dilakukan oleh syaitan.??


2) benarkan kewujudan Allah?? adakah kamu mayakininya??? buktikan yang kamu meyakininya??



dan beberapa soalan lagi... kebiasaan soalan berbentuk ini mempuyai cara atau metod yang khusus untuk menjawab... dan soalan2 seperti ini biasanya diutarakan oleh golongan-golongan yang ----------




soalan2 seperti ini membuatkan kita berfikir semula... adakah keyakinan kita....adakah pengetahuan kita tentang agama hanyanya atas nama tahu sahaja...ataupun memahaminya sedalam-dalamnya??dan soalan-soalan ini sebenarnya memberi ketukan kepada hati kita...adakah semua yang kita tahu hanya sekadar tahu sahaja atau bagaimana...


seorang sahabat yang merupakan bekas penuntut di UIAM pernah mengajukan satu soalan kepada ana.. yang mana nak menjawabnya membuatkan kepala pening... soalannya berbunyi...


" bolehkah Tuhan mencipta satu batu yang mana Dia sendiri tidak boleh mengangkatnya??......
mula2 dengar soalan nie rasanya macam nak bagi pelempang ja kat orang yang bertanya... tapi apabila difikir kembali.... owhhhh rupa-rupanya ada jawapan yang khusus untuk soalan nie... nak tau???? tunggu entry yang seterusnya..

hehehe ada seorang kawan bertanya lagi "eh amnah... ana nak tanya nie... waktu ana tolong seorang sami nie dia tanya adakah ana nie muslim?...ana jawablah dengan penuh bangga... ya ana muslim. lepas tue sami itu bertanya lagi.... muslim hari-hari tunduk (maksudnya rukuk) sehari sampai berpuluh kali nak panggil tuhan tapi kenapa tuhan tak datang-datang juga?" kawan hanya tersenyum... berasa ragu2 untuk menjawab soalan itu..." kawan itu pun bertanyalah kepada ana..


ana hanya tersenyum dengan soalan kawan itu...bukan berasa soalan yang ditanya agak senang tetapi...rasanya dia "sami" itu boleh berfikir sendiri dengan apa yang ditanya olehnya...

bayangkanlah jikalau tuhan dah datang selepas seseorang itu tunduk...sudah pasti selepas itu orang tersebut tidak akan tunduk lagi kerana berpendapat tuhan yang dari dulu dipanggil sudah datang...


dalam menghadapi situasi seperti ini...kita tidak diwajibkan untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh "mereka" ini kerana jikalau kita tidak pandai beranalogi.... soalan seperti ini hanya memberi ruang kepada mereka untuk menimbulkan kebodohan kita...


dan orang2 seperti ini.... bila bertanya... jawablah soalan mereka dengan jawapan berbentuk soalan...kerana apa??



Firman Allah Swt :

لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21)

Yang bermaksud :

Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


berfikirlah...

wallahu taalaalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan