Rabu, 21 Julai 2010

Tips Penggunaan Facebook yang baik

  • memanipulasikan akaun facebook untuk manfaat islam melebihi kepentingan peribadi, justera, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.








  • Tidak mamasukkan perincian peribadi yang sensetif seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latarbelakang pendidikan.

  • tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi [khususnya bagi wanita ] tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, perlu diingat ia akan kekal facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

  • jaga aurat dan pandangan mata. jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap menutup auratnya [ khususnya wanita ] apatah lagi yang benar - benar mendedahkan aurat.

  • Elakkan ghibah [ mengumpat ] dalam Facebook kerana telah terang lagi bersuluh bahawa mengumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri .

  • hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh - temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.

  • Tidak terlibat dengan permaianan dan aplikasi yang di jangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. sama ada atas dasar 'suka - suka atau sebaliknya.

  • Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook, sama ada atas dasar suka atau sebaliknya.

  • Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database [pangkalan data] pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak kawal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan